Jan 5, 2012

Konvoi Berbasikal Bersama Hot FM Kelate

Hari ni dah masuk hari ke empat Hot FM Kelate beroperasi di Kelantan dengan empat orang Dj muda yang berbakat. Sebelum 2 Januari lepas saya rasa stesen radio Hot FM dah mula putarkan lagu-lagu yang mengikut selera orang Kelantan bermula pukul 11 pagi lepas tamat segmen AM Crew. Hampir-hampir nak beralih radio dah rasanya bila dengar lagu-lagu Bollywood ke udara. Saya ni bukanlah layan sangat lagu-lagu Bollywood. Lagu-lagu rock 90-an boleh terima lagi tapi kalau dah selalu sangat dengar muak juga. Lagu-lagu selepas pukul 11 pagi ni hanya boleh dengar di Kelantan sahaja melalui frekuensi 105.1Hz FM. Sama macam THR Gegar Pantai Timur.

Tapi sejak 2 Januari lepas boleh dikatakan saya puas hati dengan penyampaian Dj-Dj baru Hot FM Kelate ni. Petah berbicara dalam loghat standard bercampur Kelantan sampaikan kadang-kadang diorang tersilap sebut perkataan. Terbelit lidah agaknya hehe. Saya rasa kalau nak cakap dalam bahasa Kelantan elok cakap sepenuhnya dalam loghat Kelate. Nak guna bahasa standard, guna sepenuhnya. Kalau nak campur-campur sebenarnya boleh tapi guna bahasa Kelantan yang distandardkan. Camana tu? Faham-faham jelah bagi mereka yang faham. Tapi jangan pula guna bahasa standard yang diKelantankan, pelik benor lak bunyinya hehe. Tapi not bad la, best jugak diorang ni. Saya suka dengar celoteh Dj Farid dengan Fizie.

yeahyeahtower Konvoi Berbasikal Bersama Hot FM Kelate

Hari Sabtu, 7 Januari 2012 nanti Hot FM Kelate akan menganjurkan program Yeah-Yeah Tour dengan berbasikal sejauh 9.6 Km yang akan bermula dari Tesco Kota Bharu pada pukul 8 pagi. 100 orang peserta pertama yang mendaftar akan mendapat T-shirt eksklusif Hot FM Kelate. Saya ingat nak join, nak ajak adik ipar sekali. Tapi bila teringat yang saya ni dah tak ada basikal dah sekarang ni, terpaksalah lupakan aktiviti berbasikal ni huhu. Dah lama dah tak naik basikal sebenarnya. Kalau tak silap tahun 2003 kot kalu terakhir saya kayuh basikal. Tunggu duit Innity cukuplah dulu baru nak beli basikal baru. Fixie mungkin hehe.

Kat bawah ni adalah peta laluan Konvoi Yeah-Yeah Tour Hot FM Kelate. Klik untuk paparan lebih besar. Baca Seterusnya »

Jan 4, 2012

Selamat Tinggal Maxis BB

IMG 6057 Selamat Tinggal Maxis BB

Rabu lepas saya ke Maxis Centre Kota Bharu untuk terminate Maxis Broadband E220 saya yang dah lama pakai sejak tahun 2008. Sebelum sampai ke Maxis Centre tu saya tersilap jalan gara-gara ikut cakap GPS huhu. Isteri dah bagitau dah kat mana Maxis Centre Kota Bharu tapi saya yang degil nak sangat guna GPS padahal bukannya susah pun nak cari hehe.

Saya tahu Maxis Centre KB terletak di Jalan Kebun Sultan, tapi saya tak tahu Jalan Kebun Sultan tu kat mana haha. Padahal selalu je lalu jalan tu tapi tak pernah ambik tahu pulak nama jalan tu apa. Sebelum ni tak pernah pergi Maxis Centre KB, jadi agak susah bagi saya nak cari lokasinya. Kalau nak ke mana-mana, saya cuma cam bangunan tu je, nama jalan susah sikit nak ingat kecuali yang selalu sangat sebut. Contohnya kalau orang tanya kat mana KB Mall, dengan hidung tingginya saya boleh tunjuk jalan. Tapi kalau orang tanya kat mana Jalan Hamzah, garu kepala yang tak gatal saya dibuatnya hehe. Mujurlah saya ni bukan posmen. Baca Seterusnya »

Jan 2, 2012

Selamat Datang 2012 Dunia Kiamat

Sedar tak sedar hari ini sudah pun menjengah tarikh 2 Januari 2012. Usia pun dah bertambah walaupun belum lagi cukup bulan. Maaflah baru ada kesempatan nak update sebagai entri yang pertama dalam tahun 2012 ni. Detik 12 tengah malam 1 Januari lepas saya langsung tak ambil kisah. Bukan tidak mahu meraikan tahun baru Masihi seperti yang dilakukan di Putrajaya. Takut nanti ada orang kata melebih-lebihkan Tahun Baru 2012 Masihi berbanding Maal Hijrah 1433. Fikiran dah dijajah dengan tahun yang ditetapkan oleh orang Barat hinggakan tahun Islam sendiri pun boleh terlupa. Khilaf saya yang jahil.

Alangkah ruginya tak dapat memeriahkan suasana menyambut Tahun Baru 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Disember 2011 lepas dengan pengunjung hampir 80,000 orang membanjiri dataran. Secara peribadinya saya merasakan bahawa itulah cara yang lebih baik untuk menanti kedatangan tahun baru dengan pengisian ilmu agama yang santai oleh Ustaz Azhar Idrus dan beberapa orang artis dan selebriti TV lain yang turut sama menjayakan program tersebut. Rasanya tidak ada kondom ‘bergelimpangan’ selepas program tersebut tamat.

Hari ini masih lagi hujan, cuma tidaklah selebat dua hari lepas. Bunyi titisan air dari luar tingkap kedengaran seperti lagu yang mengasyikkan sesiapa saja yang mendengar. Kalaulah saya seorang komposer, mungkin sudah tujuh lagu saya siapkan. Malangnya, saya tidak mempunyai bakat seni lagu. Hanya mampu bermain gitar secara plucking sahaja. Itupun cuma gitar kapok. Gitar elektrik? Pernah cuba tapi sumbang.

IMG 6046 Selamat Datang 2012 Dunia Kiamat

Lagu Coffee nyanyian Yunalis Zarai menjadi peneman saya semasa entri ini ditulis. Hujan rintik-rintik di luar tingkap seolah-olah melengkapkan adunan lagu bagi menaikkan mood petang yang mendung dan tenang membuatkan fikiran saya mengelamun seketika. Apakah yang ada untuk diri saya pada tahun 2012 ini? Pada ketika ini saya diibaratkan seperti berada dalam satu terowong yang gelap tanpa cahaya di hujung jalan.

Kiamat 2012

Baca Seterusnya »

Dec 31, 2011

Amirez (dot) com Kini Menyokong Mobile Theme

Dulu blog Amirez (dot) com ni pernah install mobile theme tapi kena buang balik bila WordPress dikemaskini kepada versi 3.0. Saya pernah buat satu entri bertajuk Amirez.com Versi Smartphone yang diterbitkan pada 15 Oktober 2010, lama dah. Maknanya dah lebih daripada setahun blog kerdil saya ni tak mesra-pengguna-smartphone hehe.

Beberapa hari yang lepas bro WR ada buat satu entri tentang Mobile Theme untuk WordPress. Masa tulah baru tergerak hati nak install mobile theme plugin untuk blog saya ni. Kalau pengguna Blogspot rasanya blog diorang akan ditukarkan secara automatik kepada versi mobile theme yang lebih ringan dan ringkas untuk dilayari oleh pengguna-pengguna smartphone.

Kalau bro WR guna WPtap, saya pula guna WpTouch yang baru dikemaskini pada 19 Oktober yang lepas untuk disesuaikan dengan WordPress versi sehingga 3.3 (yang terkini semasa entri ini ditulis). Dah install dan dah cuba layari blog saya ni melalui Samsung Galaxy S II tadi. Paparannya cukup memuaskan, jauh lebih ringan daripada melayari dengan theme utama ni.

WpTouchMobileTheme Amirez (dot) com Kini Menyokong Mobile Theme

WpTouch: Download

Antara kelebihan dan beberapa mobile theme yang menarik bolehlah baca di HadiHanafee.com.

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks