Dec 11, 2011

Gambar Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Alhamdulillah semalam sempat juga menyaksikan satu lagi tanda kekuasaan Allah s.w.t. yang berlaku di langit walaupun keadaan cuaca kat sini kurang mengizinkan. Tapi sayang tak sempat nak lihat gerhana bulan penuh yang dikatakan berlaku sekitar pukul 10:30 malam sebab keadaan awan yang agak tebal pada masa tu.

Kat bawah ni ada 3 keping gambar gerhana bulan 10 Disember 2011 yang sempat saya shoot semalam walaupun agak seksa terpaksa membongkok sebab tripod tak cukup tinggi. Maaflah gambar kurang kualiti, tak cukup pengalaman shoot gambar waktu malam hehe. Cuma pakai lens Tamron 18-200mm je ni. Baca Seterusnya »

Dec 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

gerhanabulan Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011 Petang semalam saya sempat menonton rancangan al-Kuliyyah di TV3 yang membincangkan tentang fenomena gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada hari ini, 10 Disember 2011 bermula dari pukul 7.34 malam hingga pukul 1.30 pagi. Rasanya ini kali kedua gerhana bulan dapat dilihat di Malaysia selepas kejadian gerhana bulan pada 16 Jun 2011 yang lepas. Gerhana bulan penuh boleh dilihat pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.

Fenomena gerhana bulan ini bukanlah bererti kemurkaan Allah, sebaliknya ia menunjukkan salah satu daripada kekuasaan Allah s.w.t. kepada hambaNya dengan pengertian yang sangat besar dari segi iman dan juga sains. Peristiwa gerhana bulan ini juga telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Diriwayatkan para sahabat segera memberitakan kejadian gerhana bulan ini kepada Baginda Nabi s.a.w. lalu Baginda bergegas ke masjid bersama para sahabat untuk menunaikan solat sunat khusuf (gerhana) dengan bacaan surah yang panjang seperti al-Baqarah dan ali-Imran (betulkan jika silap).

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.a.)

Sebaik saja kejadian gerhana berlaku tidak kira sama ada gerhana matahari ataupun bulan, kita disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana yang merupakan sunat muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan ditunaikan secara berjamaah ataupun bersendirian. Waktunya adalah pada sepanjang berlakunya gerhana tersebut dan boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan kira-kira pada pukul 8:46 malam. Baca Seterusnya »

Dec 9, 2011

Transaksi Tabung Haji Melalui Maybank

TH Maybank 1 Transaksi Tabung Haji Melalui Maybank Sebelum ini Tabung Haji bekerjasama dengan Bank Islam dan Bank Rakyat untuk sebarang transaksi melalui ATM. Terbaru, Tabung Haji membuat pakatan bersama Maybank Islamic Bhd. yang membolehkan pendeposit Tabung Haji melaksanakan transaksi menerusi rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) kumpulan Maybank.

Lagi menarik apabila Maybank memberi kemudahan kepada setiap pendeposit Tabung Haji untuk membuat pendaftaran haji melalui rangkaian ATM Maybank yang menjadikannya sebagai bank pertama menawarkan perkhidmatan pendaftaran haji secara elektronik.

2.47 juta transaksi dicatatkan tahun lalu menerusi kerjasama Tabung Haji dengan Bank Islam dan Bank Rakyat, dan ia meningkat kepada 2.72 juta sehingga 15 November lalu.

Terdapat 6 perkhidmatan baru yang boleh dilaksanakan menerusi ATM Maybank dan CDM Maybank:

  1. Pengeluaran wang tunai dari akaun Tabung Haji
  2. Penyimpanan wang ke akaun Tabung Haji
  3. Pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji yang lain
  4. Pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank dan sebaliknya
  5. Perkhidmatan pertanyaan baki simpanan
  6. Pendaftaran Haji

Servis baru ini bukanlah boleh dinikmati serta-merta di mesin ATM dan CDM Maybank. Pendeposit Tabung Haji perlu ke mana-mana pejabat Tabung Haji terlebih dahulu untuk menghubungkan akaun Tabung Haji dengan Maybank.

Dengan adanya perkhidmatan baru ini dapatlah kita buat transaksi ke Tabung Haji dengan lebih mudah melalui mesin CDM Maybank. Tak perlu lagi ke pejabat Tabung Haji yang selalunya hanya berada di dalam kawasan bandar sekaligus dapat mengurangkan kesesakan urusan di pejabat Tabung Haji.

Sumber: Berita Harian

Dec 8, 2011

Kata Ganti Nama Apa Yang Sesuai?

Menulis blog tanpa kata ganti nama macam bercakap dengan dinding lak rasanya hehe. Awal-awal kewujudan blog dulu-dulu biasanya orang jadikan blog sebagai satu medium untuk bermonolog. Setiap post pula selalunya lebih kepada luahan hati dan perasaan. Pendek kata menulis blog hanyalah satu komunikasi sehala.

Tapi dunia blog sekarang dah berubah. Blogger sekarang ni dah makin kreatif. Blog bukan sekadar tempat untuk bermonolog. Dulu-dulu hanya kata ganti diri pertama saja yang digunakan seperti ‘aku’ atau ‘saya’. Ada juga yang guna kata ganti nama dalam loghat tempatan seperti ‘kawe’, ‘teman’ atau ‘ambo’. Itu pun sedap juga dibaca. Rasa lebih dekat dengan kita. Tapi sekarang penulisan blog lebih santai dengan menggunakan kata ganti nama kedua seperti ‘anda’, ‘awak’, ‘kamu’ ataupun ‘korang’. Soal mesra atau tak, itu terpulang kepada golongan pembaca sasaran.

Jadi, kata ganti nama apa yang sesuai untuk saya guna ye? Haha, mukadimah bukan main panjang macam pengenalan dalam karangan SPM kertas Bahasa Melayu tapi soalan sebenar yang nak ditanya simple je. Bukannya apa, nak cari kata ganti nama yang lebih sesuai dan lebih mesra bila dibaca.

Dulu pernah guna nama panggilan sebagai kata ganti nama untuk diri sendiri. Tapi bila usia makin meningkat ni takkanlah nak kekal bahasakan nama sendiri ye tak? Umur 40 tahun, pembaca pula rata-rata sekitar umur 20-an, tapi bahasakan diri dengan panggilan nama. Tak ke pelik? Kalau perempuan lain, asalkan tak nampak rupa orang akan sentiasa anggap umur tak lebih daripada 30 tahun selagi gaya bahasa muda remaja lagi hehe. Orang lelaki lain, ada egonya huhu.

Jadi nak mintak pendapat koranglah mana yang lebih sesuai untuk saya bahasakan diri saya sendiri, sama ada nak guna ‘saya’ ataupun ‘aku’. ‘Aku’ macam kasar sikit tapi kalau kena tempatnya penggunaan ‘aku’ lebih tepat. Lebih selesa guna ‘aku’ sebenarnya sebab rasa macam dah lama kenal walaupun cuma sekadar di alam maya. Sejak balik dari tunaikan Haji baru-baru ni sengaja saya guna kata ganti nama ‘saya’. Ada tujuan tertentu sebenarnya untuk masa depan.

So, camana? ‘Saya’ atau ‘aku’? Takkan ‘I’ lak, tak sessswai you haha.

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks