Tadi beli Berita Harian kat 7-E comel yang terletak antara Tesco Damansara dengan The Curve. Memang comel 7-E tu. Dah la kecik, duk sebelah kereta bomba (kereta bomba ke??) pulak tu, tengah-tengah laluan orang lagi hehe. Beli surat khabar BH ni pun bukan sebab nak tengok keputusan perlawanan bola sepak dunia. Berita besar kat headline bertajuk Angkat Rumah di Tengah Kota pun aku tak baca lagi sampai saat aku ketuk-ketuk keypad lappy adik aku ni. Yang menarik perhatian aku cuma jawapan Teka Kata Berita Harian bagi minggu kedua haha.
Seperti yang aku cakap hari tu, jawapan untuk minggu kedua ni pun lebih kepada teka-teki. Mana taknya, soalan ‘panggilan hormat untuk wanita’ jawapannya MS (Miss)??!! Aku letak jawapan PN (Puan). Terkial-kial jugaklah nak cari jawapan untuk soalan ‘sepi kalau di hutan’ bermula dengan huruf N. Rupanya jawapan dia Suasana. Pada mulanya memang aku tak puas hati dengan jawapan MS tu. Tiba-tiba pulak boleh ada jawapan dalam Bahasa Inggeris. Tapi bila teringatkan jawapan minggu pertama, aku terpaksa akur dengan jawapan berunsur teka-teki ni. Nama pun teka-teki kan? Jawapan taklah skema sangat macam Teka Silang Kata zaman aku sekolah rendah dulu. Kira…boleh terimalah. Kasi can kat Berita Harian hahaha.
Ok. Seperti biasa gambar kat bawah ni papershot skema jawapan Teka Kata Minggu Kedua. Yang aku highlight kuning tu jawapan yang aku tak dapat dengan tak tepat.
Baca lagi…

Kalau nak cerita terus terang aku cakap yang aku bukanlah seorang yang pandai bab-bab kereta ni. Tak pandai nak cerita apa kebaikannya, keburukannya, kuasa kudanya dan semua bagai terutama bahagian dalaman enjin. Yang aku tahu macam mana nak jaga performance kereta berdasarkan pengalaman memandu hampir 700Km dalam satu trip. Setakat ulang-alik Kelantan-Johor tu dah biasa, apatah lagi Kelantan-KL lagilah dekat. Kalau orang lain rasa lembik kaki nak drive balik kampung sehari, tapi aku tidak hehe. Bak kata makcik aku, Kelantan-KL ni macam pergi dapur rumah je haha. Pernah sekali balik kampung kat Kelantan terus main badminton kat rumah Pak Su lepas drive selama 6 jam lebih dari KL. Apakah rahsianya? Hehe. Tiada rahsia, hanya sekadar enjoy ketika memandu. Kereta aku bukanlah best mana pun tapi bila diri kita dah sebati sejiwa dengan kereta, pemanduan kita akan jadi selesa. Tak percaya? Cuba cakap I Love You kat kereta kamu. Lambat-laun mesti pemanduan kamu rasa macam best. Diulangi, macam best!! Bukan best ye haha.
Ok. Sedia maklum pihak Proton dah melancarkan satu model baru keluaran anak syarikatnya iaitu Lotus yang diberi nama Evora. Sekali tengok memang memukau bijik mata aku. Baru semalam ikut ayah mertua ke Jalan Pudu tengok-tengok kereta. Teruja sungguh bila dapat sentuh Mazda RX-8 hitam lengkap dengan spoiler. Tengok bahagian interior pulak terbayang aku di atas jalan raya sedang drift dengan Lucas Black macam dalam Tokyo Drift hehe. Bilalah aku dapat peluang berlumba atas litar agaknya ek? Teringin sangat sangat kuasa dua. Impian aku sejak sekolah menengah lagi. Dapat berguru dengan Leona Chin best jugak hehe.
Apa yang bestnya Lotus Evora ni? Aku tak pernah tengok secara dekat, apatah lagi nak test drive. Jadi video kat bawah ni akan terangkan segala. Biasanya si Jeremy Clarkson ni suka sangat kutuk kereta yang bukan buatan Britain. Tapi dengan Lotus Evora, lebih banyak puji daripada caci. Erm, Lotus ni kat negara mana ye?
Daripada video ni kamu boleh rasa pengalaman memandu Lotus Evora. Saksikan.
Baca lagi…
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di Berita Harian. Begitulah yang dialami oleh Ahmad Ridzuan, seorang pelajar UniKL yang telah memenangi RM10,000 melalui peraduan Teka Kata Berita Harian bagi minggu pertama. Siapa sangka remaja berusia 24 tahun ini mendapat durian runtuh melalui peraduan di akhbar yang telah dicuba selama 5 tahun akhirnya menggugurkan durian dari dahan nan tinggi. Salah satu daripada 11 borang peraduan yang dihantar akhirnya telah mengena sasaran bak seorang penembak burung. Saya Kapal Karam melaporkan untuk Tibi30.
Haha. Ada gaya pemberita tak? Baca tu mesti dengan nada yang betul, bahasa tubuh yang betul dan gaya tangan juga mesti betul hehe.
Bestnya menang RM10K. Modal tak sampai RM20 pun tapi dapat hadiah hampir 500 kali ganda. Fuh! Sorang dia pulak tu, bukan hadiah bersama. Baguslah kalau dia nak gunakan untuk belanja pengajian. Yang lebih tu pulak untuk pelaburan. Jangan salah guna pula. Bukan senang nak dapat selonggok 10 ribu hengget tu semula. Kalaulah aku yang menang…aku nak beli Vaio Z1190X Notebook satu. Eh..eh..hehe.
Ni keratan akhbar pemenang Teka Kata Berita Harian Minggu Pertama yang aku scan semalam…
Baca lagi…
Musim World Cup 2010 ni ramai yang demam bola termasuklah isteri aku sendiri. World Cup fever kata pakcik Mat Leh. Yang peliknya, aku sebagai lelaki ni pun tak berapa minat sangat dengan bola sepak. Demam aku sekarang ni takde kaitan sangkut paut menyaut dengan World Cup 2010 ye tuan-tuan. Kalau pusingan pertama ni tak berapa semangat sangat nak tengok. Cuma minat semi-final dengan final je hehe. Tapi Anis lain, dia ikut semua perkembangan perlawanan World Cup 2010 Africa Selatan. Kalau ada siaran langsung ataupun ulangan kat tv mesti dia nak tengok. Hari ni dia agak kecewa sebab RTM tak siarkan perlawanan antara pasukan kegemarannya iaitu Brazil menentang Portugal. Apalah RTM, kata penyiar rasmi World Cup 2010 South Africa tapi game yang dijangka paling ramai orang nak tengok tu tak nak siarkan pulak. Dalam ruangan komen pembaca Berita Harian pun ramai jugak yang tak puas hati dengan RTM ni. Chey, baca Berita Harian je sekarang ni. Mentang-mentang ada peraduan Teka Kata selalulah beli BH haha.
Nak cerita sikit pasal isteri aku ni. Kalau tengok bola memang dia agak bising. Aku je duk diam layan Internet kat sebelah. Siap boleh jadi pengulas perlawanan pulak. Aku rasa Anis sesuai untuk jadi tetamu jemputan kat TV3 malam malam tu. Lupa lak nama rancangan dia.
Baca lagi…

Uhuk uhuk. Batuk makin menjadi-jadi pulak. Baru balik dari klinik. 7:15 pagi tadi lagi dah pergi klinik yang cuma lebih kurang 100m dari rumah. Ikutkan hati tak mau pergi. Biasanya kebah la dengan sendirinya sehari dua lagi. Tapi dah Anis paksa suruh pergi, pergi jelah. Sayang isteri punya pasal. Siap call mama lagi masa aku tengah mandi mintak pendapat. Mama suruh Anis cuti hari ni jaga aku kat rumah, huhu baik sungguh mak mertua aku ni. Terharu sob sob. Tapi aku suruh Anis pergi jugak kerja. Kesian anak murid dia nanti kalau tertinggal mata pelajaran hari ni.
Sebenarnya ada tujuan lain aku suruh Anis ke sekolah hehe. Masa kat klinik tadi dia dah pesan lepas breakfast terus makan ubat yang ada 4 jenis semuanya. Salah satunya ubat selsema yang boleh mengantuk lepas makan. Ada dua doktor bagi, satu lagi yang tak mengantuk. Yang mengantuk tu untuk malam katanya. Tapi Anis suruh aku makan yang mengantuk tu pagi ni supaya aku dapat tidur. Dia tau aku kurang tidur dua tiga hari ni buat kerja. Satu lagi Anis pesan, jangan sentuh laptop hehe. Kalau boleh katanya simpan laptop kat bilik kerja aku, kunci siap-siap haha. Sungguh memahami isteriku ini. Suami dia ni kalau dah pegang laptop memang susah nak buat kerja lain. Tengok sekarang ni sempat lagi aku tulis blog haha. Ni tak taulah aku tido pukul berapa, tadi makan ubat selsema yang tak mengantuk haha. Suami nakal :p Kalau dia tau ni mesti kena marah kaw-kaw punya macam dalam iklan Kopi Kapal Api hehe.
Baca lagi…
Recent Comments