close button

Kuota Maxis Broadband Dah Over Limit

Update 6/8/2010 – Segala yang terkandung dalam entri ini adalah tanggapan awal yang ternyata tidak benar. Terima kasih kepada Anarm atas maklumat yang diberi.

Maxis Data Usage Limit

Alamak, dah over limit dah data usage Maxis broadband aku. Belum lagi sampai 10 Ogos tapi dah exceed dah kuota 6GB sebulan. Pagi ni bila aku try test guna Maxis broadband untuk online aku tak dapat nak bukak Google pun. Buka blog sendiri boleh, masuk ke blog topo pun takde masalah, masuk blog Oh!Tidak pun laju je nak load gambar. Oh ye, Facebook dengan Youtube pun tak boleh nak bukak. Mana-mana laman yang tak boleh nak akses akan dapat mesej Network DNS Lookup Error.

Jadi aku dapat buat satu kesimpulan dengan Maxis broadband yang dah over limit data usage ni. Aku tak boleh nak bukak mana-mana web yang paling kerap aku layari bila online macam Google dengan Facebook. Web atau blog yang dapat bukak maybe belum lagi sampai tahap limit. Mungkinlah. Ini cuma andaian aku je eheh.

Banyaklah kerja aku tergendala sket kalau Google pun dah tak boleh nak bukak. Mungkin dah sampai masa untuk aku guna Yahoo semula walaupun aku tak puas hati dengan result carian yang aku dapat. Takpelah, lebih baik daripada tak dapat langsung ye tak?

ChurpChurp – Buat Duit Melalui Twitter

Buat Duit Dengan ChurpChurp

Sedar tak sedar dah setahun dah usia ChurpChurp ni. Semalam, 3 Ogos 2010 adalah hari ulang tahun yang pertama bagi ChurpChurp. Biasanya kita bagi hadiah kat orang yang sambut birthday tapi lain pulak dengan ChurpChurp. Pihak ChurpChurp dengan murah hatinya nak bagi hadiah berjumlah RM3000 kepada mereka yang bertuah melalui pertandingan Spread the Love and Get Rewarded.

Sedikit penerangan tentang ChurpChurp. Mungkin ada di antara korang yang baru dengar. Biasanya orang yang ada blog mesti ada akaun Twitter tapi tak semuanya tahu yang mereka boleh buat duit melalui Twitter, iaitu dengan menyertai ChurpChurp.

Macam Mana Dapat Duit Dengan ChurpChurp?

Baca lagi…

Beza Otak Lelaki Otak Wanita

Apa bezanya otak lelaki dengan otak wanita? Tiga gambar ni boleh bagi jawapan…

Beza Otak Lelaki Otak Perempuan

Baca lagi…

15 Illustrasi Menarik Street Fighter

Street Fighter Art

Dua hari lepas aku ada janji nak tunjukkan illustrasi-illustrasi cantik lagi menarik watak-watak jaguh popular, Street Fighter yang jadi kegilaan kanak-kanak dulu kala. Petang-petang jumpa kat padang main lawan-lawan tiru gaya Street Fighter haha. Ok, tak nak cakap banyak jom layan 15 illustrasi Street Fighter ni. Ini bahagian pertama. Bahagian kedua akan menyusul kemudian ;)

Baca lagi…

Gadis Skim Cepat Kaya Diserbu

Entri illustrasi Street Fighter kita simpan dulu. Banyak sangat gambar nak kena tapis dulu mana yang sesuai lepas tu baru sedap nak tunjuk eheh.

Alang-alang tak dapat lena lepas sahur tadi ada baiknya jugak aku baca akhbar online. Akhbar online yang selalu aku baca biasanya Berita Harian Online sebab laju nak load haha. Berita yang menarik minat aku nak baca pagi hari ni tentang satu syarikat MLM yang berunsurkan skim cepat kaya. Berita penuh boleh baca kat sini.

Bila dengar pasal MLM tak lain tak bukan mesti terlintas jugak sikit pasal skim cepat kaya. Kebanyakannya lebih fokus kepada cara untuk rekrut downline berbanding dengan kelebihan atau kebaikan produk yang diorang jual. Kebanyakannya juga jadikan produk yang dijual sebagai syarat untuk menjadikan syarikat diorang sah untuk berniaga dan tidak dilabelkan sebagai skim cepat kaya. Yang sebenarnya produk yang dijual hanya sekadar mengaburi mata prospek supaya lebih yakin yang diorang menyertai program MLM yang sah tanpa penerangan lanjut tentang apa yang perlu dibuat selepas menyertai untuk mendapat komisyen lebih.

Baca lagi…