Teka Kata Pecah Kepala

Salam ceria hari ini. Alhamdulillah, hari ni rasalah sikit tenaga nak bekerja. Dah 2 hari aku tak berapa sihat. Nak kata demam takde pulak rasa pening². Cuma badan  je rasa lemah dan panas sket. Panas dalam pulak tu. Kalau sentuh luar tak rasa sangat. Semalam dah minum air susu pekat. Rasa segar sikit bangun Subuh tadi.

Badan aku jadi panas lepas aku baca ayat 23 dari surah Al-Furqan berulang². Kata Ustaz Sharhan Shafie, ayat tersebut boleh mencegah daripada terkena santau. Kalau diikutkan tanda² kena santau daripada Ustaz Sharhan, ada satu dua tanda yang ada pada diri aku. Tapi mungkin jin tahap prebet je kot sebab tak pernah kena yang teruk². Nak try jugak scan dengan Ustaz Sharhan nanti kalau berpeluang, insyaAllah.

Eh, apa kaitan tajuk Teka Kata dengan santau mantau ni? Haa, aku nak kamu teka nama jin yang ditugaskan untuk menyantau orang eheh. Taklah. Itu sekadar mukadimah bicara. Aku kan suka merapu dulu sebelum terus ke titik (point). Ok enaf. Berbalik kepada tajuk di atas :P

Hari ni (Khamis) adalah hari terakhir penerimaan peraduan Teka Kata Berita Harian bagi minggu kedua. Kamu join tak? Rugi tak join, hadiah RM10,000 tuu…kalau menang. Minggu pertama dapat jawab semua tapi tak sempat hantar. Masa tu bercuti ke Terengganu 2 hari 1 malam. Yang jadi lewat hantar tu sebab tak jumpa² tong kuning pos ekspress dari Dungun sampailah ke Kuala Terengganu. Nak cari tong pun susah, apatah lagi nak cari pejabat pos. Last² jumpa jugak pos mini kat stesen minyak Petronas Kemasek. Tapi dah lewat, masa tu dah pukul 4 petang. Mana sempat sampai ke KL. Tapi kalau sempat pun jawapan tak tepat. Ada 6 yang silap. Ni jawapan bagi Teka Kata Minggu 1:

Baca lagi…

Hadiah Teddy Bear Super Besar

Agak jarang aku update blog sekarang ni. Nak kata sibuk, taklah sangat. Tapi suka buat-buat sibuk haha. Sememangnya aku jenis orang yang sangat sibuk dengan urusan keluarga, termasuklah bercuti ke Terengganu baru-baru ni hehe. Mana boleh budak-budak sekolah cuti dua minggu, aku pun mau cuti haha.

Next entri aku buat cerita pasal percutian ke Terengganu dengan family sebelah isteri, ada insiden yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila. Untuk entri kali ni aku nak cerita dulu pasal patung beruang besar sekor ni hehe.

Dulu aku selalu pening bila nak cari hadiah untuk kawan perempuan. Kalau lelaki senang je, bagi pendrive 8Gb pun dah melompat-lompat keriangan. Tapi untuk perempuan, pening weh! Selalunya dalam kepala aku dulu hanya satu je hadiah yang terlintas….teddy bear hehe. Tapi masalah jugak, selalunya size teddy bear yang gedabak besar barulah si dia suka. Kalau usung teddy bear besar kat Mid Valley mesti beratus-ratus mata pandang pelik kat kita haha. Jangankan bawak teddy bear, masa nak pilih kat kedai pun orang mungkin pandang slack. Diorang bukan tau kita nak bagi kat sape kan?

Tapi tadi aku terjumpa satu cara paling senang untuk beli teddy bear besar. Korang tak perlu rasa malu lagi dah nak pikul beruang sekor ni kat shopping complex. Cuma order kat www.bigteddybear2u.com je, beruang korang akan sampai ke pintu rumah dalam masa 3 atau 7 hari. Jimat duit minyak lagi haa :)

Baca lagi…

Upin Ipin Versi Hindu

Kalau kat Malaysia Upin Ipin terkenal dengan kisah puasa di bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan aksi yang sangat mencuit hati dan comel. Dengan kata lain, Upin Ipin adalah kanak-kanak animasi beragama Islam yang penuh dengan telatah lucu.

Tapi lain pula dengan Upin Ipin yang ‘berhijrah’ ke Bali. Memang tak pernah disangka wajah comel mereka bertukar menjadi karakter yang mungkin tak pernah kita bayangkan seperti gambar kat bawah ni:

Baca lagi…

Tak Tahu Jangan Malu Bertanya

Baru tonton satu cerita kat TV tadi. Adalah satu part ni yang saya fikir nak buat lawak la kononnya. Sketsanya macam ni:

Siti sedang terbongkok² dan merangkak² menilik lantai marmar yang tak jauh dari ruang tamu tempat tiga orang rakan serumahnya leka menonton drama Melayu. Dengan penuh teliti Siti mencari sesuatu di atas lantai marmar tersebut. Puas mencari, Siti memanggil kawan²nya, “Wei korang. Mai sini sat,”.

Dua orang kawannya datang, Nurul dan Amy dengan wajah kehairanan. Amy mula bertanya, “Kau cari apa tu Siti?”. Siti teruskan meneliti lantai marmar sambil menonggeng tanpa menjawab pertanyaan Amy.

Tiba² Ruby datang, kawannya yang seorang lagi, lalu terdengarlah bunyi seperti ada sesuatu benda kecil remuk dan pecah. Siti mengangkat kaki kanan Ruby, lalu dia bersuara, “Laa, pecah contact lens aku,” kata Siti dalam nada sedih bercampur marah.

Cerita kemudiannya bersambung dengan kisah yang sebenarnya berlaku. Adegan tadi hanyalah selingan sementara. Saya bukanlah nak mengulas part tadi. Cuma ingin sampaikan satu soalan, siapa yang bersalah sebenarnya dalam kes contact lens dipijak Ruby?

Baca lagi…

Salin Kulit Lagi

Saya terpaksa tukar theme baru untuk blog saya ni. Theme sebelum ni saya rasa agak berat untuk load. Theme baru ni cuma sementara je pakai, theme ni dah pernah guna tahun 2007 dulu kalau tak silap tapi pada blog lain yang dah lupus. Tak sangka dalam banyak² theme saya kumpul dalam hard disk ni, theme lama ni jugak yang dipilih.

Dalam kepala dah ada cadangan theme yang nak diguna, cuma tunggu masa yang sesuai je nak pakai. Ikut mood semasa kot. Projek² lain pun banyak lagi tak siap. Jadi makan masa sikit nak selesaikan masalah theme baru ni.

Apa yang membuatkan saya agak lambat untuk memilih theme ni cuma ada dua perkara je; background gelap atau terang? Apa pendapat anda?

Update 3 Jun 2010 : Dah tukar ke theme yang saya guna sekarang. Rasanya saya puas hati dengan theme ni :D