Nov 24, 2011

Dari Arab Saudi ke Malaysia

Alhamdulillah, selamat sampai ke Malaysia akhirnya setelah 48 hari di negara Arab Saudi. Lama betul tak masuk ke dashboard blog sendiri ni. Ambik masa juga nak dapatkan mood blogging semula. Penyakit biasa mana-mana blogger yang tinggalkan blog sendiri dalam masa yang lebih lama daripada biasa eheh.

21 November lepas saya dan isteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dalam cuaca mendung yang hari-hari sebelumnya dikatakan hujan tak berhenti langsung, alhamdulillah. Pagi semalam sampailah ke hari ni barulah mula hujan balik. Kat depan rumah ni dah banjir dah. Kampung sendiri pun tak dapat balik lagi setakat ni, takut kereta tersangkut dalam air banjir. Tempat kalian macam mana? Teringat peristiwa banjir yang menimpa rumah sahabat blogger kita, AlongV6 beberapa bulan dulu. Macam mana keadaan rumah dia sekarang ni agaknya.

masjidil haram Dari Arab Saudi ke Malaysia

Imbas balik pengalaman di Madinah dan Makkah, banyak cerita yang suka saya nak kongsikan dengan kalian semua. Tengok dulu macam mana. Kena buat draft elok-elok dulu sebelum publish. Ada perkara yang tak elok diceritakan kepada umum, dikhuatiri ada orang yang akan pandang negatif pada Tanah Suci Makkah. Nak cerita kena hati-hati.  Nama pun Tanah Suci, jadi kenalah menjaga kesuciannya. InsyaAllah ada masa nanti saya akan kongsikan serba sedikit. Sebelum terbang ke Tanah Haram hari tu terlintas juga nak buat buku ala-ala travelog ataupun autobiografi. Harapnya dapat disiapkan sebelum musim haji tahun depan, amin. Baca Seterusnya »

Oct 21, 2011

Tunaikan Haji Kerana Allah

Assalamualaikum. Sihat gamaknya ye. Ni ada sekadar nak berkongsi tentang niat orang yang ingin menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Makkah. Sebelum ni kita dah tahu 5 Golongan Orang Mengerjakan Haji. Entri kali ni pun hampir-hampir sama dengan entri yang lepas cuma kali ni maksudnya lebih mendalam.

Masih lagi saya ingat ketika ke sebuah kedai untuk membeli sepasang jubah beberapa hari sebelum berangkat menunaikan haji baru-baru ni. Di sebelah kedai tu ada kedai yang banyak menjual barang-barang keperluan Islam seperti al-Quran, tasbih, cd-cd agama, pendek kata macam-macam ada kat kedai tu. Tengah saya mencari-cari jubah yang berkenan di hati, terdengarlah kuliah agama berkisarkan haji yang dipasang oleh kedai sebelah. Lupa nama ustaz tu tapi kuliah beliau memang asyik didengar.

Saya tertarik dengan satu soalan yang ditanya oleh ustaz tersebut, “Kita pergi haji kerana apa?” soalnya. Dipendekkan kuliahnya, tujuan kita menunaikan haji tidak lain tidak bukan hanyalah kerana Allah s.w.t. sebagaimana niat mengerjakan haji itu sendiri: Baca Seterusnya »

Oct 12, 2011

Di Sebalik Tawaf…

kaabah Di Sebalik Tawaf...

Sedikit entri ringkas untuk hari ini sebagai renungan kita semua. Perasan tak kita ada satu persamaan di antara tawaf keliling Kaabah dan juga fenomena, hukum alam malah sukan yang berlaku di dunia ni? Kita sedia maklum tawaf dilakukan mengikut arah lawan jam. Tapi bukan tawaf saja yang mengikut arah lawan jam, ada lagi ciptaan Allah yang lain pun turut sama bergerak mengikut arah lawan jam.

Antara ciptaan Allah yang bergerak mengikut arah lawan jam adalah planet. Tak kira planet paling besar iaitu Musytari ataupun planet Utarid yang paling kecik, semuanya berputar mengeliling matahari sebagai paksinya dalam arah melawan jam.

Selain daripada planet, tornado atau puting beliung juga berputar mengikut arah lawan jam yang mampu menghasilkan kuasa yang sangat hebat sampaikan boleh menghancurkan apa-apa saja yang berada di laluannya.

Baca Seterusnya »

Oct 7, 2011

Kebijaksanaan Allah dalam Rukun Islam

Ketika membaca buku 50 Tip Motivasi Haji hasil tulisan Muhd Kamil Ibrahim dan isterinya Puan Roza Roslan, saya terpaku pada halaman 17 di bawah bab Ia Hanya Sekali yang jelas menunjukkan perancangan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. dalam menetapkan rukun Islam yang lima. Jika diteliti kelima-lima rukun Islam hanya memerlukan sekali dalam setiap rukun untuk dilaksanakan. Kita lihat satu per satu rukun Islam yang mesti dituruti oleh hamba Allah yang mengaku sebagai seorang beragama Islam.

Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Kita mengaku Allah itu yang kita sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya. Sesaat pun kita tidak boleh menduakan Allah. Jika ia berlaku maka gugurlah akidah kita. SETIAP SAAT!

Solat 5 Waktu Sehari Semalam

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks