Paranormal Activity – Kisah Angker Di Bilik Tidur
Pernah tengok movie Paranormal Activity? Kat US movie ni ditayangkan pada tahun 2007 tapi kat Malaysia baru masuk panggung 7 Januari 2010 yang lepas. Tapi seingat aku tak nampak pula iklan ni kat mana-mana dulu. Aku mula dengar pasal filem yang dapat box office ni sekitar awal tahun lepas. Masa tu tak ambik pusing sangat sebab aku tau mat salleh ni bukannya boleh percaya sangat buat kerja-kerja paranormal ni. Hm, paranormal kat negara kita pun dua kali lima juga rasanya haha. Tapi taklah semua..haha..ayat klise.
Kebelakangan ni aku suka sangat tengok cerita-cerita paranormal terutamanya yang tengah main kat NTV7 skang ni iaitu Ghost Adventures. Walaupun tak boleh percaya sangat dengan diorang tu sebab ramai yang kata kajian diorang semuanya palsu, tapi aku suka suasana diorang tengah mengkaji roh walaupun diorang sebenarnya lebih banyak drama daripada kenyataan. Kalau kat Astro boleh tengok Ghost Lab tapi aku mana ada Astro huhu.
Petang semalam sempat aku download filem Paranormal Activity ni lepas baca satu entri ni kat blog Ariffshah.com. Movie yang panjangnya lebih kurang 1 jam 24 minit ni pada pandangan aku adalah movie seram yang paling angker pernah aku tonton!! 10 minit awal movie ni takde apa sangat, agak boring. Tapi bila dah habis tengok semua barulah aku terfikir 10 minit pertama tu mainkan peranan yang sangat penting. Tanpa babak plain dalam 10 minit pertama takkan timbul rasa meremang bulu roma pada minit-minit terakhir filem Paranomal Activity ni. Giler seram!! Korang patut tengok bagi yang tak tengok lagi. Jom layan trailer sat…
[pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=F_UxLEqd074[/pro-player]
Aku suka gaya dokumentari filem ni. Rasa seolah-olah betul-betul berlaku. Aku ingat ni kisah benar tapi sebenarnya lakonan. Ops, terbagitau pulak. Ala…tak feel la nak tengok nati. Hah ha, aku yakin keangkeran filem ni tetap terasa walaupun korang dah tau cerita ni cuma lakonan. Tak percaya? Cubalah tonton…waktu malam…sorang-sorang…dalam gelap hehe.
Ada dua lagi filem yang menggunakan konsep sama dengan Paranormal Activity iaitu The Haunting in Connecticut (2009) dengan The Blair Witch Project (1999). Dua-dua aku tak tengok lagi. Kalau sempat, esok lusa gak aku akan download hehe.
Mula-mula tengok filem ni aku tak percaya yang Ariff Shah cakap takut nak tengok. Bila dah start tang pintu gerak sendiri tu aku dah mula datang minat nak tengok sampai habis. Banyak babak yang sempat buat jantung aku tersentak terkejut. Satu nasihat sangat penting nak bagi. Kalau korang ada sakit jantung baik jangan cuba-cuba nak tengok Paranormal Activity ni. Bahaya untuk kesihatan!! Kalau tengok Jangan Pandang Belakang tu aku rasa ok lagi taklah seram sangat. Tapi Paranormal Activity ni lain. Korang akan rasa seolah-olah kat rumah korang pun ada. Whoops, apa aku cakap ni?? Takde takde. Rumah kita ‘bersih’ eheh.
22 Oktober 2010 nanti akan release Paranormal Activity 2 pulak kat US. Kat Malaysia maybe 3 tahun akan datang kot baru tayang. Jom layan trailer Paranormal Activity 2 dulu…
[pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=J2KD98IMk5E[/pro-player]
Paramounts jangka Paranormal Activity 2 ni pun akan meletup macam yang pertama. Bayangkan berapa banyak untung diorang dapat dalam filem yang pertama dengan bajet cuma USD15,000? Diorang dapat kutipan lebih daripada USD100 juta!! Lumayan!! Tak perlu efek lebih-lebih. Tak perlu CGI bagai. Yang penting jalan cerita menarik dan tertarik. Make it REAL!! Bukan sekadar lakonan.
Filem Indon pun ada yang buat cerita seram ala-ala dokumentari macam ni. Kuntilanak kalau tak silap tajuknya. Tapi tak seram sangat. Filem seram tempatan? Hmm..jap nak pikir ada ke tak ek…??
Bukan nak mengutuk filem seram tempatan. Kadang-kadang aku tengok promo hebat-hebat tapi ceritanya ntahapahapa. Rasa macam promo tu sekadar pancing untuk tarik penonton ke panggung, bukan sebagai umpan untuk puaskan penonton. Harapnya pihak-pihak yang terlibat dengan penerbitan filem-filem seram lebih kreatif lepas ni. Semestinya orang yang menonton nak dapatkan feel seram tu selain daripada mesej di sebalik filem.
Salah satu babak paling seram buat aku adalah ketika kaki Katie ditarik ke luar bilik dari atas katil masa tengah tidur sekitar pukul 3:30 pagi. Korang bayangkan tengah sedap-sedap tidur tiba-tiba ada sesuatu yang tarik kaki korang tapi korang tak nampak dia. Huh, meremang bulu roma aku. Memang real. Jangan salahkan aku kalau korang susah nak tidur lepas tengok movie ni…macam aku semalam…terbayang macam-macam huhu.
p/s: pernah tengok entiti 2 indon sorang-sorang pukul 2 pagi dalam bilik gelap. tapi serius, Paranormal Activity lagi seram…
10 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- tarmizishukri: nice one, lepas ni...
- Fazreen: nak try dengan iphone teknik...
- nizam: memang best main bokeh...
- nizam: terima kasih atas perkongsian...
- nizam: lagu ni memang unik…aku...
- Denaihati: tiada diet sebaik diet...
- azman: Bila nak ada dslr nih..dah...
- payiet82: Satu tips yang sangat...
- Shahrul: cool…buleh try ni
- akubiomed: Setakat ini belum...







aku paling tak minat kalau apa2 movie ada unsur ‘lakon’,bermakna awak dan saya boleh buat…..kalau aku tenguk pun nak tahu bagaimana kaedah ‘tipu’ yg mereka gunakan,tu sahaja..takdenya nak seram2 yerlah dah lakon pun nak seram jugak ker lawak lah kalau macam tu….film2 camni kali kedua tenguk saya akan ngantuk….
sebab itu aku sgt berminat filem2 berpengetahuan dan dokumentari.
[Reply]
Amirez Reply:
January 2nd, 2012 at 2:40 pm
biasalah…sekadar untuk hiburan bergenre seram. filem ni daripada kisah benar katanya. disebabkan masa benar2 berlaku dulu tak sempat nak rakam, jadi diorang lakonkan balik untuk tunjuk kat kita apa yg berlaku. itu tujuan lakonan.
tapi filem2 dokumentari memang jauh lagi best daripada filem2 macam ni
[Reply]
ni cite berdasarkan cite betul..
lagi 1 ending dia yg betul bukan mcm tu..
klu nak tgk ending dia yg betul cuba cari kt youtube..
ending dia ada polis dtg rumah..
[Reply]
Amirez Reply:
October 16th, 2011 at 10:23 pm
owh ye ke. thanks bagitau je. kalau ada link harap boleh share kat sini ye
[Reply]
seram ke cite ni..kalau berlakon tak real la..entiti 2 indon tu yg mana..yg ade sukarelawan kena duduk sorang2 tu ke..tu pun tak taubtulke tak..byk yg tipu…dgr org ckp cite seekers tu pun tipu pun..
[Reply]
Amirez Reply:
August 10th, 2011 at 12:42 pm
cite ni memang lakonan tapi memang seram, banyak scene mengejutkan. ala2 real.
a’a entiti 2 tu yg ada sorg duduk kat terowong. memang ada org kata tu fake. seekers? lagi la banyak nipunye hehe
[Reply]
oo ye ke.
sy x perasan pulak iklan movie ni.
part yg katie berdiri selama 2 jam tgk micah tido seram jugak
[Reply]
hari tu nak tengok kat pwagam tp x sempat!
[Reply]
penunggu gunung raya best tapi tak seram hehe
[Reply]
tengok cite tv 3 yg penunggu gunung raya tu pon dah nangis takut tido sorang2 ni kan pulak cite ni..uwaaaa…tidak2…hehheee
[Reply]