Jan 16, 2012

Pengalaman Kena Denda di Sekolah

pengalamankenadendadisekolah Pengalaman Kena Denda di Sekolah Pengalaman kena denda di sekolah selalunya menjadi kenangan manis sesiapa saja yang pernah bersekolah. Orang tak sekolah tak dapat pengalaman kena denda ni hehe. Imbas balik pengalaman sekolah dulu memang ada pengalaman kena denda. Dulu saya ni antara student yang baik (kawan yang cakap, bukan saya icon biggrin Pengalaman Kena Denda di Sekolah ). Tak banyak buat hal kat sekolah. Cuma sekali dua je. Itu yang boleh ingat dengan jelas sampai ke sekarang ni.

Seingat saya cuma ada dua je pengalaman kena denda di sekolah yang betul-betul beri kesan kepada diri saya. Sekali di sekolah rendah masa Darjah 5, sekali lagi di sekolah menengah masa Tingkatan 2. Denda masa Darjah 5 ni bukan sebab nakal, tapi sebab banyak salah jawab kuiz Matematik. Denda masa Tingkatan 2 barulah disebabkan kenakalan saya icon biggrin Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Pengalaman Kena Denda di Sekolah Rendah

Masa sekolah rendah dulu skema sikit. Tak pandai lagi nak nakal-nakal. Jadi pengalaman kena denda sebab nakal rasanya tak ada. Yang ada pun disebabkan salah jawab soalan. Alkisahnya, cikgu Matematik yang mengajar saya masa Darjah 5 dulu suka buat kuiz. Lambat atau salah jawab akan kena denda. Dulu saya lembap sangat Matematik ni. Kira pun lambat. Tak pernah suka dengan Matematik. Yang jadi pelajar tetap kena denda, sayalah. Cikgu Zul cuma ada dua jenis je cara denda dia. Pertama, ketuk ruas jari dengan pembaris kayu. Bukan tapak tangan, itu tak cukup sakit. Ini ruas jari dari arah belakang tangan. Sakitnya jangan cakap. Tengah menaip ni pun boleh terasa. Satu soalan salah, dua kali kena ketuk. Kalau sepuluh soalan salah, alamatnya tak menulislah hari tu. Tangan terketar-ketar tahan sakit.

Cara kedua ialah denda ketuk-ketampi. Haha, siapa tak tau denda ketuk-ketampi ni tak taulah nak cakap. Saya pernah kena denda ketuk-ketampi 70 kali sekali buat. Pada mulanya cuma kena 35 kali, tapi saya ngelat, turun paras lutus je. Tak sangka pulak cikgu Zul perasan. Dia suruh buat sekali lagi. Jumlahnya 70 kali. Nak tercabut kepala lutut rasanya. Perit sungguh masa tu. Masa tu perasaan benci kat cikgu Zul membuak-buak. Itulah satu-satunya pengalaman kena denda di sekolah rendah yang tak dapat saya lupakan.

Disebabkan tak nak kena denda yang perit tu saya mula buat latih-tubi subjek Matematik. Hasilnya, saya dapat A setiap kali ujian Matematik sampailah ke SPM. Kerana benci, marah, takut dan perit akhirnya menjadikan saya seorang yang sangat sukakan Matematik sampailah sekarang. Kalau ada masa terluang saya akan cuba jawab soalan Matematik STPM yang saya guna sebagai rujukan masa kat Matrikulasi dulu. Terima kasih kepada arwah cikgu Zulkifli.

Pengalaman Kena Denda di Sekolah Menengah

Naik sekolah menengah dah pandai nakal sikit hehe. Pengalaman kena denda di sekolah menengah pun rasanya tak banyak. Saya ingat lagi masa tu saya jadi pioneer main peluru getah. Korang pernah main tak masa kecik-kecik dulu? Ke dah besar macam sekarang ni duk main peluru getah lagi kat pejabat? Hehe. Tak tahulah apa nama sebenar permainan ni. Saya panggil peluru getah je gabungan antara peluru yang diperbuat daripada kertas dan juga seurat getah. Mungkin korang panggil permainan ni dengan nama lain.

Pengalaman main peluru getah ni memang best. Masa Tingkatan 1 saya dengan konco-konco saya pernah menembak sorang kawan yang gemuk (sekarang ni dah kurus sikit, dah hansem dah dia icon biggrin Pengalaman Kena Denda di Sekolah ) sampai dia menangis. Asyik dia je yang kena serang. Nak lawan tak mampu, sorang lawan 10, akhirnya dia menangis lepas tu report kat cikgu. Yang bestnya cikgu tak denda kitorang, tapi cikgu denda dia sorang je tak taulah kenapa haha. Dah la cikgu tu comel, dia pun sama nakal macam kitorang nak kenakan kawan yang gemuk tu icon razz Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Tingkatan 1 tak kena denda, naik Tingkatan 2 barulah kena denda yang sangat memeritkan. Macam biasa sayalah pioneer main peluru getah ni. Pelajar skema yang bukak medan perang dulu hehe. Sebelum saya teruskan cerita, meh nak tunjuk cara-cara nak buat peluru getah. Mungkin ada generasi baru yang tak pernah main permainan ni. Tapi sekadar baca je k, jangan main kat sekolah lak. Kena denda nanti kang jangan bagi url blog saya ni kat cikgu pulak. Kalau cikgu comel takpe icon razz Pengalaman Kena Denda di Sekolah

IMG 6067 Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Ok. Bahan-bahannya ialah seurat getah, pembaris (pinjam isteri punya hehe) dan kertas ataupun surat khabar untuk buat peluru. Nak bagi power lagi guna dua urat getah, lagi pedih kalau kena. Kertas pulak cukup sekadar kertas biasa yang nipis ataupun surat khabar. Ada orang guna kertas lukisan yang tebal tu tapi sebenarnya guna kertas tebal tak memberikan tahap kepedihan yang maksimum icon razz Pengalaman Kena Denda di Sekolah

IMG 6068 Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Seterusnya, koyakkan kertas dengan pembaris. Nak guna gunting pun boleh tapi rasanya guna pembaris lagi cepat. Lebarnya mengikut kesesuaian. Selalunya saya koyakkan kertas lebih kurang selebar 3.5cm. Pendek sangat pun tak boleh, susah nak lenturkan nanti. Panjang sangat pun tak boleh, nanti peluru tak tepat ke sasaran. Panjang kertas yang dikoyak selalunya saya koyakkan habis kertas A4 secara melintang.

IMG 6071 Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Kemudian, kertas yang dikoyak tadi digulungkan. Pastikan gulungan tu padat, tak nak ada rongga yang besar. Lagi padat lagi padu kuasanya icon biggrin Pengalaman Kena Denda di Sekolah

IMG 6072 Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Inilah bentuk peluru kita yang dah siap digulung dengan padat. Mula-mula main dulu biasanya lipat-lipat kertas je untuk jadikan peluru. Tak lama lepas tu timbul idea nak try buat peluru gulung pulak. Kuasa kepedihannya berkali ganda daripada peluru yang dilipat.

IMG 6073 Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Dah siap gulung peluru, sekarang kita lenturkannya pulak. Tekan kat tengah-tengah peluru kemudian tarik kedua-dua hujung peluru ke bawah macam dalam gambar kat atas.

IMG 6074 Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Bila peluru dah siap, apa lagi, kepitkan kat getah macam main lastik. Shooting betul-betul ke sasaran dan lepaskan. Sesape nak try buat macam Jackass bolehlah tahan tembakan dengan perut icon razz Pengalaman Kena Denda di Sekolah

IMG 6079 Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Ini close-up peluru kita. Tengah bahagian dalam, hampir tak ada rongga. Bermakna peluru ni padat dan kuasanya sangat kuat. Sekali tengok macam puntung rokok pulak. Tips kat sini, bukan ketebalan kertas yang menjadikan peluru ni sakit kalau kena, tapi bilangan gulung dalam peluru ni yang membezakan tahap kuasa pedihnya. Tak percaya? Boleh try icon wink Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Baru nak masuk cerita pengalaman kena denda di sekolah zaman budak-budak nakal dulu hehe.

Satu hari tu ada la satu masa cikgu tak masuk kelas. Saya pun mula la buat peluru getah ni. Lepas saya start, berjangkit semua pelajar lelaki main tembak-tembak. Cuma dua orang je yang tak main. Kebetulan takde getah kot hehe. Kalau yang belakang nak tembak yang depan sekali tapi kat tengah-tengah ada halangan, boleh gunakan siling untuk memantulkan peluru ke sasaran. Pendek kata segala strategi perang digunakan dalam permainan ni icon biggrin Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Bila semua dah main maka bertaburanlah peluru-peluru kat depan papan hitam. Kebetulan kelas seterusnya adalah kelas Matematik yang diajar oleh cikgu paling garang dalam kelas kitorang. Bila dia masuk, muka dia yang dah sedia garang tu bertukar menjadi garang kuasa dua. Dia tanya siapa yang main? Budak-budak perempuan pulak tak nak backup kitorang (tak logiklah kalau backup pun hehe), diorang cakap semua budak lelaki main. Cikgu tanya lagi siapa yang start dulu? Budak-budak lelaki ni tunjuk kat saya. Habislah saya kena denda paling teruk agaknya.

Disebabkan dulu saya terkenal dengan keskemaan di antara cikgu-cikgu sekolah, jadi saya tak didenda keseorangan. Semua yang main kena denda jalan itik sepanjang koridor dua tingkat sebanyak 3 pusingan. Habis denda tu tak boleh nak bangun, paha terasa sakit sangat. Terketar-ketar seluruh kaki bila berdiri. Ada la 3 hari macam tu. Tobat tak main lagi dah.

Itulah pengalaman kena denda di sekolah yang takkan mudah saya nak lupakan. Mula-mula rasa marah lepas kena denda tu. Biasalah budak-budak, fikir pun tak matang lagi. Tapi lama kelamaan barulah terfikir yang denda cikgu ni ada baiknya. Bukannya cikgu suka-suka nak denda, mesti ada sebabnya. Kesannya kita boleh nampak lepas tu yang selalunya kita tak perasan, kecuali kesan sakit kena denda icon razz Pengalaman Kena Denda di Sekolah Kena rotan dengan cubit tu pernah juga sebenarnya tapi biasa-biasa je sakitnya hehe.

Betullah kata orang, cikgu yang banyak denda kita ataupun cikgu yang paling garang adalah cikgu yang selalu kita kenang icon smile Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com dan PanduanTNX.com.
pixel Pengalaman Kena Denda di Sekolah

45 Comments

  • Sya memang paling tak pandai melastik. Memang fail. Peluru tu tak ke mana.
    Sya Isya´s last [type] ..PENGALAMAN KENA DENDA DI SEKOLAH

    [Reply]

    Amirez Reply:

    takpe, takde faedah pun main lastik ni hehe

    [Reply]

  • [...] Kutu – Pertandingan kena denda di Sekolah 18. Azura – Pengalaman kena denda di Sekolah 19. Amirez – Pengalaman kena denda di Sekolah 20. Akazuma – Pembaris kuning yang Jahat 21. Eiela – Pengalaman kena denda di Sekolah 22. [...]

  • [...] Kutu – Pertandingan kena denda di Sekolah 18. Azura – Pengalaman kena denda di Sekolah 19. Amirez – Pengalaman kena denda di Sekolah 20. Akazuma – Pembaris kuning yang Jahat 21. Eiela – Pengalaman kena denda di Sekolah 22. [...]

  • [...] Kutu – Pertandingan kena denda di Sekolah 18. Azura – Pengalaman kena denda di Sekolah 19. Amirez – Pengalaman kena denda di Sekolah 20. Akazuma – Pembaris kuning yang Jahat 21. Eiela – Pengalaman kena denda di Sekolah 22. [...]

  • hampir telupa dah permainan lastik gini .. budak pompuan xmain sgt … :p
    Ummi Hanie´s last [type] ..Giveaway tahun baru 2012 [Sticky]

    [Reply]

  • Masa sekolah menengah,pernah sekali kena denda pasal ustaz terbau bau rokok. tak pasal2 1 kelas pelajar lelaki berdiri sebelah kaki buat gaya kungfu burung jenjang sbb tak ada siapa yang nak mengaku,huhu
    alongv6´s last [type] ..Bye Bye alongv6.com

    [Reply]

    Amirez Reply:

    eh bro shaiful..lama tak nampak. selamat kembali ;)

    berapa lama kena buat gaya kungfu burung jenjang tu? boleh kebas sebelah kaki dibuatnya hehe

    [Reply]

  • penah jugak main peluru getah dgn kertas ni dulu heeee

    [Reply]

    Amirez Reply:

    ni mesti tembak pelajar lelaki senyap2 kan? hehe :P

    [Reply]

  • salam..
    menarik juga cara buat
    peluru tu..bolehlah di cuba
    lepas nih..he he
    zulkbo´s last [type] ..Di Bandar Leka Sekejap Pun Kereta Disambar Penyamun

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam zulkbo.

    bosan2 boleh tembak cicak hehe

    [Reply]

  • setiap orang masing-masing ada pengalaman denda kan dekat sekolah?
    aku jer kot takde. sebab jadi pengawas. hehehe :P
    hafidz´s last [type] ..Nuffnang Buffered Earning 5

    [Reply]

    Amirez Reply:

    kitorang dulu pengawas pun kena denda sekali hehe

    [Reply]

  • hahahaha…
    sapo tu adi..
    muhaimin ke…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    uiks..jangan disebut namanya hehe :P

    [Reply]

  • denda paling aku x dapat lupakan adalah kena buat kerja sekolah tepi longkang dan pelajar lain yang baru keluar kelas untuk rehat usha pelik je kat aku dan kawan2…
    Firdaus´s last [type] ..I Want Nokia Lumia 710

    [Reply]

    Amirez Reply:

    ouch. sebab tak siap kerja sekolah ke?

    [Reply]

  • aku dulu pun penah main masa sekolah..kena denda dgn cikgu pun ada..
    farhan´s last [type] ..BEN ASHAARI !!! Terima Kasih follow blog saya…Terharu!!!

    [Reply]

    Amirez Reply:

    pengalaman kena denda dengan cikgu tu pengalaman yang manis sebenarnya :)

    [Reply]

  • biase berdiri atas kerusi atau meja..haha
    arrizz´s last [type] ..Kenapa download movie lagi best daripada pergi panggung?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    itu wajib dilalui setiap student hehe

    [Reply]

  • Bab denda jalan itik saya pun pernah rasa. Bukan sebab nakal ;) tapi sebab dorm tak bersih.
    muhammad fakhruddin´s last [type] ..2012: Menanam Benih di Tangan Walau Esok Kiamat

    [Reply]

    Amirez Reply:

    kalau ramai2 kena takpe, kenang balik rasa seronok jugak. kalau sorang2 tu yg tak best nak ingat balik hehe

    [Reply]

  • tapi budak2 zaman skrang dah tak main lagi dah benda alah mcm mcm ni…..
    mmg seronok kalau pekenakan org dulu2 hahhaa
    Tuan Tanah´s last [type] ..Wordless Wednesday #4 – BSN

    [Reply]

    Amirez Reply:

    aih, fakta yang bercanggah dengan OhCikgu.com ni hehe

    [Reply]

  • ramai yang masih buat lagi sampai hari ini. benda seronok macam ni, takkanlah budak-budak tak nak buat plak..
    ohcikgu´s last [type] ..Video Jaringan gol dalam Liga Super 2012 pada 17 Januari 2012

    [Reply]

    Amirez Reply:

    owh ada lagi yang main ek. ingatkan budak2 sekarang ni main angry bird kat hp masing2 je hehe

    [Reply]

  • Ini kaki menembak jugak la ni ya. Nakal! Nakal! Memang patut kena denda pun… :)
    shraqs´s last [type] ..Teknologi Waterproof Untuk Smartphone

    [Reply]

    Amirez Reply:

    haha. rugi kalau tak nakal zaman sekolah :P hidup skema sangat tak best

    [Reply]

    adamfaiz Reply:

    Setuju sesangat!!! hehhee
    adamfaiz´s last [type] ..Syarikat Khairul Fahmi Che Mat Tak Berdaftar Dengan SSM

    [Reply]

  • ciktom pernah gak main peluru getah tue ms kecik2..
    ms kecik2 dl lasak..suka kawan dgn bdk laki..heee
    cik tom´s last [type] ..Mana Pihak Yang Benar? Anwar Ibrahim atau Saiful Bukhari?

    [Reply]

    Amirez Reply:

    kalau kita sekelas dulu mungkin cik tom pun kena denda jalan itik sepanjang koridor :P

    [Reply]

  • Peluru getah ini kalau kena memang perit bro ;-)
    akubiomed´s last [type] ..Teknologi Hijau ibarat Alah membeli, menang memakai

    [Reply]

    Amirez Reply:

    sebab tu ianya best kalau main hehe :P

    [Reply]

  • Aku pernah mian peluru getah ni
    Memang sakit n pedih
    Bahaya sangat kalau2 kena mata
    tehr´s last [type] ..Ikut Masa Atau Ikut Mata

    [Reply]

    Amirez Reply:

    Haha. Lebih kurang kena tembak dgn gobek. Bahaya sbnrnya main ni

    [Reply]

  • chii ada gak main peluru getah tu..cuma peluru chii kecik sket..so xde la sakit sgt org yg kena…

    kalo jadi baik sgt..x best kan..nnt xde apa2 yang nak dikenang bila dpt jumpa balik cikgu2 dan kengkawan lama..at least leh nampak perubahan kita dari dulu ngan skrg..ehehe
    chii´s last [type] ..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah

    [Reply]

    Amirez Reply:

    kitorang memang sengaja nak bagi orang sakit hehe :P

    a’a betul tu. kalau baik sangat nanti dah tamat sekolah takde kenangan sangat lak rasanya

    [Reply]

  • kena denda dgn cikgu, oh biasa lah tuh…

    kena denda dengan pengawas pernah ??!
    Aizan Fahri´s last [type] ..Okay, SPM Dah Habis, Aku Ada Tanda-Tanda Menyesal

    [Reply]

    Amirez Reply:

    dengan pengawas rasanya tak pernah. aku kan skema dulu haha :P

    [Reply]

  • aku ada main gak. sekali tertembak budak perempuan paling cantik dalam kelas. haha..sekali dia menangis. aku bagi dia aiskrim. terus dia suka. last-last..suka kat aku plak. dah satu hal aku dibenci oleh orang-orang yang suka budak pempuan tu..haha..

    nanti aku update artikel ni. jangan lupa..letak artikel ni kat komen aku tu. takut aku lupa..
    titan´s last [type] ..Komisen ke 10 dari 701panduan

    [Reply]

    Amirez Reply:

    oho..macam taktik nak tackle awek je hehe.
    rasanya dah letak url artikel ni kat komen tadi. nanti aku check balik

    [Reply]

  • cikgu mate memang garang kan…saya pun pernah kena seliang pembaris kat tangan sebab tak hafal sifir…dalam darjah 4 jugalah…ramai dah masuk pertandingan titan kali ni…seronok bila baca…
    azura´s last [type] ..‎1-800-88-2824 Toll free for rubbish problem in Selangor

    [Reply]

    Amirez Reply:

    saya pernah kena lastik kat telinga dengan getah tebal sebab tak dapat jawab sifir dalam masa 3 saat huhu

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

  • Mama Murai: ingatkan kipas kat atas...
  • Kimmy: Kipas haji eyh?
  • titan: tak faham. tak fahammm..
  • chii: topi yg mcm beret tu :-)
  • Mr.Sepet: wahh .. kipas2 .. jgn x...
  • tuan tanah: kena ada kalau selalu...
  • azura: kipas moden dah sekarang, lama...
  • azman: Yup mmg cuaca panas...
  • akubiomed: Ingatkan apa. Rupanya...
  • chii: chii ingtkan tadi topi..adeih

Pengomen Terhangat

8 comments
7 comments
6 comments
6 comments
5 comments
5 comments
5 comments
5 comments
5 comments
4 comments

Kategori

Arkib

BlogMalaysia.com