Anda di sini: Laman Utama » Uncategorized » Pengalaman Pertama Menggoreng Nasi

Pengalaman Pertama Menggoreng Nasi

by Amirez on August 30, 2009 · 25 comments

Eheh..ini kisah orang bujang yang duduk di rumah bujang. Tiada yang tidak bujang melainkan yang bujang² belaka. Sekadar berkongsi pengalaman pertama menggoreng nasi ala orang bujang. Berapa banyak bujang daa…

Pagi tadi awal betul aku bangun, 4:30 pagi. Ayam jantan pun belum celik mata lagi. Ini semangat nak masak sahur punya pasal. Semangat sebab apa…sebab ini pengalaman pertama aku menggoreng nasik haha. Bila lagi nak try. Kalau goreng nasik kat rumah mesti mak marah sebab nasik habis hangus. Kalau try kat rumah bujang, hangus² pun diorang makan lagi. Kitorang tak kisah macam Aiman, asalkan perut kenyang bersahur haha.

Sepatutnya lepas sahur tadi dah post entri ini. Tapi disebabkan Maxis Be***band (tak baik mencarut eheh) ni slow macam tuntung, tak dapat² nak masuk blog sendiri. Lepas bukak puasa barulah laju sikit. Ananda Krishnan puasa jugakah? Haha.

Mari mulakan cerita…

Pagi tadi aku sorang je yang dah bangun. Tiga orang kawan serumah tengah syok tidur. Lagi bagus, boleh buat eksperimen tanpa gangguan. Kata orang, nak pandai cepat mesti belajar daripada pengalaman. Jadi inilah dinamakan pengalaman.

Kuali dipanaskan, kemudian taruk minyak masak tak tau cap apa diorang beli. Potong bawah putih sikit, campak dalam kuali ala² chef gitu. Akibatnya, tangan kena percikan minyak huhu. Nasib baik tak melecur. Takpe, cari pengalaman.

Kacau² sket. Mak cakap semalam dalam telefon taruk air semasa menumis bawang, takut hangus. Aku pun taruklah air sikit. Asap berkepul² disertai dengan bunyi bingit si minyak. Lagi sekali kena percikan bunga api minyak masak tanpa nama huhu. Takpe, pengalaman. Nak pandai tangan mesti berbekas² kena percikan minyak dulu eheh.

Lepas tu masukkan perencah nasi goreng Adabi. Picit picit…laa…bukan perencah nasi goreng cina ni. Ini nasi goreng biasa punya perencah. Hentam sajalah. Dah beli nak buat macam mana. Ingat nak buat nasi goreng cina macam yang mak selalu buat. Lain kali la gamaknya.

Masuk je perencah dalam kuali, lagi bising bunyi dia. Kali ni dah tak kena percikan lagi dah. Awal² dah standby duduk jauh² haha. Selamat. Lepas tu kacau² sikit. Tak boleh lama², nanti hangus. Bawang putih dah hangus dah tu huhu.

Cepat² aku masukkan nasik yang dah dipanaskan sebelum tidur. Keras la pulak nasik tu. Rasanya dah lebihkan air sikit. Entah beras apa diorang beli ni. Selalu pakai beras Siam tak macam ni. Berketul² masuk dalam kuali. Satu keje pulak nak hancur-hancurkan nasik tu. Gaul² dengan bahan² tadi, ada la rupa macam nasik goreng sikit. Tengah sedap menggaul, teringat mak cakap masukkan garam kalau tak berapa masin. Tanpa merasa dulu, aku masukkan garam, sikit je.

Dah siap. Tak sampai pun 15 minit. Cuba rasa sikit…pheww…masin!! Rupanya perencah tu dah masin dah. Itulah tak dengar cakap mak sangat. Hati dah risau ni. Takkan diorang nak makan masin² camni. Fikir nak buang dah, tapi nanti diorang nak makan apa??

Ting! Baru teringat, telur lupa nak goreng tadi. Takpe. Goreng asing. Dua bijik telur dikacau sampai sebati dalam mangkuk. Kemudian dicurahkan ke dalam kuali. Kacau dengan rakus supaya telur tu hancur. Nampak special pulak telur yang aku buat, kuning macam keju. Bab goreng telur ni dah biasa dah eheh.

Masukkan sikit nasik yang dah siap tadi, gaulkan bersama telur hancur tu. Pastu angkat masuk pinggan. Siap. Try test rasa, kuranglah sikit rasa masin. Kira oraitlah untuk orang bujang. Kalau untuk mak mertua, confirm kena reject haha.

Empat pinggan dihidangkan. Kejut budak² tu bangun. Azam rasa dulu. Tanya dia, masin tak. Sedang molek katanya. Pelik, takkan tak masin? Lepas tu Juhey pulak diajukan soalan yang sama. Ok je kata dia. Ok, ok, tapi aku tengok banyak jugak dia letak sos cili. Nak cover masin la tu agaknya. Tengok diorang makan macam selera je. Nak jaga hati aku kot huhu. Tapi lepas makan rasa kenyang lain macam walaupun sikit je sepinggan. Kenapa ek?

Habis makan aku buat postmortem sendiri. Bawang hangus sebab api agak besar dan air tak berapa cukup. Minyak pun tak berapa cukup, tak padan dengan sukatan nasik. Takpe, pengalaman pertama. Lepas ni boleh cuba kat rumah pulak. Bising mak aku agaknya nanti haha.

Korang pandai goreng nasik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 25 comments… read them below or add one }

pengkritik November 7, 2010 at 7:45 pm

salam.syamsul menang pengarah terbaik.paling muda dalam sejarah perfileman.itu jer nak bgtahu yer.salam. =)

Reply

Amirez November 7, 2010 at 7:48 pm

tahniah buat syamsul :)
tapi macam silap entri je bagi komen ni hehe

Reply

nurulanis September 1, 2009 at 2:26 pm

ish2..ckp psl makanan lak neh :P
hm xpelah pengalaman pertama goreng nasi tue..lau tgn xmelecur, nasi xhangit, mana mungkin jadi pro kan?? hehe manela tau lps nie, dah xyah makan nasi goreng kt luar lg kan?? kt kuar bawak bekal hehe :P

tp psl bubuh air tue..jarang gak org bubuh..kecuali nk msk mee goreng ke behun ke taruk ah..tp ok gak.nt nak cube ah resepi ma tue hehe

Reply

Qider September 1, 2009 at 2:42 pm

kuar bwak bekal hurrmm..honestly pas kawen ni kalau travel jauh je (nak balik perlis @ kelantan) sure kena masak nasik bekal..sebab hubby mmg spesies suka home made food..
.-= Qider´s last blog ..Go! Go! Qider….. =-.

Reply

Amirez September 1, 2009 at 2:44 pm

bagus gak tu fie.
jimat belanja :)

Reply

Amirez September 1, 2009 at 2:43 pm

nampaknya jrg org taruk air nak goreng nasik.
maknanya..resipi ma memang uniklah..
patutlah lazat hehe

Reply

nzms_ein September 1, 2009 at 3:36 pm

kihkihkih….2 la…sy ckp kat mak pun, mak pelik…masak nasik goreng letak air…hehe…wahaha, mau buka restoren ke???nnt ein dtg mkn, jgn lupa bg diskaun tau..ngee
.-= nzms_ein´s last blog ..kerajinan =-.

Reply

Amirez September 1, 2009 at 3:47 pm

hehe..jgn silap paham pulak.
bukan masukkan air masa dah masukkan nasik.
ntah jadi apa ngan nasik tu nati hehe.
ma ckp, masukkan air masa menumis bawang..
takut bawang tu hangus. in case la kan…bg org mcm sy
yg 1st time goreng nasik. yg dh xpert rasanya boleh bajet dah
keadaan bawang tu :)

Reply

nzms_ein September 1, 2009 at 4:04 pm

hehehe…tau..sy baca entry awk…masuk kan air time tumis bawang…awk jaga api je..jgn guna api besar…2 je petua nye..klo dh masak nasi bubuh air, jwb nye jd bubur or sup nasi..hehe
.-= nzms_ein´s last blog ..kerajinan =-.

Amirez September 1, 2009 at 4:39 pm

buat bubur nasik orait juga hehe

qider @ fie yang comei September 1, 2009 at 1:10 pm

lawak2..aku pun sampai sekarang goreng nasi tak pernah puah hati,berminyak lah,nasi tak lerai la(yg macam ala2 kedai tu),takde rasa la (rasa macam dah dekat 5biji cili api aku letak tadi) sampai aku give up nak goreng dah.lagipun sbb yang kuat adik lelaki aku lagi pandai goreng nasi,nasi goreng dia sedap betul dan cantik je (lerai dgn elok)..jadi serahkan pada yg pakar la kan?

ritu try goreng bihun time hubby aku demam (aku goreng2 ni tak pandai,soh masak sambal ayam ke,daging black pepper ke,haaa pandai la,benda2 yg makan ngan nasik putih),sekali rasa cm okes2 aje (tak puas hati).balik dari beijing ritu,hubby aku goreng bihun,SEDAP GILE siot (ampeh sggh aku ni jadi isteri dia..haiihh).tu belum ceta ketam masak lemak cili api dia…mau aku bg sudip kat dia,pastu aku p mop lantai umah,lagi bagus..muahahahahah…

Reply

Amirez September 1, 2009 at 2:18 pm

wah terrernya hubby hg.
bleh jd inspirasi aku neh bab masak memasak.
aku masak² makanan berat tak berapa pandai.
lebih suka wat yg simple² terutamanya breakfast.
hamlet is my fav.
satu lagi aku pernah wat..roti perancis haha.
aku try buat masa darjah 6 dulu…arwah ayah aku ckp sedap :)

Reply

Qider September 1, 2009 at 2:48 pm

kalau ayah hg ckp sedap mmg sedap la tu..aku pun nak try makan,bila hg nak wat lagik?

bisik2 : wpun hubby aku pandai masak,dia tak byk songeh bab makan macam ayah mentua dia (ayah aku).kalau aku masak tak sedap (terlebih masin,tawar gile ke),dia takdela kata tak sedap,selalunya dia masakkan lauk yang sm di lain hari bg aku tgk (spt kes bihun grg tu)…pun macam ayah mentua dia jugak..seyes,mak ayah mentua dia sayang gila kat dia,tergugat aku weh..

hamlet tu apa?nak tny chef google lah..mcm penah dgr
.-= Qider´s last blog ..Go! Go! Qider….. =-.

Reply

Amirez September 1, 2009 at 2:58 pm

aku penah simpan impian nak bukak restoran hamlet :P
bila agaknya impian aku itu boleh tercapai ye…

baguslah hubby hg. menegur dgn cara mcm tu.
takde rasa sakit hati kan?
bertuah hg dpt hubby cam dia

Reply

nzms_ein September 1, 2009 at 4:31 am

bgn….bgn…sahur ni…pat masak..kang lapar
hehe…
cuba jgn x cuba..
slamat bersahur n berpuasa
.-= nzms_ein´s last blog ..kerajinan =-.

Reply

Amirez September 1, 2009 at 6:00 am

hehe..
sempat menghabiskan nasik sblm azan subuh.
mkn nasik lembik pagi2 ni..
kwn terlebih air. sikit lagi nak jd bubur haha

Reply

nzms_ein September 1, 2009 at 1:48 pm

hahaha….cian nye mkn nasi lembik…xpe2..nnt bg sukatan yg btl kat kwn 2 ye…
.-= nzms_ein´s last blog ..kerajinan =-.

Reply

nzms_ein August 31, 2009 at 8:54 pm

hehe…mana ade klas memasak…juz sharing is caring…
arini x memasak ker…
wat aym panggang…ikan panggang…
nnt sy nak rasa ye…
.-= nzms_ein´s last blog ..MERDEKA!!! =-.

Reply

Amirez September 1, 2009 at 2:33 am

hari ni masak…masak kat kedai :P
ayam panggang? teringin gak nak buat.
insyaAllah akan datang.

Reply

nzms_ein August 31, 2009 at 1:14 pm

x la awk….
x bubuh air pun x hangus
mula2, awk letak suma bahan yg awk nak masak
susun kat tempat yg senang awk nak capai
then bg api sederhana kecik
agak2 dh hangat, awk masuk kan suma bahan
insyaallah x hangus…
bila dh masuk kan nasi, besar kan ckit api 2
biar suma bahan serasi dgn nasi

*hehe..dh mcm buka klas memasak lak ein ni..hehe
.-= nzms_ein´s last blog ..MERDEKA!!! =-.

Reply

Amirez August 31, 2009 at 1:34 pm

oo camtu ke.
selalu tgk dlm rancangan memasak kat tv dia taruk air.
sy yg tak pandai kawal api ni kena beringat la kot sediakan air kat sblh hehe.
anyway..thx ein atas kelas memasak awk :)

Reply

Anarm August 31, 2009 at 12:56 am

aku dulu goreng nasik smpai hangit..
last2 x mkn.. bg kucing.. hahaha

Reply

Amirez August 31, 2009 at 12:38 pm

haha. takpe bro…
yg hangit tulah kenangan n pengalaman kita :)
mesti skang ni nasik goreng ko dah sedap kan

Reply

nzms_ein August 31, 2009 at 12:27 am

salam
wahaha…pndai nye dia masak nasi goreng
1st time sy baca or tahu masak ns goreng bubuh air
slalu sy wat x penah letak air
nak lagi sedap, pelbagai kan bahan
klo pndai, campur kan perasa yg berlainan
nasi goreng la masakan plg simple n senang
slamat bereksperiment lg ye…
.-= nzms_ein´s last blog ..MERDEKA!!! =-.

Reply

Amirez August 31, 2009 at 12:36 pm

ikut pesan mak. kang hangus dgn nasik2 tu kasi tikus jelah makan haha.
nak masukkan jagung dengan kacang peas tp takde kat kedai runcit. malas nak pegi giant dh lewat malam

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: