Pengalaman Pertama Teman Isteri Bersalin

Suami isteri mana yang tidak rasa gembira bila anak yang dikandung selama sembilan bulan telah selamat dilahirkan ke dunia. Perasaan aku dan isteri pada 14 November lepas yang ada hanyalah rasa bersyukur dan lega, lebih-lebih lagi isteri aku yang begitu susah payah untuk push baby perempuan seberat 2.8 Kg. Biasalah baru first time melahirkan anak. Nak push pun tak tahu cara yang betul walaupun buku ibu mengandung dah habis khatam, kelas antenatal pun dah pergi, tapi bila sampai saat dimasukkan ke labour room memang dah tak ingat apa dah hehe. Harapkan doktor dengan nurse je yang bagi arahan waktu bila nak push. Memang mendebarkan.

Entri ini diterbitkan untuk menunaikan janji kepada kawan isteri aku yang minta aku ceritakan detik-detik ketika berada dalam labour room dengan isteri dari perspektif seorang suami. Katanya suami dia takut nak masuk dalam labour room. Aku faham sesangat, mesti dia takut dengan darah sebab aku pun pada mulanya macam tu juga. Tapi aku kuatkan semangat untuk berada di sisi isteri sebagai penguat semangat untuk dia lahirkan anak kami. Aku percaya semua wanita nakkan suaminya ada sekali dalam labour room ketika bersalin, tapi kebanyakan si suami memang tak berani nak masuk hehe. Segagah-gagah lelaki pun ada part yang tak boleh lawan perempuan hehe. Nasib baiklah lelaki ni tak period haha.

Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak bagitau yang aku pernah pitam masa tengah BBQ dengan family isteri kat Dungun beberapa bulan lepas disebabkan darah yang menitik dari kulit ibu jari kaki kiri yang terkoyak. Aku tak tengok pun darah tu sebab aku memang mabuk darah tapi ini first time aku pitam. Masa adik ipar tengah balut tu aku tiba-tiba pengsan dengan tangan terketar-ketar kata orang. Sedar-sedar dah kat ruang tamu. Badan rasa lemah sangat selama dua hari sampaikan nak cakap pun tak larat. Atas sebab kejadian tu la pada mulanya aku tak berani nak masuk labour room, takut nanti masa doktor tengah sibuk nak sambut baby, aku pula yang pengsan kat sebelah hehe. Tapi sebagai suami kita kena kuatkan semangat untuk lawan perasaan takut darah tu demi isteri kita yang tersayang.

Pengalaman di Labour Room

Kalau takut darah, jangan tengok! Apa yang perlu kita buat sebagai suami hanyalah beri kata-kata semangat kat telinga isteri. Kita kena ingat isteri kita tengah bertarung nyawa untuk lahirkan zuriat kita. Masa aku kat labour room aku cuma berdoa agar isteri dan anak aku selamat.

Bacakan doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun iaitu surah al-Anbiya’ ayat 87 berkali-kali kat telinga isteri. Dalam labour room hari tu ada ustazah sekali. Dia pun tak henti-henti bacakan doa ni. Doanya berbunyi:

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Nun

Ada lagi doa-doa lain tapi bagi aku doa Nabi Yunus ni paling senang nak hafal. Lagipun dah biasa dengar kan, jadi sekali baca je dah boleh ingat. Nak baca ayat Kursi pun boleh. Bacalah apa-apa pun yang korang ingat, yang penting kita mohon kepada Allah supaya segalanya dipermudahkan.

Masa Isteri Tengah Push

Masa ni kita dapat tengok raut wajah isteri yang sangat menakutkan. Isteri marah kita pun tak segerun ni hehe. Selalunya orang lelaki akan cakap nak push tu macam sembelit je tapi hakikatnya lebih daripada tu tuan-tuan. Ada suami yang kata tenaga isteri masa nak push sangat luar biasa kuatnya bila si isteri pegang tangan si suami. Silap-silap boleh lebam sehari dua, jangan main-main.

Masa ni aku cuma pangku kepala isteri dengan lengan seperti yang doktor arahkan. Kemudian aku dekatkan mulut aku ke telinganya untuk bagi arahan yang sama macam doktor bagi. Masa ni dia dah tak dengar apa dah kecuali suara aku sendiri yang paling dekat dengan telinganya. Push cuma tiga kali lepas tu rehat kejap sambil tarik nafas perlahan-lahan. Bila dia dah rasa sakit balik baru tarik nafas dalam-dalam lepas tu push sekuat hati dengan nafas yang panjang. Kalau nafas tersangkut-sangkut nanti baby tu akan termasuk balik dalam rahim. Kalau nak sambung nafas pun kena cepat-cepat tarik nafas lepas tu cepat-cepat push. Kita yang kat sebelah isteri ni kena main peranan penting masa ni.

Bila Anak Dah Lahir…

Bila anak dah lahir selalunya kita akan terbayang yang baby tu habis dilumuri darah tapi daripada apa yang aku tengok tak pula macam tu. Dalam takut-takut darah pun kepala rasa macam automatik je nak tengok baby yang baru lahir hehe. Biasalah naluri seorang ayah. Aku tengok warnanya putih kebiruan. Nak kata macam kena getah pun ada juga. Masa tu baby tak menangis lagi. Bila dia dibersihkan barulah start menangis. Menangis pun sebab ada wayar masuk dalam hidung untuk sedut semua bendalir (air ketuban kot) yang mungkin boleh lemaskan baby kalau lambat. Entahlah, aku main fikir je. Tak tanya pula nurse tu hehe. Jadi tak perlulah takut tengok baby. Kalau betul takut darah pun rasanya takut tu boleh hilang bila kita tengok baby kita selamat dilahirkan. Semuanya mind set je ;)

Masa ni juga kita dapat lihat wajah isteri kita sangatlah jernih lagi suci sebab anak yang dilahirkan tu adalah penghapus segala dosa si ibu. Kelebihan tak ternilai yang Allah berikan kepada para isteri.

Kesimpulan

Kepada para suami, tak perlulah rasa takut sangat masa dalam labour room. Kalau takut terbayang darah yang banyak pun cuba lupakan dengan bacaan doa-doa yang boleh memudahkan isteri untuk bersalin. Kalau korang jenis yang mudah gabra, baca doa penenang diri dulu. Nanti gabra masa isteri tengah meneran buat susah doktor je hehe. Tapi kalau betul-betul tak boleh nak menghadapi situasi ni depan mata, tunggu kat luar adalah lebih baik. Doa banyak-banyak mudah-mudahan isteri dan anak dua-duanya selamat.

Sejak peristiwa dalam labour room hari tu rasanya aku dah tak mabuk darah sangat dah kot. Korang yang pernah alami situasi sama pun mungkin dah rasa macam apa yang aku rasa sekarang ni. Tengok pad isteri yang penuh darah setiap kali nak ke toilet dah tak rasa pening-pening dah. Mungkin perasaan takutkan darah tu dah bertukar berani. Rasanya bukan mungkin, dah memang ya hehe.

Kepada yang bakal menimang cahaya mata, aku doakan semuanya dipermudahkan dan selamat kedua-duanya. Tak lupa ucapan tahniah kepada AkuBiomed yang baru saja dikurniakan anak lelaki pada 8 November lepas. Boleh jadi kawan puteri aku nanti ni hehe. Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu bapa ;)

p/s: Siapa-siapa yang ada pengalaman dalam labour room bolehlah kongsikan bersama :)

36 thoughts on “Pengalaman Pertama Teman Isteri Bersalin

  1. dlm 5 org ank , seorg je suami sy sempat temnakan .. yg lain tu sbb xleh masuk ,xsempat dan kena jaga anak2 yg lain … apapun,pengalamn bersalin ni mmg superb lah … tak terkata leganya bile bby dah slmt kluar .. alhmdllh

    oh,tahniah ye dpt puteri … ank sulung la ni ye ?

  2. lepas baca pengalaman bro nie, aku rasa time isteri aku nak beranak nanti, aku nak ikut masok kat labor room..bagi semangat kat isteri..aku percaya, si isteri sangat perlukan si suami berada disisinya ketika itu..kesian lak kalau biar isteri bertarung nyawa sorang2..
    Entri Terbaru arrizz » Page Kami benci Orang Sabah!

    • betul tu. kalau takut darah, kita sebagai suami kena lupakan dulu pasal tu. kena fikirkan isteri kita, sebab itu antara hidup dan mati dirinya. sgt besar cabaran seorang isteri.

      lepas baby selamat dilahirkan, barulah kita rasa macam nak berterima kasih banyak2 kat isteri lepas tgk dia bersusah payah nak lahirkan baby kita

    • owh ye ke. itulah..ada sesetengah hospital tak benarkan sape2 masuk. ada pro n kontranya tapi rasanya lebih baik benarkan suami masuk kan

  3. Pingback: IMCurtain.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge