Penyakit Kepada Blogger
Dah seminggu tak update blog ni selain entri kontot 2 hari lepas. Bagi yang selalu ikut perkembangan entri di blog yang makin jauh menyimpang dari landasan asal ni mesti tau ke mana aku pergi selama seminggu lepas.
Dalam awal seminggu lepas, ada cerita pendek yang nak aku kongsikan dengan korang. Nantilah aku cerita lepas aku ‘bercuti’ dari blogging 5 hari start Jumaat ni. Kena pergi Johor pulak untuk 3 hari kat Kukup Golf Resort, Pontian. Habis kat sana terus ke Dahimah Guess House pulok di Gannu Kite untuk 2 hari. Berjalan je koje. Kata bos dah beli Serena sebijik, second-hand je tapi ok lagi. Oraitlah kalau Serena. Takkan nak bawak Vanette buruk pergi Johor. Sampai kat Pontian tengok² ekzos tertinggal kat tol Sungai Besi haha. Naza Ria silver masuk workshop kena tukar enjin. Habis RM 15k dengar kata, gile ah ding dong. Naza Ria hitam buat masa ni masih dalam kondisi yang baik, cuma banyak anak lipas merayau².
Owh, menyimpang pulak aku. Ok. Balik dari Putrajaya Khamis lepas aku terus balik kampung kat Kelantan naik bas Transnational. Berpusing² otak aku, punya laju driver tu bawak. Bertolak pukul 9:30 malam dari Greenwood, pukul 4:30 pagi dah sampai Machang. Machang ke Ketereh pulak taklah jauh, dekat jah lebih kurang 15 minit kalau takde kereta menyesakkan jalan. Sampai rumah dalam pukul 5 pagi, terus tidur kat sofa ruang tamu. Uiks, menyimpang lagi. Ok mari kita ke topik sebetulnya.
Sebenarnya aku jatuh sakit sejak balik semula ke KL pada hari Ahad lepas. Sakit ni berpunca daripada outstation tanpa henti aku minggu lepas ke utara Semenanjung Malaysia. Sakit itu dinamakan lemau. Bukan limau. Lemau, atau istilah aku masuk angin. Sebenarnya aku baru je tau perkataan ‘lemau’ ni awal tahun lepas eheh. Kat UTHM lagi masa tu. Haih, nak menyimpang lagi la neh. Ok ok.
Aku kini lemau untuk menulis blog. Kata orang, passion untuk blogging dah kureng. Idea² pun tak berapa nak keluar sekarang ni. Kerja ofis pulak kalau nak diikutkan bertimbun² tapi aku buat cara aku supaya tak stress dengan kerja. Macam aku pulak bos haha. At least berprogram ke Pontian nanti boleh release sikit stress di pejabat. Paling best, kat Dungun nanti ada 1 hari cuma duduk rileks je sebelum majlis penutup. Syoknye, bleh melayan bayu pantai. Bawak tunang best juga hoho.
Aku perasan dalam seminggu ni emosi untuk menulis blog juga kureng. Mungkin kesan daripada sakit yang menyerang balik kepala aku neh. Ingat rambut pendek ala² Mark Dacascos kepala jadi makin ringan. Nampaknya kena buat style Stone Cold pulak kot. Ish, nak mula merapu la ni nampaknya.
Rasa nak menyepi kejaplah daripada menulis blog neh. Rasa nak baca blog² kawan je dulu cari passion balik. Nak tengok berapa lama aku boleh ‘berehat’ daripada blogging haha.
Tadi sempat baca Adat Bersalaman kat blog Menteil. Baru aku perasan akan sikap aku yang selama ni mungkin disalahtafsirkan oleh orang kampung terutama pada majlis kesyukuran atau majlis tahlil. Langsung tiada niat untuk tidak bersalam dengan orang yang datang lebih awal, bukan juga bererti aku menyombongkan diri dengan orang kampung. Tapi disebabkan salam itu tidak aku jadikannya sebagai satu adat, maka aku amat jarang untuk bersalam.
InsyaAllah dengan kesedaran yang diberikan Menteil dalam blognya akan jadikan aku seorang yang murah dengan salam.
Thanks Menteil.







March 26th, 2009 at 10:31 am
salam…
1st of all, thanks for ur comment in my blog…skarang keja apa ye?…hehe
neway, panjang je entri ko…hahaha…take a good rest bro
HuRuL_AiNIs last blog post..Jawapan – It’s not cool
March 26th, 2009 at 11:20 am
keje berbakti kepada masyarakat yg memerlukan
haha..termelalut panjang pulak
March 27th, 2009 at 2:43 pm
huhu.. tak sangka pulak boleh menyedarkan orang..
March 27th, 2009 at 5:17 pm
salam
adi dah tunag eh..xtau pon
so bile majlis?
March 27th, 2009 at 6:18 pm
wahhhh tak lama lagi akan berSALAM ngan tuk kadi ehh… tu dari skang jumpa kawan2 hulur salam henjut2 sekali ye…
April 1st, 2009 at 9:07 am
thanks menteil
April 1st, 2009 at 9:11 am
baru perasan terkantoi tunang
igt nak sorok sampai majlis kawen nati. dakpelah.
majlisnye lum ditetapkan lagi.
insyaAllah akan diusahakan tahun ni gok
April 1st, 2009 at 9:11 am
kena byk berlatih bersalam neh haha