Perbezaan Samsung Galaxy S3 Dengan Galaxy S2

Samsung Galaxy S3

Hari ini pihak Samsung telah melancarkan telefon pintar yang dinanti ramai iaitu Samsung Galaxy S3 secara rasminya. Penjualan Samsung Galaxy S3 akan dimulakan di negara-negara Eropah pada penghujung bulan ini sebelum ia memasuki pasaran Asia. Berkemungkinan Galaxy S3 akan dipasarkan di Malaysia sekitar bulan Jun atau Julai. Peminat peranti Samsung mesti tak sabar nak dapatkannya nanti.

Perbezaan Antara Samsung Galaxy S3 dan Galaxy S2

Peningkatan Ciri-Ciri Sedia Ada

Selain daripada saiz Samsung Galaxy S3 yang 0.5 inci lebih besar daripada Galaxy S2, Galaxy S3 didatangkan dengan beberapa peningkatan lain seperti dalam jadual di bawah menjadikannya antara telefon pintar yang hebat berbanding yang lain.

 
Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S2
Saiz skrin4.8" HD Super AMOLED4.3" WVGA SUPER AMOLED Plus
OSAndroid Platform 4.0 (Ice Cream Sandwich)Android Platform 2.3 (Gingerbread)
RAM1 GB1 GB
Processor1.4 GHz Quad-Core1.2 GHz Dual-Core
Kamera Belakang8 Megapixel8 Megapixel
Kamera Depan1.9 Megapixel2 Megapixel
Bateri2100mAh1650mAh

Selain daripada itu, Samsung Galaxy S3 juga didatangkan dengan beberapa fungsi pintar baru yang tidak terdapat pada Samsung Galaxy S2. Dengan fungsi pintar tambahan ini menjadikan Galaxy S3 sebuah peranti Android yang berbeza dan unik berbanding pencabarnya.

Smart Stay

Dengan fungsi Smart Stay, skrin telefon pintar S3 ini akan kekal dalam keadaan cerah selagi mana mata pengguna memandang ke arah skrin secara tepat. Satu ciri yang sangat pintar, seolah-olah Samsung Galaxy S3 ini ‘hidup’ dan ‘berakal’.

Samsung Galaxy S3 Smart Stay

Direct Call

Dalam Samsung Galaxy S2 pengguna perlu swap ke kanan pada SMS pengirim jika ingin membuat panggilan telefon kepadanya. Ciri ini dipertingkatkan lagi dalam Galaxy S3 di mana pengguna hanya perlu merapatkan telefon ke telinga semasa paparan SMS pengirim dibuka dan ia akan buat panggilan kepada pengirim tersebut secara automatik.

S Voice

Galaxy S3 kini ditambahbaik dengan fungsi S Voice di mana pengguna boleh memberi arahan kepada peranti dengan hanya menggunakan suara. Ianya boleh memberi maklumbalas kepada suara pengguna termasuk arahan mengambil gambar. Alangkah seronoknya jika ciri ini juga terdapat dalam arahan Bahasa Malaysia.

64GB Storage

Keupayaan menyimpan data bagi Samsung Galaxy S3 adalah sehingga 64GB berbanding Galaxy S2 yang hanya 32GB secara maksimum. Seperti juga komputer, dengan kelajuan processor yang dipertingkatkan ianya seiring dengan keupayaannya untuk mempunyai ruang storan yang lebih besar supaya kelajuan peranti ini tidak terganggu.

Buat masa ini harga belum lagi diketahui. Tunggu saja bila Samsung Galaxy S3 ini menembusi pasaran Malaysia nanti. Dijangkakan ia juga akan mencapai jualan yang mengagumkan sebagaimana sambutan terhadap Samsung Galaxy S2 sebelum ini.

Secara jujurnya saya lebih suka design Samsung Galaxy S2 yang nampak lebih bersegi berbanding Galaxy S3 yang kelihatan lebih bulat menjadikannya kurang elegan dari segi rupa bentuknya.

Kredit: Amanz.my

24 thoughts on “Perbezaan Samsung Galaxy S3 Dengan Galaxy S2

  1. kaler merah pun cantik jg hehehehehehe…sgt berpuas hati la…..before ni guna iphone 4 tu ok tp tu la susah nak download huhuhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge