Jul 16, 2010

Perodua Myvi LE Merah Jambu

  • Share
  • Share

myvilebrochure2 Perodua Myvi LE Merah Jambu

Ramai yang duk cerita pasal kereta Myvi baru ni lagi-lagi yang berwarna merah jambu. Apa?? Merah jambu?? Haha. Sebut merah jambu atau pink mesti orang laki tak berapa suka. Tapi itu mungkin dulu. Zaman skang ni aku rasa ramai dah lelaki yang boleh masuk dengan kaler pink. Dulu mungkin, mana-mana lelaki yang suka pink mesti orang cakap lembut, atau kasar sket pondan. Jangan marah ek huhu.

Dunia berputar, zaman mula berubah. Tak lama lepas tu lelaki yang suka pink ni biasanya dipanggil jambu. Ada jugak yang klasifikasikan lelaki jambu ni mengikut muka putih bersih baby face macam kawan aku Adam hehe. Tambah pulak dia kerja kedai bunga mak dia, bertambahlah jambu si Adam tu. Ada mana-mana aweks nak berkenalan dengan dia tak? Rasanya dia solo lagi. Aku ingat lagi masa belajar kat U dulu, cuma aku dengan Adam je yang masih lagi solo ambik kursus pra-perkahwinan. Masa tu aku Tahun 2, Adam lak Tahun 3. Duduk sebelah Adam, aku pun tumpang jambu sekali haha.

Ok sambung pasal Myvi Pink ni. Perodua baru je lancarkan satu lagi ahli baru dalam keluarga Myvi pada 7 Julai 2010 lepas yang diberi nama Myvi Limited Edition (LE). Ada gak yang cakap LE tu stand for Lazy Engineer hehe. Mana taknya, dah berlambak Myvi kat Malaysia ni. Lepas tu keluarkan Myvi model baru tapi sikit je beza. Kalau SE tu bolehlah diterima. Sebelum ni keluar Myvi EE yang dalam macam Myvi SE tapi luar macam Myvi Ezi. EE bermaksud Exclusive Edition. Sebenarnya ni teknik marketing syarikat automotif untuk tingkatkan penjualan kenderaan diorang. Upgrade/downgrade sikit-sikit daripada model sebelumnya tu biasa.

Ada tiga warna untuk Myvi LE, Ivory White, Ebony Black dan warna baru Dazzling Red yang orang kata warna pink macam dalam gambar kat atas. Tapi sebenarnya taklah pink sangat, macam namanya, Dazzling Red – Merah Menyilau. Dalam gambar promo nampak pink tapi sebenarnya macam gambar kat bawah ni..

dsc08450770 Perodua Myvi LE Merah Jambu

Boleh tahan gak warna ni. Nampak agak feminin. Gambar kredit kepada Paultan. Aku lagi suka Myvi SE putih. Kat bawah ni barulah dikatakan Myvi Merah Jambu hehe.

myvi Perodua Myvi LE Merah Jambu

p/s: ada baju kemeja pink icon biggrin Perodua Myvi LE Merah Jambu

pixel Perodua Myvi LE Merah Jambu

6 Comments

  • cun …. beli kat GF

    [Reply]

  • 6 tahun dah minat kereta?
    maybe cikgu bleh fikirkan something utk anak cikgu bila dah meningkat remaja nati :)

    [Reply]

  • sya bru tgk kat perodua service… mmg cntik ank sya yg 6thn berkenan sgat… dia ingat murah agaknye… sya cdagkan belila… berbaloi baloi…
    ckgyus´s last [type] ..HARGA MINYAK NAIK-BIODISC JIMAT MINYAK

    [Reply]

  • bg sy warna dazzling red tak menyerlah mana kalau nak compare ngan SE putih. SE putih lagi nampak hebat n cun :)
    baik ambik SE putih ein hehe. pendapat sy je

    [Reply]

  • agak2 nye la kan…lawa x warna dizzling red tu…dalam kepala masih lagi berfikir nak bli myvi yang mana…hati suruh ambk SE putih…tp mata terbekenan kat dazling red…huuiisshh..duit pun x ckup lg…ekeke

    [Reply]

  • New Perodua Myvi Limited Edition…

    Ramai yang duk cerita pasal kereta Myvi baru ni lagi-lagi yang berwarna merah jambu. Apa?? Merah jambu?? Haha. Sebut merah jambu atau pink mesti orang laki…

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks