Punca Kenapa Muslim Murtad
Isu ni dah lama aku nak kongsikan dengan sesiapa yang betul mengambil berat denga agama Islam, tak kiralah Muslim ataupun non-Muslim. Non-Muslim pun ada yang tahu tentang agama Islam dari segi hukum dan penghayatan. Tak malukah wahai orang Islam yang hanya sekadar Muslim pada nama di kad pengenalan biru? Bangkitlah daripada duniawi yang melalaikan.
Tadi aku melawat Khai sekejap, tertarik juga dengan topik yang dia bangkitkan tentang blog² yang menghina Islam seperti ini dan ini. Aku rasa masih banyak blog² di luar sana yang cuba mengundang kekeliruan umat Islam yang cetek pengetahuan agama dan lemah imannya. Ini sungguh bahaya. Mereka pandai membangkitkan persoalan dalam ayat² suci al-Quran yang mereka tafsirkan sendiri dengan ilmu mereka yang jahil lagi bodoh.
Contohnya seperti di blog ini, penulis cuba merungkai persoalan tentang Islam yang dia cuma melihat melalui pandangan akalnya yang cetek. Tidak bertanya kepada mereka yang lebih arif untuk mendapatkan jawapan, sebaliknya membiarkan persoalan terus bersawang di kepala. Seperti belajar al-Quran secara sendirian, ibarat dia bergurukan syaitan. Dan syaitan itu tugasnya menyesatkan.
Pandangan akal selalu tersalah – al-Quran
Apa akan terjadi kepada mereka yang lemah pegangan agamanya apabila membaca artikel² di blog sedemikian? Semestinya mereka akan mula berfikir lalu mengiyakan apa yang diragui penulis blog berkenaan. Aku teringat artikel² Astora Jabat di Utusan Malaysia beberapa tahun dahulu. Membacanya memang menarik, tetapi mengundang persoalan dan keraguan dengan agama yang dianuti sejak lahir. Mana taknya, ayat al-Quran yang penuh ditafsirkan separuh. Sifat manusia pula suka mengambil jalan yang mudah dan singkat. Kata² seorang yang tiada pengetahuan agama yang mendalam diterimanya bulat² dengan penuh yakin apabila diberitahu hujahnya tentang sesuatu hukum berdasarkan logik akal dungunya. Lama kelamaan, keluar tv memohon untuk membuang status Islam di MyKad. Kerana apa? Kerana apa yang dipelajarinya dahulu kini bercanggah dan makin keliru. Kasihan.
Beberapa tahun dulu, kecoh apabila ada sekumpulan remaja yang bertindak membakar al-Quran dan berzina di atas timbunan cebisan² al-Quran yang dikoyak-koyakkan. Pada pandangan aku, mereka yang bodoh alang itu terlalu tertekan dengan Islam. Nak minum arak tak boleh, nak berzina tak boleh, nak pegang tangan bukan muhrim yang berlainan jantina pun tak boleh, tengok CD lucah pun tak boleh, macam² keseronokan disekat. Lalu dirinya memberontak, dibakarnya kitab suci al-Quran, diukirnya tatu salib terbalik di lengan, Allah yang menciptanya diketepikan, lalu dia beralih bertuhankan syaitan. Na’uzubillah min zalik. Semoga mereka yang murtad ini bertaubat nasuha hendaknya.
Kalau nak dibincangkan tentang hal ini memang panjang. Aku sendiri risau kalau² tersilap cakap, makin keliru pula orang yang membaca. Lebih baik aku berhenti setakat ini. Sebab dah pukul 10 malam ni wei, tapi aku kat ofis lagi huhu. Pukul 9 tadi baru siap kerja untuk esok. Itupun tak sepenuhnya sebab barang yang nak diguna tak tahu mana diorang letak. Esok aku akan berada di SM Teknik Kuala Selangor selama 3 hari. Sepatutnya Masjid Wilayah Persekutuan, tapi aku ditukarkan ke sana pula. Seram jugak kat ofis ni huhu.
Akhir kata, renung²kan.
12 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






“Punca Kenapa Muslim Murtad” Saya terpanggil untuk respond kerana bahasa yang diguna penulis sangat menarik :- (akalnya yang cetek, mereka yang bodoh alang, minum arak tak boleh, nak berzina tak boleh, nak pegang tangan bukan muhrim yang berlainan jantina pun tak boleh, tengok CD lucah pun tak boleh, macam² keseronokan disekat. Lalu dirinya memberontak, dibakarnya kitab suci al-Quran, diukirnya tatu salib terbalik di lengan, Allah yang menciptanya diketepikan, lalu dia beralih bertuhankan syaitan) saya percaya penulis ini orang yang dalam pengetauan agamanya dan sangat murni serta sempurna hidupnya. Dia tahu dan pasti bahawa mereka murtad kerana nak berzina, minum arak, menonton tv lucah dsg. Apakah dia kata mengenai mereka yang merogol anak sendiri, buang anak, bunuh bayi juga murtad. Saya respect penulis ini kerana pengetahuan agamanya sangat mendalam. Salam 1 Malaysia.
[Reply]
Amirez Reply:
March 15th, 2011 at 12:37 pm
salam saudara/i. saya hanya memetik kata2 seorang ustaz dalam isu ni, ubah sikit2 mengikut citarasa saya.
key point dlm artikel ni cuma satu.. “memberontak”. tak semestinya nak buat perkara2 dosa tu yg menyebabkan org akan murtad. itu sekadar contoh. saya sendiri pun bukanlah sempurna hidup. byk kesilapan yg dibuat..kadang2 kita alpa.
saya akui artikel saya ni banyak kurang point. sekadar meluahkan pendapat pada masa tu
[Reply]
Delaila Yusoff Reply:
November 6th, 2011 at 6:23 am
Assalaualaikum. Sedih memang sedih kerana ramai orang lahir Islam tapi kemudian murtad. Pada pendapat saya, byk sebab:
1. Kurang penghayatan dalam agama.Pandai baca quran tapi tidak cuba memahami isi kandungannya.
2. Sistem pendidikan keluarga yang tertutup di mana anak-anak tidak dibenarkan bercakap dan bertanya segala kemusykilannya dalam hal2 agama. Sudah sampai masanya anak-anak diajar berfikiran kritis dan kritikal, bukan hanya diajar untuk mendengar dengan patuh sehingga apabila mereka bergaul dengan kawan2 mereka juga hanya pandai mendengar tapi tidak mahir berhujah.
3. Ibubapa tidak mempunyai “parenting skills”. Cara mendidik anak masih spt zaman dahulu sedangkan anak2 bebas mendapat maklumat benar dan salah melaui media lain dan drp kawan2 yang berbagai bangsa dan agama.
4. Tidak ada penguatkuasaan undang2 & perlembagaan. Bukankah (kalau tidak silap)peruntukan undang2 – orang bukan Islan tidak dibenarkan berdakwah kepada orang Islam? Kenapa tidak ada sebarang tindakan mencegah perkara ini?
5. Kurang usaha dakwah. Kita orang Islam sangat berkira dalam menjalan usaha2 dakwah. Walhal pertubuhan2 agama lain sangat pemurah, mereka sanggup membayar mahal utk orang yang bekerja menyebarkan dakyah mereka dan sangat pemurah kepada mereka yang ingin berjinak2 apatah lagi yang masuk agama mereka.
6. Banyak sebab lain lagi.. tak termuat dalam ruangan ini. Maaf.. ini hanya pendapat peribadi saya yang dangkal ilmu..berdasarkan pengalaman sebagai seorang bekas “musyrik”. Nauzubilah..saya takut untk mengenangnya kembali..
[Reply]
Amirez Reply:
November 22nd, 2011 at 6:03 am
terima kasih delaila sebab sudi berkongsi. betul kesemuanya tu. pendidikan agama yg terbaik adalah bermula dari rumah sendiri.
yg lama biarlah berlalu, jadikan pengajaran. Allah Maha Pengampun. kita beruntung andai kata tersedar drp kesilapan dulu. yg lebih ditakutkan adalah syirik dlm tak sengaja dan juga fasik. nauzubillah
salam…ana di sini hndak memnta tlong dikalangan antum semua,,sesiapa yg ada cadangan utk ana lkukn survey ana terhdap mereka2 yg murtad ini…ataupn bleh tau dimana ana bleh dptkn mereka ini…survey ini ana baru shaja ditugaskan oleh lecturer ana..harap antum smua dpt mmbantu ana…salam….
[Reply]
hello…
thanx 4 sharing…
[Reply]
sama2 khai
[Reply]
yg psl blog cuba kelirukan umat Islam tu puncanya
[Reply]
serious.. aku sedih beb…. thanks.. entri ko ni sedikit membuka mata mereka2 tu
[Reply]
eh mana puncanya? ini baru pengenalan wei..
(aku bukan bergurau, serius neh)
[Reply]
u’re welcome hunny.
thx for trackbacking to my post
really appreciate it
[Reply]
salam.
hm..susah jugak tu.
org yg murtad ni hanya lina joy je yg brani ngaku eheh. mungkin kita bleh sama2 fikirkan insyaAllah.
p/s: antum = anda semua. rasanya cukup sekadar guna ‘antum’ daripada ‘antum semua’. setakat yg sy fahamlah
[Reply]