Panduan Pengurusan Kewangan

Rakyat Kelantan Merempat di Negeri Orang

kelantan dihina

Sejak aku mula bekerja di KL ni, kadang² terasa seperti berada di Kelantan pula. Pergi je mana² mesti terdengar orang bercakap dalam dialek Kelantan. Diorang bercakap dengan nada bersungguh dan megah, seolah² berada di negeri sendiri. Gelak tawa jarang tidak kedengaran bila Kelantanese mula berborak. Itulah orang Kelantan, satu bangsa yang cukup ramah, kadang² terlebih pula.

Aku bermastautin di Batu Pahat hampir 5 tahun, pun selalu terjumpa warga Kelantan berniaga kedai makan di sana. Selalunya, kedai makan Kelantan menjadi pilihan. Dan selalunya juga, mereka adalah orang Pattani sebenarnya, bukan orang yang dilahirkan di Kota Bharu, Machang, Pasir Mas dan lagi dan lagi. Mereka lebih dikenali dengan panggilan Siam Pattani.

Ok. Ini kesinambungan daripada amirez.com/emosi/di-mana-ada-kelantanese-di-situ.html”>entri 4 hari yang lalu. Sama ada aku menyokong atau tidak, terpulang kepada kau menilai.

Orang Kelantan suka memecah belahkan orang Melayu? Orang Kelantan ke orang PAS yang saudara Anti Kelantan maksudkan? Kalau dibaca sampai habis, bunyinya macam menjurus kepada orang PAS. Owh, aku amat benci dan menyampah bila isu politik ditimbulkan di sini. Tapi nok buat guano, keno perjelaskan jugok.

Aku tidak memihak kepada mana² parti. Aku hanya menyokong kepada pemimpin yang boleh diharapkan di Dun dan Parlimen masing². Andai kata calon BN itu lebih layak dan boleh diharapkan daripada calon PAS, aku akan mengundi beliau. Jika calon PAS itu lebih telus perjuangannya dan jujur dalam kepimpinannya berbanding calon BN, aku akan mengundi beliau. Andai sesuatu yang dilakukan itu buruk, aku tidak akan menyalahkan parti, sebaliknya menyalahkan pemimpin yang meminpin di kawasan tersebut. Cuba untuk bersikap adil.

Sering kali orang Kelantan disama dengankan dengan PAS. Satu pemikiran yang sangat² sempit sesempit lubang cacing. Di kawasan Parlimen kediaman aku, lebih tepat lagi di Dun aku, ada segelintir orang kuat serta penyokong BN yang begitu taksub dengan partinya. Hinggakan air minuman berwarna hijau (air pandan) di kenduri kahwin menjadi kutukan bangsa BN ini. Habis…nak tukar air biru? Minumlah nila kalau nak sangat air itu menjadi biru.

Teringat pesan seorang ayah kepada anaknya dalam hal pemilihan jodoh. Katanya, kalau nak cari pasangan mesti daripada penyokong BN. Haih, ada juga orang macam ni. Nampaknya, anaknya nanti nak cari pasangan mesti kena tanya soalan “Awak sokong BN ke PAS?”.

Paling aku tidak suka istilah ‘merempat di negeri orang’ yang ditujukan kepada orang Kelantan yang keluar negeri merantau tempat orang mencari rezeki.

Kenapa hanya orang Kelantan yang dituju? Rasanya ada juga orang Johor, orang Perak, Kedah, Pahang merantau ke negeri lain khususnya KL untuk mencari rezeki. Malah ada orang merantau hingga ke luar negara untuk menyara hidup.

Tidak Allah jadikan dunia ini hanya untuk golongan tertentu sahaja. Setiap orang ada rezekinya. Mungkin juga saudara Anti Kelantan akan ‘merempat’ di negeri orang mencari rezeki. Siapa tahu, bukan? Janganlah tuduh orang lain sebegitu.

Rasanyalah, saudara Anti Kelantan menggunakan istilah ‘merempat’ kerana hatinya begitu benci dengan orang Kelantan. Mungkin kerana politik, mungkin juga kerana sikap orang Kelantan itu sendiri.

Sebut tentang sikap, aku sendiri juga sangat² tidak menyenangi orang Kelantan. Orang Kelantan yang bagaimana? Orang Kelantan yang suka cakap besar tapi bila disuruh segan. Orang Kelantan yang pengotor, langsung tidak endah tentang kebersihan diri dan persekitaran. Tidak hairanlah suatu ketika dulu Kelantan digelar negeri paling kotor di Malaysia. Aku akuinya.

Aku tidak hairan bila ada kawan² bukan dari Kelantan bertanya soalan sinis kepada aku, “Apa yang ada kat Kelantan?”. Memang, tiada apa di Kelantan. Itupun kalau kau mengharapkan disko, pub, jungle, bistro dan sebagainya di Kelantan. Kalau dulu aku pun sedikit terkilan dengan ‘ketiadaan apa²’ di Kelantan, tapi kini aku tahu apa yang aku inginkan, ada di Kelantan, iaitu satu ketenangan dan kedamaian. Bukan kerana kampung halamanku sendiri, tapi kerana tiang seri solatnya hidup di Serambi Mekah tersebut.

Aku tak nafikan masih ada maksiat yang berlaku di Kelantan. Tapi tidaklah secara terbuka seperti di KL dan Selangor yang mungkin mengundang pandangan tidak mengapa berbuat demikian di fikiran anak² kecil kita nanti.

Saudara Anti Kelantan kata Kelantan ni mundur. Mungkin saudara Anti Kelantan terlalu lurus mengikut buku teks Sejarah Tingkatan 4 dan 5; Tamadun Asia dan Tamadun Dunia. Diukurnya ketamadunan itu dari sudut pembangunan, sedangkan ketamadunan pemikiran dibiarkan mundur. Owh, sebab itulah remaja kita sekarang mula kembali berpakaian seperti orang zaman Mesolitik. Tidak mustahil suatu hari nanti manusia bumi ini akan mengikut trend pakaian zaman Paleolitik. Owh, bukan remaja saja. Tidak ketinggalan juga makcik² berumur lanjut cuba menonjolkan perutnya yang kedut. Oh Malaysiaku.

Akhir kalam, janganlah menghina seseorang itu seolah² satu negeri pun sama. Mungkin dia berasal dari KL tapi menetap lama di Kelantan dan mula serasi dengan jiwa Kelantan. Jangan dek kerana marahkan PAS, seluruh rakyat Kelantan terkena tempias.

Aku sendiri pun tak gemar berkawan dengan orang Kelantan yang selekeh, kasar, cakap besar dan sebagainya. Tapi masih ada orang Kelantan yang begitu cantik akhlaknya untuk dijadikan kawan. Tidak semua orang sama. Bergantung kepada bagaimana persekitaran membentuk dirinya. Aku rasa rakyat negeri lain juga sama.

Fikirlah secara global.

Related Posts with Thumbnails

43 comments so far

  1. stereotaip
    #1

    1malaysia!!
    hahaha…

    —————
    bz2~

    (sambung bekerja)

  2. zariel
    #2

    hmm.

    banyak benarnya.
    aku suka org tu.
    aku suka org ni.
    aku tak suka org tu.
    aku tak suka org ni.

    apa yg aku suka dan tak suka bkn dtg dr yang boleh menyempitkan pemikiran sbg contoh politik.

    apa yg aku suka dan tak suka dtg dr org itu sendiri sama ada perwatakkan dan cara pergaulan yang baik atau sebaliknya.

    begitu jugak org lain yg suka dan tak suka akan aku. aku harap pun penilaian ‘suka’ dan ‘tak suka’ itu bukan sbb latar belakang politik atau hidup aku yg lampau (sekadar contoh)

    aku ada kwn dr kelantan. dan ramai jugak dari serata negeri di Malaysia. apa aku heran dengan pilihan parti mereka. selagi mereka jujur dgn aku, kejujuran juga aku balas pd mereka.

    maaf komen yg agak panjang. hal ini takut2 menjadikan org tak suka pd aku dan aku dinilai hanya dari komen ini. jadi terpaksa utk diterangkan panjang lebar. maaf jugak tentang ayat yang skema. bukan selalu aku menulis sebegini cara. haha.

    zariels last blog post..Aku Gagal Hidup Sendiri

  3. Amirez
    #3

    zariel..aku suka akan kejujuran ko eheh.
    betul bagai dikata ko.
    lupakan fahaman politiknya,
    berkawanlah kerana akhlaknya.

  4. zulfiz
    #4

    aku x rasa mcm tu pulak bro..neway skunk ni aku belajar kat uthm…..huhu

    zulfizs last blog post..Twitter Gadget di Gmail Anda

  5. Qider
    #5

    bakal hubby aku org kelantan, so is that means aku kena sokong PAS?

    really, to have malaysian who think like first class mind is a tough job, if we the generation nowadays simply judge people by their root, nation, appearance whatever..

    betul kata zariel, apa aku heran dengan parti pilihan mereka.

    sifirnya mudah (meminjam dari saifulislam.com),treat people the way you want to be treated.

    jadi kepada orang yang anti2 dan sempit fikiran ini, adakah kamu mahu org lain anti dan sempit fikiran dengan kamu?

    Qiders last blog post..My Birthday + My Engagement

  6. Amirez
    #6

    kita serupa eheh

  7. Amirez
    #7

    yea…statement yg bagus n mudah difahami.
    thx fie.

    mana komen org yg menyokong statement si Anti Kelantan ya? c’mon

  8. afdsmkad
    #8

    me org kelantan..huhuhu..terasa hina bile org ckp dtg merempat kat negeri org..tpi bile tgk kat ipta majoritynye dtg dri kelnatan..x pla org ckp org2 kelantan neh pandai2..erm..redho je la…

  9. Amirez
    #9

    biasalah manusia yg berhasad dengki.
    bila dia dh tak suka..
    dia akan pandang dgn pandangan negatif.
    redha jelah

  10. RHisham
    #10

    aper xxxxx kluarkan statement orang kelantan merempat kat tempat lain?

    Perghhhh… cuba kasik data sikit B4 lontarkan apa2 statement.

    Kelantan mundur? dah berapa lama budak tu tak turun kelantan?

    RHishams last blog post..ArtikeL BarU!!!?

  11. Amirez
    #11

    lagi satu komen daripada pihak pembangkang. mana komen daripada pihak kerajaan? kita berbahas di sini :)

  12. Ryehana
    #12

    apsal famous sgt isu org kelantan ni?

    semua org same je di sisi Allah..

  13. Amirez
    #13

    yeah..itu yg kita mau dengar :)

  14. Wie
    #14

    Salam…

    Ni ape yg berlaku berdasarkn pengalaman aku…
    org KELANTAN ni dia mcm berpuak.. kalo nk berkawan nk ikut puak depa ja.. cuba jd mcm anak negeri lain.. leh bercampuq sume..

    aku try jgk tnya org2 tua kt kedah.. depa ckp dari dulu lg org KELANTAN xleh msuk ngn org KEDAH..

    ikut sejarah tahun 70-80an, ada kes gaduh besar KEDAH vs KELANTAN..

  15. Amirez
    #15

    itu yg sy x suka dgn segelintir rakyat kelantan.
    tp maybe diorg berpuak sbb diorg x boleh nak ckp bahasa standard dgn betul kot…bau budu kata org.
    jd diorg lebih selesa kalau ckp sesama diorg yg sebahasa.

  16. alvin
    #16

    kelantan?
    malas nak cakap…. pariah melayu…

    http://bodohmelayubodoh.blogspot.com/

  17. Amirez
    #17

    ada pro n kontra

  18. yuus
    #18

    Saya orang kelantan. Suami saya orang kedah. Betul la orang kedah tak boleh nak baik dengan orang kelantan. Sudah banyak tahun saya tinggal dkt kedah. Kebanyakkan nya mereka akan hina orang kkelantan dalam bahasa yang halus dan baik. Sy seorang guru dikwasan luar bandar alor setar. Perangai cikgu-cikgu kat situ masyallah… perangai hodoh. Dia tahu saya orang jkelantan, disuruh buat macam2. atas alasan orang kelantan lembut dan baik. jadi kalau orng suruh buat apa2 tak berani nak melawan. Tapi saya bukan jenis yang macam tu. Bila saya lawan mereka mula kutuk2 kelantan. Saya kalau bukan kawin ngan suami saya, tak kebulur nak dufuk kat negeri kedah. orangnya cakap kasar. Bergurau kasar. Penah sekali saya mengamlami masalah rumahtangga, saya cerita dkat sorang cikgu tu, kononnya dia bulih dipercayai. tak smpai seminggyu dia sebarkan cerita saya. saya sakit hati. Sampay ada cikgu laki tu melawak dengan saya dengan mengatakan saya mereng. saya dia je. Sebab kalau lawan mereka akan kaitkan dengan negeri. Sekarang ni saya buat senyap, bila buat macam ni mereka opulaukan saya pula. dah la saya sorang ja orang kelantan kat situ. yang lain suma orang kedah. Penah penolong kanan sekolah saya tanya depan cikgu2 lkain kenapa orang kelantan ada di mana-manan saja. Sy ckap sebab rakyat kelantan ramai. Tu sebab dia berterabur di semua negeri. Orang kelantan menyahut seruan nabi muhammad spy meramaikan umat nabi muhammad.depa puas hati jawapan saya, kebanyakkannya cebik mulut kat saya. Dan ada keesokkan harinya depa tak tegur sara. saya tension dengan sikap orang kedah dengan org dinegeri lain yang bertanggapan buruk denmgan orang kelantan.

  19. Amirez
    #19

    entahlah..
    kenapa hal kenegerian nak dibangkitkan.
    sesetengah org mmg berfikiran sempit..ramai mungkin.
    takpelah cikgu.
    insyaAllah, diorang akan dapat balasannya.
    yg penting cikgu tabah dan sabar.

  20. Awe
    #20

    Sapa kata orang kelantan tak boleh masuk dengan orang kedah. Saya boleh masuk orang kedah……bini saya orang kedah, he he he dah banyak kali saya masuk orang kedah.

  21. Amirez
    #21

    dulu kot. sy pun bleh je masuk ngan org kedah.
    suka apa kwn ngan org kedah. depa happening.
    sbnrnya bukan negeri jd masalah, diri sendiri.
    apalah nak difikirkan sgt psl kenegerian kan.
    dok gitu cik awe hehe

  22. tomoi44
    #22

    ngarut la org kelantan ngan org kedah tak buleh masuk. ini semua sengaja nak perburuk org kelantan/kedah.____kalu kita tgk dari segi sejarah org kedahlah yang paling rapit dgn kelantan, bukannya terengganu (kecuali org-2 besut) atau negeri-2 lain. ____sejak berkurun lamanya kedah tua ( termasuk perlis, pp), kelantan , utara terengganu dan negeri-2 yg terletak di selatan segenting kra berada di bawah naungan sebuah kerajaan yang dipanggil langkasuka. kerajaan langkasuka jauh lebih hebat dan tua dari kerajaan melayu melaka. kerajaan ini mula wujud pada kurun ke2 lagi. untuk membuktikan kelantan dan kedah adalah di bawah kerajaan yang sama, seorang pengembara cina pernah mencatatkan kerajaan langkasuka seluas '30 hari perjalanan dari timur ke barat'. ____sejarah moden juga mencatitkan bahawa ramai orang2 kelantan berketurunan kedah, misalnya keturunan raja jembal yang asal usulnya dari keturunan raja bersiong kedah , Datuk Nik Aziz adalah seorang yang berketurunan Raja Jembal. Di kedah terdapat beberapa tempat yang agak pelik namanya seperti Baling , Siong , Kuala Pegang dsb…namun tempat2 itu menceritakan yg raja bersiong berhijrah(lari) ke timur…Siong dikaitkan dengan Siong raja bersiong…Kuala Pegang dikaitkan dengan tempat raja bersiong memegang siongnya dan Baling dikaitkan dengan tempat raja bersiong membaling siongnya .. dikhabarkan siong itu terjatuh di kroh lalu menyebabkan sungainya menjadi keruh.____dari segi kebudayaan, kedah dan kelantan berkongsi kebudayaan yang sama… wayang kulit juga terdapat di kedah, terdapat juga permainan mek mulong di kedah yang hampir menyerupai mak yong yang dimainkan di kelantan.____dari segi bahasa juga terdapat banyak persamaan di antara dialek kedah dan kelantan, cuma cara sebutannya berlainan… perkataan2 seperti dan (sempat) kerkah/kekoh (gigit) cemuih/cemuh (jemu) ngaji (belajar) kerabat (panjat) dll juga adalah sama. ____ramai di sini yang tidak tahu bahawa orang-orang Kedah yang mendiami daerah-2 timur seperti Baling , Sik dan Padang Terap juga bertutur di dalam loghat Baling, yang seakan akan loghat Kelantan.__________

  23. amirez
    #23

    wah…info yg sgt2 menarik. cikgu sejarah ke ni?
    sy pun sependapat dgn encik tomoi..org kelate boleh je bergaul dgn org kedah.
    tp menurut org tua, dulu memang ada 1 tragedi pergaduhan besar antara org kelantan dgn kedah.
    secara detail sy tak tahu tp semestinya berlaku lepas zaman raja bersiong dan sekitar tahun merdeka mungkin.
    apa² pun, thanks atas info yg cukup menarik. baru tau yg raja jembal keturunan raja bersiong.

    p/s: sy tak tahu pula ada perkataan 'kerabat' dlm bahasa kelantan yg bermaksud 'panjat'. biasa sy dengar 'ukah' :)

  24. dunwakafbharu
    #24

    Kelantan ke Kedah ke same jah, dulu-dulu org Kelantan ke Kedah kerana ambil upah pukui padi, sngup tngl kampung cari rezeki, ada yg berkahwin dgn org Kedah, sebab Pak Mentua tgk org Kelantan ni rajin bekerja. Masa tu org Kedah x sanggup kebendang,syok jdi tokey, Tp org Kedah tak pulak datang Kelantan cari rezeki. Tp itu berpuluh tahun dulu, Cuma skrg ni yg berhijrah ke Kelantan ialah rumput Kedah,gondang emas( musuh padi) ikut traktor pemotong padi. Walau apa pun sekarang Kedah dah ikut Kelantan MB sama-sama org ulamak, sama-sama PAS harap-harap orang Kedah terus Membangun Bersama Islam dan Selamat menjayakan Kedah Sejahtera. Tahniah pd DS Azizan krn menangani isu-isu di Kedah.
    P/s: Satu je org Kedah ni kalu mak bapak ada bendang luaih kalu x dak RM15.000 jgn pinang anak depa. Depa kigha sekali dgn relung-relung.Tabik pada Kedah $& Kelantan. Sama-sama kita Perjuangkan Islam.

  25. Amirez
    #25

    ye betul tu. semuanya sama. sikap masing2 yg membezakan dirinya dgn orang lain. selalu isu kenegerian nak dibangkitkan.

    terima kasih atas kunjungan ke sini :)

  26. Zaihan
    #26

    Salam adi..
    lama aku tak jengok blog hang…
    dan dah lama jugak aku tak tuis blog…reason – MALAS ….
    eheheh…

    back to the topic, aku tak tau sebab apa sentimen anti-Kelantan ni sangat menebal di kalangan Masyarakat kita…
    sampai semua orang plat D dipulaukan…
    tak paham sungguh aku…
    aku tak nafikan ada segelintir yang menyemakkan mata, menyakit hati…
    but please my dear sisters and brothers, jangan laa hukum insan-insan yang lain yang bleh masyuuuk jaa…
    aku sendiri ada beberapa orang kawan yang rapat dari kelantan…
    kenali hati dan budi individu…
    bukan menghukum mereka atas sebab sentimen yang ntah apa-apa…

  27. Amirez
    #27

    eheh..xpe zaihan.
    aku pun dh lama sgt x ke blog hg.
    blog2 org len pun sama..bz sket.
    update pun dh jarang skang ni.

    a’a betul bagai dikata.
    sampaikan ada org kelantan tak beli plat D.
    sanggup guna plat luar..takut bila dia keje luar nati
    xde org label dia sbg org kelantan. aku pun nak tukar plat ah hahaha.

    tp xleh salahkan diorang gak.
    maybe sikap org kelantan sendiri yg buat diorg jd menuduh camtu.
    hanya nila setitik…sebelanga susu rosak.

  28. linda
    #28

    orang Kelantan beranak ramai dalam satu family tu sampai 10 -15 anak paling kurang tulah banyak orang Kelantan merempat kat negeri lain ..merempat tu kasar sangat apa perkataan lain selain merempat… merantaulah

    Utk pengetahuan semua kebanyakan org dari negeri lain mempunyai persepsi yg sama tentang org Kelantan..
    1) Suka tinggal kawan kalau jumpa geng2 dia….cthnya kwn aku org Kelantan memang perangai mcm tu..
    2) Kejutan budaya bila pergi ke negeri lain…
    3) Ramai perempuan tak suka lelaki Kelantan.. perangai pelik sangat hegeh sana-sani mcm tak pernah jumpa perempuan.
    4) Hanya tunggu buah kelapa jatuh … itu lecture chinese aku cakap.. paham tak maksud ni…
    5) Kebanyakan perempuan Kelantan cantik2

  29. Amirez
    #29

    merempat dgn merantau tak sama ertinya. sila rujuk kamus dewan bahasa atau boleh tanya cikgu sekolah.

    itulah…kasihan org kelantan yg tak seperti saudari katakan tu.
    disebabkan segelintir org kelantan yg berperangai mcm tu…
    hampir semua org kelantan dituduh sama.
    walhal org negeri lain pun lebih kurang juga tp x dpt nak detect org mana
    sbb bahasa yang digunakan hampir sama.
    lain dgn org kelantan…dgr diorg bercakap je dh tau dia org kelantan.

    sy nak tambah fakta saudari…

    6) org kelantan paling ramai kat mana² U tempatan mahupun luar negara

  30. watdaftar
    #30

    JAngan samakan MELAYU PATANI dengan Siam.
    Bukak link ini untuk pemahamam

    http://patanibook.blogspot.com/

  31. Amirez
    #31

    takpelah cikgu…
    dugaan. selalunya macam tulah.
    tau je kita org kelantan…terus nak salahkan 1 negeri yg kononnya sama je semua. depa tak tau org depa pun sama juga.

    bila la masalah kenegerian ni nak selesai.
    kalau nak menuduh atau menyalahkan org..
    salahkan individu itu sendiri.
    betul tak cikgu?

  32. Amirez
    #32

    terima kasih atas info saudara watdaftar :)
    dulu sy selalu panggil melayu patani.
    tapi ada org yg sebut siam patani.
    sy igt sy yg salah hehe

  33. wan
    #33

    oi cikgu kelantan berlagak bagus, ni aku bagi satu cadangan dekat hang, hang mintak cerai dengan laki hang, dan lepas tu boleh berambus dari kedah, pergi la balik kat negeri kau tu, kami rakyat negeri utara pun memang tak mau kalau ramai sangat rakyat negeri kau datang sini, buat menyemak mata jer huhuhuhu.

    baru la tau kan perasaan bila jadi minoriti, dan duduk sorang sorang, selama ni geng kelantan hang asyik dok buat kemas bila dok ramai ramai tempat orang dok cari pasal dengan orang,

    Sekarang rasa la bila jadi kelantan dok sorang sorang, dulu masa study geng kau ramai kan, kau tak rasa bila set set mu tu dok kutuk sek negeri lain dok perlekej oran hahahaahahah

  34. Amirez
    #34

    byk kali dah bagitau…
    jgn disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
    bukan kpd org luar yg mengata org kelantan..
    kpd org kelantan sendiri pun…jgn duk mengata² org luar.
    disebabkan bahasa…masyarakat binasa.
    kalaulah bahasa kelantan ni mcm bahasa biasa..
    mesti takde orang duk kutuk² sebab tak tau dari negeri mana..
    betul tak?

  35. wan
    #35

    assalamualaikum encik amirez dan cikgu yuus dari kelantan tapi tinggal di kedah.

    saya sebenarnya nak minta maaf kepada cikgu yuus kerana membuat komen berbaur menghina hari tu, saya tidak sepatutnya menyuruh dia meminta cerai dari suaminya,

    Saya sebenarnya lahir di kedah tapi saya besar di perlis, saya pun ada ramai kawan orang kelantan semasa belajar dan biasa la ada yang baik dan ada yang tidak. sama seperti orang perlis atau kedah juga
    pada mulanya saya agak bengang bila cikgu yuus marah orang orang kedah (orang utara la), tapi bila difikirkan ada kebenarannya juga kerana mulut orang utara ni memang capoi sikit heheeheh. Maafkan saya ya cikgu yuus, saya harap cikgu yuus akan sentiasa sjahtera di muka bumi Allah SWT, dan saya minta maaf bagi pihak negeri negeri utara huhuhu, saya mungkin cikgu-cikgu kedah ni memang suka melawak kasar hehehe, kerana memang sikap orang kedah begitu,

    saya minta maaf dengan rendah hati pada cikgu yuus assalamualaikum

  36. Amirez
    #36

    sy harap cikgu yus sudi maafkan saudara/i wan.
    x kira negeri sebenarnya, sape² kadang² bergurau atau bercakap kasar.
    mungkin pada dia ‘kekasaran’ tu dpt diterima sbg gurauan…
    tp kemungkinan tidak oleh sesetengah orang.

    setiap org mudah melakukan kesilapan.
    tapi andai dia mudah meminta maaf,
    insyaAllah orang dpt lupakannya dgn cepat

  37. sangkidal
    #37

    haah..org kelantan merempat kat kl dan mana2..merempat di rumah2 mewah..merempat dengan jawatan tinggi..merempat dalam kereta2 besar..itulah orang kelantan

  38. muhd
    #38

    aduhai…penat aku baca laman web yg bincang pasal kelantan ni….banyak nye la..glamour sgt ke kelantan ni?..hu3.bagi aku, kalo jumpa org yg perangai tak elok tu, sabar je lah.saya belajar di IPTA n skg smbung master pn di IPTA jgk, berkawan baik dgn lecturers sume, mcm2 perangai baik n hodoh saya jumpa.tapi kesimpulannya perangai baik n hodoh tu takde kena mengena dengan asal usul negeri!!!

    malah, saya berkawan rapat dgn org cina yg perangai dia baik.so, berkawan lah dgn org baik tak kira bangsa, negeri apa.dan jangan lah berkawan dgn org jahat walau org tu islam sekali pun!

    TQ

  39. Amirez
    #39

    betul tu. baik jahat buruk perangai bkn berdasarkan negeri mana dia lahir.
    tapi kalau takde angin masakan pokok bergoyang.
    dan disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga.
    jadi timbullah isu macam ni.

    samalah kita..sy pun berkawan tak kira bangsa n agama.
    selalunya kwn2 sy yg cina n india ni lebih baik drp kwn2 melayu sendiri

  40. umat muhammad
    #40

    masyaAllah..patut insaflah ente dengan sikap buruk tu, bertaubatlah
    Allah melaknat hambanya yang sombong dan bongkak.

    rasa rasanya ente ni tongkat langit kerrr

  41. umat muhammad
    #41

    tapi yang kaya kaya dan bisnesman ramai orang kelantan, org lain camana
    org besar besar dlm kerajaan pun ramai org kelantan…ini tak kaji fakta nie

    nak tuduh tu tgk sikitttt

  42. Amirez
    #42

    betul 2x. tapi sbb diorang tak cakap dlm bahasa kelantan,
    jd org yg menuduh ni tak nak mengaku yg diorang adalah
    org kelantan

  43. min
    #43

    tak semua..merempat di rumah2 kampung, rumah flat..merempat dengan pengusaha warung, jawatan rendah..merempat dengan motosikal kapcai..itulah juga orang kelantan

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>