Apr 7, 2009

Rakyat Kelantan Merempat di Negeri Orang

  • Share
  • Share

Sejak aku mula bekerja di KL ni, kadang² terasa seperti berada di Kelantan pula. Pergi je mana² mesti terdengar orang bercakap dalam dialek Kelantan. Diorang bercakap dengan nada bersungguh dan megah, seolah² berada di negeri sendiri. Gelak tawa jarang tidak kedengaran bila Kelantanese mula berborak. Itulah orang Kelantan, satu bangsa yang cukup ramah, kadang² terlebih pula.

Aku bermastautin di Batu Pahat hampir 5 tahun, pun selalu terjumpa warga Kelantan berniaga kedai makan di sana. Selalunya, kedai makan Kelantan menjadi pilihan. Dan selalunya juga, mereka adalah orang Pattani sebenarnya, bukan orang yang dilahirkan di Kota Bharu, Machang, Pasir Mas dan lagi dan lagi. Mereka lebih dikenali dengan panggilan Siam Pattani.

Ok. Ini kesinambungan daripada entri 4 hari yang lalu. Sama ada aku menyokong atau tidak, terpulang kepada kau menilai.

Orang Kelantan suka memecah belahkan orang Melayu? Orang Kelantan ke orang PAS yang saudara Anti Kelantan maksudkan? Kalau dibaca sampai habis, bunyinya macam menjurus kepada orang PAS. Owh, aku amat benci dan menyampah bila isu politik ditimbulkan di sini. Tapi nok buat guano, keno perjelaskan jugok.

Aku tidak memihak kepada mana² parti. Aku hanya menyokong kepada pemimpin yang boleh diharapkan di Dun dan Parlimen masing². Andai kata calon BN itu lebih layak dan boleh diharapkan daripada calon PAS, aku akan mengundi beliau. Jika calon PAS itu lebih telus perjuangannya dan jujur dalam kepimpinannya berbanding calon BN, aku akan mengundi beliau. Andai sesuatu yang dilakukan itu buruk, aku tidak akan menyalahkan parti, sebaliknya menyalahkan pemimpin yang meminpin di kawasan tersebut. Cuba untuk bersikap adil.

Sering kali orang Kelantan disama dengankan dengan PAS. Satu pemikiran yang sangat² sempit sesempit lubang cacing. Di kawasan Parlimen kediaman aku, lebih tepat lagi di Dun aku, ada segelintir orang kuat serta penyokong BN yang begitu taksub dengan partinya. Hinggakan air minuman berwarna hijau (air pandan) di kenduri kahwin menjadi kutukan bangsa BN ini. Habis…nak tukar air biru? Minumlah nila kalau nak sangat air itu menjadi biru.

Teringat pesan seorang ayah kepada anaknya dalam hal pemilihan jodoh. Katanya, kalau nak cari pasangan mesti daripada penyokong BN. Haih, ada juga orang macam ni. Nampaknya, anaknya nanti nak cari pasangan mesti kena tanya soalan “Awak sokong BN ke PAS?”.

Paling aku tidak suka istilah ‘merempat di negeri orang’ yang ditujukan kepada orang Kelantan yang keluar negeri merantau tempat orang mencari rezeki.

Kenapa hanya orang Kelantan yang dituju? Rasanya ada juga orang Johor, orang Perak, Kedah, Pahang merantau ke negeri lain khususnya KL untuk mencari rezeki. Malah ada orang merantau hingga ke luar negara untuk menyara hidup.

Tidak Allah jadikan dunia ini hanya untuk golongan tertentu sahaja. Setiap orang ada rezekinya. Mungkin juga saudara Anti Kelantan akan ‘merempat’ di negeri orang mencari rezeki. Siapa tahu, bukan? Janganlah tuduh orang lain sebegitu.

Rasanyalah, saudara Anti Kelantan menggunakan istilah ‘merempat’ kerana hatinya begitu benci dengan orang Kelantan. Mungkin kerana politik, mungkin juga kerana sikap orang Kelantan itu sendiri.

Sebut tentang sikap, aku sendiri juga sangat² tidak menyenangi orang Kelantan. Orang Kelantan yang bagaimana? Orang Kelantan yang suka cakap besar tapi bila disuruh segan. Orang Kelantan yang pengotor, langsung tidak endah tentang kebersihan diri dan persekitaran. Tidak hairanlah suatu ketika dulu Kelantan digelar negeri paling kotor di Malaysia. Aku akuinya.

Aku tidak hairan bila ada kawan² bukan dari Kelantan bertanya soalan sinis kepada aku, “Apa yang ada kat Kelantan?”. Memang, tiada apa di Kelantan. Itupun kalau kau mengharapkan disko, pub, jungle, bistro dan sebagainya di Kelantan. Kalau dulu aku pun sedikit terkilan dengan ‘ketiadaan apa²’ di Kelantan, tapi kini aku tahu apa yang aku inginkan, ada di Kelantan, iaitu satu ketenangan dan kedamaian. Bukan kerana kampung halamanku sendiri, tapi kerana tiang seri solatnya hidup di Serambi Mekah tersebut.

Aku tak nafikan masih ada maksiat yang berlaku di Kelantan. Tapi tidaklah secara terbuka seperti di KL dan Selangor yang mungkin mengundang pandangan tidak mengapa berbuat demikian di fikiran anak² kecil kita nanti.

Saudara Anti Kelantan kata Kelantan ni mundur. Mungkin saudara Anti Kelantan terlalu lurus mengikut buku teks Sejarah Tingkatan 4 dan 5; Tamadun Asia dan Tamadun Dunia. Diukurnya ketamadunan itu dari sudut pembangunan, sedangkan ketamadunan pemikiran dibiarkan mundur. Owh, sebab itulah remaja kita sekarang mula kembali berpakaian seperti orang zaman Mesolitik. Tidak mustahil suatu hari nanti manusia bumi ini akan mengikut trend pakaian zaman Paleolitik. Owh, bukan remaja saja. Tidak ketinggalan juga makcik² berumur lanjut cuba menonjolkan perutnya yang kedut. Oh Malaysiaku.

Akhir kalam, janganlah menghina seseorang itu seolah² satu negeri pun sama. Mungkin dia berasal dari KL tapi menetap lama di Kelantan dan mula serasi dengan jiwa Kelantan. Jangan dek kerana marahkan PAS, seluruh rakyat Kelantan terkena tempias.

Aku sendiri pun tak gemar berkawan dengan orang Kelantan yang selekeh, kasar, cakap besar dan sebagainya. Tapi masih ada orang Kelantan yang begitu cantik akhlaknya untuk dijadikan kawan. Tidak semua orang sama. Bergantung kepada bagaimana persekitaran membentuk dirinya. Aku rasa rakyat negeri lain juga sama.

Fikirlah secara global.

pixel Rakyat Kelantan Merempat di Negeri Orang

67 Comments

  • sy org kdh tp kwn dgn org kelantan dh 5 tahun..skrg ni tgh merancg utk kahwin..alhamdulillah dia amat menyenangkan ati sy..kita ni sbnrnya xleh nk slhkan mn2 negeri..kita kna knl hati budi org dulu br kita bleh judge dia baik ke x..klu kita baik dn beradab dgn org..org pn akan baik dan beradab dgn kita =D

    [Reply]

    Amirez Reply:

    ya betul tu saudari. macam yg sy cakap sebelum ni, sikap adab perangai seseorang itu bukanlah bergantung kpd negeri lahirnya. jangankan kerana nila setitik rosak habis susu sebelanga, betul tak ;)

    [Reply]

  • korang ni memang kurang pengalaman hidup..

    aku paling pantang bila orang kelantang melabelkan orang bukan kelantanese sebagai ORANG LUAR..

    sedar tak ada orang yang sakit hati dengan gelaran2 macam tu??

    sedar tak ada mata yang memerhati?? kalau tak tak akan orang nak berbunyinya!

    [Reply]

    Amirez Reply:

    saudara…bahasa sesuatu tempat membawa maksud mengikut tempat masing2. istilah ORANG LUAR yg selalu digunakan oleh orang kelantan kepada orang dari negeri lain yg datang ke kelantan bukanlah berniat negatif. ianya sekadar utk labelkan yg orang tu bukan berasal dari kelantan. itu saja. tak perlulah nak sensitif dgn hal ni.

    nak bercakap tentang bahasa, kalau kita ke melaka atau sebahagian negeri sembilan, bahasa diorang lagi kesat sampaikan boleh panas telinga sesiapa yg mendengar. tapi maksud diorang tak sebagai mana yg kita fikirkan. itu hanyalah bahasa diorang, cara diorang bercakap. kesat bagi kita, tapi tak bagi diorang.

    mungkin saudara yg kurang pengalaman hidup. tak cukup pengalaman berada di negeri2 orang. ataupun paling tidak baca artikel tentang bahasa. dalam surat khabar pun ada, rm1.50 je. bacalah, kecuali suara sgt berkira dengan nilai rm1.50.

    jujur sy katakan pada mulanya sy sendiri kurang selesa dilabel sbg orang luar. tapi bila dah biasa kat sini, barulah sy faham apa makna sebenar ORANG LUAR tu. positifkan diri sendiri dulu sebelum mula mengata.

    maaf saudara kalau ada terkasar bahasa. bukan niat utk backup, tapi utk jelaskan mana yg kurang terang

    [Reply]

  • yang ak tau, org2 kelantan ni tebal dgn sikap ambik berat n jaga sama2 org kelantan..korang kacau sorang, smua terasa..bukan sbb nk tnjuk terer tp mmg sikap kami yg jaga sesama kami..

    mgkin sape2 yg kutuk kat blog ni xpuas hati sbb xblh nk kutuk depan2 kot..try kutuk depan2 nk tgk esk boleh taip kat blog guna tgn lagi ke x..di kelantan ad sganas2 org n selembut2 org..kalau saudara smua pndai cari kawn, xprlu la nk kisah ngn yg ganas nie..

    sdh2 la bgaduh..org lain duk tersnyum smpai ke telinga tgk org2 melayu kita bgaduh..kalo truskan mcm ni, bukan kelantan je yg ‘merempat’, org2 kedah,perlis,kl,perak,selangor,johor pon akan merempat kat negara kita sdiri.. salam ukhwah.. :)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam budak-kelantan.
    setuju 100% dengan pandangan saudara.
    memang betul tu. orang kelantan kalau baik memang baik betul. kalau tak baik, memang tak baik betul. tapi tak perlulah kita libatkan hal yg berkaitan dengan sikap ni berdasarkan negeri masing2. soal iman dan sikap tak dipengaruhi negeri. betul tak boh?

    [Reply]

  • pasal apa orang kedah nak marah sangat ngan orang kelantan.Orang kedah pun bukan baik manapun. Saya cukup terkilan dengan perangai orang kedah. Saya dok sini, saya sentiasa ingat pesan mak saya dok negeri orang buat perangai baik2. Saya ikut kata mak saya. Saya sentiasa hormat orang kat sini. Cakap baik dan bersopan santun. Tapi apa yang saya dapat daripada saya berperperangai baik? Depa kata saya nak goda orang. Orang Kelantan suka goda orang. Padahal tu lah cara saya bercakap. Nak cakap macammana lagi?? Saya lebih ikhlas bercakap macam ni. Tapi saya pelik sungguh pasala apa orang kedah dok kata pompuan kelantansuka kikis duit laki??? Pada hal saya kahwin ngan orang kedah semua saya tanggung. Dari pada duit ngasuh anak sampailah saya tolong suam beli keta idaman dia. Dia Tanggung apa??? Rumah pun saya tolong dia. Kalu tidak dia takkan merasa duduk rumah banglo idaman dia. Orang kedah cakap tak sedar diri. Pandai kata orang kelantan dok kikis duit suami. Saya dok kat sini seksa yang amat.Dengan perangai orang kat sini suka dengki, iri hati, tak boleh tgk orang lebih, kita buat kerja ikhlas jujnur pun tak boleh. Pdahal semua manusia ni sama. Buka disebabbkan negeri. Tapi mana-mana pun manusia tetap dengan perangai mereka. Jangan kata orang kelantan je. Orang yang lahir dan duduk di mekah pun tetap buat kejahatan. Apalah sempitnya pemikiran orang kedah. Macam la negeri dia bagus sangat. Saya dok sini bukan dengan sebab saya suka tapi saya terpaksa ikut sebab suami saya orang kedah. Kalu saya tahu perangai orang kedah macam ni, saya reject awal2 lagi suami saya. Tapi disebabkan kesungguhan dia menawan hati saya, saya kawin dan sayang kat dia 100 peratus. Tapi apa saya dapat daripada kasih sayang saya kat dia, dia berhutang senyap2, suka menipu, tak pandai buat keputusan. Semua saya kena fikir. Dari skecil2 masalah hinggalah masalah besar. Ni ke yang orang kedah bangga sangat????? Saya tgk perangai orang kat sini lebih teruk dari perangai orang kelantan. Orang kelantan tinggi budi bahasa. Pandai Meraikan tetamu. Kalu boleh diundurkan masa, saya tak mau menikah ngan orang kedah dan duduk di kedah. Dapat suami macam tak da suami.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    salam cikgu yuus.
    simpati dengan apa yg cikgu alami.
    harapnya semua dapat selesai dgn baik.

    biaq p orang kedah nak kata apa kat kita.
    depa bukan tau baik buruk tentang kita.
    yg depa tau hanya mengata sebab dalam diri dah ditanam rasa benci kat orang kelantan.
    yg penting kita istiqamah buat baik dgn org lain, Allah itu Maha Adil.

    [Reply]

  • Sesungguhnya kebaikan dan kejahatan walau sebesar zarah tetap akan diambil kira sebagai dosa atau pahala…dan dosa paling ringan di akhirat ialah dengan hukuman berdiri atas batu panas sampai mendidih oatk-otak manusia..so berfikirla sebelum bercakap-cakap / komunikasi sesama kita umat manusia. Fikir2 kan la…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    terima kasih saudara atas peringatan cukup bermakna ni…

    [Reply]

  • xpayoh dok gadoh2x pasal neegri ni ..baik kite bbincang cmne nak mintak ampun dgn tuhan sbb dok byk kritik org ..kite dok kate kelate assabiyah la mcm2x tp kite? self-reflection weh….yg penting idup buat baik..org benci ilek sudah =D nnti mati masing2x tanggung balasan mase tu bru tahu

    [Reply]

    Amirez Reply:

    betul2. baik orang BN atau PKR, dua2 kena buang sifat kutuk2 ni. masing2 ada akal, masing2 buat penilaian sendiri. jgn duk fikir kekurangan orang, yg penting fikir kekurangan sendiri.

    thanks sudi ke mari. ni mesti kawan adik ipar ni :)

    [Reply]

  • apa da kecoh kecoh..yang penting duit…di mana ada duit di situ ada jalan..heheheehe…kelantan ke, kedah ke, perlis ke yang penting duit…ada duit hidup banyak senang tak ada duit hidup alamak ai banyak susah loor….

    [Reply]

    Amirez Reply:

    eheh..betul juga tu :P

    [Reply]

  • ak nie org kedah, rata2 org kami sindiaq mmg agak pedas tpi2 kami ni x kesah sgt bab kawan2 nie.. ap yg kami x snng ngan org kelate ni prngi depa bila yg mai negeri org., dulu ak matrik kedah ad kes pasai men bola pown leh gado ngn org tua2.. buleh dia kata babi kt org tua tu, dh kata tpi leh gak justify dia kata babi tu sbb depa men kasaq, hbeh tu fh nama bola kalu men touch raqbi apa crita? igt sket kmi org tua hormat org tua2 x kira dia bukn ahli kluarga… mai tmpt hormat adat org, tu nasib bek kmi x bojack depa rmai2, pkiaq gak anak org nak bubuh.. sa2 lagi depa ni mmg kaki gadoh, dok sat ad ja kutuk org kedah, tu dekat negeri kami sndiqi tu.. kami thn jaa sbb dah masok rumah kami kna lar lyn hormat.. so kena pkiaq sndiqi lar pngai depa cana tpi ak x kata smua ad gak rata2 org depa bek besanya yg jenis open sket.. intelek sket..

    besa gak ak tnya dak2 pmpuan kelantan sbb bdak pompuan kelntan ni depa ak nmpk mesra x cam laki2 nieh.. depa kata depa kalu bleh mmg ska org belah utara ni sbb depa kata bleh diharap n kalu laki2 depa nie bla dah tua kira bini lar tanggung smuanya haha.. allahualam yg tu budak2 pompuan kelantan lar kata..

    tpi btoi gak org kata tu tpulang ngan individu cuma yg peliknya ramai sgt individu nieh.. cam dah set lam otak, hgpa x skong tok guru hmpa bkan saudara.. besa skali ak pi kelate n jumpa pak cik juai surat khbaq nie, dia tnya org mana cek pown jwb kedah, dgn senyum dia kata “takbir!! pas pgg kedah jadi kita dah kira bersaudara”, mau x tqasa dia ckp cam2.. beh tu sblom nie bukan saudara seislam ka? tpi salah satu besfren ak org kelate, ak hormat dia, dia hormat ak.. org heran sbb pa kedah nie bleh dok nyembang elok ngan si kelate nie.. pa pown mmg individu beza dia byk x byk ja.. out, minta maaf kalu terkasaq bhasa, maklum lar org utara nie bhasa dia kasaq sket.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    terima kasih sebab mai singgah blog ni. walaupun entri ni dah lama tapi ramai jugak yang mai sini dengan keyword yg berkaitan dgn kelantan. apa-apa pun terima kasih sekali lagi.

    biasalah, ada yg baik ada yg tak, tak kiralah negeri mana pun. cuma yg tak best nak dengarnya bila sorang ja org kelate buat silap, 1 negeri org kelate dituduh sama. tapi kalau org negeri lain buat silap, tak ada pulak org kelate ni nak bangkitkan hal kenegerian. pelik tak?

    jujur, aku sendiri pun geram jugak dengan sesetengah org kelate ni yang mulutnya celupar n kotor sgt. aku akui dan aku pun tak suka depa. cuma yg aku tak suka bila org yg ‘baik2 ni’ dituduh sama. kalau nak salahkan dia, salahkan dia saja, tak perlu nak kaitkan dengan org lain.

    ke guane :)

    [Reply]

  • itu yg dikesalkan. tapi tak boleh juga nak cakap pompuan kelantan yg suka kikis duit org. padahal org dari negeri lain pun tak terkecuali, tapi disebabkan org kelantan ni senang nak detect melalui dialek diorg, jadi cuma nampak org kelantan je jenis mcm tu.

    kita tak boleh kaitkan masalah perangai, sikap atau perilaku dgn kenegerian. itu cuma masalah yg ada dlm diri sendiri.

    [Reply]

  • setahu aku la org kelantan ni mmg susah la nak jadikan kwn sebab dorang ni selalunye lebih rapat ngn kaum kerabat dorang dari kelantan..lagi satu dorng suka memecahbelahkan persaudaraan.. org kelantan ni kalo yg pmpuan muda suka mengikis duit org tak kira la.. boyfriend ker..laki org ker semua dia sapu..tu yang aku mmg x suka la dorang ni..mmg la negeri dorang serambi mekah tapi… susah la nak terangkan///
    perangai dorang mmg teruk.terpulng la kt korng k menilai..//yg pompuan lak suka rampas laki org dn kikis duit smpai abissss eee x suka

    [Reply]

  • Pengarah JPJ Malaysia orang mana ye?

    [Reply]

  • Memang benar ramai orang kelantan merempat. Tak caya? Cuba lepak kat tepi hiway KL-Seremban petang ahad. Akan anda dapati berbondong2 geng2 kelantan datang dari selatan untuk balik kerja kat Selangor dan KL

    [Reply]

  • aduhai…penat aku baca laman web yg bincang pasal kelantan ni….banyak nye la..glamour sgt ke kelantan ni?..hu3.bagi aku, kalo jumpa org yg perangai tak elok tu, sabar je lah.saya belajar di IPTA n skg smbung master pn di IPTA jgk, berkawan baik dgn lecturers sume, mcm2 perangai baik n hodoh saya jumpa.tapi kesimpulannya perangai baik n hodoh tu takde kena mengena dengan asal usul negeri!!!

    malah, saya berkawan rapat dgn org cina yg perangai dia baik.so, berkawan lah dgn org baik tak kira bangsa, negeri apa.dan jangan lah berkawan dgn org jahat walau org tu islam sekali pun!

    TQ

    [Reply]

    Amirez Reply:

    betul tu. baik jahat buruk perangai bkn berdasarkan negeri mana dia lahir.
    tapi kalau takde angin masakan pokok bergoyang.
    dan disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga.
    jadi timbullah isu macam ni.

    samalah kita..sy pun berkawan tak kira bangsa n agama.
    selalunya kwn2 sy yg cina n india ni lebih baik drp kwn2 melayu sendiri

    [Reply]

  • haah..org kelantan merempat kat kl dan mana2..merempat di rumah2 mewah..merempat dengan jawatan tinggi..merempat dalam kereta2 besar..itulah orang kelantan

    [Reply]

    min Reply:

    tak semua..merempat di rumah2 kampung, rumah flat..merempat dengan pengusaha warung, jawatan rendah..merempat dengan motosikal kapcai..itulah juga orang kelantan

    [Reply]

  • assalamualaikum encik amirez dan cikgu yuus dari kelantan tapi tinggal di kedah.

    saya sebenarnya nak minta maaf kepada cikgu yuus kerana membuat komen berbaur menghina hari tu, saya tidak sepatutnya menyuruh dia meminta cerai dari suaminya,

    Saya sebenarnya lahir di kedah tapi saya besar di perlis, saya pun ada ramai kawan orang kelantan semasa belajar dan biasa la ada yang baik dan ada yang tidak. sama seperti orang perlis atau kedah juga
    pada mulanya saya agak bengang bila cikgu yuus marah orang orang kedah (orang utara la), tapi bila difikirkan ada kebenarannya juga kerana mulut orang utara ni memang capoi sikit heheeheh. Maafkan saya ya cikgu yuus, saya harap cikgu yuus akan sentiasa sjahtera di muka bumi Allah SWT, dan saya minta maaf bagi pihak negeri negeri utara huhuhu, saya mungkin cikgu-cikgu kedah ni memang suka melawak kasar hehehe, kerana memang sikap orang kedah begitu,

    saya minta maaf dengan rendah hati pada cikgu yuus assalamualaikum

    [Reply]

    Amirez Reply:

    sy harap cikgu yus sudi maafkan saudara/i wan.
    x kira negeri sebenarnya, sape² kadang² bergurau atau bercakap kasar.
    mungkin pada dia ‘kekasaran’ tu dpt diterima sbg gurauan…
    tp kemungkinan tidak oleh sesetengah orang.

    setiap org mudah melakukan kesilapan.
    tapi andai dia mudah meminta maaf,
    insyaAllah orang dpt lupakannya dgn cepat

    [Reply]

  • JAngan samakan MELAYU PATANI dengan Siam.
    Bukak link ini untuk pemahamam

    http://patanibook.blogspot.com/

    [Reply]

    Amirez Reply:

    terima kasih atas info saudara watdaftar :)
    dulu sy selalu panggil melayu patani.
    tapi ada org yg sebut siam patani.
    sy igt sy yg salah hehe

    [Reply]

  • orang Kelantan beranak ramai dalam satu family tu sampai 10 -15 anak paling kurang tulah banyak orang Kelantan merempat kat negeri lain ..merempat tu kasar sangat apa perkataan lain selain merempat… merantaulah

    Utk pengetahuan semua kebanyakan org dari negeri lain mempunyai persepsi yg sama tentang org Kelantan..
    1) Suka tinggal kawan kalau jumpa geng2 dia….cthnya kwn aku org Kelantan memang perangai mcm tu..
    2) Kejutan budaya bila pergi ke negeri lain…
    3) Ramai perempuan tak suka lelaki Kelantan.. perangai pelik sangat hegeh sana-sani mcm tak pernah jumpa perempuan.
    4) Hanya tunggu buah kelapa jatuh … itu lecture chinese aku cakap.. paham tak maksud ni…
    5) Kebanyakan perempuan Kelantan cantik2

    [Reply]

    Amirez Reply:

    merempat dgn merantau tak sama ertinya. sila rujuk kamus dewan bahasa atau boleh tanya cikgu sekolah.

    itulah…kasihan org kelantan yg tak seperti saudari katakan tu.
    disebabkan segelintir org kelantan yg berperangai mcm tu…
    hampir semua org kelantan dituduh sama.
    walhal org negeri lain pun lebih kurang juga tp x dpt nak detect org mana
    sbb bahasa yang digunakan hampir sama.
    lain dgn org kelantan…dgr diorg bercakap je dh tau dia org kelantan.

    sy nak tambah fakta saudari…

    6) org kelantan paling ramai kat mana² U tempatan mahupun luar negara

    [Reply]

    umat muhammad Reply:

    tapi yang kaya kaya dan bisnesman ramai orang kelantan, org lain camana
    org besar besar dlm kerajaan pun ramai org kelantan…ini tak kaji fakta nie

    nak tuduh tu tgk sikitttt

    [Reply]

    Amirez Reply:

    betul 2x. tapi sbb diorang tak cakap dlm bahasa kelantan,
    jd org yg menuduh ni tak nak mengaku yg diorang adalah
    org kelantan

    [Reply]

    bencikelantan Reply:

    ye betul memang ramai orang kelantan dalam kerajaan skrg. tapi masuk cara betul ke? memang layak ke? sapa yang tolong adjust kalau orang kelantan sendiri yang bawak satu kampung masuk gov?

    persoalannya hebat sangat ke? memang rezeki ada dimana-mana tapi kalau disekat oleh bangsa sendiri macam mana?

    konsep cakna konon. dah tau benang tu dah basah tak boleh nak tegak masih berkeras jugak dengan gaya2 penulisan yang pijak semut tak mati.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    tanya balik kat orang bukan kelantan yang keje gov…masuk cara betul ke? memang layak ke? tak perlu nak salahkan negeri bro. rezeki masing2.

    yg bro ni pun kalau nak hide email janganlah guna perkataan mencarut. kat situ dah tunjuk peribadi sendiri tu macam mana…haih

  • Salam adi..
    lama aku tak jengok blog hang…
    dan dah lama jugak aku tak tuis blog…reason – MALAS ….
    eheheh…

    back to the topic, aku tak tau sebab apa sentimen anti-Kelantan ni sangat menebal di kalangan Masyarakat kita…
    sampai semua orang plat D dipulaukan…
    tak paham sungguh aku…
    aku tak nafikan ada segelintir yang menyemakkan mata, menyakit hati…
    but please my dear sisters and brothers, jangan laa hukum insan-insan yang lain yang bleh masyuuuk jaa…
    aku sendiri ada beberapa orang kawan yang rapat dari kelantan…
    kenali hati dan budi individu…
    bukan menghukum mereka atas sebab sentimen yang ntah apa-apa…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    eheh..xpe zaihan.
    aku pun dh lama sgt x ke blog hg.
    blog2 org len pun sama..bz sket.
    update pun dh jarang skang ni.

    a’a betul bagai dikata.
    sampaikan ada org kelantan tak beli plat D.
    sanggup guna plat luar..takut bila dia keje luar nati
    xde org label dia sbg org kelantan. aku pun nak tukar plat ah hahaha.

    tp xleh salahkan diorang gak.
    maybe sikap org kelantan sendiri yg buat diorg jd menuduh camtu.
    hanya nila setitik…sebelanga susu rosak.

    [Reply]

  • Kelantan ke Kedah ke same jah, dulu-dulu org Kelantan ke Kedah kerana ambil upah pukui padi, sngup tngl kampung cari rezeki, ada yg berkahwin dgn org Kedah, sebab Pak Mentua tgk org Kelantan ni rajin bekerja. Masa tu org Kedah x sanggup kebendang,syok jdi tokey, Tp org Kedah tak pulak datang Kelantan cari rezeki. Tp itu berpuluh tahun dulu, Cuma skrg ni yg berhijrah ke Kelantan ialah rumput Kedah,gondang emas( musuh padi) ikut traktor pemotong padi. Walau apa pun sekarang Kedah dah ikut Kelantan MB sama-sama org ulamak, sama-sama PAS harap-harap orang Kedah terus Membangun Bersama Islam dan Selamat menjayakan Kedah Sejahtera. Tahniah pd DS Azizan krn menangani isu-isu di Kedah.
    P/s: Satu je org Kedah ni kalu mak bapak ada bendang luaih kalu x dak RM15.000 jgn pinang anak depa. Depa kigha sekali dgn relung-relung.Tabik pada Kedah $& Kelantan. Sama-sama kita Perjuangkan Islam.

    [Reply]

  • wah…info yg sgt2 menarik. cikgu sejarah ke ni?
    sy pun sependapat dgn encik tomoi..org kelate boleh je bergaul dgn org kedah.
    tp menurut org tua, dulu memang ada 1 tragedi pergaduhan besar antara org kelantan dgn kedah.
    secara detail sy tak tahu tp semestinya berlaku lepas zaman raja bersiong dan sekitar tahun merdeka mungkin.
    apa² pun, thanks atas info yg cukup menarik. baru tau yg raja jembal keturunan raja bersiong.

    p/s: sy tak tahu pula ada perkataan 'kerabat' dlm bahasa kelantan yg bermaksud 'panjat'. biasa sy dengar 'ukah' :)

    [Reply]

  • Sapa kata orang kelantan tak boleh masuk dengan orang kedah. Saya boleh masuk orang kedah……bini saya orang kedah, he he he dah banyak kali saya masuk orang kedah.

    [Reply]

  • Saya orang kelantan. Suami saya orang kedah. Betul la orang kedah tak boleh nak baik dengan orang kelantan. Sudah banyak tahun saya tinggal dkt kedah. Kebanyakkan nya mereka akan hina orang kkelantan dalam bahasa yang halus dan baik. Sy seorang guru dikwasan luar bandar alor setar. Perangai cikgu-cikgu kat situ masyallah… perangai hodoh. Dia tahu saya orang jkelantan, disuruh buat macam2. atas alasan orang kelantan lembut dan baik. jadi kalau orng suruh buat apa2 tak berani nak melawan. Tapi saya bukan jenis yang macam tu. Bila saya lawan mereka mula kutuk2 kelantan. Saya kalau bukan kawin ngan suami saya, tak kebulur nak dufuk kat negeri kedah. orangnya cakap kasar. Bergurau kasar. Penah sekali saya mengamlami masalah rumahtangga, saya cerita dkat sorang cikgu tu, kononnya dia bulih dipercayai. tak smpai seminggyu dia sebarkan cerita saya. saya sakit hati. Sampay ada cikgu laki tu melawak dengan saya dengan mengatakan saya mereng. saya dia je. Sebab kalau lawan mereka akan kaitkan dengan negeri. Sekarang ni saya buat senyap, bila buat macam ni mereka opulaukan saya pula. dah la saya sorang ja orang kelantan kat situ. yang lain suma orang kedah. Penah penolong kanan sekolah saya tanya depan cikgu2 lkain kenapa orang kelantan ada di mana-manan saja. Sy ckap sebab rakyat kelantan ramai. Tu sebab dia berterabur di semua negeri. Orang kelantan menyahut seruan nabi muhammad spy meramaikan umat nabi muhammad.depa puas hati jawapan saya, kebanyakkannya cebik mulut kat saya. Dan ada keesokkan harinya depa tak tegur sara. saya tension dengan sikap orang kedah dengan org dinegeri lain yang bertanggapan buruk denmgan orang kelantan.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    takpelah cikgu…
    dugaan. selalunya macam tulah.
    tau je kita org kelantan…terus nak salahkan 1 negeri yg kononnya sama je semua. depa tak tau org depa pun sama juga.

    bila la masalah kenegerian ni nak selesai.
    kalau nak menuduh atau menyalahkan org..
    salahkan individu itu sendiri.
    betul tak cikgu?

    [Reply]

    wan Reply:

    oi cikgu kelantan berlagak bagus, ni aku bagi satu cadangan dekat hang, hang mintak cerai dengan laki hang, dan lepas tu boleh berambus dari kedah, pergi la balik kat negeri kau tu, kami rakyat negeri utara pun memang tak mau kalau ramai sangat rakyat negeri kau datang sini, buat menyemak mata jer huhuhuhu.

    baru la tau kan perasaan bila jadi minoriti, dan duduk sorang sorang, selama ni geng kelantan hang asyik dok buat kemas bila dok ramai ramai tempat orang dok cari pasal dengan orang,

    Sekarang rasa la bila jadi kelantan dok sorang sorang, dulu masa study geng kau ramai kan, kau tak rasa bila set set mu tu dok kutuk sek negeri lain dok perlekej oran hahahaahahah

    [Reply]

    Amirez Reply:

    byk kali dah bagitau…
    jgn disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.
    bukan kpd org luar yg mengata org kelantan..
    kpd org kelantan sendiri pun…jgn duk mengata² org luar.
    disebabkan bahasa…masyarakat binasa.
    kalaulah bahasa kelantan ni mcm bahasa biasa..
    mesti takde orang duk kutuk² sebab tak tau dari negeri mana..
    betul tak?

    [Reply]

    umat muhammad Reply:

    masyaAllah..patut insaflah ente dengan sikap buruk tu, bertaubatlah
    Allah melaknat hambanya yang sombong dan bongkak.

    rasa rasanya ente ni tongkat langit kerrr

    [Reply]

    bro Reply:

    diam bengo. srabut ngelih weh mu cni. nk kecek cni kecek molep la ak lemping kang !!

    [Reply]

  • kelantan?
    malas nak cakap…. pariah melayu…

    http://bodohmelayubodoh.blogspot.com/

    [Reply]

  • Salam…

    Ni ape yg berlaku berdasarkn pengalaman aku…
    org KELANTAN ni dia mcm berpuak.. kalo nk berkawan nk ikut puak depa ja.. cuba jd mcm anak negeri lain.. leh bercampuq sume..

    aku try jgk tnya org2 tua kt kedah.. depa ckp dari dulu lg org KELANTAN xleh msuk ngn org KEDAH..

    ikut sejarah tahun 70-80an, ada kes gaduh besar KEDAH vs KELANTAN..

    [Reply]

    bro Reply:

    xda faedah bohh nk saem nga org luar. mkn gu sdiri jas sep dya weh.

    [Reply]

  • apsal famous sgt isu org kelantan ni?

    semua org same je di sisi Allah..

    [Reply]

  • aper xxxxx kluarkan statement orang kelantan merempat kat tempat lain?

    Perghhhh… cuba kasik data sikit B4 lontarkan apa2 statement.

    Kelantan mundur? dah berapa lama budak tu tak turun kelantan?

    RHishams last blog post..ArtikeL BarU!!!?

    [Reply]

  • me org kelantan..huhuhu..terasa hina bile org ckp dtg merempat kat negeri org..tpi bile tgk kat ipta majoritynye dtg dri kelnatan..x pla org ckp org2 kelantan neh pandai2..erm..redho je la…

    [Reply]

  • bakal hubby aku org kelantan, so is that means aku kena sokong PAS?

    really, to have malaysian who think like first class mind is a tough job, if we the generation nowadays simply judge people by their root, nation, appearance whatever..

    betul kata zariel, apa aku heran dengan parti pilihan mereka.

    sifirnya mudah (meminjam dari saifulislam.com),treat people the way you want to be treated.

    jadi kepada orang yang anti2 dan sempit fikiran ini, adakah kamu mahu org lain anti dan sempit fikiran dengan kamu?

    Qiders last blog post..My Birthday + My Engagement

    [Reply]

  • aku x rasa mcm tu pulak bro..neway skunk ni aku belajar kat uthm…..huhu

    zulfizs last blog post..Twitter Gadget di Gmail Anda

    [Reply]

  • hmm.

    banyak benarnya.
    aku suka org tu.
    aku suka org ni.
    aku tak suka org tu.
    aku tak suka org ni.

    apa yg aku suka dan tak suka bkn dtg dr yang boleh menyempitkan pemikiran sbg contoh politik.

    apa yg aku suka dan tak suka dtg dr org itu sendiri sama ada perwatakkan dan cara pergaulan yang baik atau sebaliknya.

    begitu jugak org lain yg suka dan tak suka akan aku. aku harap pun penilaian ‘suka’ dan ‘tak suka’ itu bukan sbb latar belakang politik atau hidup aku yg lampau (sekadar contoh)

    aku ada kwn dr kelantan. dan ramai jugak dari serata negeri di Malaysia. apa aku heran dengan pilihan parti mereka. selagi mereka jujur dgn aku, kejujuran juga aku balas pd mereka.

    maaf komen yg agak panjang. hal ini takut2 menjadikan org tak suka pd aku dan aku dinilai hanya dari komen ini. jadi terpaksa utk diterangkan panjang lebar. maaf jugak tentang ayat yang skema. bukan selalu aku menulis sebegini cara. haha.

    zariels last blog post..Aku Gagal Hidup Sendiri

    [Reply]

  • 1malaysia!!
    hahaha…

    —————
    bz2~

    (sambung bekerja)

    [Reply]

  • zariel..aku suka akan kejujuran ko eheh.
    betul bagai dikata ko.
    lupakan fahaman politiknya,
    berkawanlah kerana akhlaknya.

    [Reply]

  • kita serupa eheh

    [Reply]

  • yea…statement yg bagus n mudah difahami.
    thx fie.

    mana komen org yg menyokong statement si Anti Kelantan ya? c’mon

    [Reply]

  • biasalah manusia yg berhasad dengki.
    bila dia dh tak suka..
    dia akan pandang dgn pandangan negatif.
    redha jelah

    [Reply]

  • lagi satu komen daripada pihak pembangkang. mana komen daripada pihak kerajaan? kita berbahas di sini :)

    [Reply]

  • yeah..itu yg kita mau dengar :)

    [Reply]

  • itu yg sy x suka dgn segelintir rakyat kelantan.
    tp maybe diorg berpuak sbb diorg x boleh nak ckp bahasa standard dgn betul kot…bau budu kata org.
    jd diorg lebih selesa kalau ckp sesama diorg yg sebahasa.

    [Reply]

  • ada pro n kontra

    [Reply]

  • entahlah..
    kenapa hal kenegerian nak dibangkitkan.
    sesetengah org mmg berfikiran sempit..ramai mungkin.
    takpelah cikgu.
    insyaAllah, diorang akan dapat balasannya.
    yg penting cikgu tabah dan sabar.

    [Reply]

  • dulu kot. sy pun bleh je masuk ngan org kedah.
    suka apa kwn ngan org kedah. depa happening.
    sbnrnya bukan negeri jd masalah, diri sendiri.
    apalah nak difikirkan sgt psl kenegerian kan.
    dok gitu cik awe hehe

    [Reply]

  • ngarut la org kelantan ngan org kedah tak buleh masuk. ini semua sengaja nak perburuk org kelantan/kedah.____kalu kita tgk dari segi sejarah org kedahlah yang paling rapit dgn kelantan, bukannya terengganu (kecuali org-2 besut) atau negeri-2 lain. ____sejak berkurun lamanya kedah tua ( termasuk perlis, pp), kelantan , utara terengganu dan negeri-2 yg terletak di selatan segenting kra berada di bawah naungan sebuah kerajaan yang dipanggil langkasuka. kerajaan langkasuka jauh lebih hebat dan tua dari kerajaan melayu melaka. kerajaan ini mula wujud pada kurun ke2 lagi. untuk membuktikan kelantan dan kedah adalah di bawah kerajaan yang sama, seorang pengembara cina pernah mencatatkan kerajaan langkasuka seluas '30 hari perjalanan dari timur ke barat'. ____sejarah moden juga mencatitkan bahawa ramai orang2 kelantan berketurunan kedah, misalnya keturunan raja jembal yang asal usulnya dari keturunan raja bersiong kedah , Datuk Nik Aziz adalah seorang yang berketurunan Raja Jembal. Di kedah terdapat beberapa tempat yang agak pelik namanya seperti Baling , Siong , Kuala Pegang dsb…namun tempat2 itu menceritakan yg raja bersiong berhijrah(lari) ke timur…Siong dikaitkan dengan Siong raja bersiong…Kuala Pegang dikaitkan dengan tempat raja bersiong memegang siongnya dan Baling dikaitkan dengan tempat raja bersiong membaling siongnya .. dikhabarkan siong itu terjatuh di kroh lalu menyebabkan sungainya menjadi keruh.____dari segi kebudayaan, kedah dan kelantan berkongsi kebudayaan yang sama… wayang kulit juga terdapat di kedah, terdapat juga permainan mek mulong di kedah yang hampir menyerupai mak yong yang dimainkan di kelantan.____dari segi bahasa juga terdapat banyak persamaan di antara dialek kedah dan kelantan, cuma cara sebutannya berlainan… perkataan2 seperti dan (sempat) kerkah/kekoh (gigit) cemuih/cemuh (jemu) ngaji (belajar) kerabat (panjat) dll juga adalah sama. ____ramai di sini yang tidak tahu bahawa orang-orang Kedah yang mendiami daerah-2 timur seperti Baling , Sik dan Padang Terap juga bertutur di dalam loghat Baling, yang seakan akan loghat Kelantan.__________

    [Reply]

  • ye betul tu. semuanya sama. sikap masing2 yg membezakan dirinya dgn orang lain. selalu isu kenegerian nak dibangkitkan.

    terima kasih atas kunjungan ke sini :)

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks