Assalamualaikum semua. Sarapan apa tadi ye? Ooo makan roti Gardenia je. Eh, hari ni hari pertama puasa kan? Takpe², terlupa nak buat macam mana kan hehe. Atau…buat² terlupa? Suka hati sendirilah, itu urusan anda dengan Yang Maha Kaya. Kalau diri sendiri rasa tak boleh nak puasa pada hari tu, jangan sibuk² melantak depan orang yang puasa. Kasi hormat sikit, walaupun makanan tu hanya sekadar Maggie yang tak langsung buat air liur kecur.
Rasa baru saja lepas puasa di bulan Ramadhan tahun lepas, Ramadhan 1430H dah pun menjelma. Hidup dipenuhi dengan tugas membuatkan masa menjadi makin pantas. Tup tup tak lama lagi dah nak hari raya aidilfitri.
Pernah dengar lawak waktu kita kecik² dulu…siapa yang kentut dia terbatal puasa haha. Boleh pula disamakan air wuduk dengan puasa. Tapi itulah logik akal kanak². Sama halnya juga dengan persoalan makmum yang masbuk dalam solat jemaah. Bila si kanak² tersedar yang dia agak lewat mengikut imam, dia akan cuba mengejar rakaat pak imam dengan solat gear 4 hehe. Selalu juga nampak kanak² macam tu. Sikit pun tak rasa pelik, sebab waktu saya kecik² dulu pun macam tu juga. Tak pernah belajar dan diajar tentang masbuk, lalu logik akal diguna pakai. Mengikut hukum alam, yang ditinggal harus mengejar.
Zaman sekolah dulu, bulan Ramadhan bulan yang paling tenang sekali. Tiap² malam berjalan kaki ke surau dengan kawan sambil melihat langit. Tiada sang bulan, si bintang pun jadi. Selalunya malam² Ramadhan ni terang tanpa awan. Mungkin sebagai petanda bagi bulan yang penuh dengan keberkatan.
Usai solat witir sekitar 9:30 malam baru balik ke rumah makan nasik. Jarang makan nasik sewaktu berbuka, takut perut buncit kekenyangan jadi malas pula nak sembahyang Terawikh 20 rakaat. Selalunya banyak kuih yang dihidang ketika berbuka. Jadi cukuplah alas perut dengan kuih sebelum ke surau. Perut terlalu kenyang hanya melemahkan iman yang selalunya lemah.
Waktu sekolah menengah dulu, dalam pukul 10 atau 10:30 malam dah berkumpul di masjid untuk bertadarus ramai². Adalah lebih kurang 10 orang pada mulanya. Tapi makin hari makin sikit pula yang datang. Lama² hanya tinggal 4, 5 orang saja. Bila ditanya, alasan diberi malu sebab baca tak berapa lancar. Tujuan diadakan tadarus selain menghidupkan malam Ramadhan adalah untuk belajar membaca al-Quran dengan lancar. Puas dipujuk, tapi malu lebih tebal daripada keinginan untuk maju. Hari khatam selalunya buat makan² sikit, bakar ayam selalunya. Ramai pula yang datang melantak. Entahlah…
Itu dulu. Bila masing² dah bawa haluan sendiri selepas SPM, yang tinggal untuk bertadarus selalunya 3 orang saja. Itupun kadang² tak sempat habis 30 juzuk dalam satu bulan. Maklumlah, kadang² cuti tak sama. Selalunya baca secara sendirian kat rumah. Hmm…
Masa kat UTHM dulu selalu juga join tadarus kat masjid. Memang seronok masa tu, dari pak guard, pelajar hinggalah kepada professor duduk dalam satu bulatan bertadarus sama². Paling seronok bila dapat satu group dengan Ustaz Aziz, bilal Masjid Jamek UTHM. Dia banyak mengajar hal² yang berkaitan dengan bacaan al-Quran. Dapat juga ilmu² baru yang boleh dibawa ke kampung nanti. Ada juga yang tersedu² mengaji, tapi dia patut dipuji kerana mempunyai semangat yang tinggi untuk berusaha. Malu ditempis jauh² walaupun dia seorang professor, yang penting bacaannya makin lancar. Orang macam tulah kita nak, ilmu tinggi tapi humble.
Terpanjang pula haha. Anggaplah entri kali ini macam tazkirah Ramadhan hehe. Ada lagi sikit nak cerita, perihal awek² kampus di bazaar Ramadhan pula.
Waktu belajar di negeri orang dulu rasanya cuma sekali saja ke bazaar Ramadhan. Bukan sebab takde makanan yang sedap. Masalahnya ramai pelajar perempuan dari U yang sama berpakaian lebih seksi ketika di bazaar Ramadhan. Bukannya beli apa pun, sekadar jalan² dengan pakwe masing². Tudung memang tak lekat kat kepala. Baju pula pilih yang paling kecik untuk dipakai ke bazaar. Syaitan dah takde, jadi hati ini ada kekuatanlah sikit nak elak memandang tapi terpandang juga apa nak buat huhu. Benteng iman belum cukup tebal.
Esoknya buat keputusan berbuka puasa percuma di masjid. Syukurlah ada juadah berbuka khas diperuntukkan untuk pelajar² kolej kediaman. Seronok juga makan dalam talam tapi tengok² orang jugalah. Mana yang nampak pembersih tu baru join dengan dia setalam. Kalau tak, rela menyelit dengan kawan² biar pun dah terlebih orang eheh.
Sekarang ni kat kampung. Saje je balik, nak rasa berpuasa dengan family pada hari pertama Ramadhan. Borang cuti dah apply dua minggu lepas tapi sampai semalam tak dapat lagi keratan borang approval. Tanya bos, bos kata dah sain tapi tak tau mana pulak dia letak. Tak kisahlah, janji bos dah bagi kebenaran. Dia pun balik kampung jugak hari semalam haha. Mari pakat² balik kampung, biar sesak jalan. Baru rasa macam nak raya hehe.
Akhir kata, selamat berpuasa semua. Doa dan usahalah supaya puasa tahun ni kualitinya lebih lebih baik daripada puasa tahun-tahun sudah. Sampai bila asyik tak cukup bulan je puasa kan (lelaki saja eheh). Dah tua pun masih lagi puasa yang yok tengah hari buka periuk. Jangan begitu tuan-tuan…
Salam Ramadhan al-Mubarak…


{ 4 comments… read them below or add one }
terasa penat plak drive dari jb ke bp masa 1st day puasa n panas terik…
hohohoh…..
.-= humbleandmodest´s last blog ..bab 29: nilai 10 sen telah menyelamatkan banyak nyawa =-.
eh..penat dh dari jb ke bp? biasa je tu hehe
.-= Amirez´s last blog ..Ramadhan Menjelma Lagi =-.
Selamat berpuasa !!
selamat berpuasa kembali