RedMummy di Muka Hadapan Berita Minggu

Pagi tadi masa tengah tunggu akak yang bungkus nasik untuk aku dengan isteri kat kedai makan berhampiran, ternampak tajuk highlight akhbar Berita Minggu hari ni yang betul-betul membuatkan mata aku terbeliak besar…cakap je, sebenarnya tak hehe. Blogger untung RM1 juta, tajuk muka depan Berita Minggu hari ini. Tengok gambar pula macam kenal. Sah, itu adalah RedMummy, si pencinta merah. Beruntung betul dia, kat TV dah pernah keluar dalam rancangan Nona. Sekarang ni keluar akhbar pula. Makin melonjak nampaknya trafik yang akan berkunjung ke blog RedMummy, earning pun for sure makin banyak. Dalam kategori blogger, beruntung menjadi seorang RedMummy.

Mesti ramai blogger baru makin teruja nak buat blog lepas baca berita ni. Yelah, tulis blog je hari-hari dah boleh jadi jutawan dalam masa setahun. Tak ke gile kentang namanya tu? Tak perlu susah-susah naik turun pejabat nak apply kerja. Tak perlu sibuk-sibuk register kat JobsMalaysia semata-mata nak dapat update jawatan kosong tiap-tiap minggu. Tak perlu berpenat-lelah kerja kontraktor bagaikan kuli dengan gaji yang kadang-kadang tak setimpal mana. Seronok, hanya duduk depan laptop dengan secawan Nescafe Regular ‘Halusss’ dah boleh generate income yang boleh menjamin keperluan bulanan.

Setiap hari akan wujud blog-blog baru yang tumbuh mengalahkan cendawan. Dari sudut positifnya ianya satu perkembangan yang bagus sebabnya dunia blogging bukan lagi satu yang asing dalam masyarakat kita. Kalau cerita kat pakcik makcik atau paling tidak pun kat mak ayah sendiri, diorang pun faham blog-blog ni untuk apa selain daripada sekadar bercerita di Internet. Eh, kalau cerita pasal Nuffnang pun diorang takkan berkerut dahi tanda tak faham. Masa aku ke rumah kawan hari tu ada la bincang-bincang sikit pasal Nuffnang sambil-sambil minum kat meja makan rumahnya. Ayah dia pun ada sama. Yang buat aku kagum tu ayah dia yang dah pencen tu boleh join kitorang bercerita tentang Nuffnang. Siap bagi galakan lagi untuk berusaha dengan blog eheh. Bagus betul pakcik tu. Entah-entah dalam diam dia pun ada blog gak kot? Hehe. Aku tak terkejut bila dapat tahu yang dia dah berjaya jual kereta-kereta terpakai melalui Mudah.my. Kiranya pakcik tu seorang yang up to date jugalah hehe.

Tapi tak elok jugalah kalau buat blog semata-mata nak kaut keuntungan, sedangkan kualiti ditolak ke tepi. Ada yang sengaja buat keyword-keyword panas semata-mata nak menarik trafik yang banyak ke blognya walhal tiada pun yang entri yang berkaitan dengan keyword panas tu. Contohnya ada blogger yang menggunakan keyword ‘Gambar Seksi Fasha Sandha Pakai Bikini di Bali’ tapi bila masuk ke blognya, rupanya nak jual lingerie. Oklah, ambik yang positif je. Itu lagi baik daripada betul-betul tunjuk gambar-gambar yang mengaibkan orang lain, ye tak?

Berbalik kepada RedMummy, jauh di sudut hati terdetik juga rasa jeles dengan pencapaian dia sekarang ni. Tapi siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan dia. Kecuali kalau aku pun ada join program-program realiti tv macam yang RedMummy join Explorace dulu, bolehlah aku tumpang promote url blog picisan aku ni. Tak pun aku ni kononnya abang angkat kepada Khairul Fahmi ke, bolehlah juga tumpang populariti hehe.

Sebenarnya aku menanti-nanti peluang untuk dapat Sponsored Post daripada Nuffnang. Tak pernah pun lagi merasa dapat advertorial yang pastinya earning lagi banyak daripada iklan Buffered Earning. Bukan senang nak dapat. Nuffnang akan memilih blogger-blogger tertentu berdasarkan kriteria-kriteria tertentu untuk diberi tugasan advertorial ni. Maybe dengan selalu join aktiviti-aktiviti yang Nuffnang selalu anjurkan, peluang lebih cerah dapat Sponsored Post Nuffnang kot.

Baru-baru ni Nuffnang buat questionaire sama ada ok ke tak kalau diorang buat aktiviti kat Kota Bharu. Aku setuju sangat-sangatlah kalau diorang jadi datang, adalah juga peluang nak join. Masa kat KL dulu langsung tak sempat nak join apa-apa aktiviti yang dianjurkan Nuffnang. Lagi-lagi dah pindah ke Kelantan ni tak dapat nak join apa-apa program yang kebanyakannya berlangsung kat KL.

Eh, sedar tak sedar panjang pula mengomel. Asalnya nak buat entri ringkas je sebagai ucapan tahniah kepada RedMummy, tapi dah terlajak sampai masuk bab Sponsored Post pula hehe. Itulah aku, bercakap dengan mulut jarang-jarang, tapi dalam kepala macam-macam tengah berlegar. Sebab tu tagline blog ni ‘Diam Diam Ubi Kayu’ yang diubah sikit daripada ‘Diam Diam Ubi Berisi’.

Sebelum mengomel lagi panjang, cukuplah aku berhenti setakat ni. Sebelum tu, tahniah kepada RedMummy sebab berjaya menjadi blogger pertama dalam kategori blog bukan politik yang berjaya keluar muka depan akhbar tempatan.

34 thoughts on “RedMummy di Muka Hadapan Berita Minggu

    • seronok bila tengok blogger2 lain dapat income dari blog masing2. tapi lagi seronok kalau kita sendiri yg dapat kan hehe. insyaAllah..sampai masanya turn kita pula ;)

  1. tahniah gak kepada redmummy..beliau dah buktikan bahawa blogger juga boleh dijadikan sebagai satu profession kerjaya..tak mustahil pada masa akan datang, IPT menawarkan course spesifik kepada bidang blogging nie..(ker dah ada?)..

    p/s: aku takde kakak, redmummy sudi jadi kakak angkat aku tak? haha..

    • setakat ni setahu aku cuma dijadikan tugasan untuk bidang IT. kalau dulu biasanya buat web statik, tapi skang buat blog lak. course yg betul2 utk blogging rasanya tak berbaloi buat 4 tahun. setahun pun dah lebih daripada cukup hehe. 6 bulan je kot perlu utk mahir

  2. Red mummy tu cite pasal diri die jew dalam blog tu…tak best pon tapi nape sume org suke…yg die kutuk nasha aziz tu..hekelehh…menggelabah jer..

  3. Pingback: pligg.com

  4. Pingback: IMCurtain.com

  5. Pingback: ping.yanmieonline.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge