Renew Road Tax Kenderaan Secara Online

Sedar tak sedar kejap je masa berlalu. Dari setahun ke setahun rasa macam sebulan jarak masanya. Cuba korang check tarikh mati road tax kenderaan korang. Ntah-ntah dah nak luput dah tarikhnya, padahal baru ‘bulan’ lepas renew hehe. Biasalah. Kalau bil elektrik, bil Astro hatta bil telefon yang sampai ke rumah rasa macam dah terima bil dua kali dalam sebulan. Kalau bab gaji pulak rasa macam dua bulan belum terima gaji lagi, punyalah lama sebulan tu hehe.

Dua hari lepas aku teman isteri ke ofis ejen insurans nak renew road tax kereta yang akan tamat pada 14 Jun nanti. Macam biasa, bagi salinan geran kat ejen tu pastu tunggu dia bagitau berapa yang kena bayar. Jumlah yang dia bagitau kena bayar tu memang membuatkan kami rasa sedikit terkejut sebab mahal sangat. Hampir dua kali ganda bayar untuk tahun lepas punya. Timbullah rasa pelik kenapa mahal sangat. Ilmu pasal insurans kereta ni memang zero sikitlah. Tak tau langsung macam mana kiraannya. Yang tau, cukup tahun…bayar.

Disebabkan over budget (over expected sebenarnya hehe), kami tak jadi nak renew kat situ. Balik rumah aku buat carian sikit berkenaan dengan cara-cara nak renew road tax secara online. Aku try isi segala butir-butir yang diperlukan dan jumlah yang perlu dibayar boleh dikatakan hampir separuh lebih murah berbanding buat dengan ejen insurans. Banyak dah jimat tu. So, ini cara-caranya:

Renew Insurans Kereta

Sebelum renew road tax mesti kena renew insurans kereta dulu, selalunya orang sebut insurans body. Biasanya kita boleh renew melalui web MyEG tapi aku rasa agak susah sikit sebab kena tau sendiri berapa peratus NCD (Non Claim Discount) untuk kereta kita. Dalam MyEG tak diberi kemudahan untuk mengetahui NCD kenderaan kita, melainkan dengan hanya pilih 0% kalau tak tau berapa peratus NCD. Pihak MyEG akan kirakan untuk kita dalam masa seminggu. Itu menurut apa yang aku baca melalui popup message yang keluar. Lama betul nak kena tunggu sampai seminggu. Jadi sebagai alternatif korang boleh check melalui laman web MotorTakaful.com. Jauh lebih mudah.

Check NCD

Korang boleh check NCD pada bahagian kiri muka depan laman web MotorTakaful.com seperti gambar kat bawah ni. Isikan pada kotak yang bertanda * seperti nombor plat kenderaan korang, nombor IC dan last sekali pilih syarikat insurans mana yang korang guna untuk renew insurans kereta sebelum ni. Boleh refer pada salinan borang pembaharuan insurans sebelum ni kalau ada. Kalau tak ada, terpaksalah mintak tolong ejen insurans untuk check, lepas tu pandai-pandai koranglah buat helah untuk lari daripada berurusan dengan dia hehe.

Dah isi semua, klik pada Confirm NCD. Secara automatik sistem akan check berapa peratus NCD kenderaan korang. Bila dah dapat nilai NCD, klik pada butang Submit untuk langkah seterusnya.

Quotation

Nilai insurans kenderaan yang korang kena bayar bergantung kepada maklumat yang korang isi pada bahagian Quotation ni. Pada bahagian Contact Information tu korang isilah macam biasa dengan maklumat yang sebetul-betulnya. Jangan main-main isi lak bagi maklumat palsu, kang jadi apa-apa pada masa depan jangan korang libatkan aku pula huhu.

Pada bahagian Vehicle Information korang boleh refer pada salinan geran kenderaan untuk isi kotak-kotak yang diperlukan terutamanya nombor chasis dengan nombor enjin, melainkan korang memang suka Matematik sampaikan boleh hafal kedua-dua nombor ni hehe. Pada bahagian Financed by, sila rujuk pada salinan geran. Biasanya ada tulis kat situ. Dah siap isi semua terus klik pada butang Get Sum Covered dalam bahagian Coverage Information.

Sistem akan pilih berapa yang perlu dibayar. Kemudian pada bahagian Sum Covered Information pula korang boleh pilih berapa nilai yang korang nak untuk pihak insurans cover kenderaan korang. Bahagian nilah yang menentukan mahal atau murah jumlah insurans yang korang kena bayar. Contohnya macam gambar kat bawah ni:

Secara automatik sistem akan berikan cadangan jumlah insurans yang dilindungi. Dalam contoh ni sebanyak RM40,000. Tapi korang boleh ubah nilai tersebut mengikut keperluan. Yang terbaik adalah mengikut julat yang dicadangkan. Contoh dalam gambar ni antara RM36,000 hingga RM44,000. Kalau korang pilih RM36,000, maka murahlah sikit jumlah insurans yang korang kena bayar. Tapi kalau nak lagi rendah daripada nilai yang dicadangkan pun boleh juga. Nak letak RM20,000 sebagai contoh, tak ada masalah. Cuma, sebarang kemungkinan pada masa depan kalau terjadi apa-apa kat kenderaan korang (misalnya accident), sikitlah yang pihak insurans dapat cover. Aku tak tau sangat pasal ni. Sila betulkan kalau silap.

Pada bahagian Additional Coverage pula bergantung kepada keperluan. Kalau rasa nak tambah, korang tambahlah. Tapi pada bahagian Number of Drivers tu seelok-eloknya korang tambahlah lagi sorang nama pemandu. Free je, kecuali kalau korang tambah lagi sorang pemandu sampai jadi 3 orang pemandu akan dikenakan RM10 bagi tambahan seorang. Ok, bila dah siap semua tekan je butang Calculate dan jumlah bayaran insurans kenderaan korang akan tertera. Bila dah puas hati, klik butang Send untuk proses seterusnya.

Confirmation

Selesai yang tadi korang akan dibawa ke halaman Confirmation. Check betul-betul segala butiran yang korang masukkan tadi. Check dua tiga kali adalah lebih afdal eheh. Bukan apa, takut ada yang tersilap, nanti ada masalah pula. Kalau ada yang perlu diubah tekan je butang Re-edit. Kalau dah puas hati, tekan je Send untuk proses pembayaran. Setel urusan renew insurans kenderaan. Jangan lupa print resit untuk rujukan tahun depan.

Renew Road Tax

Dah renew insurans kenderaan barulah boleh renew road tax. Kalau tadi buat kat laman web MotorTakaful.com, sekarang ni korang masuk laman web MyEG pula. Ejen-ejen insurans sekarang ni pun guna MyEG untuk renew road tax pelanggan-pelanggan diorang. Boleh siap dalam masa satu hari tak sampai pun sejam.

Caranya mudah, pergi ke laman MyEG > Login (tak pasti kalau tak login boleh masuk ke tak) > pilih JPJ > pilih Road Tax Renewal.

Cara Penerimaan

Ada 3 cara penerimaan iaitu Home/Office Delivery, Express Delivery dan MyEG Bandar Utama, KL. Cara paling baik adalah Home/Office Delivery, hanya perlu tambah RM8 untuk kos penghantaran terus ke rumah atau ofis korang. Tak payah bazirkan petrol korang nak pergi ambik kat ofis MyEG, lagi-lagi dalam KL. Tempoh penghantaran kurang dari seminggu.

Tapi kalau nak ambik sendiri kat cawangan MyEG yang berdekatan dengan rumah korang pun boleh sebenarnya. Cuma aku tak pasti ada tak pilihan tu dalam web MyEG ni. Yang ada cuma untuk Bandar Utama, KL saja. Mintak tolong korang yang ada pengalaman untuk share kat ruang komen pasal ni.

Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau online banking seperti Maybank2u dan CIMB Clicks. Pastikan korang berhati-hati untuk buat pembayaran secara online ni. Semak betul-betul berapa jumlah yang kena bayar. Lagi penting pastikan laman web bank tu adalah laman web yang betul, bukan yang phishing punya. Tapi biasanya kalau servis macam MyEG ni akan direct menggunakan khidmat FPX yang selalunya selamat untuk digunakan. Apa-apa pun, mesti berhati-hati. Jangan tersilap bayar macam aku dulu huhu.

Kesimpulan

Kalau difikirkan logik semestinya buat sendiri jauh lebih jimat daripada mengupah orang (ejen) untuk renew insurans kenderaan serta road tax kenderaan kita. Contohnya kereta isteri aku sendiri dah jimat sekitar RM250, banyak juga tu. Kalau mahir, korang boleh ambik upah untuk renew road tax kenderaan orang lain. RM30 pun jadilah eheh. Tapi kalau malas nak isi form tu semua, serahkan je kepada ejen-ejen yang bertauliah. Pergi ke premis diorang untuk berurusan sampai korang terima bukti urusniaga. Jangan main serah duit kat orang je kat kedai kopi walaupun korang tau dia tu ejen insurans. Pernah terjadi kat aku dulu, kisahnya boleh baca kat sini. Atas sebab sikap tak amanah dialah aku sanggup buat sendiri renew road tax. Tak boleh bagi muka sangat kat orang macam ni. Sekali dia buat onar, sampai bila-bila pun aku takkan percaya dia dah.

Akhir kata, selamat mencuba dan segala masalah yang timbul adalah di atas kesilapan korang sendiri. Harap maklum ;)

71 thoughts on “Renew Road Tax Kenderaan Secara Online

    • ye, ada ejen yg boleh dapatkan harga lagi murah dengan merendahkan percent dan pilih insurans 1Malaysia yang lebih murah. atau satu cara lagi tukar 1st party jadi 3rd party, akan jadi lebih murah. ini apa yg ejen sy pernah buat kat salah satu kereta lama saya :)

  1. thanks bro for the informations. i got headache thinking on how to renew my roadtax and insurans which over next week. i really have no time to do all these during office hour. thanks got this online thing . make me smile again and no headache. thanks again bro. will try it again tomorrow online.

    • u’re welcome liza. tapi saya tak sure cara ni ok atau tak sekarang ni. ni tutorial lama. yg baru sekarang ni sy tak sure. harap takde apa2 masalah ye masa nak renew nanti. sy tak bertanggungjawab atas apa2 masalah yg timbul nanti.

  2. kalau korang ada kemusykilan pasal renew insuran & road tax ni boleh le contact aku.. korang leh e-mail kat nurul1078@gmail.com…insya allah aku akan tolong sedaya upaya aku..so far dah 7 thn lebey dah aku jadik ejen insurans ni..skrg ni aku jadik ejen utk ETIQA INSURANCE & KURNIA INSURANS.

    • byr secara online melalui payment gateway kalau tak silap saya.

      dulu memang saya sarankan pakai sistem online ni. tapi sekarang saya rasa lebih selamat bagi kat ejen insurans atau kat bank. takut ada masalah timbul lak nanti

  3. assalammualaikum…sy cuma nak bertanya…klu roadtax kereta dah mati sekali dgn insuran nye selama 2 tahun mcm mana langkah atau caranye nak buat semula…sbb kereta tu dah lama tersadai dikampung….sy memang tidak pernah berurusan dgn jpj atau pun puspakom…tolong ye….terima kasih

    • wa’alaikumussalam.

      saya bukanlah orang yg arif dalam hal ni. pengalaman renew roadtax dengan insurans kenderaan pun tak luas mana. jadi saya cuba jawab setakat mana yg saya diberitahu.

      saya ada sebuah kereta yg roadtax mati bulan 12 lepas. masuk hari ni baru saya teringat dah setahun tak renew.

      saya teringat pakcik saya pernah cakap, jangan lebih setahun tak renew. nanti kena bayar mahal. kenapa mahal saya pun tak sure.

      saya rasa boleh renew macam biasa, pergi jumpa mana2 ejen insurans mintak dia uruskan. mintak pendapat dia sekali dalam hal ni. kalau takde apa2 masalah, ikut je instruction dia. saya rasa takde masalah apa pun, cuma mungkin kena bayar mahal sikit. saya rasa mahal tu sebab dikira sebagai 2 tahun untuk insurans kenderaan.

      harap membantu dengan penerangan serba ringkas ni

  4. sy da cb ikt langkah2 yg ditunjuk tp x dpt..blh tlg sy?masalah sy,slps sy isi tmpt ksong tu (bhgian NCD)..xd pun colum SUBMIT..n Quatation?harap tolong ea..

  5. thanks bro 4 the info.
    aku dh try myeg tapi x submit lagi sbb aku tengok lagi mahal dari insuran aku thn lps.
    thn lps ejen insuran yg buat..aku bayar premium RM2++ je..
    kali ni nk tukar ke takaful, check myeg tgk RM9++
    kenapa mahal dari thn lps, patutnya murah lagi la kan?

  6. salam semua,

    mengikut pada pengalaman lepas, nak renew roadtax paling senang tak payah pakai geran sebab geran still lagi financer yg pegang…just pergi renew insurance, then pergi MyeG bagitau info pasal insurans…then dorang leh watkan roadtax dalam masa 5 minit jek..tu kalo pergi sendiri kt opis MyeG la kt sebelah bangunan media prima tu….

  7. Salam….
    Nak tanya,
    1.kalau nak renew insuran ngan roadtax motosikal boleh x guna cara ni?
    2. Motor masih ada hutang dengan AEON, geran pada AEON, boleh x kalau nak renew insuran guna third party?
    3. Sekiranya boleh reew insuran, boleh ke MyEG uruskan untuk renew roadtax sedangkan geran motor ada kat AEON?
    Siapa-siapa yang ada pengalaman atau pandangan minta tolong bagi komen yang boleh membantu….
    Harap-harap ada la yang sudi membantu dan memberikan komen…
    terima kasih…

    • salam.
      motor pun boleh rasanya.
      kalau geran ada kat bank lagi pun boleh buat asalkan ada salinan geran tu utk rujukan kita nak isi form nanti. cuma nak renew insurans guna third party sy kurang pasti pasal tu.

      cuba dapatkan penjelasan drp pihak bank atau ejen insurans. kot2 maklumat sy ni ada yg kurang jelas

  8. Salam…nk tanya la…sy baru je renew insuran dan roadtax mengikut step yang saudara terangkan kat ats…memang mudah..cuma nk tahu la, sy dah renew insuran tu, jd cover note yg ori memang sy tak dapat ke?sy print je yg online kuar td..kiranya yang ori tak da la ye..muskil la..mohon pndgn.tq

    • rasanya sama je sebab kalau buat dgn ejen pun diorang print juga :) tapi kalau buat dgn bank saya tak sure sbb tak pernah buat dgn bank lg setakat ni

  9. wah lagi jimat..
    dlu time praktikal patutlah bos slalu bising sbb keuntungan kt dprtmnnt insurans smakin kurang..mungkin sbb nilah kot.. yelah lagi murah n jimat.. sape yng xnk

  10. 17 haribulan motor aku roadtax mati… tapi insuran memang dah mahal start tahun lepas… (ejen insurans nih, motor non motor)… yang lain2 tuh senyap jerla..

  11. aku pun baru 2 hari lepas try kira brapa kena bayar tahun ni.. kira 1st time nak guna cara online ni..
    tapi takut lewat sampai pulak.. (kurang yakin lagi..)
    memang jauh lebih jimat…
    kalau tak silap diberi free 10% NCD kalau renew online di motortakaful ni..
    Entri Terbaru Mus » Gelagat Anak-Anak Shopping Buku

    • yup dapat free 10% lepas register dgn diorang. lupa nak bagitau dalam entri ni eheh. buat secara online ni paling tak pun seminggu road tax sampai.

      tapi yg peliknya ada ejen tu buat terus boleh ambik kat cawangan MyEG. dalam web MyEG takde pulak option ambik kat cawangan

    • oo ye ke. nape ejen tu tak bagitau ek? aku pun baru je dengar yg ejen takaful ambik mahal. tapi aku rasa sebenarnya diorg bukan mahal cuma ikut rate market value terkini utk insurans. ada ejen lain diorang rendahkan rate bawah tahap yg dicadangkan, sbb tu dapat murah

    • betul tu. kita ada hak untuk tau supaya dapat elakkan daripada ditipu. aku pun biasanya buat dengan takaful tapi orang kata takaful ni ambik upah mahal sket. entahlah

  12. Pingback: ping.yanmieonline.com

  13. Pingback: Renew Road Tax Secara Online http://blog… « Story Anda

    • uish..banyaaak. cepat pun cepat..tak yah pegi premis insurans. dah jimat minyak kete kat situ hehe. jimat masa lagi ;) tapi make sure line tenet dalam keadaan stabil…kalau tak boleh haru kita

    • sama2 Andy. kongsi2kan dengan sesiapa yg memerlukan ye. make sure masa nak isi tu check betul2, terutama bahagian syarikat insurans terdahulu, no. chasis ngan no. enjin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge