Kepada yang mengikuti saya di Facebook Page mesti sedia maklum yang saya ke Gambang pada hari Jumaat lepas. Tujuan saya ke sana bukanlah nak pergi main air di Bukit Gambang Water Park, tapi nak hantar adik bongsu saya ke Program Jati Diri di Universiti Malaysia Pahang (UMP) selama tiga minggu. Macam biasa anak isteri pun mesti nak ikut sekali hehe.
Alang-alang dah ke Kuantan, kali ini saya tak lepaskan peluang untuk tangkap gambar Restoran Adik Manja yang dikatakan agak misteri. Tahun lepas tak sempat nak singgah sebab tak perasan restoran ni di sebelah kiri jalan dari Gambang menghala ke Kuantan. Bila dah dekat barulah perasan signboard Restoran Adik Manja yang dah pudar. Kereta pula semua tengah laju masa tu, memang tak sempat nak berhenti. Cuma sempat tengok sekali imbas saja. Keadaan Restoran Adik Manja masa tu macam dalam gambar di bawah ni. Kredit kepada penpatah.blogspot.com.



Bermacam-macam cerita misteri berkaitan dengan Restoran Adik Manja yang pernah saya dengar. Mungkin sebahagian daripada anda pun sama. Ceritanya sama, cuma yang membezakannya adalah pengalaman. Bila kisah misteri tentang restoran atau kedai makan tak lain tak bukan mesti tentang kisah restoran yang beroperasi waktu malam sedangkan ia tidak bertuan dan ditinggal lama.
Pernah diceritakan seorang lelaki rosak kenderaannya di depan Restoran Adik Manja sekitar waktu tengah malam. Menurut beliau keadaan restoran itu meriah dengan pelanggan walaupun sudah larut malam yang kebiasaannya tutup sepanjang masa. Merasakan sesuatu yang pelik dengan restoran tersebut, pada siang keesokan harinya beliau sekali lagi ke Restoran Adik Manja. Anehnya, keadaan restoran tidak seperti apa yang dilihatnya pada malam sebelumnya. Tiada kerusi dan penuh berhabuk seolah-olah telah lama ditinggalkan.
Banyak lagi kisah serupa yang anda boleh baca di kebanyakan forum. Restoran Adik Manja juga dikatakan telah banyak kali bertukar milik seolah-olah ada yang tidak kena dengan restoran tersebut.
Sekitar 6:30 petang hari Jumaat lepas saya bertolak dari Gambang ke Kuantan untuk ke East Coast Mall. Dari simpang empat Gambang – Muadzam Shah saya dah perlahankan kereta supaya tidak terlepas melihat Restoran Adik Manja secara dekat.
Dipendekkan cerita saya sempat menoleh ke Restoran Adik Manja, itu pun hampir-hampir terlajak sebab signboard yang sudah hampir pudar. Apa yang saya lihat tak sama dengan gambar di atas. Restoran yang saya lihat dua hari lepas nampak baru dan bersih. Lampu pun sudah mula dipasang. Nampaknya signboard restoran dah ditukar baru. Bukan lagi nama Restoran Adik Manja. Demi menjaga nama restoran saya rasa ada baiknya nama dirahsiakan.
Saya tak singgah ke restoran tersebut. Jauh dalam hati saya masih lagi terasa ragu-ragu sama ada apa yang saya lihat itu betul atau pandangan saya dikaburkan ‘sesuatu’. Risau pula nak singgah, memandangkan saya bawa ‘Iffah bersama. Jadi saya teruskan perjalanan ke East Coast Mall.
Sekitar pukul 10 malam kami mula balik ke Gambang. Saya sempat berhenti di seberang jalan untuk mengambil gambar dari jauh. Gambar di bawah adalah gambar ‘Restoran Adik Manja’ yang ditangkap sekitar pukul 10:30 malam.

Apa yang boleh saya katakan, keadaan restoran memang meriah dengan pelanggan. Kereta berderet parkir di hadapan restoran. Lampu hiasan menerangi sekeliling restoran. Saya masih lagi 50-50 sama ada ianya betul-betul beroperasi ataupun hanya kami saja yang nampak ia ‘beroperasi’.
Tapi menurut komen Facebook daripada orang setempat katanya tiada apa-apa yang misteri dengan Restoran Adik Manja. Ianya beroperasi sama seperti kedai-kedai makan yang lain. Bila difikirkan semula mungkin cerita yang biasa saya dengar hanyalah rekaan. Tapi tidak mustahil juga ianya benar-benar berlaku kejadian misteri.
Ada yang mengatakan punca Restoran Adik Manja tidak bertahan lama dulu disebabkan kedudukannya yang kurang strategik di tepi jalan lurus dua lorong dari Gambang ke Kuantan yang agak menyukarkan pelanggan untuk berhenti.
Sebelum jalan raya dinaiktaraf kepada dua lorong, Restoran Adik Manja dikatakan sangat maju dan ramai pelanggan. Berbeza dengan keadaan sekarang. Tetapi, apa yang menghairankan saya, macam mana ada banyak kereta yang parkir di depan ‘Restoran Adik Manja’ malam tu? Tercari-cari juga arah masuk ke restoran tersebut. Mungkin sebab malam, saya tak nampak laluan masuk.
Jadi, benar atau tidak Restoran Adik Manja berhantu? Allahua’lam.
restoran dh tkar owner…… jd restoran marina….. restoran tu dh ‘bersih’ dr malapetaka sbb sblum restoran marina ambek alih, dh buat solat hjat n bacaan yasin……
oo macam tu. patutlah ada nama marina sekarang ni.
misteri nusantara ni.. org sebelum tu silap restoran kot.. hehe..
apapun, semuanya ketentuanNya.. mungkin tak ok kot.. sebelum ni tak de org nak sewa dan menjual di kedai tu.. (bersangka baik..)hehe
Entri Terbaru fiezaradzi » Khalifah Pertama
sangka baik itu penting hehe
pergh takut tu.. jangan dikenangkan
Entri Terbaru zool » Isu Piya tidak dipilih mewakili pasukan kebangsaan
hahahaha…..apa kata kali kedua..sila lalu belah siang plak..tgk mcm mana…huhu..br tau kesahihannya
Entri Terbaru farahaznil » Rebate RM200 Telefon Pintar 2013
sebelum shoot gambar malam ni dah lalu dah waktu siang sekitar pukul 6:30 petang. dah pasang lampu perhiasan dah masa tu tapi orang tak ramai lagi.
erk.sy pertama kli degar.mesti best klu goole byk cerita akn dpt.kta org hya org yg mengalami tahu kan…
Entri Terbaru suri » Janganlah Berkecil Hati..
banyak jugak blog yang cerita pasal ni. cerita ni dah lama sebenarnya, beberapa tahun lepas tapi up balik sekitar awal tahun lepas.
Suspen betullah. Ambe tak pernah singgah sini. Lama dah tak lalu route ni….
erm…harap2 cakap2 tu semua hanyalah rekaan semata…kalau tak, habislah org nak meniaga
Entri Terbaru hafizmd » Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang?
kadang2 orang nak sabotaj. biasanya niaga kedai makan nilah paling banyak yang dengki. harapnya bukan ini masalah utama kedai ni dulu.
sokong dg kata2 bro hafiz tuh hum..tpi sush nak eprcaya klu org buat cerita atau sbliknya hanya kita serah pada Tuhan utk yg selebihnya
Entri Terbaru suri » Janganlah Berkecil Hati..
itulah. tak boleh sekadar dengar cakap orang je. tapi, takkan nak biarkan terkena kat diri sendiri pulak hehe. mintak jauhlah
hmmm.entri yg menarik ni.misteri jgk ni..nasib baik bro tak singgah kan..mana tau kan..kalau nak tau cerita sebenar pasal restoran tu..cuba tanya penduduk2 setempat di situ..mungkin mereka tau kebenarannya
tak pasti pulak ada petempatan atau tak kat situ sebab kedai ni sebelah jalan utama dari Gambang-Kuantan. tapi menurut orang Kuantan sendiri diorang tak pernah dengar pulak cerita pasal ni…
mungkin yang bro nampak tu, restoren tu dah bertukar tangan ke pengusaha lain
Entri Terbaru segalabenda » Umur segalabenda.com
rasanya macam tulah agaknya. dah ada pemilik baru sekarang ni.
haah mungkin owner dah baru org tak tau lagi kan..
Entri Terbaru hairulafiz » Baju M7 dah sampai
mungkinlah kot. nampak macam baru sangat je. bersih + ceria je tempat tu. cat kedai pun nampak baru lagi.
Nama restoran Adik Manja. Tapi boleh berhantu. Klakar seram la pulak huhuhu
Entri Terbaru hafidz » Liverpool FC Magazine – Steven Gerrard
haha. kalau fikir balik tak ke seram nama Adik Manja tu
tengok pun suram jek…
Entri Terbaru hairulafiz » Baju M7 dah sampai
dalam dunia ni tidak di nafikan “hantu” memang wujud di sekeliling kita. Hanya kuatkan iman, hantu tersebut takkan berani mendekati kita. Lepas ni pasti ramai yang tahu nama restoran adik manja lepas bro menulis review ni hehe
Entri Terbaru donnyien » Aaron Aziz Meriahkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
hantu ada di mana-mana. manusia itu sendiri pun ‘hantu’ sebenarnya hehe.
Yeah,…. Duduk kuantan x penah tau pasal nie – > yeah nak pegi jap lagi..
Entri Terbaru Izzuddin Fauzi » Awek Impian
pelik jugak. kenapa orang jauh2 je yang tau cerita ni ek? ntah2 saja diada-adakan huhu. komen kat sini lepas dah pegi nanti
seram la pulak dgr cerita2 mcm nie..huhu
Entri Terbaru BUATBEST ? » Isu Najib Razak Bercinta Dengan Rozita Che Wan ?
seram lagi yang mengalaminya huhu
perghh seram kalau tak pernah tau cerita singgah situ makan lpas besoknya dpat tau kedai tu tak berpenghuni…huhuhu.
Entri Terbaru Sharafie » Koleksi Cerita Seram : Tanah Perkuburan Di Tengah Lebuhraya
haha. agak2 apa yg dimakan tu ek?
kompom la lobster masak 3 rasa, asam pedas claypot, nasi ayam hailam..kekeke..
Entri Terbaru Sharafie » Koleksi Cerita Seram : Hantu Bertenggek Atas Nenek
kecur mulut weh. kebetulan tengah lapor sekarang ni huhu
Dah lama tak tengok restoran ni,dulu selalu juga lalu situ,memang dah tutup lama dah.Tak tahu pulak dah ada orang meniaga semula.
Entri Terbaru azman » Catatan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
baru dapat owner baru kot. tak pasti sejak bila lagi mula berniaga
tiga keping gambar atas tu tarikhnya bila, bro?
memang nampak sangat tak berpenghuni
Entri Terbaru TehR » Pantun Gelisah
tak pasti pula bila. tak silap pertengahan tahun lepas kot.
entahlah. gua kalau drive..jarang sangat pandang kiri kanan jalan..hoho..
Entri Terbaru titan » #SBB2013 – Gua kena tangkap.
kawasan kampung aku tu….smmg laluan aku..hehehe tapi takde plak aku dgr cerita mcm bro cerita hehehe…:)
Entri Terbaru WRizuan » Cendol Sedap Shah Alam Cendol Pak Akop
mungkin orang jauh2 je yang buat cerita hehe
itu la kot ..serius sepanjang hidup inilah 1st saya dgr berita aka cerita mcm bro tulis
Entri Terbaru WRizuan » Wordless Wednesday : Rezeki Blogging
Mana satu yang betul agaknya.
Entri Terbaru akubiomed » Corat coret Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
entahlah bro. cerita mulut ke mulut ni susah nak percaya sebenarnya