Aug 29, 2009

Bohsia – Boring

  • Share
  • Share

bohsia Bohsia   Boring

Sempat jugaklah tengok filem Bohsia arahan Syamsul Yusof ni. Sebelum ni memang tak terlintas langsung nak tengok sejak kecewa dengan filem Evolusi KL Drift dulu. Rasa² dah boleh agak dah macam mana cerita Bohsia ni berjalan. Tapi alang² dah keluar kat Mysahabat, layanlah kejap.

Tak sangka, kebosanan cerita ni bermula pada awal² cerita lagi. Mungkin Syamsul nak tunjuk perangai mat rempit dalam babak mat² rempit bawak motor melulu kat simpang tanpa hiraukan pengguna jalan raya yang lain. Lepas tu aksi² willie mat rempit kat Dataran Merdeka. Entahlah, rasa kurang kreatif. Mungkin Syamsul nak tunjuk situasi sebenar mat² rempit ni pada malam minggu, bagai yang dikata dia telah buat ‘tugasan’ di Dataran Merdeka sebelum mengarah. Itu boleh diterima, cuma rasanya masih boleh diolah dengan intro yang lebih menarik. Dia selalu pengarah, sepatutnya dia lebih tahu.

Menyampah jugak dengan mulut si Tasha lakonan Nabila Huda, tak habis² dengan ‘do’ dia. Setahu akulah, perkataan ‘do’ ni style orang JB yang diungkap mengikut konteks ayat tertentu, bak kata housemate aku dululah, orang Larkin. Tapi Tasha ni sebut ‘do’ tak kira masa. Macam tak kena pulak. Korang yang dah tengok rasa macam mana?

Aku tak nak ulas lakonan Syamsul. Kita semua tau dah macam mana. Masih seperti dulu.

Skrip…tak menarik. Seolah² macam takde idea. Hanya ungkapan² kurang ajar yang diucap. Berbeza dengan filem Remp-it, skripnya lebih spontan. Tak semua mat rempit bercakap kotor dan kurang ajar. Tapi dalam filem Bohsia, seolah² semua mat rempit sama; cakap kotor, kurang ajar, biadap, tak sabar, suka gaduh. Aku ada kawan yang mat rempit, tapi sikap dia taklah macam tu. Bukan nak backup mat rempit. Cuma, filem Bohsia ni belum cukup realitinya.

Tak tengok sampai habis pun Bohsia ni. Bosan dengan skrip. Syamsul perlu kreatifkan lagi pengolahan skrip supaya nampak lebih matang dan menarik minat untuk mendengar. Terlalu banyak cakap kosong tak best jugak.

Aku nampak Syamsul cuba nak jenamakan dirinya sebagai pengarah filem berunsur aksi perlumbaan. Itu bagus, sekurang-kurangnya setiap pengarah ada genrenya tersendiri. Aku harap Syamsul lebih kreatif lepas ni.

Bohsia: 1/5

pixel Bohsia   Boring

14 Comments

  • Aku setuju ngan pengkritik.ini smua kata2 jealous je dari blogger ni..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    maaflah, tak ada sebab musabab langsung nak jeles dgn syamsul. kenal pun tak. 360 darjah terbalik tanggapan saudara tu. apalah salah kalau nak mengkritik, supaya syamsul tau apa tanggapan penonton. tengok skang, setiap movie dia makin lama makin elok hasil drp kritikan n komen penonton. jgnlah pandang negatif je saudara, ye :)

    [Reply]

  • der,gua rase kalau filem samsul ni tak bagus n geng ko tak suka sejak dari kl drift1,asal bohsia meletop?asal kldrift2 meletop?lu nak ckp penonton bodohke?agak2 sket..Si mamat smsol ni ada blakon astro aku tgk company org lain n kat paper gua baca dia tolak filem org coz nak focus produk sendiri walau ramai yg offer..pasal kutipan pulak aku tak tahu la sangat tapi yg aku tahu meletop lah.kebodohan ko terbukti bila ko suruh aku tgk blog review,blog ni bukan kepastian der,ramai dengki mcm lu,yg penting mejoriti yg bayar tiket kat wayang tuha..alamak der..letih gua melayan lu..cakap ape pon tak jalan..apepun gua respect samsul tu budak muda yg ada skill dan wawasan,dulu pun aku takbrapa suka dia tapi lama2 aku kena akui coz dia dah buktikan berlakon,pengarah,skrip,penyunting filem pun.samsul lu dgr sini lagi skali,LU BUAT STYLE LU,BIAR DORANG BERBULU SEBAB FILEM DORANG TAK MELETOP BERJUTA MCM CRITE LU!hehe..

    [Reply]

    Amirez Reply:

    emo nampak bro..ilek2 la..biarlah matang sket. mentang2 bulan puasa dah lepas, jgn cakap pun nak terikut hasutan syaitan yg mmg suka tgk umat Muhammad bergaduh. takde niat pun nak sakitkan hati sape2. kalau ko suka dia punya style, takde masalah. baguslah. sekurang-kurangnya dia ada supporter. lagi sekali aku jelaskan aku tak pernah ckp aku tak suka pun kat syamsul. yg aku ulas adalah filem2 arahan dia. dlm industri perfileman ni better ada pengkritik drp takde langsung. sekurang-kurangnya pengarah tau mana part yg perlu dia perbaiki. syamsul kira bagus jugaklah sbb bukan pengarah yg ikut kepala sendiri bila dgr kritikan2 utk filem kl drift 1. sbb tu dia dpt buat kl drift 2 yg lebih baik dr segi aksi, cuma aku sebagai penonton filem2 tempatan rasanya syamsul perlu byk belajar utk jadikan jalan cerita lebih menarik.

    kita compare dgn tokyo drift. part yg menarik dlm tokyo drift waktu hero berlatih drift. dari tak tau apa itu drift sampailah dia dpt jadi drift king.

    filem initial-d the movie pulak, drp seorang penghantar taufu kpd seorang pelumba drift turun bukit. part2 mcm tu yg buatkan cerita lebih menarik. tapi dlm kl drift sama ada 1 atau 2 yg aku nampak cuma nak tunjuk diri sbg hero. itu pandangan aku la. kalau bro mungkin lain sbb bro kan minat syamsul eheh.

    takde faedahnya nak gaduh pasal syamsul ni, tak ke mana pun kita walaupun aku tau ko ada relationship yg baik dgn syamsul. siap ada group nyanyi lagi, baguslah. lagu korang pun bleh tahan. tp yg penting pengarah2 tempatan belajar dan terus belajar utk tingkatkan mutu filem diorg. bukan sekadar utk buat duit, tapi utk kepuasan n mesej kpd penonton. yg penting..be creative.

    ok der..

    [Reply]

  • diakui kutipan filem bohsia memang tinggi tapi yg jadi ukuran sebenarnya adalah ulasan penonton lps menonton. bacalah kat mana2 blog yg buat review. x perlu sy ulas kat sini.

    nak dikira bohsia dpt 3 bintang compare dgn papadom 3.5. kl drift 2 pulak dpt 2.5 bintang.

    bleh rujuk kat sini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Evolusi_KL_Drift_2

    [Reply]

  • siapa yg dengki sebenarnya ye? takde pulak sy ckp sy dengki dgn syamsul. cuma cuba menilai cara dia berlakon agak kaku. lagipun syamsul cuma berlakon filem dia dgn ayah dia je sebagai watak utama. mana ada dia berlakon cerita lain, kenapa ye eheh.

    filem kabir or afdlin syok sendiri? siapa sebenarnya syok sendiri? haha

    oh ye. filem bohsia mana pernah cecah 5 juta bro. 4.2 juta je sedare. melampau2 pulak pujinya hehe.

    oh ye, filem remp-it farid kamil lagi bagus dlm bab aksi-aksi ni. apa yg sy nilaikan adalah dari segi jalan cerita, bukan aksi letup2. kalau nak dikira, filem kl drift 2 yg ok setakat ni dari segi aksi tapi jalan cerita still agak klise. syamsul sendiri ngaku kl drift 1 kurang menjadi masa dia ckp nak buat kl drift 2. so nak cakap apa lagi ye sedare hehe.

    bukan nak cari gaduh sedare. tapi cubalah bersikap realistik sket n berfikiran matang. jangankan kerana suka motor jadi filem yg ada unsur2 motor ni semua suka walaupun kualiti filemnya tak seberapa

    [Reply]

  • org dengki susah nak ngaku bro..hehe..rata2?maybe kelompok geng ko yang tak suka,budak2 gua smua enjoy tgk ini cerita bro..si samsol tu buat filem yg kitorang suka,BUKAN SYOK SENDIRI MACAM AFDLIN OR KABIR..ko nak suruh samsol belajar dari dorang?filem dorang laku ke?takyah belajar dari sapa2 ye samsol,lu buat style lu,biar dorang berbulu sebab filem dorang tak meletop berjuta mcm crite lu!

    [Reply]

  • salam encik pengkritik.
    takde istilah dengki dalam hal ni.
    sy sekadar melontarkan pendapat yg sy rasa boleh syamsul perbaiki supaya cerita2nya lebih berkualiti dan tak linear. sy tak bercakap atas pandangan diri sendiri, tapi ambil kira pandangan orang lain juga yg rata2 bagi komen yg sama.

    syamsul bolehlah dikatakan pengarah muda paling gempak sekarang sbb cuma dia saja pengarah muda yg ada. no wonder filem2 dia tipikal. harap syamsul dpt belajar drp pengarah2 berbakat utk mantapkan lagi mutu filemnya. belajarlah drp afdlin shauki ataupun khabir bahtia.

    salam lebaran encik pengkritik

    [Reply]

  • HAHA..HALO AMIREZ..DENGKI BETOL KO DGN SYAMSUL EH?BOSAN?KITORANG TENGOK OKAY JE..KO MEMANG TYPICAL MELAYU BRO,TAK BOLEH TGK ORG BERJAYA..LAKONAN DIA CUN GUA TENGOK..KALAU HATI DAH DENGKI N BUSUK MEMANG MACAM LU LA..FILEM NI 5 JUTA GUA DENGAR..TAHNIAH KAT SAMSOL..WOI AMIREZ,KO DENGKI2 PUN FILEM DIA MELETOP BEB..BUDAK KAMPUNG PASIR KENAL SI SAMSOL NI LA.SAMSOL PENGARAH MUDA PALING GEMPAK KAT MALAYSIA.

    [Reply]

  • 1/5 ??
    0.5/5 pun kitorang leh terima tuk cite ni..hehehehe.. yela.. dowang sibuk ckp nak sampaikan msg dalam cite2 cmni… tapi sebenarnya xde msg pun.. business business business.. cite Remp-it dulu tu pun dah bawak impak yg cukup besar kat msia dulu lepas je tayangan dia abis… menjadi musim mat rempit pulak…
    so…xde kurang ngan cite cmni.. sakit pale ‘do’ .. im JB also.. hehehe

    thanks for the review bro.. so xpyhlah aku tgk.. kekeke
    .-= asbesstos´s last blog ..Asbesstos Kini Ada PhotoBlog Sendiri…! =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    o.5? kejamnya haha.
    betul jugak tu..nampak mcm sekadar nak business je.
    mesej entah ke mana.
    paling tak suka bila cara yang sama diulang tayang
    seperti drama² sebelum ni. mana nak maju?

    haha..itu baru betul penggunaan ‘do’ :)

    [Reply]

  • Bukan dunia dia, memang dia tak tau. Semua orang judge dari luar, REALITINYA, hanya orang yang terbabit je tau kan…? Huhu

    P/s: Belum tengok, tak minat ah. =P
    .-= Saffa´s last blog ..10 Teknik Fotografi Yang Telah Saffa Pelajari =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    itu yang membezakan dia dengan farid kamil

    [Reply]

  • Bohsia – Boring | Amirez…

    Tak sangka, kebosanan cerita ni bermula pada awal² cerita lagi. Mungkin Syamsul nak tunjuk perangai mat rempit dalam babak mat² rempit bawak motor melulu kat simpang tanpa hiraukan pengguna jalan raya yang lain. Lepas tu aksi² willie mat rempit kat Dat…

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks