Geng: Pengembaraan Bermula – Puas Hati

Dah tengok filem animasi made in Malaysia; Geng: Pengembaraan Bermula? Kalau belum tengok, aku nasihatkan jangan tengok filem tu. Jangan sesekali tonton Geng kat panggung kalau kau cuma keseorangan eheh. Bawa kawan² tengok sekali, baru layan. Gelak sakan sama² barulah best. Sebab filem animasi ni best, jadi gelak pun bestlah haha.

Berhari² nak tempah tiket kat GSC 1 Utama sejak hari pertama tayangan lagi tapi full setiap waktu. Kat panggung lain pun sama. Esoknya cuba lagi nak reserve online, tapi penuh jugak. Akhirnya dapat jugak reserve pada hari Isnin, 9:50 malam. Asalnya 6 orang nak pergi tengok, last² tinggal 2 orang je. Aku ajak Faizal, dia on je kalau tengok wayang. 3 orang pun jadilah.

Punyalah besar 1 Utama sampai aku tersesat haha. Sepatutnya GSC kat new wing, tapi aku pergi kat old wing. Penat jugak menapak ke new wing lepas call Faizal. Nasib baik Faizal sampai dulu, aku suruh dia yang ambik tiket. Nak harapkan aku mesti tak sempat, masa tu dah pukul 8:05 malam.

Masuk panggung aku terkejut. Punyalah……..sikit orang yang datang tengok. Mungkin sebab weekday kot. Dah tu malam pulak, time orang bekerja masuk tidur…kecuali aku eheh.

18 minit iklan sebelum start Geng. Nasib baik movie² akan datang semua best. Kalau ada iklan movie cinta, sudah tentu aku tidur kat kerusi-sakit-belakang tu sebelum Geng mula.

Ok. Baru nak masuk tajuk haha. Sikit pendapat aku tentang Geng: Pengembaraan Bermula.

Intro

Intro yang berjaya memukau penonton. Awal² lagi dah kasi gempak dengan sistem bunyi. Macam tau² je akan ada orang yang mengantuk semasa iklan² movie sebelum tayangan Geng bermula. 4 bintang!

Plot Cerita

Ceritanya mengisahkan satu kejadian misteri yang berlaku di Kampong Durian Runtuh, di mana buah² durian yang gugur ke bumi dimakan oleh sesuatu yang tidak dapat dikenal pasti ianya manusia atau haiwan. Kulit² durian dikopek dengan elok sekali seperti menggunakan pisau, tapi Tok Dalang menjumpai kesan tapak kaki bukan kepunyaan manusia. Biasalah, orang tua suka kaitkannya dengan hantu…’hantu durian’ dia panggil. Ditambah dengan kejadian hantu yang berlaku di sebuah rumah usang di atas bukit. Nak tau alkisah sebenar kenalah tengok eheh.

Watak

Aku rasa watak Upin dan Ipin bukanlah utama dalam filem ni. Pelakon utamanya pada pandangan aku adalah Lim, Badrul dan Rajoo. Juga Oopet, iaitu sejenis haiwan yang boleh memahami bahasa manusia. Upin dan Ipin agak tenggelam, tapi telatah dan celoteh diorang berjaya mencuit hati penonton. Kalau takde Upin dan Ipin suram rasanya filem Geng tu nanti. Diorang dua beradik tu berjaya meriahkan suasana. Tapi aku suka watak Rajoo hoho. “Sapyyyy..Go!”

Watak Kak Ros pulak macam seksi je aku tengok. Wow!

Grafik

Aku taklah pandai nak hurai tentang grafik. Ini adalah pandangan daripada seorang yang kurang arif tentang grafik.

Kalau nak dibandingkan Geng dengan Shrek dan Toy’s Story, Geng berdiri sebaris dengan dua filem animasi Hollywood tu. Tapi kalau dengan Monster Inc, rasanya Monster Inc menang setingkat kot, terutamanya pada detail bulu makhluk besar tu, lupa dah nama dia eheh.

Dari segi pergerakan pulak aku rasa tiada karakteristik bagi setiap watak. Gaya macam sama je terutamanya gaya tangan. Tiada satu pun watak yang ada keistimewaan tersendiri, gaya unik yang tiada pada watak² lain. Contohnya, Rajoo ada tabiat suka garu kepala. Lim pulak ada tabiat suka gesek² hidung dengan jari. Rasanya kalaulah ada gaya unik tersendiri satu² watak, filem tu nampak lebih hidup lagi. Pandangan aku ler :) Grafik 4 bintang!

Dialog

Dialog best. Cuma masih terikut cara dialog drama Melayu. Maksud aku, ada dialog yang keskripan (faham² ajelah haha), kaku sikit kalau dengar ulang² tapi cuma minor je. Orait dah.

Cuma…lagu semasa orang kampung nyanyi ramai² mengiringi Geng ke dusun durian, bagi aku langsung tak sedap. Liriknya tak beritma. Satu kerugian di situ. Kalau lagunya sedap, ditambah dengan perisa lirik yang enak didengar, aku yakin lagu tu akan jadi ikutan peminat Upin & Ipin. Ramli Sarip ke buat lagu tu? Hmm…

Oopet

Seekor haiwan dari alam lain yang tersesat ke alam manusia. Bagaimana dan kenapa dia sesat, kena tengok sendiri haha. Tak bestlah kalau dah cerita. Upin dan Ipin suka Oopet ni. Comel kata diorang.

Tapi…comel ke? Aku rasa ada something wrong somewhere dengan design watak Oopet ni. Rasanya bahagian kaki dengan mulut. Bahasa Oopet pulak tak comel didengar. “Pasi…pasi…” Macam pernah aku dengar je bahasa tu. Oowh… bahasa-tak-paham yang aku guna masa main zaman budak² dulu haha. Rasanya Les Copaque boleh study bahasa asing dalam filem animasi Wall-E sebagai panduan. 2 bintang je.

Efek Bunyi

Banyak kali jugak aku masuk panggung GSC tapi ini kali pertama aku betul² kagum dan rasa nak melompat² sebab rasa best dengan efek bunyi filem Geng. Boleh bergegar dada dalam babak suspen yang diorang kena kejar dengan ular gergasi yang agresif lagi ganas.

Cerita pasal ular ganas tu, salute beb!!! Tak kalah dengan animasi hollywood. Tiada pergerakan robot² yang dapat mata aku tangkap sepanjang babak suspen tu. Kesan takut tu terasa. Budak² 4 tahun kalau tengok ni mesti menangis tutup mata eheh. Superb ah!! 5 bintang!!

Ending

Jalan penamat yang menarik walaupun dapat dibaca semasa suku akhir perlawanan cerita. Keluar panggung dengan rasa puas hoho. Oh ye. Jangan terus keluar panggung lepas habis tayangan. Ada bonus special untuk penonton. Tunggu sampai orang dah buka lampu baru keluar haha.

Kesimpulan

Memang patut ditonton, lebih² lagi di panggung wayang. Sebabnya mungkin efek bunyi tu kurang terasa kalau tengok kat TV ataupun komputer. Speaker Sonic Gear Enzo 7000 pun belum tentu dapat beri kesan sama macam kat panggung haha (mungkinlah). Tak rugi luangkan masa untuk layan animasi buatan tempatan ni. Sebelum ni kita selalu dengar orang kutuk² animasi tempatan yang keras macam robot, kali ni Les Copaque dah pecahkan kebekuan animasi Malaysia. Syabash! Syabash! Majulah animasi tempatan untuk Negara. Geng: 4 bintang setengah!!

ps: download wallpaper, ringtone, video klip, screensaver dan avatar Upin & Ipin di sini.

«
»

This Post Has 23 Comments

  1. chokilala says:

    masih belum berkesempatan nak tengok. sangat sedih. mungkin minggu ni baru tengok. hehehe

  2. brad says:

    huhuhu… dah tengok, memang best! dan… inilah baru betul2 MALAYSIA! mmg upin ipin bukan watak utama dan… ternanti2 betul betul betul… agaknya betul betul betul untuk siri tv jer ekk…

    brads last blog post..Tag: Ann

  3. ain alyaa says:

    hurm…
    sgt menarik
    tp…untuk tgk di panggung
    jwbnye sah2 la xleh (not in mesia rite nw) :(
    anyway..any suggestion?

  4. Qider says:

    aku dah seminggu try nak publish entry pasal filem ni..tapi takde kesempatan lagik..cume aku sket hangin,sbb tak dapat nak berbaris utk beli tiket tgk lagi skali lepas kuar panggung hari tu..dia punya panjang barisan org beratur, Ya Rabbi, mcm kat dalam tu citer Transformers je…

    Qiders last blog post..Saya perempuan biasa

  5. pu3 says:

    tgk berkali2 pun x rugi. mmg berbaloi.
    sokonglah produk buatan Malaysia. heheh.. :)

  6. amoi says:

    best ek…mmg plan nak tgk…maybe weekend ni kot…

    amois last blog post..Kalau Knizam Dengan Bendinya, Aku Pulak Dengan Taugeh!

  7. akmal says:

    wah best nye dah tgk geng…kalau tgk ramai2 mesti lagi best…

    apa2 pun terima kasih atas sokongan & kritikan. seronok sgt bile penonton terhibur tgk geng ^_^

    kalau free jemput lah datang ke road show kami (location & time ade die blog geng –> gengmovie.blogspot.com

    –Akmal (Les’ Copaque Production)

  8. empat setengah??? wah! terima kasih untuk bintang-bintang itu. dan terima kasih jugak untuk review anda yang cukup detail. insyaAllah in the future, mana2 kekurangan akan kami perbaiki.

    thanks again for the support. kami berbangga sgt sgt.

    Let’s spread the GENG love

    -AddamBlack dari LCP-

    AddamBlack.LCPs last blog post..entry the eighty third: Go Blog!

    • Amirez says:

      a’a ek. baru perasan.
      “betul3x” takde dlm movie.
      ke ada ek?
      kalau tak silap, yg movie ni dibuat
      sblm yg siri lagi.
      pernah tgk trailer part badrul lumba dgn lim thn lepas.

  9. humbleandmodest says:

    ko da boleh jadi pengkritik filem animasi tempatan..
    haha!

    humbleandmodests last blog post..mereka mahu berbicara

  10. nurulanis says:

    ishhhhh buat lg xsabar nk tgk neh!!!!

    hmm abg nk g tgk lg x??? hhehe :P

    nurulaniss last blog post..~ Berpindah Rumah ~

  11. Amirez says:

    hehe. ada masa nak juga tgk sekali lg :)

  12. Amirez says:

    owh ye ke. orait juga tu hehe

  13. Amirez says:

    kualiti bagus mesti support punya :)
    sy berbangga ada krew LCP bg komen kat sini

  14. Amirez says:

    memang best. rasa nak tgk lg :)
    teringin juga nak ke road show geng.
    insyaAllah kalau berkesempatan.
    kena inform kwn2 neh

  15. ha…betulla kata2 akmal tuh. pergi pergi pergi

    AddamBlack.LCPs last blog post..entry the eighty third: Go Blog!

  16. Amirez says:

    insyaAllah insyaAllah insyaAllah :P

  17. Amirez says:

    tak rugi menonton :) bawa kwn2 sekali, 2 kali pun bleh, baru best eheh

  18. Amirez says:

    betul betul betul eheh

  19. Amirez says:

    oo ye ke. bila tu?
    hg tgk ah kul 12 mlm..mesti takyah beratur lama :P

  20. Qider says:

    aku p tgk hari ke 4 tayangan..memang le ramai..kui3..

    Qiders last blog post..Saya perempuan biasa

Leave A Reply





CommentLuv badge