Al-kisahnya aku sekarang ni sangat sangat ketiadaan mood untuk update blog. Entahlah sindrom apa yang melanda aku sekarang ni sampaikan draft entry dah bertimbun-timbun buat tapi publishnya tak. Mungkinkah sebab dah lama tak dapat Buffered Earning? Eh, eh…niat blogging untuk sharing, bukan earning…la la la.

Dua hari lepas aku baru berkesempatan nak tonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kebanyakannya orang kata best. Bila dah ramai sangat orang kata best mestilah aku pun teruja nak join kebestan cerita ni. Jadi aku pilih tayangan midnight, tengok sorang-sorang tak berteman, barulah feel tu lebih hehe. Walaupun dah ketinggalan keretapi nak buat review, tak salah rasanya sekadar nak berkongsi pendapat sepanjang satu jam setengah lebih kurang aku melayan cerita ni dalam gelap. Sinopsis boleh baca kat sini, aku malas nak buat sinopsis versi sendiri hehe.
Pertama sekali nak sentuh bab keangkeran filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni since ianya dikategorikan sebagai sebuah filem cereka bergenre komedi, seram dan misteri. Filem ni bagi aku agak seram tapi tak sampai meremang bulu roma, apatah lagi bulu hidung. Yang takde bulu tu lagilah tak terasa keseramannya sebab dah terang lagi nyata filem ni ada unsur-unsur komedi sebagaimana filem prekuelnya dulu, Zombi Kampung Pisang. Jadi sebelum masuk panggung tu dah set dalam kepala yang kita menonton nak bergelak tawa, bukan untuk meremangkan bulu-bulu yang ada hehe.
Tapi ada part-part yang seram jugak seperti babak awal filem ni di mana Husin iaitu Awie, yang dah lama bekerja kat Singapura pulang ke kampung untuk meminang kembali bekas tunangnya, Che Nin lakonan Ummi Nazeera. Sekembalinya Husin ke rumah tinggalnya, dia nampak Kak Limah berdiri tegak memandang ke luar tingkap dengan wajah yang pucat dan rambut mengerbang ala-ala rambut afro dalam suasana malam yang sunyi. Itu salah satu part yang aku rasa agak seram. Part lain, korang kena tengok sendiri bagi yang belum tengok eheh.
Aku perasan beberapa dialog sarkastik atau sindiran dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni. Antara yang aku masih ingat ialah dialog tentang pilihan raya kampung. Katanya biarlah yang muda mengambil alih tampuk kepimpinan, bukan terus membiarkan yang dah tua untuk memimpin. Rasanya ada kaitan dengan politik negara kita. Tapi tak tahulah penulis skrip buat dialog tu bermaksud tertentu atau tidak.
Ada juga dialog-dialog lain yang bunyinya menyindir beberapa pihak secara halus tapi tak berapa jelas sangat bila dah diselitkan dengan unsur-unsur komedi bersahaja filem ni. Apa-apa pun ianya tetap tidak mencacatkan perjalanan cerita. Best!
Sound effect filem ni ala kadar saja. Maksud aku, sound effect digunakan pada tempat-tempat yang perlu saja, bukan macam filem-filem bergenre sama yang lain, kalau boleh semua part nak ada bunyi effect kononnya nak tambah lagi seramnya. Bagi aku cukuplah sekadar beberapa part. Asyik bunyi lagu seram je tak best juga, kan? Sekali sekala nak juga rasa macam berpijak di bumi nyata. Contoh filem Ju-On, berapa kali kalau korang ingat cerita tu keluarkan music background yang seram? Rasanya hampir tak ada. Eh, ni cerita pasal sound effect ke music background haha.
Menariknya dalam Hantu Kak Limah Balik rumah ni ada watak hantu jemputan dari Thailand, tapi bukan pelakon original dari sana, cuma wataknya saja dilakonkan semula. Korang pernah tengok cerita seram popular Thailand bertajuk Nang Nak? Dalam filem ni hantu Nang Nak tu ada keluar kejap masa bomoh yang cakap Kelantan tu (Kamarul Hj. Yusof) tersilap panggil hantu haha. Oh ye, boleh Google pasal Nang Nak, untung-untung jumpa link download filem berasaskan kisah benar tu. Memang seram.
Dalam filem ni ada tiga ending yang mungkin kita tak terfikir pada awal hingga pertengahan cerita. Unexpected jugalah. Nak tau apa dia, kenalah tonton sendiri eheh. Hari ni aku jahat sikit haha.
Secara keseluruhan, tak rugi pun kalau keluarkan sejumlah wang untuk bayar tiket wayang filem ni. Berbaloi. Kalau nak dibandingkan dengan filem Damping Malam, jauh lebih baik korang layan Hantu Kak Limah Balik Rumah ni. Aku tengok cerita Damping Malam rasa macam tertipu, sangat sangat membuang masa. Sebenarnya sebelum tengok aku dah agak yang cerita tu tak best bila dapat tahu pengarahnya adalah Ahmad Idham. Tapi cuba juga untuk memberi sokongan kepada filem tempatan tapi sangat tidak berbaloi untuk ditonton. Entah kenapa filem-filem arahan Ahmad Idham makin lama makin kureng pula aku rasa. Teringat satu lagi sindiran dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni…
Pak Jabit: Apa punya cerita, macam dah takde modal industri filem Malaysia. Siapa pengarahnya tu?
Pak Abu: Yelah, ini mesti Hassan Mutalib ler ni.
Lelaki Gemuk: Kita jangan salahkan pengarahnya aje, salahkanlah penulis skrip.
Pak Abu: Siapa penulis skripnya tu?
Lelaki Gemuk: Hassan Mutalib.
Haha. Kesimpulannya lagi, cerita ni insyaAllah takkan mengecewakan korang dengan lawak-lawak bersahaja diorang, lagi-lagi dengan kemunculan watak baru, Abi Hurairah lakonan Johan Raja Lawak, memang tak menghampakan. Rasanya kisah Kampung Pisang ni akan ada sambungannya nanti bila watak Ayu dalam babak terakhir filem ni bagitau yang dia akan terus menunggu Husin.
aku enjoy tengok movie nih
Entri Terbaru papabear » Pasha starts Taekwondo
eheh. aku baru je habis tengok buat kali kedua
tak tengok lagi walaupun dah download..hehe..anyway, nice review bro..lepas baca review ko nie, aku rasa macam rajin lak nak godek folder movie aku nie nak tengok hantu kak limah nie..haha
Entri Terbaru arrizz » Merajuk dengan blog
haha..tengok jangan tak tengok. nanti bagi komen kat sini k
Gelak golek2 beb tengok cite ni, berbaloi..hu3
Entri Terbaru decrewz » Buffered Earning Yang ke-4
ada masa nak tengok lagi ni hehe
Kalau layan cd x best, layan panggung baru best..he3
Entri Terbaru decrewz » Buffered Earning Yang ke-4
apa nak buat..kat sini takde panggung huhu
Owh, ye ke.. Area mna?
kota bharu. kelantan dah lama takde panggung sebab nak elak orang buat ‘wayang’ huhu
Aku rasa mcm nak pecah perut tgok crite ni. Bayangkanlah pelakon badan sasa dlm cerita klakar.. perghhh
Entri Terbaru fikryn » Khas- Tawaran Premium Theme Percuma
a’a. memang kelakar jadinya bila awie bawa watak camni. sama gak macam The Rock dalam cite Game Plan
cer cite cer cite
english education
haha
haha…tak habis2 ngan english education si usop eheh
baru je lepas layan citer ni…boleh tahan gak lah…tp best lg zombi kampung pisang…hehe
Entri Terbaru Mohd Isa » Tips SEO Mengurangkan Peratusan Bounce Rate
zombi kampung pisang pun boleh tahan juga
Ceta dia memang tak lari dari sindiran halus..hehe
Entri Terbaru Zezebel » Love or Stupid
itu yg tersirat daripada cerita ni
haah kalau ikut yg sebenar HKLBR lagi tinggi kutipan dari Ngangkung sebab HKLBR tayang 37 pawagam je Ngangkung 70++
aku rasa orang nak tengok Shaheizy Sam je tapi aku nak tengok Usop (bekas penari kebudayaan)
Entri Terbaru Emmet » Askar Thailand Ker
a’a ek..
kalau nak compare mestilah dengan jumlah tayangan yang sama baru adil
aku pun rasa camtu. orang nak tengok shaheisy sam je rasanya. kalau pelakon lain yg ambik alih watak tu, rasanya sambutan tak segalak ni kot
part yg paling best mesti lah bomoh yang abi hurairah tuh panggil (sofie jikan)tertangkap kepala kak limah kalau kau perasaan.bunyi dulu baru die tampar hahaha
owh..bunyi dulu ke? tak perasan lak. nanti nak tengok balik hehe
aku dah tengok kat wayang hari tuh tapi beli jugak lagi sekali dekat astro first sebab tak puas tengok..
damping malam,ngangkung TAK BEST!!
berbaloi juga tu beli kat astro first.
ngangkung setakat boleh layan jelah, tapi tak terasa nak tengok kali kedua. tak semestinya kutipan filem tertinggi bermakna cerita tu best, betul tak?
Baru lepas menonton bersama anak-anak dan isteri. Memang kelakar habis.
Entri Terbaru akubiomed » Cerita Selebriti patung lilin Salman Khan
ada part yang berlari macam kartun tu mesti kanak2 suka agaknya hehe
aku tergolek2 gelak part berlari depan kamera tuh..adeh..ni pun dok tergelak sorang2 lagi bila ingat..
Entri Terbaru Qider » Contest The Sexiest Baby
haha..macam kartun naruto pun ada gak..tangan siap lurus naik ke atas hehe
Memang babak kegemaran anak terutama motor roda tiga buat wheelie
Entri Terbaru akubiomed » Cerita Selebriti patung lilin Salman Khan
haha. boleh dikatakan sesuai untuk tontonan keluarga
tau xpe bro..
ahmad idham skrng ni buat filem makin xbest..
lmee2 nnti msti kna tndang ngn david teo..
btw dlm filem tu pun ada perli indon gk..
haha
Entri Terbaru ARieF » CANTIK KERANA PEMBEDAHAN PLASTIK
part bomoh indonesia tu kan?
kelakar jugak part tu hehe.
terasa gak ada yang perli indon tapi tak faham maksudnya
mungkin nak gmbarkan yng indon ni kaki bomoh kot..
xpun mungkin nk perli indonesia..
kononnya indonesia kuat n mampu buat ape je..
byk sgt tafsiran..
haaha
Entri Terbaru ARieF » CANTIK KERANA PEMBEDAHAN PLASTIK
mungkin juga tu. macam2 boleh tafsir. harapnya tak timbul salah sangka orang dari seberang
cite mamat khalid memang. sarat ngan kata-kata menyindir…hehe tapi aku setuju gile kalau nak compare cite ni ngan damping malam. damping malam serius fail!
Entri Terbaru MuJE » Repost- Berakhirnya sebuah percutian
sindir2 dalam filem macam ni bagus gak.
nak sindir secara terus biasanya orang tak ambik endah.
damping malam..haih..serius tak best!
Lamanya tak layan citer melayu kat panggung. kalau tak silap last aritu citer pontianak harum sundal malam. huhu
Entri Terbaru cikgu den » Dari Forex Ke Blogger
uih..lama sangat tu. kita mesti sokong filem tempatan
sokong wajib dah.tp slalu kt tv je.hehe
kira sokong juga tu
tu lebih baik daripada tak tengok langsung hehe
aku lebih minat pada cerita2 aksi… namun cerita hantu kak limah balik rumah ni memang sempoi dan boleh layan… tapi aku tengah tunggu hikayat merong mahawangsa….
Entri Terbaru mancai » Comment on Apakah batu nautika by hazlan
hikayat merong mahawangsa pun dijangka boleh dapat box office. tapi harap2 cerita sebenar sehebat trailerlah hehe
Ruginyer ,aku tak tengok pasal kerja yang berlambak tak sipa lagi,tapi tengok review ne cam best jer ….
Entri Terbaru chot@trainingforce » What To Expect In CNA Training Classes
bagi aku memang best tapi orang lain tak tahulah macam mana. selera masing2
aku br tgk mlm tadi..hahahaha..lawak tu cite ni
eheh..macam kartun pun ada gak tapi still ok
anak aku tak jemu2 tengok cerita ni.Dari mula sampai habis tempoh subscribe astro first (2 hari) cerita ni diulang2.Part hantu kopek tu yg aku suka,haha
Entri Terbaru saiful » Mati Kerana Serang Polis
haha. part tu memang kelakar..tapi lucah sketlah
“sape setuju bako umah kak limah angkat tangan cam saye” <–yg ni plg x tahan!!! hahaha
adehh cik ana gelak smpai skit urat perut!! hahaha
newer post : |khalwat!!!|
older post : |loving-loving ke???|
Entri Terbaru anamizu » ♥berduaan di alam siber sama seperti khalwat♥
boleh tahan jugakla… bagi aku cerita nih.. cuma betul kata bro sound effect mungkin perlu improve lagi.. genre2 seramnya pun ada yang kadang2 serius (starting tuhla).. yang lain kelakar jugak).. giler kejam kak limah patahkan badan tok bomoh tuh.. prakkk..
Entri Terbaru zik » Keputusan terkini malaysia vs Hongkong 2011 Perlawanan persahabatan
hah..itulah. dah macam wrestling lak. sian tok bomoh tu
tak transfer lagi? eh? cmne bleh jdik gni? wuu
a’a lum transfer lagi sebab tadi nombor akaun invalid. maybank kan?
anak saya sampai ke sudah buat gelung2 tangan… teringat satu dialog jugak si cacat tu berlari sorong wheelchair dia.. katanya kalau berterusan macam tu, habis laa subsidi untuk dia [sebagai OKU] ~ lebih kurang macam tu laa maksudnya… pun rasanya perli gak tuuu
haha. bahaya tu..boleh jadi ikutan
a’a ek..yg pasal subsidi tu pun macam sarkastik gak.
awie pun ada cakap pasal subsidi
hehehehehe
ceciter ceciter
hahahahaha
suka watak Usop dalam nih
sangat menghiburkan
apa2pun okay la filem nih
layan
Jom Join Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda
Entri Terbaru Hans » Seronok Sangat Bila Tersalah Masuk Kelas
haha. kite bakor aje habis ceghite
kito bakor jer umoh kak limah tu
kito bakor
hahahaha
hahaha. tak habis2 dia nak bakor. lagi..apa skrip kelakar yg hans ingat? jom senaraikan kat sini hehe
hahahaaha
apa ekk?
entah
lupa lah
cuba bro citer
ceciter ceciter
hahahaha
Update Terbaru Senarai Penaja Untuk ‘Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda’
Entri Terbaru Hans » Seronok Sangat Bila Tersalah Masuk Kelas
haha. ceciter ler. ape nak malunye hehe
tak tgk lagi cite nih. bace review jadilah. huu T_T
amirez, sy da cek td. da msuk. terima kasih burger mekdi, laen kali bagi lagi. ^^
Entri Terbaru cik yatie » Kasihanilah daku -
eh.. ye ke? macam mana dah masuk sedangkan sy tak transfer lagi hehe
cu crite cu crite…
Entri Terbaru Shahrulsite » Mampu ke Gelombang Merah
haha
lagi satu..pontianak shuhaimi baba eheh
mcm best je.
lps ni blh la tgk,x pun download..
hehe
Entri Terbaru Haz » Naikkan Trafik Blog Anda Dengan Ping Site
sesuai untuk bersantai..memang best
Da tgk da cite ni…best jugak…suke part yg die kate “sape setuju bako umah kak limah angkat tangan cam saye:…siyes lawak gile masa tu..ahahahah~pas tu time nari poco2..haduh…mmg sengal..ok la not bad cite tu…
haha. part tu pun best. memang kelakor
Review Hantu Kak Limah Balik Rumah | Amirez {dot} com…
Dua hari lepas aku baru berkesempatan nak tonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kebanyakannya orang kata best. Bila dah ramai sangat orang kata best mestilah aku pun teruja nak join kebestan cerita ni. Jadi aku pilih tayangan midnight, tengok s…