RM1,000 Dengan ChurpChurp
Salam 23 Ramadhan semua. Kalau ikut kalendar Jumaat depan insyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bermula malam ni atau seawal tengah hari nanti dah ramai yang akan mula bertolak balik ke kampung masing-masing. Al-maklumlah, cuti sekolah dah bermula start esok. Aku pun insyaAllah tengah hari nanti akan bertolak balik ke kampung. Jadual kerja yang agak fleksibel senanglah nak set masa nak balik bila-bila hehe. Korang pulak bila balik kampung?
Ok. Sebelum balik kampung nanti aku nak cerita semula peluang senang untuk menang RM1,000 dengan ChurpChurp. Kira kalau menang ni boleh jadi duit raya tahun ni la eheh.
Sebelum ni aku dah bagitau cara-caranya tapi ada juga yang tanya balik mintak penjelasan. Ada juga yang tanya apa menatang ChurpChurp ni. Jadi ringkasnya ChurpChurp ni adalah satu program buat duit melalui Twitter. Kalau korang ada akaun Twitter apalah salahnya join ChurpChurp untuk dapat income sket, takdelah duk tweet kosong je kan sekadar cakap hari ni perut korang memulas setiap minit jadi tak boleh nak puasa hehe. Takde kena mengena pulak.
Cara nak jadi pemenang hadiah RM1,000 daripada ChurpChurp ni cukup senang. Berikut adalah cara-caranya bermula dengan buka akaun Twitter sampailah daftar ChurpChurp. Kalau dah ada akaun Twitter bolehlah skip terus ke bahagian ChurpChurp.
Buka Akaun Twitter
- Pergi ke laman Twitter dan daftar seperti biasa.
- Guna nama samaran atau nama betul sebagai username untuk akaun personal. Kalau korang ada bisnes, bagus juga letak nama bisnes sebagai username. Terpulang, mana-mana pun tak kisah.
- Bagitau kawan-kawan yang ada akaun Twitter untuk add atau follow korang. Minimum 25 orang follower untuk melayakkan diri menang hadiah utama bernilai RM1,000 ni.
- Ataupun korang follow orang lain dulu dengan menggunakan kotak carian. Katakan nak follow orang yang ada nama Mohd, taip ‘Mohd’ dalam kotak carian nanti akan keluar senarai pengguna Twitter bernama Mohd. Klik follow untuk add diorang. InsyaAllah diorang pun akan follow korang balik kalau diorang baik hati hehe.
- Ataupun kalau nak cepat dapat follower boleh guna Twitterkebabom. Sign up dan kemudian klik butang Tweet. Nak terangkan lebih-lebih tak berapa pandai tapi servis ni sangat berbaloi untuk dicuba. Pastikan korang dah buka akaun Twitter dulu baru boleh guna Twitterkebabom ni.
Daftar ChurpChurp
- Akaun Twitter dah ada, jadi sekarang ni daftar kat ChurpChurp pulak. Klik di sini untuk mendaftar.
- Authorize dulu dengan Facebook atau Twitter, ada kat bahagian atas kanan dashboard.
- Lepas tu nanti korang akan dapat referral link akaun ChurpChurp korang. Gunakan link tersebut untuk invite kawan-kawan daftar dengan ChurpChurp.
- Pengguna ChurpChurp (Churper) yang berjaya invite paling ramai orang untuk mendaftar akan jadi pemenang pertama contest ni.
- Kat dashboard akaun ChurpChurp korang nanti ada share button yang boleh korang gunakan untuk invite kawan-kawan melalui Facebook, Twitter, Digg, Email dan banyak lagi. Tak perlu susah payah nak invite, pihak ChurpChurp dah mudahkan kerja kita
- Sekarang ni dah ada tiga badge yang comel untuk korang gunakan. Salah satunya macam yang aku guna dalam entri ni.
- Promote, promote dan promote.
Selamat berchurpchurp
Entri akan datang insyaAllah aku akan terangkan macam mana nak buat duit sampingan dengan ChurpChurp. Selamat bercuti dan berhati-hati ketika memandu. Salam Ramadhan.
7 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






Minggu lepas baru perasan dapar RM2.31 yang pertama. Best jugak nie
Ina Mamat´s last [type] ..Graduan ICT- pentadbiran perniagaan paling ramai menganggur
[Reply]
Amirez Reply:
November 19th, 2010 at 10:21 pm
wah tahniah! mesti follower ramai ni
[Reply]
Ina Mamat Reply:
November 19th, 2010 at 10:26 pm
Taklah juga.. tahu tak agak2 macammana dia orang kira ye?
Ina Mamat´s last [type] ..Graduan ICT- pentadbiran perniagaan paling ramai menganggur
[Reply]
Amirez Reply:
November 19th, 2010 at 10:32 pm
tak pastilah pula. sama ada dikira berdasarkan berapa ramai follower ataupun berapa ramai yg klik. harga setiap kempen pun tak sure macam mana…sama ada ada harga tertentu atau semuanya harga sama
tajuk tu penting.. hehe
Anarm´s last [type] ..Tukar style Google Images baru kepada lama
[Reply]
hehe. lepas ko komen baru aku perasan tajuk tu
[Reply]
Amboi tajuk entri.. hehehe..
[Reply]