Robot Pengesan Penipuan
Samad adalah seorang profesor terulung di dunia. Dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan yang mana robot tersebut akan menampar atau menempeleng sesiapa saja yang bercakap bohong.
Dengan riaknya Samad membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tak juga balik balik. Sehingga pagi barulah nampak batang hidung anaknya.
“Dari mana kamu?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah. Dia akan menampar sesiapa saja yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!”
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?”
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecik-kecik dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecik dulu, ayah tak pernah pun buat macam ni,”
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Macam mana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…dan semua terdiam…
p/s: eheh. jumpa kat mana ntah. kredit kepada tuannya.
1 Comment
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...






Wow, machine changgih
Thristhan´s last [type] ..Malaysia International Toys Fair 2010
[Reply]