Rumah Baru

Kebelakangan ni saya dah tak update sangat blog ni nampaknya. Salah satu sebab, kabel telefon baru sambung balik selepas kena curi lebih kurang dua minggu lamanya baru-baru ni. Satu sebab lagi kebelakangan ni saya agak sibuk siapkan rumah baru dari tukar siling, cat rumah luar dalam, tukar lampu sampailah ke bahagian piping. Bukan saya buat semua, saya upah beberapa orang ikut specialist masing-masing. Cuma yang mana saya boleh buat sendiri tu saya akan buat sendiri, jimat kos sikit. Sepatutnya dah siap sepenuhnya akhir bulan lepas tapi atas sebab-sebab tertentu banyak proses yang tertunda.

Sebenarnya ada banyak gambar nak tunjuk tapi saya lupa kat mana saya simpan beberapa gambar yang lain. Malas pula nak cari, banyak sangat folder gambar. Ni pun buat entri dalam keadaan agak rushing, banyak perkara nak kena siapkan sebelum saya bertolak ke KL esok. Saya kongsikan mana yang ada jelah dulu. Balik dari KL nanti saya update gambar lain pulak.

Lampu

Dua minggu lepas semasa balik dari Melaka singgah kejap kat House Lighting yang terletak kat Puchong. Kedai lampu ni memang terkenal dengan harga lampu yang murah. Saya bandingkan dengan harga lampu yang sama dengan kedai kat Kota Bharu, kedai ni lebih murah sekitar RM5 ke RM10 sebiji. Contohnya downlight case kat House Lighting ni harganya cuma RM4 berbanding RM9 ke RM12 kat Kota Bharu. Memang murah.

House Lighting Puchong 1

House Lighting Puchong 2

Bila masuk House Lighting ni saya teruja tengok macam-macam jenis lampu yang ada. Semua cantik, harga pun unexpectable sangat murah. Berpinau-pinau mata tengok atas. Kalau boleh nak je beli semua tapi itu dah lebih keperluan pulak hehe.

House Lighting Puchong 3

House Lighting Puchong 4

Sayangnya kat porch kereta rumah saya baru je siap pasang downlight dua bijik. Kalau tak dah tentu saya akan beli lampu gantung macam ni pasang kat porch. Cuma tambah beberapa ringgit je lagi untuk beli lampu ni. Paling murah tapi cantik yang saya jumpa harganya cuma RM69.

House Lighting Puchong 5

Misi saya ke House Lighting cuma untuk beli lampu pagar dengan kipas siling je. Lampu pagar pun banyak yang cantik tapi saya cuma beli yang paling murah ada jual kat situ.

Lampu Pagar House Lighting Puchong

Inilah lampu pagar termurah yang saya jumpa kat House Lighting. Harganya cuma RM19 sebijik. Kalau nak diikutkan saiz lampu ni bukan untuk pagar utama sebab saiznya kecik sikit. Kena beli yang harga sekitar RM49 sebijik baru sesuai, besar sikit.

Saya sangat rekomenkan kedai lampu House Lighting ni kalau korang nak beli lampu yang cantik dengan harga yang sangat murah. Lokasinya kat Puchong, tepi highway je. Alamat sebenar saya tak pasti pulak kat mana. Tak susah pun nak cari sebenarnya. Try search pasal House Lighting, ramai juga blogger yang bagi pandangan positif dengan kedai lampu ni. Oh ye, kalau nak pergi tu jangan pergi hari Isnin sebab Isnin adalah hari cuti diorang.

Pagar Rumah

Baru-baru ni pagar yang saya tempah lebih kurang 3 minggu lepas dah pun siap dipasang. Pada asalnya nak tempah pagar stainless steel tapi out of budget pulak. Terpaksalah ambik pagar besi biasa ni je tapi ada kayu kat tengah. Sebenarnya bukan kayu tapi aluminium yang direka macam bentuk kayu. Pagar tolak je, ada sebabnya kenapa saya tak buat pagar automatik. Nanti saya cerita dalam entri akan datang.

Pagar Rumah Baru

Harga saya tak nak sebut berapa sebab tukang buat pagar ni cakap dia tersilap kira kos masa ukur pagar dulu. Dia cuma untung RM500 je daripada jumlah yang saya bayar. Sepatutnya untung dua kali ganda katanya. Tak tahulah betul ke tak apa yang dia cakap tu yang penting saya takkan tambah bayaran yang tak cukup tu haha. Silap dia, bukan silap saya :D

Kelengkapan Bilik

3 kali berturut-turut saya ke KB Mall baru-baru ni untuk borong kelengkapan bilik macam bantal, comforter, cadar dengan langsir. Kebetulan pulak tengah sale mana tak kelabu mata tengok harga bantal murah macam yang kat hotel tu hehe. Saya beli untuk set 3 bilik semuanya.

Gambar saya tak ambik lagi. Cuma sempat ambik gambar borang peraduan ni je. Dengan setiap pembelian sebanyak RM30 akan dapat satu borang penyertaan ni. Saya dapat 35 keping borang penyertaan semuanya. Shopping bagai nak rak masa tu hehe, penuh tiga troli.

Borang Peraduan Belanja Sakan

Rod kayu untuk langsir saya beli kat Jakel tapi kalau beli kat Nagoya jauh lagi murah boleh dapat. Boleh save dalam RM9 lebih kurang. Survey kat G-Orange dengan Pasaraya Billion pun tak dapat lawan harga yang ditawarkan oleh Nagoya. Harga kain langsir pun murah. Rugi pulak tak survey kat Nagoya dulu. Takpelah, barang dah beli nak buat camana. Kalau nak beli rod besi rasanya kat IKEA lebih murah. Saya tengok hari tu dalam RM25 sebatang. Lupa pulak berapa kaki panjang tapi saiz standard punya. Design pun lawa.

Ruang Rumah

Oleh kerana penyewa rumah ni baru pindah akhir tahun lepas jadi banyak yang saya kena repair balik terutamanya piping yang kebanyakannya bocor. Kipas siling ada dua yang rosak. Dah beli dah hari tu kipas siling biasa kat House Lighting jenama Panasonic. Buat pertama kalinya saya pasang sendiri kipas siling. Taklah susah sebenarnya. Apa guna ada Ijazah Kejuruteraan Elektrik kalau tak pandai buat kerja-kerja wiring hehe.

Setiap dinding ruang dalam rumah ni saya buat feature wall termasuklah dapur. Warna merah dalam gambar kat bawah ni feature wall dapur. Kuning pulak feature wall ruang tamu. Yang hijau tu feature wall bilik ketiga. Dah macam warna traffic light pulak haha. Feature wall master bedroom saya buat warna cokelat tua, sesuai untuk golongan yang lebih berusia. Semua kerja cat ni saya upah sorang kenalan yang pernah cat rumah saya kat kampung.

Rumah Baru

Saya pakai cat air je ni untuk dinding bahagian dalam rumah. Cat biasa je, SKK, Colourland dengan Unipaint. Saya pilih cat air sebab takut nampak ketara sangat dinding tak rata bila pakai cat minyak. Cat minyak memang cantik sebab ada shining tapi dinding mesti rata dan tak berlekuk-lekuk. Kalau tak, memang nampak buruk. Tengok pada pembinaan rumah ni yang tak berapa teliti risau pulak saya nak pakai cat minyak. Lagipun harga cat air lebih murah.

Bahagian luar rumah saya pakai cat Jotun. Mahal takpe asalkan tahan lebih lama daripada terik matahari. Gambar luar rumah nanti saya tunjuk dalam entri akan datang.

Buat Sendiri

Kalau ikutkan semua kerja saya nak upah orang. Tapi bila fikir nak cepat dan nak jimat kos saya rasa lebih baik saya buat sendiri mana yang saya boleh buat. Banyak jugak tu boleh jimat. Cuma cat je saya tak berkeyakinan nak cat sendiri, takut nampak tak sekata macam dapur rumah saya kat kampung hehe. Lagipun buat sendiri rasa lebih puas hati. Sambil tengok orang yang kita upah tengah buat kerja, kita pun sama-sama buat kerja lain dalam rumah tu. Taklah masa terbuang duk tengok diorang buat kerja je.

Bila buat kerja sendiri ni sikit sebanyak dapat jugak muhasabah diri sendiri. Saya sering juga terfikir tentang orang yang mengambil upah kerja-kerja macam ni. Tak dapat saya nak luahkan apa yang saya fikirkan pasal diorang. Cuma apa yang saya perasan diorang ni selalu rendah diri dan pandai jaga hati orang yang mengupahnya. Itu satu cara untuk diorang dapat feedback positif daripada kita. Bila dah amalkan macam tu tak mustahil sikap diri sebenar pun boleh jadi positif.

Bila ‘bekerja’ dengan diorang ni saya nak sangat rasa apa yang diorang rasa. Salah satunya makan beralaskan tong cat atau kotak – cara diorang. Seronok juga. Kadang-kadang rasa lebih sedap daripada makan atas meja hehe. Nak baring kejap pun cuma beralaskan kotak. Sekeras-keras lantai pun lena jugak bila badan dah penat :)

Makan Tengahari

InsyaAllah balik dari KL nanti saya akan update perkembangan terbaru tentang rumah baru saya ni.

25 thoughts on “Rumah Baru

    • dalam area Puchong cuma saya tak ingat nama jalan tu. cuba search mana2 blog yang ada buat entry pasal ni, hari tu saya ada jumpa yang bagi alamat sekali.

  1. salam. sy pun beli lampu kat kedai tu. serius murah. tapi sebelum tu sy dah beli beberapa biji lampu kat gombak. akibatnya, sy rugi RM80 bila buat perbandingan harga (kedai gombak dan kedai puchong ni).

    cuma kipas kat situ mahal skit. klu yg 5 blades, ada remote harga dia RM200++, tp sy beli kat gombak cuma harga RM168 je.. adatla, tak semua barang dia jual murah. Tapi harga lampu memang murah gila!

    sy beli lampu kat situ, siap dpt offer barang2 toilet brand rubine dengan harga yang sangat murah!!

    bulan puasa lepas 3x saya melabur duit kat kedai House Lighting tu. hahaa.. takpe la, janji sy dah jimat banyak compared beli lampu kat kedai lain =)

    • kalau lampu memang dijamin murah daripada kedai lain. kebanyakan blog pun bagitau lampu kalau nak murah beli kat situ. barang lain tak sure lak.

      kedai lampu Gombak tu yang depan traffic light dekat dengan Giant Batu Caves ek?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge