Rumahtangga Raja Azura dan Suami Retak?
Satu berita yang aku baca hari ni berkaitan dengan Raja Azura atau lebih mesra dipanggil Kak Engku berkenaan dengan pergolakan rumahtangganya bersama suami, Adzmin Tan Sri Osman. Aku try Google dan akhirnya mendapat ulasan panjang daripada Kak Engku di www.murai.com.my.
“Selama 10 tahun melayari bahtera perkahwinan, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke mahkamah. Sebenarnya kehadiran saya ke mahkamah bukannya untuk mencari penceraian tetapi mencari perdamaian. Keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan bersama dan mendapat kaunseling daripada pihak mahkamah sendiri.
“Saya merasakan ia perlu ke mahkamah kerana hakim mempunyai kuasa untuk memutuskan hal-hal mengenai rumahtangga. Jangan ingat kita semua pergi ke mahkamah untuk bercerai sahaja. Buat masa sekarang perbiacaraan ditangguhkan dan saya kena menghormatinya.
“Sebenarnya tiada istilah penceraian yang wujud, malah saya tidak terfikir untuk ke peringkat itu. Insya Allah, saya mampu lagi mempertahankan hubungan ini kerana saya tahu perangai suami saya.
Itulah pihak media, suka buat cerita yang boleh mendatangkan tanggapan buruk seseorang. Yelah, dah keje diorang. Tak buat cerita yang panas panas nanti orang tak baca pulak. Diorang buat camtu pun sebab ada pembaca yang nak berita-berita macam tu.
Bila ke Mahkamah Syariah je orang tuduh nak bercerai padahal banyak urusan lain boleh dibuat kat Mahkamah Syariah. Dalam kes Kak Engku ni dia dan suami ke Mahkamah Syariah sekadar untuk mendapat bimbingan kaunseling daripada pihak mahkamah. Itu pun nak jadi isu. Mungkin sebab isu perceraian di kalangan artis ni dah biasa, jadi mana-mana artis yang ke Mahkamah Syariah mesti takde hal lain selain nak tuntut cerai. Haih…
Masa aku ke Mahkamah Syariah dua bulan lepas pun ada mata-mata yang memandang. Padahal aku nak berurusan pasal harta pusaka. Masa aku ke Mahkamah Tinggi dulu pun dapat situasi yang sama, lagi ramai. Semua tengok macam aku ada buat kes berat-berat je walaupun takde polis kiri kanan aku. Kenapa agaknya ye minda masyarakat kita ni agak skeptikal?
4 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






dulu kecoh jugak kejap pasal isu wartawan buat2 cerita yg tak benar sekadar nak lakukan akhbar/majalah.
kes ni pernah jadi kat arwah sepupu aku. nasib tak kena saman dgn YB je
[Reply]
setuju… kekadang xde angin tapi pokok saje je digoyangkan.. last2 jadi jugak.. media wat byk spekulasi sendiri.. yg salah jadi betul.. yg betul pun jadi salah..
asbesstos´s last [type] ..MLM tumpas!
[Reply]
betul jugak tu
[Reply]
aish… media mmg suke kasi panas taw.. silap2 org yg xde niat nk bcerai pun bleh bcerai sbb tertekan dgn spekulasi yg mcm ni…
zaza´s last [type] ..Ramadhan Kareem
[Reply]