Saman Ekor Memang Patut Dikaji Semula

KUANTAN: Kerajaan memberi jaminan akan meneliti dan membincangkan isu saman ekor dalam masa terdekat dengan mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk beban ditanggung rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua tiga hari ni selalu jugak terbaca atau terdengar berita pasal pengkajian semula saman ekor oleh pihak polis trafik. Baguslah, aku sangat sangat setuju. Cadangan nak naikkan kadar saman dari RM300 ke RM1000 beberapa bulan dulu memang melampau. Bagi sesetengah orang kompaun RM1000 tu memang patut dikenakan kepada pesalah had laju trafik tapi perlu fikir juga bukan semua orang memandu dengan laju untuk ‘berlumba’.

Ada orang yang terpaksa memandu dengan laju. Contohnya aku sendiri. Selalunya aku akan memandu sekitar 100 hingga 120 Km/j dalam perjalanan balik ke kampung. Sebab tu aku selalu dapat saman kat Kuala Lipis haha. 12hb ni roadtax kereta aku akan expired tapi buat masa sekarang aku tak dapat nak renew sebab kena blacklist saman tahun lepas. Selagi tak langsai selagi tu tak boleh nak renew.

Masalahnya takde surat saman pun yang sampai ke rumah. Dengar-dengar bukan aku sorang je yang dapat masalah surat saman tak sampai rumah ni. Bila sampai masa nak renew roadtax mulalah rasa tak puas hati sebab ada saman yang belum dibayar, sedangkan kita tak tahu pun kena saman ekor kat mana-mana. Kalau korang dari KL nak ke Kelantan pastikan korang cuma bawak bawah 70 Km/j kat area JPJ Kuala Lipis. Kat situlah aku selalu kena saman ekor huhu.

Nak elakkan masalah ni korang boleh check status saman kenderaan korang melalui SMS. Taip POLIS SAMAN [No. Kenderaan] kemudian hantar ke 15888. Maklumat saman kenderaan korang akan dihantar melalui SMS dengan caj 20 sen. Kalau nak lebih detail, nak tau tarikh, masa dengan tempat boleh taip POLIS SAMAN [No. Kenderaan] [Email] dan hantar ke 15888. Maklumat details akan dihantar ke email yang korang hantar tadi. Dengan cara ni nak check saman kereta jiran pun boleh hehe. Aku pernah cuba check saman kereta syarikat, ada 11 saman berjumlah RM2000 lebih haha. Dah bayar ke belum agaknya. Biasalah bab nak bayar saman ni la paling liat. Macam buang duit ke dalam tong sampah je rasanya.

Sebab-Sebab Memandu Laju

Ini point utama aku sebenarnya dalam entri kali ni. Seperti yang aku katakan awal-awal tadi, bukan semua pesalah had laju trafik memandu laju untuk ‘berlumba’. Kita kena fikir, mungkin diorang memandu laju atas sebab-sebab berikut:

1. Kecemasan. Mana tau kot-kot masa tu tengah cemas nak hantar isteri bersalin yang lebih awal dari due. Takkan nak drive 60 Km/j, nanti beranak dalam kereta susah pulak tak cukup alat. Itu kalau selamat, kalau ada masalah masa nak beranak?

2. Mengantuk. Tujuan aku drive laju adalah sebab nak hilangkan mengantuk. Mengantuk bukan sebab tak cukup tidur, tapi disebabkan perjalanan yang agak bosan. Perjalanan 7 jam balik kampung memang bosan, lagi-lagi kalau balik sorang.

Pesan pihak berkuasa, berenti tidur kejap kalau mata mengantuk. Ataupun rehat setiap 2 jam perjalanan. Katakan masa tu aku kat Bukit Tujuh, kat mana nak berenti tidur? Silap-silap kalau berenti ada orang jahat nak samun huhu. Nak nak pulak waktu malam. Tapi sejak kahwin ni ada juga orang teman berbual, taklah aku drive laju sangat eheh.

3. Kejar masa. Point ni mesti ramai yang jadikan penyebab orang drive laju. Tapi ketahuilah, makin tinggi cc kenderaan, makin tinggi tahap keselamatannya. Sebab tu kita tengok BMW atau Merc drive laju rileks je sebab sistem suspensionnya sangat baik. Jalan berlengkang-lengkok pun tak perlu tekan brek sangak. Kalau korang pernah pandu kereta 2.0cc, bawak 160 Km/j rasa macam 100 Km/j je. Bayangkan kalau bawak 80 Km/j…macam 20 Km/j je haha.

Oh ye berbalik semula kepada point kejar masa. Selalunya businessman mesti nak kejar masa ke sana sini jumpa klien. Time is money! Sebab tu orang bisnes kena pakai kereta yang berprestasi tinggi. Bukan sekadar untuk tunjuk standard, tapi untuk keselamatan juga.

Tips Keselamatan

Kalau nak pandu laju tu beringat-ingat jugalah kat pemandu lain. Jangan sampai pemanduan kita membahayakan keselamatan pemandu lain. Tu yang jadi accident. Jadi berikut adalah beberapa tips yang tak seberapa daripada aku:

1. Speed and steady. Laju, laju jugak tapi jangan gopoh. Kalau nak memotong pun tunggu keadaan yang sesuai. Jangan memotong kawasan selekoh. Jangan pulak nak potong kereta yang dah laju macam kita. Itu berlumba namanya.

2. Tahu keadaan jalan raya. Ini pun penting. Kita sekarang nak drive laju, tapi kalau depan tu ada jalan berlubang yang agak dalam, silap haribulan boleh terbabas. Kalau dah selalu drive kat jalan tu mestilah tau mana tempat berlubang, mana tempat beralun, tempat licin, kawasan bukit, kawasan sesuai memotong, barulah pemanduan kita lebih selesa.

3. Memandu ketika waktu yang sesuai. Macam aku tak suka drive waktu tengahari, sakit mata sebab panas. Ataupun waktu hujan lebat, sape-sape pun tak suka, kecuali yang nak main air eheh. Kalau aku nak balik kampung selalunya awal pagi, lewat petang atau tengah malam, waktu yang matahari tak terik sangat. Perjalanan ke kampung 7 jam, jadi kena pandai agak-agak pukul berapa nak sampai. Aku lebih suka drive malam, tak mengantuk. Drive waktu siang ni buat mata aku mudah letih. Drive waktu malam ni juga boleh elak kita daripada disaman ekor eheh.

4. Tahu keupayaan kenderaan sendiri. Kalau naik Kancil 660 tu janganlah berangan nak potong BMW pulak. Takut nanti ada masalah enjin, mana tau kan?

5. Jarak memotong yang betul. Ini selalu aku jumpa, nak potong tapi perlahan. Selalunya melibatkan kereta cc 1.6 ke bawah atau transmisi automatik. Mula-mula kereta tu cucuk rapat kereta depan. Bila ada peluang, dia terus ke kanan nak potong dan terus tekan pedal minyak secara mengejut. Dengan cara tu kereta bukan makin laju, lagi perlahan jadinya. Cara yang betul adalah menjarakkan sedikit dari kereta depan. Bila masa sesuai, pecut kereta secara perlahan-lahan ke depan kemudian baru masuk ke kanan. Jangan lupa bagi signal dulu sebelum memotong. Tengok side mirror dulu ada tak kereta belakang yang nak potong. Bukan bagi signal terus masuk kanan. Ramai yang aku nampak orang amalkan macam tu.

Sebenarnya aku risau kot-kot ada pihak polis trafik atau mana-mana menteri baca entri aku ni. Secara kasarnya agak bercanggah dengan apa yang ditetapkan pihak berkuasa atau sekurang-kurangnya lari dengan apa yang diajar masa ambik lesen memandu dulu. Tapi ini berdasarkan pengalaman aku yang dah mula drive sejak tahun 2000 lagi. Harus diingat, semasa memandu pastikan keselamatan di tahap yang maksimum.

p/s: kat sekolah memandu dulu ada ajar tak cara untuk memotong?

«
»

This Post Has 6 Comments

  1. Amirez says:

    okeh dah add.
    jom exchange link.
    dh lama x buat aktiviti ni haha

  2. kerdil apanya…
    okay apa blog ko…
    senang2 add lah facebook aku
    hans_da_vinci@yahoo.com
    kalau sudi lah

  3. Amirez says:

    sama hans ;)
    rajin2 jugalah ke blog aku kerdil ni ye

  4. okay juga kalau kaji
    apa2pun tq visit blog den
    rajin2 lah singgah baca entry yer

  5. myebuzz.net says:

    Tips Memandu Laju Dengan Selamat | Amirez {dot} com…

    Dua tiga hari ni selalu jugak terbaca atau terdengar berita pasal pengkajian semula saman ekor oleh pihak polis trafik. Baguslah, aku sangat sangat setuju. Cadangan nak naikkan kadar saman dari RM300 ke RM1000 beberapa bulan dulu memang melampau. Bagi …

  6. Tips Memandu Laju Dengan Selamat…

    Dua tiga hari ni selalu jugak terbaca atau terdengar berita pasal pengkajian semula saman ekor oleh pihak polis trafik. Baguslah, aku sangat sangat setuju. Cadangan nak naikkan kadar saman dari RM300 ke RM1000 beberapa bulan dulu memang melampau. Bagi …

Leave A Reply





CommentLuv badge