Oct 2, 2009

Satay Sedap di Satay Station

  • Share
  • Share

dsc0445m Satay Sedap di Satay Station

Salam ceria saudara saudari. Dah makan? Puasa 6? Alhamdulillah. Itu yang kita mau. Semoga pahala puasa saudara saudari bertambah-tambah kali ini, insyaAllah.

Pernah dengar Satay Station? Peminat Maria Tunku Sabri dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan mesti pernah tengok restoran ni dalam TV. Dua hari lepas aku sempat ke sana untuk makan malam dengan Hassan. Idea nak makan kat Satay Station ni datang secara spontan masa bergerak pulang ke KL dari Melaka. Hassan cakap satay kat situ memang sedap. Restorannya pun unik, macam rumah kampung. Kalau datang ke sana mesti tak rasa macam datang ke restoran. Erk…restoran ke kedai makan ek? Aku tak dapat nak klasifikasikannya huhu.

Sampai kat Satay Station dalam pukul 10 malam lebih kurang. Memang betullah, tak nampak macam kedai makan pun. Sekali tengok mesti fikir rumah orang tengah buat kenduri hehe. Rumah tradisional dengan laman yang cantik, siapa sangka sebenarnya ia adalah sebuah restoran satay.

Order satay daging 10 cucuk, mee rebus dengan air tembikai laici. Tak perlu tunggu lama untuk merasa mee rebus yang baru dimasak. Satay lama sikit sebab diorang akan bakar satay lepas ambik order. Maknanya kita merasa satay tu panas² lagilah.

dsc0448v Satay Sedap di Satay Station

Mee rebus memang terbaeek. Kuah pekat lagi likat, memang susah nak jumpa kuah pekat macam tu kat KL ni. Rasa dia memang kaw² wa cakap lu. Lazat hingga menghirup kuah semangkuk. Harganya RM6.

dsc0454 Satay Sedap di Satay Station

Satay pula…memang sedap dan agak besar sikit daripada satay Kajang. Kalau nak dibandingkan rasa, aku lebih berselera makan satay di Satay Station berbanding Satay Hj. Samuri a.k.a Satay Kajang cawangan Gombak. Harganya 10 sen lebih mahal tapi apalah sangat nak dikira dengan harga kalau dah rasanya sedap dan besar kan? 10 cucuk rasa tak cukup pula.

Kalau nak makan², Satay Station adalah tempatnya. Rumah kayu sebagai tempat makan kadang² mengasyikkan kita pula. Lepas aku dan Hassan selesai makan, boleh pula berborak² hampir setengah jam kat situ. Mana taknya, rasa macam duduk rumah sendiri pula dengan udara yang dinyamankan oleh air-cond. Aku sangat rekomenkan tempat ni untuk dijadikan tempat reunion sekadar untuk makan. Ada bilik² yang disediakan khas untuk ‘tetamu’ yang agak ramai.

Oh ye, Satay Station ni terletak di Ampang. Boleh ke website Station Station untuk maklumat lebih lanjut.

Entri ni sekadar entri ikhlas daripada pelanggan. Tak dapat makan free pun daripada pihak Satay Station hehe. Tapi kalaulah tokey Satay Station terbaca entri ni, aku sanggup terima sponsor makan sebulan di sana hehe.

pixel Satay Sedap di Satay Station

11 Comments

  • Harga mahal sangat..hilang rasa sedap…harga mee rebus(ciput jee..) RM 6.00, harga satay lebih mahal dari satay kajang…sekali dan terakhir je aku pergi, byk lagi tempat yg sedap…

    [Reply]

    Amirez Reply:

    satay ni mahal seposen drp satay kajang tapi bagi saya ia lebih sedap, besar n penuh isi. makan 2 batang dah rasa kenyang. saya serik nak makan satay kajang bila termakan satay yg saya rasa tak berapa masak, daging ayam warna agak putih. tapi lain tempat lain tukang bakarnya ye tak.

    mee memang tak dinafikan mahal tapi sedap. ikut selera masing2, sedap itu subjektif :)

    [Reply]

  • insyaAllah san bila-bila free bleh kita gi makan lagi ;)

    [Reply]

  • Bila kita nk g makan sama2 kt sate ni lg Adi?

    [Reply]

  • huhu gebunye satay die :(
    bilela leh g makan kt sana nie yer hehe

    [Reply]

    Amirez Reply:

    a’a..sataynya sgt² gemuk hehe.
    tak rugi merasa. berbaloi² :)

    [Reply]

  • ohh mee rebus..aku terliur..
    isk,ampang jauh la dari bandar baru bangi..uhuks
    .-= qider @ fie yang comei´s last blog ..Be brave with your life =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    jauh tak jauh…yg penting mesti mau try.
    sedap fie. kuah dia memang kaw² punya.
    i’m sure it’s gonna be ur sweet moment with ur hubby

    [Reply]

  • salam…

    wah, bestnye tempat nie.. tempat makan yg best cmni mmg selalu wat semangat saya berkobar2 utk jadi seorang pemilik restoran yg berjaya klu ade rezeki.. :)

    erm, terliur da sbnya nie nengok satay dgn mee rebus yg sedap.. alangkah bestnye klu da pegang duit sendiri satu hari nanti.. aiseh~ :P
    .-= fifie ierina´s last blog ..Tagged Answering Session :P =-.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    owh ye ke.
    insyaAllah niat awk tu akan tertunai nati :)
    nanti dh buka restoran jgn lupa bgtau sy…
    bleh sy jd pengkritik makanan kat restoran awk lak hehe

    [Reply]

  • Satay Sedap di Satay Station | Amirez…

    Pernah dengar Satay Station? Peminat Maria Tunku Sabri dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan mesti pernah tengok restoran ni dalam TV. Dua hari lepas aku sempat ke sana untuk makan malam dengan Hassan. Hassan cakap satay kat situ memang sedap. Restora…

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks