Sekilas Raja Lawak Musim ke-5 Minggu ke-9

Salam Ahad semua. Setelah beberapa hari baru timbul semula mood nak update blog. Makin lama makin lemau rasanya blog picisan aku ni. Tapi alhamdulillah, secara puratanya unique visitors blog ni langsung tak berubah. Terima kasih kepada korang yang sudi bertandang ke sini. Sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan earning iklan BE Nuffnang yang terbaring kat atas ni. Setakat ni boleh dikatakan dapat RM3 sehari melalui satu iklan BE tersebut. Taklah banyak tapi bersyukur sangat. Terima kasih Nuffnang, terima kasih juga kepada korang. Boleh aku tambah hadiah contest yang bakal aku buat nanti ;)

Siapa yang tengok Gelanggang Raja Lawak minggu ke-9 bagi musim ke-5 ni Jumaat lepas? Aku tak sempat nak tengok, malam tu aku keluar shopping dengan isteri. Bukan aku yang shopping, isteri aku yang beli macam-macam. Aku tukang angkat barang je hehe. Eh, dengar kata Epy yang terkeluar kan Jumaat lepas? Kasihan juga tapi apa boleh buat, persaingan makin sengit. Lawak Epy pun makin lama makin kurang idea. Tapi kira oklah juga sebab undian penonton kali ni agak adil. Sebelum ni rasa pelik juga macam mana peserta yang langsung tiada lawaknya boleh berada top 3. Tapi sejak Afdlin Shauki selaku juri beri peringatan kepada penonton-penonton, undian peserta terus berubah.

Jelas lagi nyata juri-juri sudah pun mempunyai peserta pilihan yang diorang target akan menjadi juara. Setakat yang aku perasan, kumpulan R2 yang menjadi pilihan, cuma undian penonton yang ‘bijak-bijak’ (kata Afdlin Shauki) je tak menyebelahi nasib diorang. Itu yang aku tak berapa suka dengan undian SMS sebagai penentu ranking. Lebih baik segala keputusan ditetapkan oleh juri sepenuhnya. Diorang lebih tahu mana yang berbakat mana yang sekadar melawak tanpa idea bernas. Oh ye, juri yang aku maksudkan ialan Afdlin Shauki dengan Sathiya. Lupakan David Teoh, dia tak tahu jadi juri. Komen pun langsung tak membina. Kumpulan yang tak best pun dia cakap mantap. Baik ganti dengan Aflin Aman Ramli ke, Syamsul Ghau Ghau ke, barulah sesuai.

Aku baru sempat tengok kat Youtube lawak Man dengan kumpulan Balas semalam untuk minggu ke-9. Buat pertama kalinya aku betul-betul tergelak dengan lawak-lawak Man. Lawak yang bersih dan bernas. Tapi lain pula dengan kumpulan Balas, masih lagi mengekalkan lawak-lawak lucah macam minggu-minggu lepas. Kalau korang perasan, kali ni lawak lucah diorang dah tak jadi bahan ketawa penonton lagi dah. Mula-mula dulu bolehlah orang gelak sebab baru lagi, tapi lama-lama orang jadi bosan. Lagipun trend sekarang bukan trend lawak lucah lagi dah. Orang dah kurang menerima lawak yang negatif macam tu.

Maaf kepada peminat-peminat kumpulan Balas. Ini hanya sekadar pandangan peribadi dan juga hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan sendiri serta mengikut komen-komen para juri yang semestinya lebih tahu daripada penonton.

Minggu terdahulu Afdlin Shauki kata kumpulan Balas buat lawak sengal dan dia menyuruh kumpulan Balas teruskan kesengalannya tu. Bunyi agak kasar tapi maksud tersirat yang aku faham, Afdlin Shauki nak kumpulan Balas terkeluar dari ranking. Cuma masalahnya diorang sekarang ni jadi pilihan penonton melalui undi SMS dengan kedudukan paling atas dalam ranking. Jumaat lepas Sathiya juga ada komen yang tak baik dengan kumpulan Balas, lawak main balun je katanya. Harap penonton-penonton faham dan pandai menilai siapa yang lebih pandai berlawak.

Rancangan Baru – Maharaja Lawak

Maharaja LawakSebaik saja tamat Gelanggang Raja Lawak musim ke-5 ni nanti akan menyusul pula rancangan baru yang mengumpulkan finalis-finalis Raja Lawak terdahulu untuk berentap sesama sendiri. Rasanya Maharaja Lawak nanti mesti lebih sengit sebab kebanyakan peserta memang dah banyak pengalaman di depan tv untuk berlawak. Johan dengan Zizan pula bergabung sebagai satu pasukan. Aku rasa peserta yang berjaya menggondol RM300,000 sebagai juara nanti mesti dua orang ni. Asalkan diorang bergabung je mesti nak pecah perut kita dibuatnya. Undian pula diambil 50% daripada undi SMS, lagi 50% adalah undi pihak juri. Adillah sikit rasanya, kan?

Gelanggang Raja Lawak Musim ke-5 ni la satu-satunya Raja Lawak yang aku follow dari awal sampailah sekarang. Sebelum ni tengok gitu-gitu je sebab dulu kebanyakannya lawak yang membuatkan kita rasa macam buang masa je tengok. Kali ni pun ada peserta yang langsung tak ada lawaknya tapi tak payahlah aku sebut yang mana, nanti orang kata mengutuk pula. Korang pun boleh menilai, yang mana dah terkeluar tu memang tepat dah untuk disingkirkan.

Agak-agak korang siapa yang dapat jadi Raja Lawak musim ke-5 ni nanti?

16 thoughts on “Sekilas Raja Lawak Musim ke-5 Minggu ke-9

  1. Sy mrasakan Kumpulan Balas akn jd juara kali ini krana keserasian dgan kdua dua pnya idea yg baik,pilihan yg kdua ialah Man,idea stiap mggu mnarik,trutama mggu ketujuh,R2 plak yg sorg tu mmg blh dkatakan antar yg trbaik lawknya tp kwan yg sorg lg tu,hnya brtindak sbgai tukang lambung,lgsung lawaknya tk mnjdi dgan lidah sntiasa trjelir ketepi.Harapan sy kumpulan balas akn jd juara

    • ada rezeki balas..adalah tu hehe.
      betul juga pasal R2 tu. yg nampak muda sket tu sekadar penyambung je.

      lidah terjelir ke tepi tu gaya sindir menyindir dlm rancangan oh yeah..idea afdlin shauki :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge