Selamat Datang 2012 Dunia Kiamat

Sedar tak sedar hari ini sudah pun menjengah tarikh 2 Januari 2012. Usia pun dah bertambah walaupun belum lagi cukup bulan. Maaflah baru ada kesempatan nak update sebagai entri yang pertama dalam tahun 2012 ni. Detik 12 tengah malam 1 Januari lepas saya langsung tak ambil kisah. Bukan tidak mahu meraikan tahun baru Masihi seperti yang dilakukan di Putrajaya. Takut nanti ada orang kata melebih-lebihkan Tahun Baru 2012 Masihi berbanding Maal Hijrah 1433. Fikiran dah dijajah dengan tahun yang ditetapkan oleh orang Barat hinggakan tahun Islam sendiri pun boleh terlupa. Khilaf saya yang jahil.

Alangkah ruginya tak dapat memeriahkan suasana menyambut Tahun Baru 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Disember 2011 lepas dengan pengunjung hampir 80,000 orang membanjiri dataran. Secara peribadinya saya merasakan bahawa itulah cara yang lebih baik untuk menanti kedatangan tahun baru dengan pengisian ilmu agama yang santai oleh Ustaz Azhar Idrus dan beberapa orang artis dan selebriti TV lain yang turut sama menjayakan program tersebut. Rasanya tidak ada kondom ‘bergelimpangan’ selepas program tersebut tamat.

Hari ini masih lagi hujan, cuma tidaklah selebat dua hari lepas. Bunyi titisan air dari luar tingkap kedengaran seperti lagu yang mengasyikkan sesiapa saja yang mendengar. Kalaulah saya seorang komposer, mungkin sudah tujuh lagu saya siapkan. Malangnya, saya tidak mempunyai bakat seni lagu. Hanya mampu bermain gitar secara plucking sahaja. Itupun cuma gitar kapok. Gitar elektrik? Pernah cuba tapi sumbang.

Yuna - Coffee

Lagu Coffee nyanyian Yunalis Zarai menjadi peneman saya semasa entri ini ditulis. Hujan rintik-rintik di luar tingkap seolah-olah melengkapkan adunan lagu bagi menaikkan mood petang yang mendung dan tenang membuatkan fikiran saya mengelamun seketika. Apakah yang ada untuk diri saya pada tahun 2012 ini? Pada ketika ini saya diibaratkan seperti berada dalam satu terowong yang gelap tanpa cahaya di hujung jalan.

Kiamat 2012

Kiamat 2012

Adakah betul kiamat akan berlaku pada 21.12.2012 nanti seperti yang diramal oleh orang Mayan? Hebat benar orang Mayan dapat meramal tarikh kiamat, sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pun tidak menyatakan secara spesifik bila kiamat akan berlaku. Sememangnya kiamat itu adalah rahsia Allah s.w.t.

Andaikan penduduk dunia tahu akan tarikh kiamat, apa yang perlu dibuat agaknya? Lari ke bawah tanah? Bina kapal besar seperti dalam filem sains fiksyen 2012 arahan Roland Emmerich pada tahun 2009 dulu? Sia-sia saja. Tidak ada satu makhluk pun yang boleh selamat daripada tiupan sangkakala nanti, hatta malaikat Israfil pun diarahkan untuk mencabut nyawanya sendiri sebagai makhluk terakhir yang akan mati.

Adakah perlu kita mengetahui bila akan berlakunya kiamat? Seandainya kita tahu, mestilah kita akan bersedia bermula dari saat ini lagi. Segala hal duniawi ditinggalkan untuk buat amal sebanyak mungkin. Ibadat dipertingkatkan. Yang tak tahu sembahyang pun dengan serta merta mula belajar untuk bersolat. Tikar sejadah mungkin laku di kedai, itupun kalau ada yang masih ingin berniaga.

Persoalannya, adakah amal ibadat dibuat kerana takutkan kiamat atau kerana suruhan yang ditetapkan Allah s.w.t.? Orang yang mempunyai iman akan suka melakukan suruhan Allah s.w.t., tidak mengendahkan bila akan berlakunya kiamat. Nabi s.a.w. mendidik kita untuk belajar iman dahulu sebelum agama. Dengan adanya iman, semestinya ada juga agama. Jika cuma ada agama, belum tentu lagi ada iman dalam diri. Itulah yang terjadi kepada kita sekarang.

Eh, jauh pula menerawang sampai ke soal kiamat. Anak saya yang lena tidur di atas katil sebelah meja laptop saya ni tadi pun dah bangun. Kalau nak dikira dengan tahun, dah masuk dua tahun dah usia ‘Iffah. Cepat betul masa ni berlalu. Tak pernah pun menunggu kita. Teringat dengan kata-kata sahabat saya, Imam Muda Hassan tadi dalam Facebook beliau:

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Semoga Tahun Baru 2012 menjadi tahun kita untuk meningkatkan kualiti diri, amin.

«
»

This Post Has 37 Comments

  1. ANGELY says:

    KALAU DUNIA KIAMAT PUN HANYA TUHAN YANG TAHU…. KALAU SETAKAT RAMALAN JEX BELUM BOLEH DIPERCAYAI 100% HEHEHE….

  2. sarraazzam says:

    dh tentu2 Allah ckp xde siapa tahu bila kiamat kecuali Dia..

    p/s: en amirez, sy ade tebus reward punchtab 23/12/2011..huhu

  3. arrizz says:

    suke ngan ayat ending tue..sangat benar kata2 tue..
    Entri Terbaru arrizz » Wordless Wednesday – Lagi serangan hacker

  4. Lizz says:

    my sis-in-law selalu buat lawak psiko…katanya jangan buat jahat. tahun 2012 kiamat.huhuhuhuh. hampeh btol tapi boleh faham ah mesej dia.hahahah
    Entri Terbaru Lizz » Mahu Berubah, Tapi Bagaimana Caranya?

  5. shaharil says:

    Sambutan menyambut kedatangan 2012 ada penambahbaikan dengan adanya program seperti perkongsian ilmu oleh ustaz Azhar Idrus berbanding tahun yang lepas yang banyak yang mengajak kepada melakukan perbuatan yang buruk. Semoga sambutan menyambut kedatangan tahun 2013 lebih banyak program yang mengajak ke arah melakukan kebaikan. (walaupun masih berada di awal 2012)
    Entri Terbaru shaharil » Giveway Blog Wan Rizuan Tapak Banner Percuma

    • Amirez says:

      harapnya macam tu…amin. kita nak tengok cara sambutan yg betul2 Islamik. apa gunanya negara bertitle negara Islam tapi melaksanakan acara mengikut budaya Barat

  6. Chipcoklat says:

    KIAMAT????!!!… ramai orang bercerita tentang kiamat.. tapi ramaikah org berbicara sama ada bersedia atau tidak menghadapi kiamat? Rasanya semua sekadar ambil tahu sahaja.. Ingatlah! Kiamat boleh berlaku bila2 masa… walhal kalau esok nak kiamat pun Allah buat kan.. “Kun faya Kun”.. Persoalan disini adakah kita bersedia? Persedian untuk mati pun belum tentu kita dapat penuhi sepenuhnya..

    -Sekadar berkongsi dari chipcoklat yang dah lama menghilang..huhuhu-
    Entri Terbaru Chipcoklat » Anda Gemuk Tiada Anak.

    • Amirez says:

      selamat kembali chip :) hilang ke mana lama sangat. blog .com dah tak aktif ke?

      betul tu chip. soalannya adakah kita dah bersedia? atau masih lagi lalai dengan dunia.

      sekadar nak ingatkan diri sendiri

  7. nuriz says:

    Mesti ada sebab musabab mengapa Allah rahsiakan bila kejadian kiamat, kita tak perlu percaya dgn benda mengarut tu, apa yang Nabi pesan dan ajar itu yang kita ikut
    Entri Terbaru nuriz » Lagu lagu dalam Gemersik Kalbu

  8. ohcikgu says:

    dah masuk tahun baru. heboh plak pasal kiamat ye. hehe..
    Entri Terbaru ohcikgu » Safee Sali tak berkenan kontrak 3 tahun.

  9. Razlan says:

    Takut nak bayangkan kiamat ne
    Entri Terbaru Razlan » Blue Grey Contoh Resume

  10. farhan says:

    perkongsian yg menarik amirez..ada baca dlm artikel jgk pasal kiamat ni
    Entri Terbaru farhan » BEN ASHAARI !!! Terima Kasih follow blog saya…Terharu!!!

  11. Shahrul says:

    pasal kiamat tu memang mengarut…
    Entri Terbaru Shahrul » Jadikan Blog Lebih Baik dan Professional

  12. tehr says:

    selamat tahun baru, bro
    moga2 sentiasa mendapat rahmatNya
    Entri Terbaru tehr » Tarikh Tukar MyKad Baru

  13. akubiomed says:

    Selamat melangkah ke tahun baru 2012 dengan tersemat azam baru. :-)
    Entri Terbaru akubiomed » Cahaya bergemelapan di i-city

  14. Denaihati says:

    selamat tahun baru 2012.
    Entri Terbaru Denaihati » Belajar SEO On-Page Daripada Analisis SEOMoz Pro

  15. azman says:

    Aku sangat marah ada kawan yang buat posting kat facebook tentang ramalan hari kiamat ni…lepas tu pulak dikongsikan oleh rakan-rakan yang lain.Pada yang faham ok lah,pada rakan yg kurang sikit bab agama terpingga-pingga dan bertanya sama ada betul atau tidak. :(
    Entri Terbaru azman » Tercapai juga target alexa ranking

  16. Tuan tanah says:

    susah jugak bila ada yang memandai-mandai..hehehe..:) tahu segalanya….al-quran dh tertulis semua ttg perjalanan duniawi…..
    Entri Terbaru Tuan tanah » Giveway Tapak Banner Percuma Ditutup

  17. titan says:

    jika kiamat itu hadir..kita terima aje dengan kacaknya..
    Entri Terbaru titan » Isu upload Ombak Rindu di Youtube

  18. azri says:

    selamat tahun baru 2012
    Entri Terbaru azri » Shout Busuk alternatif Shoutmix Box untuk blog anda

Leave A Reply





CommentLuv badge