Anda di sini: Laman Utama » Personal » Selamat Tinggal Kuala Lumpur

Selamat Tinggal Kuala Lumpur

by Amirez on December 4, 2010 · 23 comments

Alhamdulillah, tepat pukul 7:20 malam semalam aku selamat sampai ke rumah. Ayah mertua dengan adik ipar tak sampai lagi masa tu, aku tinggalkan diorang kat belakang dengan memecut kereta aku yang dah nak uzur tu haha. Takdelah, diorang berhenti kejap buang air yang dah bertakung lama sebab cuaca hujan. Lori tiga tan yang angkut semua perabot dengan barang-barang dari rumah sewa kat KL dah sampai sekitar pukul 7 malam. Perjalanan semua ok, alhamdulillah tak ada apa yang boleh mengharukan keadaan.

Sempat snap beberapa gambar masa diorang tengah packing barang. Kita layan kejap gambar-gambar ni…

Rasa sedih bila terpaksa tinggalkan dua ekor anak kucing yang aku jaga sejak diorang tak boleh melihat dunia lagi. Nak bawa balik, perjalanan jauh sangat makan masa sekitar 7 jam. Nanti diorang berak kencing dalam kereta susah. Tambah pula jalan dari Gua Musang sampailah ke rumah boleh dikatakan hujan turun tak berhenti. Maka terpaksalah aku tinggalkan diorang cari makan sendiri kat sana. Ayah mertua aku pun tak sampai hati nak biarkan diorang tak bertuan. Harap-harap diorang pandailah jaga diri kat sana…

Delima Mas Enterprise, lori pengangkut barang dari Ampang. Diorang ni memang specialist angkut barang-barang rumah untuk tujuan berpindah, termasuk dengan penghantaran perabot-perabot ke pasaraya Giant dan Tesco. Bagus diorang ni, peramah. Buat kerja pun cepat. Cuma yang aku geram sikit diorang salotape perabot yang berpintu macam almari tanpa pelapik. Kesannya, bila kita buang salotape tu habis cat perabot tu tertanggal sekali. Dah buruk dah jadinya huhu.

Dalam pukul 8 malam diorang ikut ke rumah aku kat kampung untuk turunkan semua perabot. Rumah yang asalnya banyak ruang kosong akhirnya jadi macam stor barang dalam masa tak sampai sejam haha.

Hari ni tak sempat nak kemas. Esok pun rasanya tak sempat. Mungkin lusa barulah ada masa nak kemas-kemas mana yang patut. Terpaksalah adik aku duduk dalam ‘stor’ beberapa hari ni haha. Itulah, hari tu cakap nak balik 5 Disember dari UiTM Shah Alam, tengok-tengok petang tadi dia dah balik. Saborlah ye eheh.

Bermula dari hari ini aku mula menetap kat Kelantan. Bak kata pepatah bagai sireh pulang ke ganggang haha betul ke ni? Fail betul kalau main dengan peribahasa atau apa-apa je yang berkaitan dengan sastera. Sebab tu la aku paling tak suka KOMSAS masa Tingkatan 4 dan 5 dulu. Mesti rasa nak tidur je hehe.

Hidup kat Kuala Lumpur memang best. Tapi walaupun macam-macam ada kat KL, tetap rasa macam ada yang kurang. Kaki kita lebih selesa bila berpijak di tanah asal kita. Selamat tinggal Kuala Lumpur. Ada masa aku akan bertandang ke sana lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 23 comments… read them below or add one }

biey December 8, 2010 at 8:24 am

yes..setuju sgt2..
kg kite dkt je adi..
kt lorong proses ayam jali tu

Reply

Amirez December 8, 2010 at 4:15 pm

eh ye ke. dekat sangat2 hehe. tak sangka jumpa orang sekampung :)

Reply

biey December 6, 2010 at 5:06 pm

bes nye leh balik kg…

Reply

Amirez December 6, 2010 at 5:57 pm

kalau kepala tengah serabut, balik kampung boleh juga hilangkan kekusutan sket hehe. kampung kat mana ni?

Reply

akubiomed December 6, 2010 at 12:00 am

Dekat KB port mana sedap makan nasi kukus?
akubiomed´s last [type] ..25 perkara mengenai AkuBiomed

Reply

Amirez December 6, 2010 at 11:58 am

ish, tak berapa tau sgt kedai2 makan ni. tapi pernah makan nasi kukus kat jalan PCB. boleh tahan sedap. ayam pun besar ;)

Reply

syahrilhafiz December 5, 2010 at 11:46 pm

oh dah berpindah..
doa masuk rumah dulu bro..hehe
syahrilhafiz´s last [type] ..Yahoo! Babel Fish atau Google Translate

Reply

Amirez December 5, 2010 at 11:54 pm

hehe. doa masuk rumah dah tak ingat. pasang mp3 surah al-baqarah jelah :)

Reply

Qider December 5, 2010 at 2:45 pm

aku mmg nak blk perlis,tp bila pk2 balik,takpelah,dok je bangi..

Reply

Amirez December 5, 2010 at 6:48 pm

kata orang, usia muda ni elok gak duk merantau negeri orang dulu. sepupuh dua puluh tahun barulah fikir nak duk kg ke tak. tapi dalam situasi aku lebih memerlukan aku duk kat kg. nak tak nak kenalah berkorban…

Reply

akublog December 5, 2010 at 2:26 am

Aku kalau gi tempat lain memang aku susah sket nak adapt..

So aku prefer kalau di tempat aku sendiri.. Huhuhu..

Semoga berjumpa lagi di KL ini..

Reply

Amirez December 5, 2010 at 11:36 am

duk KL area mana bro?
insyaAllah ada masa boleh ke KL lagi ;)

Reply

sadieqz December 4, 2010 at 10:31 pm

jangan lupa kami yg berada di KL!
sadieqz´s last [type] ..Kemalangan Yang Berlaku Di Kg Malaysia Tambahan

Reply

Amirez December 4, 2010 at 11:01 pm

never ever ;)

Reply

H.P.B Blog December 4, 2010 at 2:56 pm
Amirez December 4, 2010 at 5:10 pm

tapi kalau asal dari hulu camne? hehe

Reply

H.P.B Blog December 5, 2010 at 11:41 am

masih best juga
xkira tempat tu moden ke hulu
jika itu tempat asal kita
itu lah tempat yg best

P/S : Apakah Perasaan Anda Apabila Umur Anda Menjadi Bahan Tekaan? Gembira Atau Duka Atau Tiada Apa – Apa Perasaan?

Reply

Amirez December 5, 2010 at 1:22 pm

betul ke? boleh caye ke ni :P

Reply

H.P.B Blog December 6, 2010 at 1:27 pm
arrizz December 4, 2010 at 2:51 am

syukur semuanya berjalan lancar dan selamat..betul tue, mana-mana pon kita tercampak, temapat asal gak yang best..
arrizz´s last [type] ..arrizzcom kini sudah setahun

Reply

Amirez December 4, 2010 at 11:57 am

betul tu. lama mana pun kita duk luar, kampung halaman tetap di hati :) kecuali ada sebab2 utama kenapa kita tinggalkan kampung

Reply

akubiomed December 4, 2010 at 2:04 am

Salam perkenalan. Jangan lupakan kami di KL :-)
akubiomed´s last [type] ..Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop

Reply

Amirez December 4, 2010 at 11:54 am

eheh. datang Kelantan jangan lupa bagitau, boleh buat open house khas utk blogger2 ;)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: