Jul 12, 2010

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

  • Share
  • Share

pialadunia Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan Tutup sudah tirai Piala Dunia 2010 Afrika Selatan dengan juara disandang oleh pasukan Sepanyol dengan kemenangan 1-0 ke atas Belanda. Gol kemenangan dijaringkan oleh Andres Iniesta dalam masa tambahan iaitu pada minit ke-116. Felicitación Spain!!

Ni kali pertama Sepanyol dapat menjuarai Piala Dunia FIFA sejak World Cup mula diperkenalkan pada 1930. Ramalan Paul si Sotong Kurita pun mengena tepat pada bull eye. Nampak gayanya Mani si Burung masuk kuali buat lauk makan tengahari eheh. Hebat Paul neh, 100% tepat ramalan dia kali ni. Mungkin skang ni harga Paul dah dinaikkan eheh. Boleh panggil Paul si Ahli Nujum pulak lepas ni haha.

paulze Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

Sape yang berjaya pukul 2:30 pagi tadi? Aku toksah haraplah nak berjaga. Tido lagi best haha. Tapi kalau takde bunyi vuvuzela tu mungkin aku sanggup bersengkang mata tengok final Piala Dunia 2010 kot. Fafau, FBI dengan AG pun mamai je dalam konti Hot FM sebab pergi ke i-City semalam sejak pukul 12:30 lagi pakai jersey berkain pelikat dan kain batik hehe. Semangat betul. Semalam niat nak ke i-City dalam pukul 9 malam gitu. Bukan nak tengok perlawanan akhir World Cup kat skrin besar, saja nak jalan-jalan dengan isteri. Tapi tak jadi pulak. Isteri aku pening kepala, aku pun penat baru balik dari Damansara Height pukul 6:30 petang semalam.

3 Tanda Ingatan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

Aku bukanlah peminat bola sepak. Mungkin korang lebih arif pasal bola sepak daripada aku. Pemain pun tak berapa kenal. Tau nama diorang pun sebab main PES dengan FIFA kat Playstation 2 hehe. Itupun sikit-sikit je.

Ok. Piala Dunia sebelum-sebelum ni takde satu pun yang dapat buatkan aku ingat apa-apa melainkan gol  kontroversi Maradona dengan tangan tu. Itupun aku ingat sebab terbaca pasal tu dalam Mastika. Itu jelah yang aku rasa unik. Untuk World Cup 2010 ni aku rasa ada tiga perkara yang akan buatkan aku ingat sampai bila-bila…mungkinlah hehe.

#1 Vuvuzela

vuvuzelas1j Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan Aku yakin ramai yang tertanya-tanya bunyi apa yang bising sangat macam lebah sejak game pertama World Cup 2010 hari tu. Mula-mula aku ingat ada masalah bunyi dengan kamera perlawanan. Lepas tu barulah dapat tau bunyi tu datang daripada vuvuzela, sejenis alat bunyi yang asalnya dari Afrika Selatan sendiri. Bunyinya boleh mencecah 120 dB!! Gegendang telinga manusia cuma mampu mendengar sehingga maksimum 80-85 dB. Itu untuk satu vuvuzela. Bayangkan berapa ribu alat bunyi vuvuzela kat stadium tu orang tiup? Macam mana agaknya ek pendengaran penyokong-penyokong kat stadium tu lepas habis perlawanan?

Awal-awal dulu timbul isu nak haramkan penggunaan vuvuzela dalam setiap perlawanan tapi tak jadi. Pengadil-pengadil pun dipaksa untuk biasakan diri dengan bunyi vuvuzela masa diorang buat training. Pengadil pun ada training eheh. Speaker yang keluarkan bunyi vuvuzela dipasang kat stadium supaya diorang tak sakit telinga apatah lagi sakit hati bila nak jadi pengadil perlawanan nanti.

#2 Jabulani

jabulani456 Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan Ini bola rasmi daripada Adidas untuk Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Sebelum-sebelum ni pun memang Adidas yang diberi hak untuk menghasilkan bola rasmi setiap kali berlangsungnya World Cup. Tapi Jabulani ni pun jadi isu kali ni. Ramai pemain tak berapa suka dengan Jabulani ni lagi-lagi goal keeper, susah nak tangkap kata diorang. Boleh dikatakan Jabulani ni sangat pelik bila disepak. Tak caya? Tengok video ni.

[pro-player]http://www.youtube.com/watch?v=AFX7laMy3q4[/pro-player]

#3 Paul si Sotong

Haha, ini yang paling membuatkan aku takkan lupa dengan Piala Dunia 2010 icon biggrin Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan Kejap je nama Paul ni melonjak naik sejak ramalan dia yang selalunya tepat. Penyokong pasukan pilihan yang diramal kalah oleh Paul tu mesti tak suka dengan Paul si Sotong ni hehe. Sikit sikit Paul. Sikit sikit Paul. Ah menyampah!! Nak tangkap Paul buat sotong masak kicap la, sotong goreng tepung la, masak pedas…macam-macam haha. Kesian Paul. Dah la comel eheh. Erk, comel? Hahaha.

Cuma satu yang jadi tanda tanya aku sepanjang musim Piala Dunia ni. Mana pergi Ronaldinho ek? Sorilah aku ni buta bola sikit. Harap korang yang tahu boleh cerita sikit mana perginya mamat tu. Aku suka tengok dia beraksi atas padang. Kalau ada dia mesti banyak skil menarik yang dia tunjuk. Ronaldinho ni abang kawan aku, Azmir Rempit hahahaha icon biggrin Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

pixel Sepanyol Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan

4 Comments

  • hehe. sempatlah jugak aku duk luar 1 sem

    [Reply]

  • wooo…kompom la memang aku taktau..aku tak bermastautin kat situ hehehe

    [Reply]

  • hahaha. ini cerita rumah bujang taman melewar 2 masa tahun 4 dulu :P

    [Reply]

  • 4 tahun kita ngaji ngan si rempit tu Adi oii..bila masa pulak la dia bersedarakan Ronaldinho..ish3 (geleng2 kepala)

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks