Anda di sini: Laman Utama » Gambar & Fotografi, Islam » Sepetang di Masjid Brunei Darussalam

Sepetang di Masjid Brunei Darussalam

by Amirez on September 15, 2011 · 54 comments

Masjid Brunei Darussalam

Assalamualaikum. Ecece, mentang-mentang nak buat entri pasal masjid dan dan je bagi salam. Selalunya main terjah je masuk haha. Sama macam hari Jumaat, 9 September 2011 yang lepas…pakai kopiah semasa kembara mencari Masjid Brunei Darussalam yang terletak di Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan. Yang bestnya kawan aku yang teman hari tu pun pakai kopiah putih. Alasan yang sama dengan aku…sebab nak pergi masjid hehe.

Plan nak ke Masjid Brunei Darussalam ni dah lama sebenarnya, sebelum puasa lagi. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan, niat tu terpaksalah hold kejap hinggalah ke hari yang tak dijangka pada Jumaat lepas. Kebetulan kawan aku free hari tu, esoknya pula dia dah nak balik ke Langkawi, ada eloknya juga ajak dia sekali ke Danau Tok Uban jadi peneman. Aku tak pernah lagi ke Danau Tok Uban tapi aku tau lokasi masjid tu terletak di ceruk hujung kampung berdasarkan pembacaan di Internet. Satu lagi sebab nak ajak kawan teman, tempat tu dikatakan agak misteri. Kalau jadi apa-apa pun ada kawan yang mungkin boleh membantu.

Kitorang bertolak ke Pasir Mas lepas selesai solat Jumaat. Dalam pukul 3 petang lebih kurang. Terlewat setengah jam daripada waktu yang dijanjikan sebab perut aku tiba-tiba meragam hehe.

Cuaca petang tu ok. Tak panas, tak mendung. Jarak Pasir Mas pula kalau nak diikutkan taklah jauh mana dengan rumah kitorang kalau ikut jalan shortcut. Tapi disebabkan tak pernah lagi ke Tok Uban, perjalanan tu betul-betul rasa jauh. Jauh sebab sebenarnya salah tempat haha. Berpusing-pusing kat tempat yang salah. Patutlah bila tanya sorang pakcik kat mana Masjid Brunei dia macam agak susah nak cakap. Pada mulanya aku ingat sebab kemisterian lokasi masjid tu, rupanya sebab tempat tu jauh lagi sebenarnya dan banyak simpang. Aku follow tunjuk arah pakcik tu tapi akhirnya keluar ke jalan yang aku masuk awal-awal tadi. Patah balik rupanya. Nombor 0.

Tapi yang misterinya secara kebetulan sorang kawan yang tinggal kat Pasir Mas tiba-tiba call. Dah dua tahun rasanya dia tak pernah call. Seolah-olah hari tu macam ada sesuatu nak bagi petunjuk untuk sampai ke Masjid Brunei Darussalam yang terletak di tebing tasik Danau Tok Uban. Alang-alang nak ke tempat misteri, cara berfikir pun mestilah mistik-mistik sikit haha.

Berpandukan direction daripada mak kawan aku tu akhirnya sampailah kitorang ke Masjid Brunei Darussalam. Betul-betul hujung kampung. Kalau nak cerita liku-liku jalan sebelum sampai ke sana memang panjang. Kalau korang nak ke sana cubalah rajin-rajinkan diri tanya orang setempat. Aku yakin tak ada orang kat situ yang tak tau kat mana letakkan Masjid Brunei Darussalam. Budak perempuan yang aku tanya arah jalan hari tu pun tau tempatnya. Cuma satu nasihat daripada aku, banyakkan bertanya orang kalau nak ke sana. Kalau tak, ada kemungkinan korang boleh sesat. Sebab? Sebabnya ada banyak simpang. Salah masuk simpang nanti kang entah ke mana korang menghala hehe.

Kenapa masjid ni dinamakan Masjid Brunei Darussalam yang terletak di hujung kampung dalam daerah Pasir Mas, Kelantan? Dalam entri akan datang aku akan ceritakan serba sedikit sejarahnya, sangat menarik. Tapi yang sebenarnya aku tertarik dengan kisah Danau Tok Uban yang banyak cerita misteri terkandung di bawah tasik dan sekitarnya. Itu pun aku akan kongsikan dengan korang dalam entri akan datang termasuklah kaitannya dengan kebangkitan Islam pada akhir zaman.

Dalam entri pengenalan Masjid Brunei Darussalam ni cuma nak tunjuk beberapa gambar yang sempat aku ambik sepanjang sejam berada di sana. Ada 20 gambar kesemuanya. Kalau lambat load tu harap dapat bersabarlah ye. Tapi agak sedih sebab masjid ni seolah-olah terbiar.

Depan Masjid Brunei

Tertera ayat Masjid Brunei Darussalam dalam tulisan jawi.

Dalam Masjid Brunei

Ruang solat dalam masjid. Hanya ada sehelai sejadah saja. Yang peliknya sejadah tu seolah-olah dihamparkan oleh seseorang yang seakan-akan tau kitorang nak solat Asar kat situ. Macam nak tunjukkan arah kiblat yang sebenar yang sedikit serong daripada kedudukan mimbar. Aku kibas sejadah sebelum guna, tak berhabuk tapi ada sampah sikit kat atasnya. Bermakna, ada orang yang guna dalam masa terdekat sebelum ni. Tapi masa aku kibas sejadah terasa sejadah tu dah agak reput sampaikan terkoyak sikit kat bahagian bawah masa aku kibas sikit nak buang sampah. Terbukti sejadah tu dah agak lama.

Takwim tahun 2011 pada bulan Syawal dengan beberapa buah kitab suci al-Quran kat atas mimbar. Bersih, langsung tak berhabuk kat jari bila dicalit. Ada orang baca nampaknya tapi tak banyak kitab al-Quran yang aku jumpa dalam masjid ni.

Quran tinggal

Agak pelik kenapa ada kitab al-Quran tanpa kulit terletak kat atas tiang ni. Basah sikit sebab kena titisan air dari siling.

Mungkin ada orang yang suka baca Quran kat sini bersaksikan pemandangan tasik yang luas seluas mata memandang.

Tepi masjid brunei

Pemandangan dari sebelah luar masjid. Nampak tasik tu? Luas, tenang dan damai je kat sini.

tangga masjid brunei

Tangga nak ke bumbung masjid.

pagar kunci masjid brunei

Tapi sayang berkunci pulak. Tak dapat nak tengok pemandangan dari atas bumbung.

kolam masjid brunei

Kolam yang nampaknya agak lama tak berisi air.

jeti masjid brunei

Jeti masjid. First time aku tengok masjid ada jeti. Unik.

jeti masjid

Air tasik makin surut nampaknya. Tengok kesan kuning keperangan tu.

pemandangan dari masjid brunei

bunga

Sekitar tebing tasik yang dipenuhi dengan bunga kiambang. Sekali tengok macam rumput padang pun ada. Jangan tersilap langkah sudah.

rumah pulau

Tak jauh dari masjid boleh nampak satu pulau (agaknyalah). Nampak macam ada rumah. Cer zoom sikit.

rumah misteri dalam pulau

Macam dah terbiar. Teringin nak tinjau ke sana tapi tak tau macam mana.

langit biru masjid brunei

pondok misteri

Nampak macam tangki air. Tapi kenapa agak jauh dari rumah? Berhampiran dengan Masjid Brunei ni ada rumah-rumah macam chalet gayanya. Dikatakan rumah-rumah tu tempat penginapan pelajar-pelajar Tahfiz. Hari tu aku pergi nampak macam kosong.

tiang misteri

Tak jauh dari masjid aku perasan ada beberapa tiang yang macam pembinaannya tergendala.

tiang misteri lagi

Ni ada beberapa lagi tiang kat satu kawasan yang lain. Sekali tengok terlintas macam Stonehenge kat England lak.

Dulu masjid ni dikatakan selalu diimarahkan oleh pelajar-pelajar Tahfiz. Sekarang ni tak pasti status masjid ni macam mana. Hari tu tak sempat nak jumpa penjaga masjid yang rumahnya terletak tak berapa jauh dari masjid. Tengok sekali imbas macam dah tak digunakan.

Antara sebab-sebab kemungkinan yang aku rasa masjid ni dah tak digunakan:

  • Lantai masjid yang dipenuhi dengan najis burung.
  • Sejadah yang aku jumpa hanya satu saja.
  • Dalaman masjid yang kosong seolah-olah semua barang dipindahkan.
  • Wujudnya satu lagi masjid di pintu masuk kampung sebelum sampai ke Masjid Brunei ni.

Sebelum balik aku sempat tanya sorang budak lelaki yang jalan-jalan kat situ dengan motor. Katanya masjid ni masih lagi digunakan. Secara logiknya mungkin betul masih lagi digunakan sebab paip air dan elektrik berfungsi dengan baik. Cuma yang menjadi tanda tanya kenapa lantai macam dah lama tak dibersihkan? Atau mungkin mata kitorang ditutup untuk melihat hal yang sebenar dalam masjid tu? Kalau betullah macam tu, kitorang adalah orang yang sangat rugi.

Sekitar 6:30 petang kitorang bertolak balik. Elok je masuk kereta, awan hitam dah mula menebal. Angin punyalah kuat. Lebih kurang 10 Km dari masjid hujan turun dengan sangat lebat sekali dengan angin kencang sampaikan hampir-hampir tak nampak jalan. Nasib baik dah keluar ke jalan besar. Kalau tak, mesti seram duk dalam hutan dengan hujan yang sangat lebat tu. Tak gerak dah rasanya. Jarak simpang dari jalan besar ke masjid lebih kurang dalam 8 Km. Sempat lagi set jarak dalam meter kereta eheh.

Malam esoknya aku dapat satu mimpi yang sangat aneh. Bukan aneh sebenarnya, tapi lebih kepada misteri. Yang pernah baca status aku kat Facebook pada 11 September lepas tahulah apa yang aku mimpi hari tu. Pada mulanya ingat sekadar mimpi biasa tapi bila diteliti balik segala yang berlaku dalam mimpi tu termasuklah satu pesanan yang disampaikan, aku jadi terkedu.

Betul kata kawan aku, tak sepatutnya mimpi macam tu aku hebahkan kepada umum walaupun dengan niat untuk bertanya pada mulanya. Malam sebelum tu pun aku mimpi yang hampir sama iaitu pada malam aku balik dari ziarah Masjid Brunei Darussalam. Mungkin mimpi tu ada kaitan dengan ziarah aku ke Danau Tok Uban yang dikatakan penuh dengan misteri. Antara percaya atau tak, tapi tak rugi kalau menganggap serius dengan mimpi tersebut.

InsyaAllah kalau ada ruang dan peluang aku nak ke sana lagi untuk berjumpa dengan penjaga Masjid Brunei. Sekadar nak mendapatkan info termasuklah sejarah Masjid Brunei yang dibina pada tahun 1992 oleh Sultan Brunei.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 54 comments… read them below or add one }

Hamba Allah May 10, 2012 at 2:03 am

Ya Allah..rindunye kt masjid ni..sy jgk bekas pelajar disana..1992-1998..thanks atas gambar2 kt atas..kalau tidak keberatan, letak lah lebih byk gambar masjid ni..sayang pintu pagar ke bumbung dikunci..kalau saudara dpt naik keatas, saudara akan dpt melihat dasar tasik yg amat2 indah..

Reply

Amirez May 10, 2012 at 2:31 am

ini je gambar yang ada. yang lain2 semua lebih kurang sama. insyaAllah ada masa nak ke sana lagi. tak puas menikmati pemandangan tasik dan kampung rong chenok yang indah permai tu :)

Reply

Rahimin May 10, 2012 at 12:06 pm

Assalamualaikum saudara. Jika saudara bekas pelajar sana tahun 92-98, semestinya kita pernah berjumpa. Saya belajar sana dari tahun 95-98. Nama saya Rahimin dari Brunei. Sewaktu tu saya dan dua orang sepupu saya dari Brunei belajar kat sana. Buleh saya tahu siapa saudara? Tolong email siapa saudara di heliflyer07@gmail.com. Alhamdulillah mungkin Allah SWT sengaja mempertemukan kembali sahabat2 saya yang lama tidak berjumpa.

Reply

Amirez May 10, 2012 at 4:05 pm

alhamdulillah. seronok rasanya bila entri ini jadi medium pertemuan pelajar2 institut ni :) mungkin lebih ramai lagi dapat ditemukan lepas ni, boleh buat reunion nanti

Reply

Rahimin Ismail April 5, 2012 at 8:45 am

Assalamualaikum.
Saya adalah salah seorang pelajar tahfiz di Institut Al-Balaghulmubin pada tahun 1995-97. Saya berasal dari Brunei dan masih menetap di Brunei. Apabila membaca blog anda dan melihat gambar-gambar masjid tu, kenangan manis teringat kembali. Masjid Brunei tu dahulunya digunakan untuk pelajar2 tahfiz sembahyang waktu dan kelas Al-Quran. Disini saya akan ceritakan sikit bagaimana kami lalui kehidupan sewaktu belajar di Institut berkenaan. Sewaktu di asrama, setiap pagi kami dikejutkan dari tidur pada jam 4 pagi dan terus menuju ke Masjid ini. Kami akan mengami Al-Quran sambil menanti fardhu subuh. Setelah siap sembahyang fardhu subuh kami skan menyambung mengingati hafalan sambil disemak oleh seorang ustaz hingga jam 7 pagi. Selepas tu, balik ke asrama, pergi mandi dan sarapan pagi. Kemudian pengajian diteruskan pada jam 8 hingga 12 tengahari di kelas2 berhampiran asrama. Siap makan tengahari kami pergi ke Masjid untuk sembahyang fardhu Zohor dan pengajian akan diteruskan hingga waktu Asar. Selesai sembahyang Asar, kami akan bersukan dan kebanyakan yang minat bermain bola. Selesai sembahyang fardhu Magrib, pengajian diteruskan lagi sehingga waktu Isyak dan pengajian diteruskan sehingga selesai pada jam 10 malam. Begitulah kehidupan kami seharian semasa kami masih belajar di Institut berkenaan.
Saya agak terkejut apabila membaca blog awak yang institut ni dah tak digunakan lagi. Betul ke?

Reply

Amirez April 5, 2012 at 1:28 pm

wa’alaikumussalam saudara Rahimin.

bertuah rasanya saya bila bekas pelajar Institut Al-Balaghulmubin sendiri yang datang ke blog saya ni.

saya tak pasti sama ada institut ni dah tak digunakan lagi atau tak. tapi daripada apa yang saya nampak ianya macam tidak dijaga. masjid brunei ni pun tak dijaga. ruang solat dipenuhi dengan najis burung.

tapi bila saya tanya sorang budak yang main2 kat masjid tu dulu katanya masih digunakan lagi. komen sebelum ni pun katanya masih digunakan juga. itu yang buatkan saya rasa pelik.

mungkin hati saya kotor masa tu sampaikan saya nampak bukan yang sepatutnya

Reply

Rahimin April 5, 2012 at 5:46 pm

Sempat tak tengok asrama Institut tu? Saudara boleh cuba tengok dalam youtube. Click aje “Institut Al-Balaghulmubin”. InsyaAllah satu hari saya akan melawat Institut ni. Dah 15 tahun dah saya meninggalkan tempat ni. Sehingga sekarang hanya seorang rakan saja yang saya masih berhubung.
Pada masa tu saudara lalu jalan mana? Sebenarnya ada dua jalan yang boleh dilalui iaitu Jalan Rong Chenok atau melalui Tanah Merah. Pada waktu saya dulu jika melalui jalan Rong Chenok, kami terpaksa merentas satu jalan di bawah landasan keretapi.

Reply

Amirez April 7, 2012 at 12:18 am

saya tengok dari luar je sebelum nak ke Masjid Brunei. saya ikut jalan Rong Chenok, lalu bawah landasan keretapi.

saya cadang nak ke sana sekali lagi, insyaAllah

Reply

Abdullah Awang February 8, 2012 at 9:34 am

salam, saya hanya mencari gambar-gambar masjid untuk majlis maulidulrasul, lebih baik saya ambil gambar kampung saya Rong Chenok. Terima kasih kerana anda salah seorang yang menulis tentang masjid di sini, sekurang-kurang nama kampung saya boleh dikenali ramai serata dunia. Mudah-mudahan dibukakan segala pintu keberkatan oleh Allah.

Reply

Amirez February 8, 2012 at 3:43 pm

salam abdullah awang. terima kasih sudi singgah ke blog saya yang kerdil ni. secara jujurnya saya suka suasana kampung Rong Chenok, tenang dan luas mata memandang.

insyaAllah ada masa saya akan ke sana lagi. kalau tak keberatan boleh kita berjumpa :)

Reply

nurr November 3, 2011 at 9:59 pm

baru tau ada masjid nama brunei di malaysia.siap full name. kesian sungguh keadaan masjid but the place is really cantik..remind me of masjid omar ali saiffuddien dia punya jetty extend sampai ke lagoon. so kira ada similarity ckit.

maybe this doesnot come to the attention of our Sultan cos if he knew, im sure he woudnt want the place to look shabby lebih lebih lagi siap ada name brunei lagi.

hopefully penduduk kampung ramai2 can really make use of the masjid and makmurkan semula.

Reply

Amirez November 22, 2011 at 5:55 am

itu yg kita harapkan. sayang kalau masjid ni dibiarkan macam tu je

Reply

Hamba Allah October 19, 2011 at 4:06 pm

As’salammualikum. Saya dri Brunei. Mengenai Masjid Brunei di Negeri Kelantan. Masjid ini adalah wakaf dri Sultan Brunei secara peribadi. Masjid terapung2. Tentang nama tersebut saya tidak tahu kebenarannya. Sultan Brunei hanya mewakafkan Masjid ini pada tahun saya tak ingat. Bukan di Kelantan wakaf peribadi Sultan Brunei. Di aceh indonesiA dan baginda sendiri mewakafkan sekolah ugama di sana.

Reply

yunusbhai September 20, 2011 at 7:41 am

Salam.

Terima kasih atas info yang menarik dan segar.

Reply

Amirez September 20, 2011 at 10:38 am

salam.
sama2. sekadar berkongsi :)

Reply

alia September 18, 2011 at 7:28 pm

sayangnye, xde org jaga msjid tu elok2..

Reply

Amirez September 18, 2011 at 7:43 pm

sedih juga kenapa jadi macam tu

Reply

shaharil September 18, 2011 at 6:47 am

Mula-mula ingatkan masjid ni kat brunei berdasarkan nama masjid. Namun setelah aku baca sampai habis rupa-rupanya kat kelantan saja.

Sayang kurang penjagaan dan tidak terurus sangat.
shaharil´s last [type] ..Bukit Kepong – Tragedi Sayu dan Pilu

Reply

Amirez September 18, 2011 at 8:28 am

ada sejarahnya kenapa masjid ni dinamakan Masjid Brunei Darussalam. dulu masjid ni tempat pelajar2 tahfiz mengaji. tapi skang ni macam dah tak digunakan lagi dah

Reply

cikguden September 17, 2011 at 3:44 pm

ingatkan kat brunei tadi. ko nie memang suka la dengan misteri2 nie
cikguden´s last [type] ..Kandid Untuk Majalah Sekolah

Reply

Amirez September 17, 2011 at 4:25 pm

misteri tu seksi haha. lupa nak masukkan dalam entri Ciri-ciri Lelaki Seksi hari tu. bila nak balik semenanjung?

Reply

cikguden September 18, 2011 at 7:42 pm

dapat lagi satu point ek. huhu. cuti sekolah hujung tahun nanti balik la. -.-
cikguden´s last [type] ..Kandid Untuk Majalah Sekolah

Reply

Kerja Kosong September 17, 2011 at 1:16 pm

Hehe.. sekilas nampak benar pergi ke Brunei la.. Tak taunya di negeri Kelantan.
Kerja Kosong´s last [type] ..Esterol Vacancies 2011 Production Engineer IMMIE, Admin, Security Guards

Reply

danish September 17, 2011 at 6:20 am

Menunggu entri seterusnya kenapa dinamakan masjid Brunei Darussalam walaupun terletak di negeri Kelantan
danish´s last [type] ..Nasi Lemak 2.0 lah pulak

Reply

Amirez September 17, 2011 at 4:23 pm

insyaAllah kalau sempat esok entri tu menyusul ;)

Reply

Lizz September 17, 2011 at 1:07 am

menarik entry ni!! mula2 ingatkan kau ke brunei. tapi tak sangka pulak kat malaysia ni ada masjid brunei ye? sumpah tak pernah tahu.
Lizz´s last [type] ..Tersenarai Sebagai Finalis Untuk Memenangi Ipod Touch

Reply

Amirez September 17, 2011 at 4:21 pm

hari tu ko ke brunei kan? kiranya aku pun dah ke ‘brunei’ jugaklah ni hehe

Reply

nuriz September 17, 2011 at 12:46 am

aiii meremang jugak duk baca kisah misteri psl mimpi2 ni mlm2 ni huhu..emm pelik jugak nama masjid ni di pasir mas..sgt unik dan misteriiii

Reply

Amirez September 17, 2011 at 4:20 pm

hehe. misteri tak semestinya perkara yg menakutkan :)

Reply

zik September 16, 2011 at 11:08 am

misteri sungguh masjid ini… tapi macam dah ditinggalkan…. pandangan masjid semua diambil view yang sangat cantik…
zik´s last [type] ..I believe lyrics maher zain feat Irfan Makki (some explanation)

Reply

Amirez September 16, 2011 at 12:32 pm

rasanya macam tulah. atau mungkin pandangan aku digelapkan drp melihat yg terang pada masa tu…

Reply

nizamghazi September 16, 2011 at 5:02 am

Wslm.. Org beri salam, kita kena jawab dulu :)
Teringin juga nak tahu kenapa ianya dinamakan masjid ini sbgai
Masjid Brunei Darussalam, mesti ada sejarah yg unik pasal ni.
Tertarik juga dgn : hanya ada sehelai sejadah saja.
Lastly nk cakap gmabr2 yg Amirez shoot ni semua cantik2.Angle yg cantik TETAPI sgt misteri. Teringin juga nak tahu apakah mimpi tu. whoaa. panjangnye NG komen + tanya, hope Amirez x kisah
nizamghazi´s last [type] ..You’ve Been Hacked! No One is Secure

Reply

Amirez September 16, 2011 at 10:19 am

semua persoalan akan dijawab nanti ;)
kecuali pasal mimpi tu rasanya tak perlulah bagitau secara umum walaupun ianya mimpi yg baik. takut ada org salah tafsir pula nanti. tapi seyes, mimpi tu agak mengejutkan lepas dapat tau apa yg disuruh cari dlm mimpi tu

Reply

akubiomed September 16, 2011 at 12:10 am

Ingatkan bro pergi melawat masjid di Brunai rupanya nama masjid sempena nama negara Brunai. Mesti ada sejarah disebalik pembinaan masjid tersebut

Reply

Amirez September 16, 2011 at 12:26 am

hehe. insyaAllah ada kesempatan nak juga lawat masjid kat negara Brunei. lawa2 katanya.

masjid ni ada sejarahnya. insyaAllah dalam entri akan datang akan diceritakan serba sedikit asal usul masjid ni dan juga kisah di sebalik Danau Tok Uban

Reply

titan September 15, 2011 at 11:50 pm

wahh..gi sini watpe? jalan-jalan ye..
titan´s last [type] ..Komisen ke 82 dari TNX

Reply

Amirez September 16, 2011 at 12:23 am

menjejak sejarah yang agak misteri:)

Reply

wrizuan.net September 15, 2011 at 10:52 pm

picture yang menarik bro…teknik fotografi yang baik….berkali2 aku melihat….mendamaikn suasana masjid tuu..:)
wrizuan.net´s last [type] ..Facebook perkenalkan “Subscribe Button”

Reply

Amirez September 15, 2011 at 11:35 pm

terima kasih WR. masih lagi bertatih. ada yg terlebih edit sket tapi biarlah hehe.

kalau tengok gambar masjid dari seberang tasik lagi menarik. boleh google..pernah terjumpa hari tu

Reply

Jai September 15, 2011 at 6:36 pm

Aku ingat bro dah merantau jauh..he3.. Sayangnya masjid tu terbiar je..
Jai´s last [type] ..Keputusan Rayuan Ke IPTA Lepasan STPM Dan Setaraf Sesi 2011

Reply

Amirez September 15, 2011 at 8:35 pm

hehe. lum kesampaian lagi nak ke sana

Reply

Pacifista September 15, 2011 at 5:24 pm

rajin jugak ko ni menziarah masjid2 yang ada.bagus :)

Reply

sw33tdarling September 15, 2011 at 2:54 pm

teringat masa kecik2 dulu kadang2 ikut mak jelajah 40 buah masjid sbb nak tunaikan nazarnya

Reply

Amirez September 15, 2011 at 5:01 pm

jelajah 40 buah masjid? menarik. boleh tiru ni hehe

Reply

syahrilhafiz September 15, 2011 at 2:02 pm

tak dak orang pun, hehe
cantik jugak permandangan yang bro ambil, pandai main angle
syahrilhafiz´s last [type] ..Wordless Wednesday #12 : Garena Room

Reply

Amirez September 15, 2011 at 2:39 pm

a’a, macam dibiarkan. tapi ada orang kampung yg keluar masuk kawasan masjid ni utk ambik angin, jalan2, borak2. tempat ni memang mendamaikan.

owh..ye ke? rasa macam ada cacat lak kat gambar2 ni hehe

Reply

farhan September 15, 2011 at 12:57 pm

amirez..nanti boleh la bwk aku pergi masjid brunei ni.hehe..best kalau dpt pergi ni

Reply

Amirez September 15, 2011 at 2:37 pm

boleh. nanti kita kaji sama2. duk mana sekarang ni?

Reply

azura September 15, 2011 at 12:05 pm

ramai blogger yang kampungnya di Tok Uban, Tok Bali…misteri mungkin bagai ditinggalkan…ingatkan amirez pergi brunei tadi…terkesima
azura´s last [type] ..Saya suka sinetron para pencari tuhan

Reply

Amirez September 15, 2011 at 2:37 pm

oo ye ke. tak sangka pula. teringin gak nak ke brunei. bila agaknya ada peluang ke sana

Reply

farhan September 15, 2011 at 11:50 am

amirez..menarik tempat ni..misteri ke danau tok uban ni..misteri apa….masjid brunei tu unik btul.knapa nama masjid tu brunei.apa sejarahnya.ada Jeti masjid……best kalau dpt pergi ni

Reply

Amirez September 15, 2011 at 2:35 pm

misterinya semisteri nama brunei pada masjid yg berada di kelantan :) insyaAllah ada penerangan dalam entri sekuel nanti. chee wah, entri sekuel :P

Reply

Elie September 15, 2011 at 11:17 am

mati2 ingt bro poie brunei td…mmg langsung xpernah dongar namo masjod nie b4 this…

*gambar yg nampak khubah masjid ngan awan tu lawa kalo nk edit buat kad raye bro…mintak blh…nk yg xder credit :D *
Elie´s last [type] ..40 Petanda Anda Telah Jatuh Cinta

Reply

Amirez September 15, 2011 at 2:34 pm

hehe. itu yang jadi tanda tanya macam mana masjid brunei boleh ada kat kelate lak.

ehem..kalu takdok kredit ada pengerasnya :P

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: