Setem USD4 Juta Jadi Rebutan
*Kenapa lak si Leh ni pejam mata haha
Semalam, kami yakni empat orang bujang menghabiskan masa ke GSC 1 Utama untuk menonton filem Setem arahan Khabir Bhatia pada pukul 11:20 malam. Asalnya bos pun nak ikut juga tapi tak jadi bila isteri dan anak dia pun nak ikut sama haha. Kasihan orang yang dah berkahwin. Malam semalam hanya untuk orang bujang saja haha.
Aku, Azam dengan Leh kena bergerak awal nak ambik tiket yang aku tempah secara online petang semalam. Risau kalau² terlambat, nanti tiket tu dijual kepada orang lain kalau lewat dalam masa 45 minit sebelum tayangan bermula. Bila sampai ke kaunter, tak penuh pun GSC semalam. Lengang. Seat pun banyak yang kosong. Patutlah senang je nak book online. Kalau tak, jadi macam filem Transformers 2 dulu.
Ada 45 minit lagi sebelum Setem bermula. Nak buang masa pergi karaoke jap layan nasyid haha. Kiri kanan orang duk melalak lagu jiwang, kitorang tibai lagu Lafaz Yang Tersimpan daripada UNIC. Sempat juga Azam berzikir dalam bilik kecik tu sampaikan bilik kiri dan kanan senyap seketika haha. Bagus betul Azam ni. Tak bestnya microphone kitorang tak berapa function. Suara aku tak dengar sangat biarpun dah keluar anak tekak. Suara Leh takpelah, suara dari perut. Tak pakai mic pun boleh dengar lagi.
Kitorang terlewat sikit masuk panggung sebab tunggu Hassan dengan kawan dia datang. Seminit pertama tayangan tak sempat nak tengok. Tapi boleh fahamlah juga intronya sebab dah baca sinopsis awal². Memalukan bila tempat yang kitorang duduk tu salah nombor haha.
Panggung tak ramai pun. Mungkin sebab weekday, mungkin juga sebab dah agak lewat malam. Tapi suasana masih lagi hingar dengan lawak² Afdlin dan Sathia. Pendek kata, filem ni memang menyeronokkan. Tak hangus begitu saja RM9 semalam.
Aku sangat tertarik dengan filem Setem ni sebab sinematografiknya sangat cantik, dengan angle yang menarik. Boleh rasa kelainannya dengan filem² tempatan yang lain. Nampaknya Khabir study macam mana nak buatkan sesuatu filem itu menarik seperti menonton filem² Hollywood dan Bollywood. Tengok trailer je pun dah mengujakan, apatah lagi filemnya ye tak?
Contohnya scene di mana Mani keluar penjara, sekali tengok memang seperti filem Hindustan. Dengan gaya jalannya, misai tebalnya, muzik latar belakangnya, best. Intro cerita pun best, ala² filem penyiasatan Hollywood. Belum pernah lagi aku menonton filem tempatan lain sebegini.
Lawak pula memang menggelikan hati dan bukan lawak spastik yang kadang² dilihat seperti memperbodohkan bangsa sendiri. Contohnya part di mana Mani rasa terharu bila Vanidah Imran menceritakan tentang surat permohonannya untuk pembedahan mata Iskander (Que Haidar). Mani memandang ke luar jendela memandang peti pos surat dengan muka jahat kemudian memejamkan mata beberapa saat. Satu panggung ketawa. Simple saja tapi cukup untuk menggelikan hati. Tak perlu lagak menepuk kepala orang lain untuk dijadikan lawak.
“Serahkan surat tu sekarang!” kata Mani. Lalu abang posmen pun bertanya dalam takut², “Yang KL ke lain-lain bang?”
Perjalanan cerita sangat menarik. Tertarik dengan cara Khabir Bahtia keluarkan watak Iskander pada awal kemunculannya dalam filem Setem ni. Buatkan kami tertanya² apa kaitan Iskander dan kakaknya dengan setem bernilai USD4 juta itu? Tapi aku harapkan Iskander mempunyai satu hubungan kuat dengan setem tunggal tersebut. Rupanya hanya sekadar sebagai orang di mana setem itu terselit. Walau apapun, masih lagi menarik.
Bila saja selesai menonton, terlintas juga di fikiran yang cerita ini mungkin ada sikit sindiran kepada masyarakat kita sendiri. Terutamanya tentang orang yang hendak menipu ditipu oleh sang penipu. Dua kali ditunjukkan dalam filem ni. Kali pertama pada babak Azwan Ali hendak menjual semula gitar Carlos Santana kepada Rashidi. Sedangkan dia telah ditipu hidup² oleh Afdlin yang berpakat dengan Rashidi. Betullah pepatah lama, orang tamak selalu rugi.
Babak kedua adalah plot keseluruhan cerita Setem ini iaitu orang yang mempunyai nama senang² boleh menipu orang lain dengan membuat cerita tentang Setem tersebut walhal ianya palsu. Bila setem tersebut hilang, dengan senang dia dapat claim dengan insurans yang telah diletakkan ke atas setem tersebut. Pendek kata, orang yang telah mempunyai nama senang untuk memanipulasi orang lain. Kata²nya akan sentiasa dianggap betul. Sama juga dengan politik negara kita. Owh, tak perlu lihat politik, sekitar kita juga begitu.
Secara keseluruhan, Setem memang patut ditonton. Bukan calang² filem tempatan. Terasa nak menonton buat kali kedua pula. Mungkin juga aku akan tonton filem Sepi yang dikatakan sangat menarik oleh Fie. Owh, Fie akan berkahwin esok. Semoga Fie dan suami kekal bahagia selalu. Jeles la pula eheh.
Setem: 4/5







August 6th, 2009 at 9:45 am
aku mmg nak tgk filem ni..aku dah jatuh chenta ngan filem2 Khabir Bhatia,jadi hasil kerja dia sangat dinanti2kan (oleh aku)..aku dah try tengok Cinta,tapi baru sikit so takleh komen lebih,tapi Sepi ntah berapa kali aku tgk sampai sajak dalam filem tu pun aku hafal..eheheh..Sepi memang besh adi,p la beli DVD ori (cucuk2 adi, oh yea,antara sebab yang kuat aku nak kawen is after tengok filem Sepi nilah..keh3)
boleh la ajak hubby p tengok..tapi weekend ni kena balik kelantan dulu…hiks..berapa lama lagi tayangan ek?
n adi,takyah jeles2 ngan aku,ur time will come.menggalas tanggungjawab sangat berat sebenarnya..huhu..tapi best bila tanggungjawab tu dipikul bersama2 (sori tuan blog,keluar topic..)
qider @ fie yang comei´s last blog ..My Wedding (Part 1)
August 6th, 2009 at 2:29 pm
eheh. aku pun rasa camtu gak.
nanti nak tgk filem sepi lak sbb dh direkomen kuat oleh hang eheh.
bagus gak ajak ur hubby tgk. nati kuar panggung mesti rasa seronok
August 6th, 2009 at 10:43 pm
hehe setuju dgn kak qider..cite sepi sgt2la bestnye..sungguh bermakna…
sy pun sgt meminati cerita khabir bhatia, terutama nur kasih…sungguh syok!!! hehe
hm cite setem ni rasenye nak tgk gak…psl sy suka afdlin
ade tak sape2 nak tengok cite setem dengan saya???
p/s: tuan punya blog..dgr nasihat pengantin baru tue
August 6th, 2009 at 11:40 pm
sy sy (angkat tangan) nak tgk setem dgn cikgu anis hehe.
nati nak pinjam cite sepi k.
suka afdlin sbb perut ke