Pernah tak orang berhutang dengan korang tapi nak bayar balik hutang tu punyalah berzaman nak tunggu?? Bila tanya bila nak bayar, macam-macam alasan diorang bagi. Paling ok pun, tangguh sehari dua lagi nak bayar. Kalau dah sehari dua boleh bayar, kenapa hari ni tak boleh? Logik tak? Lainlah kalau dalam sehari dua tu ada posmen datang rumah hantar surat berisi duit haha. Ataupun mungkin orang tu nak rolling duit yang dia hutang dengan orang lain pulak? Entahlah. Orang yang suka sangat pinjam duit ni selalunya ada penyakit lambat bayar hutang.
Baru tadi dapat SMS daripada dua orang yang ada hutang dengan aku. Dua-dua ni umur diorang jauh lebih tua daripada aku, pangkat pakcik-pakcik dah. Tapi bila usia kita dah meningkat dewasa, biasanya diorang yang pangkat pakcik-pakcik ni akan bahasakan diri diorang abang. Dua-dua ni aku panggil abang. Anak dah berderet-deret. Kerja pun boleh dikatakan stabil jugalah. Tapi kalau pasal hutang, siapa-siapa pun lambat nak bayar.
Yang aku hangin sikit dengan diorang ni dua-dua janji nak bayar hari Ahad. Lepas sehari, sehari lagi tunda. Haih, penat nak kejar diorang. Hari-hari tanya bila nak bayar. Dah rasa macam ceti pulak.
Sorang tu berhutang bila duit yang aku bagi untuk minta tolong dia langsaikan saman trafik sekali dengan road tax tak dibayar-bayarnya juga. Bayar road tax je, saman tak. Katanya duit tu dia bagi kat polis tapi polis tu tak clearkan saman aku. Macam tak logik je. Mintak balik duit saman berjumlah RM450 tu tapi macam-macam alasan dia bagi. Kalau duit tu ada kat tangan dia mesti dia dah bagi, betul tak? Buat apa nak simpan kalau bukan dia yang guna duit tu?
Lagi sorang ni berkaitan dengan sewa rumah arwah mak aku. Kalau aku tak tanya dia mintak bayar sewa, sampai ke sudah dia buat dunno. Masa arwah mak aku masih ada yang masa tu tengah sakit, setahun sewa rumah tak dibayarnya. Selalunya arwah mak akan SMS dia tanya pasal sewa rumah. Bila arwah mak tak SMS sebab sakit, boleh pula dia buat tak tahu. Lepas arwah mak dah meninggal, aku bertemu mata dengan dia mintak penjelasan pasal hal ni. Katanya dia ada masalah duit, nak tunggu komisyen sekaligus baru nak bayar. Sewa rumah pun taklah mahal, RM300 je sebulan, hampir 3 kali ganda lebih murah daripada duit yang aku keluarkan untuk bayar sewa rumah masa kat Sg. Buloh dulu. Entahlah. Ingat nak bagi notis pindah rumah tak lama lagi. Ok tak macam tu?
Kalau koranglah, apa cara korang buat supaya diorang ni dapat bayar hutang-hutang korang tu? Satu masalah aku, aku ni berhati lembut. Tengoklah wallpaper handphone aku ni, ada love-love lagi haha. Takdelah. Saja je tu. Aku suka wallpaper yang tak serabut dan senang mata memandang. Cover, cover
Kawe pun ada jugak orang yang tak bayar hutangnya, dah nak masuk 3 tahun…puas kita memintas dia untuk minta hutang, kekadang rasa malu jugak.
itulah…sepatutnya dia yg rasa malu tak bayar hutang tapi sebaliknya lak yg jadi huhu
kena desak sampailah dapat..
kalau tak kerana menghormati orang yg lebih tua, dah lama aku gunakan kekerasan haha. takdelah. yg tak tahannya dia tipu. bagi duit suruh bayar saman tapi dia tak bayar
kena minta. Minta dan terus minta..kalau tak, sampai bilalah takkan dibayarnya..
Entri Terbaru ohcikgu » Permohonan jawatan GSTT negeri Melaka 2011 dibuka
kalau kita tak berkeras, tak mustahil diorang akan buat kat orang lain gak kan
halamakkkkkk…..hutang…promise will pay back a.s.a.p!!
eh, ashud takpe, abg tak kisah sebab abg tau keadaan ashud. tapi dua orang ni suka ambik lewa pasal hutang, sedangkan diorang mampu
Janganlah liat membayar utang,kalau kita bayar hutang pun dapat pahala gak tau.
Entri Terbaru Kamal Mustafa » Kamal Info – Coklat Penyembuh Batuk
owh, bayar hutang dapat pahala ek? ilmu baru ni hehe
chop!!! cemana ko letak widget apesal tu kat atas ni ha? aku buat tak jadi..terpaksa kene letak kat sidebar…mcm kelako je kan??
Entri Terbaru intankuterpilih » Masalah Tak Habis-habis
cuma letak script apesal tu dalam file single.php
tu la, bila tgk wallpaper handset ko tu, terpk gak kejap, ko nie lalki ke pompan, kotler blogger menyamar ke kan..?? tapi memang kelako la… hahahah… ok habis gelak…serius balik!
pasal hutang ni biasala… suami aku ni dulu memang seorang yg pemurah, kalau kwn2 nak pinjam duit, senang je dia bagi… ada kawan dia nak pinjam 2.5k, wah, dengan mudahnya dia bagi… selepuk lak tu… tapi bila nak mintak balik duit tu, mcm kite lak yg berhutang ngan dia, kene rayu2 segala… pastu dapat bukan selepuk lak tu, bagi seratus, kadang2 paling banyak pon 300… ada balance lagi 1.6k dia masih tak langsaikan… suami aku sampai dah mls nak mintak dah… takperlaa… biarlah dia mkn duit tu, tak berkat kalau bagi mkn anak bini…
Entri Terbaru intankuterpilih » Masalah Tak Habis-habis
aku ni berhati lembut. hati je ok, bukan jiwa haha.
kadang2 org sengaja tak nak bayar sekaligus. nak bayar sikit2, pastu buat2 liat nak bayar. dengan harapan org yg bg dia pinjam tu akan rasa malas nak mintak balik ataupun dah lupa.
Salam bro.. aku ada cadangan…
ko ckp je kat ‘orang-orang’ tu yg ada penyewa lain nak masuk dan penyewa baru boleh bayar 3+1 cash lagi. Haha.. tgk gelabah ke x ‘orang-orang’ tu. Kalo dorang kata nak byr, ko bg timeframe seminggu, pastu x byr gak, GET OUT! je la cakap kat dia. Kalo dorang keluar pun ko tinggal cari penyewa baru yg bleh bayar on-time je.. Tapi pastikan ko ada duit cover sblm penyewa baru masuk la.. Penyewa yg liat tu elok ko tunjuk pintu keluar je. Buat menyemak…
ok jugak tu. sedikit gangster tapi itulah caranya hehe
biasa la bro..dh nama pun manusia..lagi manusia yang bergelar kaki pinjam nie..aku pun ada pengalaman begini..hihihiihi…dugaan tu nk tgk sejuah mana hang boleh bersabaq…
Entri Terbaru mdigital.com.my » Pendrive 4GB Hanya RM 1 !!!
sabar pun ada limitnya hehe
Susah kalau layan orang macam ini sebab orang lain pun perlukan duit juga dan ada masalah sendiri
Entri Terbaru akubiomed » Penyamaran ala Mission Impossible
betul2. macam saya, saya perlukan duit tu untuk bayar ansuran kereta yang dah tinggal lagi sebulan nak habis. pasal saman boleh tunggu sampai februari nanti
pada aku terdapat dua golongan yang tak membayar hutang,
yang pertama mereka yang memang tak mampu, mereka ni biasanya takan cuba mengelak dan melarikan diri dari kita.
Yang kedua mereka yang memang jenis liat nak bayar hutang, mereka ni walaupun ada duit mereka akan guna untuk buat benda lain bukan untuk bayar hutang…
Entri Terbaru dnoBiz » Selamat kah Kita – Wanita dirompak ketika buka pintu pagar
ya..betul. dua orang ni tergolong dalam orang yang kedua eheh
cerita ni pasal aku
jual telefon bimbit.
tempat kerja aku ada la
sorang ni.nak beli telefon bimbit aku.
janji nak bulan depan.kena tunggu
hujung tahun tu.
Entri Terbaru Ali ridha » Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja
owh gitu. menunggu ni satu penyeksaan juga huhu
liat bayar hosting
lebih tiga hari dah.
Entri Terbaru Ali ridha » Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja
haha. itu normal
u remind me to someone! iskkk!!! duktangguh2 bulan 3, skang dah lg 2 bln nak masuk another bulan 3…
memula bg alasan anak sakit, masuk wad.. pastu cek suruh tunggu cek clear takkkk jugak ‘clear’ sampai ke sudah..
sudahnya aku kena marah mcm aku yg berutang ngan dia…! !@!#!@$!@E@#
owh, boleh pulak kena marah dengan orang yang berhutang. memang tak patot!
kalau ada kawan yang tough2 ..boleh mintak tolong gertakkan… huhu…
Entri Terbaru zik » Air mata seorang hamba
ada…bekas tahanan reman polis hehe. tapi duk jauh lak
kawan aku..pinjam duet ngan aku bulan 10 tahun lepas nak balik kl dari kb ckp duet hilang bila ujung bulan nak bayar skang ni ampeh.. msj pon x bila kol x jwb..apa cer bhai..
owh. macam sengaja mengelak tu. tak bagi…kawan. huhu
aku pn ade mslh cmnie..tp aku pnye lg teruk..aku (si pemberi hutang) yg malu nk mintak balik ngan si penghutang nie..xkirala bape byk pown..aku pn xtaw nape aku yg rase segan dan bukannye si pnghutang nk byr dgn sndrinya kalu jmpa aku..aku plak nk mntak segan..last2 terpkse halal la..kalo 2-3 rggt xpe nie puluh2..haish…masalah tul..dahla aku ni jenis baek suke sgt bg pinjam..haha
susah juga tu bila hati kita dah pemurah sangat. takut kita diperkotak-katikkan oleh manusia2 macam ni nanti huhu
haha itulah psl bro..haish..
Si Liat Pembayar Hutang | Amirez {dot} com…
Pernah tak jumpa orang yang suka pinjam duit tapi nak bayar punyalah susah?…
Si Liat Pembayar Hutang | Amirez {dot} com…
Pernah tak orang berhutang dengan korang tapi nak bayar balik hutang tu punyalah berzaman nak tunggu?? Bila tanya bila nak bayar, macam-macam alasan diorang…
Si Liat Pembayar Hutang | Amirez {dot} com…
Pernah tak orang berhutang dengan korang tapi nak bayar balik hutang tu punyalah berzaman nak tunggu?? Bila tanya bila nak bayar, macam-macam alasan diorang…
Nak aku tolong tuliskan NOTIS kosongkan rumah ke? Aku mmg kejam tau.
Entri Terbaru Anwar Osman » The Number 1666 Comment Award
ok gak tu. tapi jangan kejam sangat hehe
huh..dugaan orang yang degil nak byr sewa ni. senang cite..bgtau dia umah tu nak dijual pd org lain..ataupun ada sedara nak duduk..mintak je dia pindah. hutang tetap hutang yang peminjam perlu bayar…
Kawe pun ada pengalaman jugok psl org payah bayar hutang ni..
Dulu housemate kawe susah sungguh nak bayar sewa rumah. Slalu kawe jela bayar dulu sewa ko owner. last skali kawe pindah je rumoh lain…
seriously saya memang agak kedekut dengan orang kalau bab duit ni.. biarlah apa orang nak kata apa janji len hari bukan saya yang terkial-kial kejo dowang mintak duit kta semula..
bukan apa, most of them memang akan susah gila nak bayar and maybe akan hilang bila-bila masa je. bukan setakat pinjam duit.. pinjam barang saya yang then buat harta pun ada.. dengan muka tak malu masih lalu lalng depan muka kita macam tak ada apa berlaku.
tapi bukanlah langsung keras hati kita tak bagi semua orang pinjam.. masihlah ada membantu orang yang betul-betul memerlukan and boleh dipercayai..
Hutang boleh buat putus kawan.. putus sedara.. putus adik beradik.. putus tunang… hahahaha
betul tu bro. samalah kita. bukan tak nak bagi. tapi buat apa bagi kepada orang yang macam takde harapan nak bayar balik, kan? orang kedekut dengan orang tak nak bagi pinjam adalah dua manusia yang berbeza
Gila ah ko suruh orang lain bayarkan saman.. 450 tu.. tak pasal2 dah dia guna duit tu…
Aku ni kalau bab berhutang ni aku paling tak suka nak buat.. Aku sanggup tak makan pasal nak elak berhutang dengan orang. Tapi masalahnya, aku ni jenis senang nak bagi orang pinjam duit. Tapi taklah banyak jumlah dia… dalam 20-30 hengget. tu pun sama jugak, liat nak bayar..
asalnya aku mintak tolong dia renew road tax sebab dia mmg pandai bab2 ni. masa arwah ayah aku ada pun dia yg tolong renewkan. tapi sebab baru2 ni kerajaan tak bagi renew kalau ada saman, aku bagilah duit utk dia bayar. kebetulan pulak hari aku bagi duit tu kerajaan announce boleh tangguh sampai februari tahun ni huhu
benda paling susah manusia nak buat ialah bayar hutang
benda paling senang manusia nak buat ialah berhutang
Entri Terbaru Hans » Antara Pukul- Jam- Minit Dan Waktu
hoho betul juga tu. aku paling tak suka kalau berhutang. hutang2 ni buat hati kita jadi gelap
yups
tu la pasal
P/S : Mak Nih Bisinglah!!!! Cuba Mak Diam Sikittt!
Entri Terbaru Hans » Antara Pukul- Jam- Minit Dan Waktu
pada aku kalau psl duit saman tu blehla tutup mata tapi yg sewa rumah tu mmg melampaula,rm300 x 12 bln,banyak tuuu.silap haribulan dia blah camtu je.
Rumah kosong x rosak xpa,kalau jahanam,duit kita lg keluar.Bertindak segera tapi biarlah berhemah jgn lak berparang,hahahah
Entri Terbaru saiful » Menukar WordPress Table Prefix
betul tu bro. setakat ni aku tengok rumah tu takde cacat cela lagi. notis pun tak buat2 lagi eheh
kalau yang betul betul terdesk dan tak mempu nak bayar memang boleh la bersabar lagi, tapi kalau yang memang jenis liat nak bayar, tapi beli benda lain boleh, memang aku hangin
Entri Terbaru dnoBiz » Kekejaman Ibu tiri – Budak Mati ada 73 kesan Dera
samalah kita bro. berhutang demi memuaskan kehendak dia, bukannya keperluan
kalau keperluan okay la..
nih yang berhutang sebab nafsu yg payah tu
P/S : Korang Tahu Tak Sebenarnya Zaman Dulu Leher Zirafah Tak Panjang Macam Sekarang Nih….
Entri Terbaru Hans » Antara Pukul- Jam- Minit Dan Waktu
nafsu orang kita penuhi tapi nafsu sendiri disekat. mana boleh tahan..ye tak hehe