Anda di sini: Laman Utama » Uncategorized » Siapa Pandai Matematik?

Siapa Pandai Matematik?

by Amirez on May 12, 2009 · 16 comments

Hoho. Inilah dia email yang menguji minda pernah aku cuba dulu. Sangat sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran Matematik macam aku haha. Kat sekolah dulu kalau kelas Math je mesti terang bijik mata memandang papan hitam dan muka cikgu. Subjek lain banyak menulis, aku jadi penat. Kalau dah penat, tulisan pun jadi buruk. Bila tulisan buruk, rasa malas pula datang bertandang di hati. Bila dah rasa malas, mata pun mulalah kuyu. Kalau satu hari tu takde subjek Matematik, confirm sekolah hari tu paling tak best. Sebut pasal Matematik teringat kat Sufiah Yusof, genius Matematik yang berjaya ke Oxford University pada usia 13 tahun tapi akhirnya memilih jalan sebagai pelacur. Semoga dia kembali ke jalan yang benar sebenar-benarnya.

Panjang pulak celoteh.

Ok. Bagi korang yang ingin menguji tahap kepandaian Matematik, aku sangat alu-alukan korang untuk cuba selesai soalan Matematik ni untuk dapatkan password bagi file yang korang kena download nanti.

Kalau anda seorang engineer, sepatutnya boleh dapat jawapan kurang daripada 3 minit. Kalau arkitek, kurang daripada 3 jam. Kalau doktor, 6 jam. Akauntan, 3 bulan. Dan kalau peguam, kemungkinan tak dapat² jawapan haha. Gurau² je. Catatan masa aku, 5 minit 13 saat campur masa nak cari kalkulator dalam PC neh huhu.

Soalan:
Apakah nombor seterusnya bagi siri nombor berikut: 1, 2, 6, 42, 1806, ____???

Eheh. Jawab jangan tak jawab. Jawapan adalah password untuk buka file Excel nanti. Boleh download di sini file tersebut. File tersebut dizipkan dengan winrar. Jadi dapatkan winrar atau 7zip untuk extract.

Kat dalam file rar tadi ada satu file Excel yang bernama ‘Hall of Fame – Beat Me’. Buka file tersebut dan masukkan password yang betul iaitu jawapan bagi soalan Matematik tadi.

Kalau berjaya buka, tahniah diucapkan :)

Langkah seterusnya, taipkan nama korang dan hantarkan kepada orang lain pula. Otak kita ni kena asah selalu supaya kekal tajam eheh.

Selamat mengira!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 16 comments… read them below or add one }

ubey May 19, 2009 at 12:57 pm

huk3. ni janjang je kot. 30 saat da tau cara penyelesaian. [(n x n) + n]. betol x? aku mls kire

ubeys last blog post..Mengimbau Kisah: Tragedi (2)

Reply

Saffa May 15, 2009 at 6:35 pm

sangat mencabar nih!

Reply

humbleandmodest May 14, 2009 at 4:45 pm

weh ada yg dapat buat less than 5 second la..
hahaha!

Reply

humbleandmodest May 13, 2009 at 11:44 pm

hohohoh…
1 minit 19.67 saat

nanti aku post kt blog aku la…
menarik nih…

Reply

Kreuger May 13, 2009 at 9:16 pm

tapi aku kijer sapu sampah jer… kompom
sampai bile pon tak dapt jawab ni..
hehehe…

Kreugers last blog post..Aku & Ibu…

Reply

alkisah May 13, 2009 at 3:16 pm

saya tgk pun dah pening..otak dah tepu. dalam otak dah penuh space tinggal berapa gb je lagi ni haaa..

alkisahs last blog post..Aku dan Puisi – Selamat hari Ibu, Ibu

Reply

nurulanis May 12, 2009 at 10:42 pm

eh lupe lak nk bagi semangat :P

hmm nati kak amirez postla lg psl maths eh..i loike!!! hehe

nurulaniss last blog post..Ten Things…

Reply

nurulanis May 12, 2009 at 10:41 pm

hm lau cikgu brape minit@brape jam eh :P

hmmm

Yeah!! Berjaya kurang dr 2 minit termasuk bukak application calculator kt hp hehe ^_^
tue pn siap wat conteng2 kira2 lg..lau org genius..cm ADI putra, mst tgk je dh tau jwpn kan?? ehehe

nurulaniss last blog post..Ten Things…

Reply

Amirez May 12, 2009 at 10:59 pm

ooo kak amirez ye. nak kena neh :P
hebatnya dia..tak sampai 2 minit pun.
nak lg ye? bleh2..tungguuu

Reply

Amirez May 13, 2009 at 6:58 pm

eheh..xpe.
hanya org yg betul2 minat dgn math je rasa ingin mencuba ;)

Reply

Amirez May 13, 2009 at 9:27 pm

belum panjat dah rasa sakit jatuh :P
cuba dulu bro

Reply

Amirez May 14, 2009 at 10:46 am

hoho…hebat2. bravo :)
boleh2..post kat blog ko juga.
jgn lupa backlink ke sini ye

Reply

Amirez May 14, 2009 at 6:12 pm

fuyoo..makhluk apakah itu?

Reply

humbleandmodest May 14, 2009 at 7:10 pm

datang sahje ko blog aku..
haha!

Reply

Amirez May 16, 2009 at 8:19 pm

senang sebenarnya :)

Reply

Amirez May 21, 2009 at 12:03 pm

a’a betul. hebat2 :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: