Berita Benjamin Stephen menghina Islam yang dipaparkan melalui Youtube sebenarnya dah lama tapi baru nak dijadikan isu oleh pihak kerajaan. Lambat betul alert dengan kes panas penghinaan Islam ni. Sepatutnya awal-awal dulu lagi dah ambil tindakan, bukan lepas bertahun-tahun baru nak ambil langkah.
Kita tunggu dan lihat sajalah apa yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap kes ini. Apa yang nak aku kongsikan hari ini adalah mengenai siapa sebenarnya Benjamin Stephen yang begitu lantang menghina Islam bahkan pandai membaca al-Quran dan berbahasa Arab.
Aku dapat tahu serba sedikit pasal Benjamin Stephen ni pada tahun lepas semasa aku ke Kg. Batu Gajah, Perak atas urusan kerja selama tiga hari. Dua orang rakan sekerja aku merupakan penduduk kampung berkenaan. Entah macam mana ketika makan bihun sup di satu gerai boleh terbuka cerita pasal Benjamin Stephen.
Menurut salah seorang rakan, Benjamin Stephen merupakan bekas senior dia semasa di sekolah menengah agama yang terkenal di Perak. Bila dah sekolah agama semestinya pelajar-pelajarnya beragama Islam.
Nama sebenar Benjamin Stephen adalah Badrul Hisyam. Seorang yang lembut dan selalu dibuli oleh rakan-rakan lain. Itu menurut apa yang diceritakan oleh rakan-rakan sekerja aku. Aku yakin cerita yang disampaikan oleh rakan aku ni adalah benar. Siapa yang kenal diorang mesti tahu peribadi dan sikap diorang yang jujur, salah seorang daripadanya adalah top 12 Akademi Quran musim ke-4 baru-baru ni. Cerita tentang Benjamin Stephen ni aku yakin diceritakan cerita yang sahih, tambah pula diorang pernah satu sekolah dengan Benjamin a.k.a Badrul ni. Juga ianya disahkan oleh Ustaz Hasrizal dari Saifulislam.com.
Nak dijadikan cerita, entah macam mana satu hari Badrul lari dari rumah. Sebab apa yang menjadi punca tak dapat dipastikan dengan jelas. Mungkin boleh tanya sendiri kepada Benjamin kalau korang jumpa dia hehe. Agak-agak nak tak dia cerita setelah dia begitu lantang menghentam Islam?
Sambung lagi. Bila dia dah hilang dari rumah, dapat berita yang dia membawa diri ke KL dan kemudian dibawa ke Sabah (atau mungkin Sarawak) oleh seorang paderi. Entah betul ke tidak tapi ada kemungkinan juga bila baca kiriman email macam mana seorang paderi menghampiri orang yang dalam kesusahan dan tak ada hala tuju macam Badrul ni tadi. Diberi makan dan duit kemudian diajar dengan agama Kristian. Mungkin itu yang berlaku terhadap Badrul sebelum dia murtad dan menukar kepada agama Kristian lalu menggunakan nama Benjamin Stephen sebagai seorang paderi. Cerita Benjamin lari dari rumah masih lagi samar-samar. Namun sepertimana yang diceritakan kawan-kawan aku begitulah kisahnya yang diorang pun ingat-ingat lupa sebab dah terlalu lama.
Tapi dalam salah satu siri videonya dia ada bagitau ayahnya pernah menyuruh dia untuk membacakan doa makan. Pada waktu tu dia dah pun menjadi seorang Kristian. Tak nak keluarganya tahu yang dia dah bertukar agama, oleh kerana dia pandai berbahasa Arab, dia mencari ayat dalam agamanya kemudian diterjemahkan ke bahasa Arab untuk dijadikan doa makan. Keluarganya yang tidak memahami bahasa Arab hanya sekadar mengaminkannya.
Maknanya pada waktu tu Benjamin dah masuk Kristian sebelum dia berhijrah ke mana-mana. Tak pasti cerita dia bacakan doa makan tu betul atau hanya sekadar rekaan dia saja untuk sembunyikan kisah dia membawa diri ke Sabah.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=kaEHDDfKtVI&feature=related[/youtube]
Kalau dilihat semua dakwaannya berkaitan dengan Islam dalam semua siri videonya hanya sekadar satu luahan perasaan benci terhadap agama Islam, atau mungkin sejarah di sekolah agamanya dulu. Apa yang dihuraikan dengan beberapa makna larangan dalam Islam ditafsirkan dengan pendapat peribadi tanpa pengetahuan yang mendalam dan rujukan daripada mereka yang bertauliah. Biasalah, orang yang cuba nak menegakkan benang yang basah memang macam tu. Tonton dan nilailah sendiri.
aku sokong kalau orang muslim murtad lagi2 pun aku dah keluar dari islam. Dalam sirah nabi zaman muhammad menulis surat perjanjian kepada beberapa buah negara untuk suruh pembesar2 memeluk islam ada beberapa pembesar menolak akhirnya muhammad mencetus peperangan malangnya ada beberapa buah negara kalah teruk jatuh di tangan muhammad dan memujuk mereka masuk islam kalau tak mau kena bayar jizyah kalau masih enggan halau mereka keluar sebagai pembuangan waktu peperangan adalah secara megejut sebab tentera tak sempat bersedia memakai baju peperangan dan mengatur pembarisan. Adakah ini dipanggil adil…waktu perang badar dan beberapa siri peperangan suruh beberapa sahabat pergi barisan utama untuk pergi mati. Main cakap kalau mati itu mati syahid tempatnya syurga cakap ikut sukahati.
boleh saya tahu dari mana dan daripada siapa saudara dengar tentang sirah ini?
Ada kebenaran juga kerana matlamatnya supaya manusia tidak masuk neraka dan kekal disana selamanya. Dalam banyak peperangan, tentera islam tidak ramai kerana mereka yakin Allah bersama mereka. 1) Tujuan memasukki sebuah negara lain adalah bertujuan utk berdakwah, kalau mereka beriman, pemerintah tidak ditukar. 2) Kalau enggan beriman, mereka diberi masa dan masuk dalam pemeritahan Islam atau perang. 3) Orang islam tidak khuatir walau jumlah yg sedikit hanya utk buktikan bhw Allah bersama mereka & pasti mereka mereka menang, dan mereka menang pun. Jadi rakyat yakin bukan kekuatan yg memberi kemenangan tetapi Allah. 4) Kalau mereka bersetuju dibawah pemerintahan Islam, tujuannya pun sama. Apabila rakyat melihat ehwal orang Islam,mereka akan tertarik. Walau macam mana pun tiada paksaan dlm ugama. Ada berlaku disebuah bandar Kristian yg ditawan tetapi atas sebab2 tertentu setelah beberapa lama, pemerintah Islam dipanggil balik. Penduduk kristian semua keluar merayu jangan keluar dari bandar tersebut kerana dlm pemerintah Islam sgt aman damai. …………… tetapi skrg orang2 Islam sgt jauh bezanya dgn mereka terdahulu. Wallahu a’lam.
Mengapakah kerajaan tidak membenarkan orang ISLAM masuk agama lain??? sedangkan … dalam Al-quran ada menyatakan bahawa “Islam bukanlah agama yang memaksa…”
otak sy pun pening nak pikir tentang hal ini….
Bila berbicara soal agama mestilah dengan ilmu.
Ayat al-Quran yang menyebut tiada paksaan dalam Islam adalah merujuk kepada orang bukan Islam – sama ada ingin memeluk Islam ataupun tidak.
Apabila ingin terjemahkan ayat al-Quran biarlah dengan ayat yang penuh. Bukan hanya separuh ayat. Harap penjelasan ringkas ini dapat mengubah persepsi non-Muslim tentang maksud sebenar ayat “tiada paksaan dalam Islam”
oh bila masuk x blh klur ka.. hehehehe nasib baik saya x masuk
orang yang memeluk agama Islam ada sebabnya. buat apa nak keluar kalau dia sendiri yang memilih untuk masuk.
oh ye, kamu Kristian? boleh terangkan dari masa asal perkataan Kristian?
shallom …kristian di ambil daripada kristus@christos iaitu keselamatan(bahasa yunani)- kristian sebenarnya merujuk kepada pengikut Jesus Christ@Yesus kristus(. kristian bukanlah agama. tapi pengikut kristus. kerana Jesus membawa keselamatan, kasih dan janji, bukannya agama sebab agama tidak pernah menyelamatkan orang.tapi Tuhanlah yg menyelamatkan. Ia hanya menyampaikan berita baik bukannya doktrin agama kerana dalam bible TIDAK ADA satupun perkataan “agama kristian”. hanya manusia saja yang mencipta agama. dan satu lagi, Jesus TIDAK PERNAH mengatakan” masuklah agama kristian, maka kamu akan selamat” tetapi Jesus mengatakan “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun datang kepada bapa kalau tidak melalui Aku.- YOH 14:16
owh begitu. jadi yang mana satukah Tuhan? adakah Isa ataupun Bapa?
saya setuju
Dalam konteks agama Kristian, Isa/ Jesus adalah = Bapa yang dimaksudkan. Dalam konteks ini, ramai pihak yang keliru juga orang beragama Kristian sndr. Ianya mewakili konsep trintiti tunggal iaitu mereka adalah satu komponen sama dimana Isa adalah dari Allah. Roh Kudus adalah dari Allah dan bawaan mereka adalah sama.
Ramai bukan beragama Kristian keliru dengan konsep ini malahan orang Kristian sendiri keliru dan terikut2 agama terdahulu kerana warisan (moyang/ibubapa etc).
Bagi yang kurang paham, contoh ialah nabi yang mendapat wahyu lalu menyebarkan firman tersebut. Nabi, Firman dan Allah adalah satu dalam konteks tersebut. Isa dalam konsep kritian adalah firman yang hidup jadi kekeliruan ini gagal difahamai ramai pihak.
Persoalan siapa Tuhan jelas disitu jawapannya.
korang tak sedar ka? org kristian boleh murtad dan masuk islam? bullshit! biarlah dia.. agama bukan ditetapkan di atas mulut tetapi imam.. org islam blh hina kristian tp org kristian diam2 je.. please la.. imam lebih penting.
imam memang penting. takde imam tak sah solat jemaah
siapa kata Islam menghina Kristian? jangan salah anggap dengan entri ni. entri ni cuma menyatakan tentang isu orang Islam yang murtad. sebagai orang Islam, kita amat yakin bahawa Islam adalah agama yang betul di dunia ni.
pelik sebenarnya kalau orang Islam tak sensitif dengan isu murtad ni. saya tak nak tuduh bukan2. sendiri pahamlah ye.
kalau kamu yakin sangat bahawa islam ini adalah agama yang betul… tak perlulah tulis kat sini… itu dah dikira menghina agama lain lah ni… orang lain pun ada agama juga….
Sila baca dari awal hingga habis.entri ini. Tiada sepatah pun saya menghina agama lain. Sedangkan Benjamin yang secara terang-terangan menghina Islam dalam ceramahnya- agama asal beliau
bleh terangkan kenapa muhammad ada bnyk bini???
kenapa? apa salahnya berkahwin banyak kali? zaman sekarang ni ramai yang berkahwin banyak kali sampai 10 kali pun ada tapi tak pula jadi isu. kenapa kalau melibatkan Nabi Muhammad s.a.w. ianya menjadi isu?
aku rasa kau ni salah maksud, imam yg kau maksudkan ialah iman!! sah kau ni kurang menelaah! jauh sekali orang Islam nak kata “yang penting imam” macam tak kena! macam bancuh kopi dalam mangkok! memang yg cakap serupa mangkok pun! bukan hina tapi bina! satu ejaan salah maknanya jadi kelongkang!! orang Islam selalu peka dlm isu bahasa! kalau Yesus aku lelaki yg di hantar Allah utk membawa risalah hanya utk orang sesat kaum israel ! orang Kristen berkeras sampai kata dia anak tuhan meleset jauh berbilion batu!! kita nak bina dan binasakan kebodohan mereka! tapi mereka tuduh kita hina mereka!! kata aku lagi.. Bina bukan Hina!!
rasanya admin tidak membawa maksud hinaan melainkan melaporkan apa yang berlaku disekitar beliau (sila fahami).
Isu kahwin nabi Muhammad saw selalunya diperbesarkan oleh ramai pihak. Namun demikian, tidak ada yang cuba menyelami sejarah pada masa dulu bahawa perkahwinan adalah salah satu cara untuk menghentikan peperangan antara kaum. Dalam konteks lain, perkahwinan juga dikaitkan dengan menjaga kebajikan wanita yang dikahwini dan bukan sekadar untuk nafsu. zmn sekarang, ramai menyalahguna akan hal ini dengan berkahwin kerana nafsu dan bukan kebajikan lagi.
MMg sedih kalau kes murtad ni jadi kpd kaum kerabat kita, tapi tak boleh ke sape2 yg ada kuasa tangkap tahan dia sbb kita ada alasan utk tahan dia, then kita bolehlah ambil kesempatan betulkan akidah dia…sbb dia kan dah menghina Islam
itu yg peliknya nape dia tak ditahan. kalau org Islam sendiri yg tegas nak pertahankan Islam boleh pula kena bambu dgn org Islam lain
Rasanya ini disebabkan Benjamin Stephen bukan lagi seorang Islam dan tak tertakluk kepada undang2 Islam. Dalam erti kata lain, dia hanyalah seorang yang beraga Kristen dan menyatakan pendirian peribadi dan terpulang kepada individu yang mendengar samada untuk percaya atau tidak, sejauh mana keyakinan anda terhadap agama sendiri.
kenapa kerajaan Malaysia tak ambil tindakan kepada benyamin bahalol ni kerana menghina agama…saya minta kpd rakyat Sarawak yg beragama Islam supaya memulaukan si bangsat ini.
itulah yg peliknya dgn kerajaan kita ni. isu2 lain cepat je bertindak tapi kalau bab2 hina agama seteruk macam ni diorang buat tutup mata je
mama murai: bila fikir balik ada betulnya juga ckp saudari tu. dialek benjamin tu pun macam indon. maybe betul dia cuma nak mengaburi orang Islam. tapi ustaz hasrizal sendiri dah sahkan siapa benjamin stephen ni, iaitu orang perak dan merupakan seorang muslim yang murtad.
kan bagus kalau awal-awal dulu lagi ambik tindakan
kes dia ni memang dah lama.
memang sekarang dah kecoh pasal dia ni.
Entri Terbaru hafidz » kusut
Assalamu`alaikum saudara
boleh percaya ke cakap kawan saudara tue? bukan apa, kawan-kawan saya di Indonesia selalu cakap, banyak kes penipuan yang dorang nie dulu kononnya seorang penganut agama Islam yang taat lepas tu tukar agama kepada kristian kerana kebenarannya. sedangkan mereka sebenarnya penganut kristian yang sengaja dilatih utk membaca dan bercakap dalam bahasa arab. Mereka juga telah dihtr untuk mendalami agama islam dengan niat mengaburi mata org lain. Munafik, semuanya bertujuan menarik perhatian org Islam utk murtad
Entri Terbaru Mama Murai » 5 sebab kenapa anda gagal menjadi seorang penulis blog
Saya nampak si Benyamin tu mcm Indon ja…rasanya dia ni Indonlah bukan orang Johor…cuma dia menipu kata dia orang Johor supaya orang Johor minat nak masuk kristian…sorilah benyamin..kau murtadlah sorang-sorang…kami tidak sekali-kali, biar kami tak makan tetapi ugama Islam akan kami pertahankan…Jangan terpedaya dgn si bangsat ini.amin
yg sebenarnya benjamin ni org perak. tapi dah lama menetap kat sabah atau sarawak dekat2 ngan kalimantan kalau tak silap. sbb tu slang dia macam indon sket
aku pun lama gak kat sarawak tapi slang aku xde plak mcm sarawak
saya asal sabah. tapi bila pindah ke Kelantan, lepas seminggu dah cakap bahasa Kelantan penuh