close button


Skuad Malaysia Piala Thomas 2010 Tunjuk Taring

mh011 Skuad Malaysia Piala Thomas 2010 Tunjuk Taring

Setelah kalah kepada Jepun pada peringkat kumpulan 11 Mei yang lepas yang boleh dikatakan sangat menghampakan dari segi semangat untuk menang, semalam skuad Malaysia bangkit dengan membawa semangat yang baru. Mungkin semangat yang datang berpunca daripada tekanan kalah mati dalam peringkat suku akhir pertama Piala Thomas 2010 ini.

Seperti yang dikatakan pemain perseorangan ketiga negara, Hafiz Hashim, “Walaupun bermain dalam perlawanan penentuan tetapi saya suka berada dalam situasi genting itu kerana dapat mengeluarkan permainan terbaik saya.” Kadang-kadang tekanan perlu diberikan kepada individu untuk tonjolkan segala kemampuan dan kebolehan yang ada dalam diri masing-masing.

Gandingan baru regu kedua negara, Zakry Abdul Latif bersama Hoon Thien How sangat mantap walaupun Thien How hanyalah gandingan bidan terjun Zakry yang menggantikan Fairuzizuan Tazari yang direhatkan oleh jurulatih beregu negara Rexy Mainaky akibat kegagalan beliau mengawal emosi setelah kekalahan menentang regu Jepun 11 Mei yang lalu dalam pertandingan peringkat kumpulan B.
Walaupun gandingan baru ini kalah menentang Lars Paaske-Jonas Rasmussen dalam 3 set, tetapi semangat yang ditunjukkan mereka memang patut dipuji. Pada pandangan peribadi saya sendiri selaku seorang pemain badminton, bukan senang untuk menyesuaikan diri dengan pasangan baru, apatah lagi dalam perlawanan genting begitu. Tidak mustahil, pasangan ini akan terus maju jika digandingkan selalu dengan latihan keserasian yang lebih kerap seperti yang berlaku dengan pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada peringkat awal kemunculan mereka di Doha dahulu.

Tak perlulah diberitahu tentang kehebatan Datuk Lee Chong Wei dan beregu nombor satu dunia yang seperti dijangka akan membawa kemenangan kepada skuad negara. Yang menjadi berita hangat hari ini adalah kewiraan Hafiz Hashim yang berjaya membawa skuad Malaysia ke peringkat separuh akhir esok setelah menang ke atas Joachim Persson 21-12, 21-10 dalam masa 31 minit.

hafiz Skuad Malaysia Piala Thomas 2010 Tunjuk Taring Cool and power. Itu yang boleh saya simpulkan kepada Hafiz Hashim semalam. Sangat berbeza dengan aksinya ketika menentang Shoji Sato dalam peringkat kumpulan yang jelas kelihatan kurang bertenaga dan semangat juang yang lemah untuk bertarung demi negara. Tiada aksi menarik dipamerkan dan tiada juga ‘taring’ dikeluarkan untuk menundukkan Shoji Sato. Kemungkinan juga disebabkan oleh ketiadaan perlawanan panas badan dalam peringkat kumpulan menentang Nigeria yang lewat tiba di Stadium Putra Bukit Jalil akibat daripada masalah penerbangan mereka menjadikan skuad negara kita sedikit terkejut dengan perlawanan menentang skuad matahari terbit tersebut.

Semalam Hafiz menunjukkan kecemerlangannya seperti ketika menjuarai All England 2003 setelah sekian lama prestasinya kurang menonjol. Banyak aksi menarik dipamerkan oleh Hafiz membuatkan stadium Putra bergema dengan sorakan semangat penyokong negara. Ramai juga pihak mengatakan ini adalah kebangkitan semula Hafiz Hashim dalam masa 7 tahun setelah All England 2003 dahulu.

Semoga pretasi cemerlang Hafiz Hashim ini akan terus berkekalan dan dipertingkatkan lagi sebagai persediaan menentang China dalam peringkat separuh akhir bermula 14 Mei nanti. Begitu juga dengan skuad negara yang lain, semoga berjaya memikul semula Piala Thomas dan bangkitkan kejayaan Malaysia sejak Thomas Cup 1992. Malaysia Boleh!!

Sumber: Utusan Malaysia, Berita Harian

Related Posts with Thumbnails

2 comments so far

  1. qider @ fie yang comei
    #1

    peh…aku dah berdebar nak tgk Malaysia lawan China besok…moga2 tentangan sengit..
    qider @ fie yang comei´s last blog ..Berdua denganmu (Part 4) My ComLuv Profile

  2. Amirez
    #2

    wah hg p ka fie? bestnya.
    aku tgk kat tv je huhu.
    tp sedih jugak malaysia kalah.
    nampak terlalu jauh beza kekuatan skuad kita dgn china kali ni.
    memang tak dinafikan china sgt hebat kali ni

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>