Solat Sunat Tarawih Pengampun Dosa Lalu
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyakkan ibadat bagi umat Islam. Bagi mengiringi ibadat fardhu iaitu puasa di bulan Ramadhan, Allah S.W.T. menentukan ibadat solat sunat Tarawih yang dikerjakan selepas mengerjakan fardhu Isyak pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesiapa mendirikan solat (Tarawih) pada malam di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkan iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang Islam lelaki dan juga perempuan, sama ada secara bersendirian atau berjemaah.
Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih secara bersendirian sebanyak 8 rakaat sahaja memandangkan keadaan umat Islam pada zaman itu. Dengan solat 8 rakaat tidaklah memberatkan mereka. Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, ditambah lagi menjadi 20 rakaat. Saidina Umar yakin, umat Islam pada zamannya telah berkemampuan untuk menunaikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat. Rukun-rukun dan syarat-syarat sah solat Tarawih adalah sama seperti solat-solat yang lain.
Rujukan: Amalan & Ibadat Seharian (Susunan Hj. Johari Hj. Alias)
1 Comment
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






Solat Sunat Tarawikh Pengampun Dosa Lalu…
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyakkan ibadat bagi umat Islam. Bagi mengiringi ibadat fardhu iaitu puasa di bulan Ramadhan, Allah S.W.T. menentukan ibadat solat sunat Tarawih yang dikerjakan selepas mengerjakan fardhu Isyak pada setiap malam…