Buat pertama kalinya aku paparkan statistik blog ni yang tak seberapa. Sebelum ni segan-segan juga nak tunjuk, yelah, apalah sangat statistik blog picisan aku ni. Dengan design blog yang aku rasa agak plain, langsung tak ada tarikan pengunjung dari segi grafik. Bercadang juga nak buat header tapi idea tak muncul-muncul lagi. Al-maklumlah aku bukannya pandai sangat bab-bab grafik ni. Tapi plain-plain macam ni pun dapat gak pujian daripada Cik Yatie yang sukakan warna hijau blog ni. Tenang katanya. Harapnya korang pun samalah ek rasa tenang bila berkunjung ke blog ni ![]()

Ok. Ini statistik terkini dari 4 Februari lepas hinggalah ke tarikh semalam, 6 Mac 2011. Sepatutnya aku buat entri ni awal bulan Mac hari tu tapi sebab tak pernah terlintas nak tunjuk statistik jadi aku simpan jelah sebagai tatapan aku sorang. InsyaAllah bulan April nanti aku akan tunjuk statistik bermula dari awal hingga ke akhir bulan.
Unique Visitors
Daripada statistik di atas unique visitors adalah sebanyak 12,120 sebulan. Tak jauh beza dengan sebelum ni kecuali pada bulan November 2010 lepas yang menunjukkan peningkatan unique visitors paling mendadak sekitar 15,000 orang pengunjung.
Pageviews
Merujuk kepada pageviews dalam statistik di atas boleh dikatakan setiap pengunjung unik menyumbangkan tiga klik dalam blog ni. Jadi, dapat disimpulkan bahawa penggunaan internal linking banyak membantu meningkatkan pageviews. Eh, kenapa guna ayat buat tesis lak ni hehe. Sekarang ni WordPress 3.1 dah tersedia dengan fungsi internal linking. Sangat rugi kalau korang tak manfaatkannya.
Bounce Rate
Sebelum ni aku tak faham apa yang dimaksudkan dengan bounce rate. Malas nak baca penerangan sebenarnya hehe. Peratus bounce rate dalam sebulan untuk blog ni sekarang adalah 3.93%. Sebelum ni aku ingat peratusan tu menunjukkan peratus yang lemah tapi sebenarnya terbalik. Kata orang dapat 30% bounce rate dah dikira bagus. Jadi, 3.93% ni super bagus?? Entahlah, aku pun tak faham kenapa dapat peratusan bounce rate sebagus ni.
Menurut penerangan blogger-blogger berpengalaman seperti DenaiHati dan Ariff Shah, bounce rate menunjukkan berapa lama seseorang pengunjung berada pada page blog tersebut tanpa beralih ke page-page lain. Peratusan bounce rate yang rendah membawa maksud ramai pengunjung meluangkan masa yang lama ketika berada di page blog tersebut. Aku berterima kasih kepada korang yang sanggup meluangkan masa yang lama menatap blog aku ni. Betullah kata Cik Yatie, hijau blog aku ni hijau yang menenangkan, mungkin sebab tu ramai yang duk tatap lama background blog aku ni hehe.
Time on Site
Satu hal yang pelik berlaku. Bounce Rate rendah tapi average Time on Site pula cuma 1 minit 50 saat sekaligus menyangkal peratusan bounce rate bergantung kepada berapa lama seseorang itu berada pada satu-satu page blog kita. Entahlah, tak dapat nak dipastikan apa penyumbang sebenar kepada bounce rate. Tapi yang pasti aku tak berapa ambil kisah sangat dengan prestasi ni. Masih banyak perkara lain yang perlu difikirkan dulu sebelum aku fikirkan hal-hal macam ni. Tak terkejar kita dibuatnya.

Top Referrers
Screenshot kat atas pula menunjukkan pencarian tertinggi yang berjaya masuk ke blog ni. Merujuk kepada top referrers, google.com.my berjaya sebagai penyumbang trafik tertinggi kali ni. Memang tepat sekalilah dengan peratusan new visits sebanyak 90.98%. Ini juga bermakna return visitors masih kurang memberangsangkan. Kena usaha lebih lagi ni untuk wujudkan hubungan baik sesama blogger sesaat selepas ni eheh.
Penyumbang trafik kedua tertinggi pula adalah dari Apesal.com yang agak menurun dari bulan lepas, hanya 164 visits berbanding hampir 300 visits pada bulan lepas. Sama juga trafik dari facebook yang agak menurun.
Top Searches
Seperti yang korang lihat, keyword saman trafik adalah keyword tertinggi sepanjang sebulan ni yang berjaya menjengah ke sini, sesuai dengan musim orang bayar saman sekarang. Manakala keyword khasiat air mani tu pula adalah keyword yang redirect ke entri ini. Silalah baca kalau sudi eheh. Bukan entri lucah ye.
Kesimpulan
Prestasi blog Amirez [dot] com kali ni agak baik walaupun menunjukkan sedikit penurunan prestasi mungkin disebabkan mood nak update blog hilang hari tu. Mungkin pada masa akan datang penyampaian aku dalam blog ni akan berubah sikit. Berubah macam mana, korang sendiri akan perasan nanti. Itupun kalau berjaya berubah. Kalau tak, kekal jelah macam ni yang kadang-kadang agak merapu haha.
Sekian saja review statistik untuk kali ni. Kalau korang perasan, kat bahagian menu ada page Iklan terpampang kat situ. Lama dah, tapi belum lagi update sampai sekarang. Kalau ada siapa-siapa yang sudi nak beriklan kat sini bolehlah hubungi aku segera dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan. InsyaAllah sikit masa lagi aku akan update page Iklan tu. Kasihan dia dah bersawang lama hehe.
Akhir kata, happy-happy selalu. Salam ukhwah.
p/s: Baru selisih dengan orang mirip Hanis Zalikha tadi. Tak tahulah betul ke tak.

{ 28 comments… read them below or add one }
tahniah..
cl_eone´s last [type] ..Kejohanan yaw!
terima kasih
internal linking? camne tue bro? WP 3.1 dah install..cantik stats bro..kalau banding dengan aku, aku punye lagi teruk..haha
arrizz´s last [type] ..Cumi1569 – penghibur YouTube yang berbakat
linkkan mana2 keyword dalam entry terkini ke entry2 lain dalam blog kita
kira banyak lah tu. Aku aje malas nak promote blog sangat. Haha..
titan´s last [type] ..Edisi Siasat – Buat Duit dengan Saysmy
blog bro titan lagi mantap trafiknya
Mantap blog ni..
UV pun tinggi, bounce rate.. wow!
Tahniah.. tahniah..
fikryn´s last [type] ..Senarai Ping Yang Masih Berfungsi 2011 – Updated March
terima kasih fikryn. blog lain lagi hebat termasuklah blog bro
perghhh.. bounce rate 3.93% tu super duper kot.. hohoho ganas
topo´s last [type] ..Koleksi Gambar Haiwan Berkepala Dua
aku pelik lagi sebenarnya ni hehe
macam tak percaya
Jai punya kalau cek pada google Analytics tu, telura ayam je semua, nak nampak nombor pun ssh..ha3
decrewz´s last [type] ..Buffered Earning Yang ke-5
eh, tipulah. takkan telur ayam untuk blog yang banyak trafik
keciknya bounce rate tuh…huhu blog aku naik giler2.. mungkin sekadar lepak kejap2 jer tuh…hehe… apepun mantap dah nih… ada keyword emas tuh…
zik´s last [type] ..Perlawanan malaysia vs pakistan 2nd leg 2011 – ramalan anda
entahlah..rasa macam ada yg tak kena je ngan peratus bounce rate tu.
eheh..apakah keyword emas itu?
mantop dh traffic blog ni bro..
keep it up….
Newbie´s last [type] ..Segmen blog review bersama wowberita
thanks bro
fuh, gila bagus bounce rate bro.
blog2 lain sume puluh2, blog 3 lebih je. hehe.
tahniah
pelik gak ni. rasanya google silap kot..ada bug hehe
Blog bro memang mantap lah. Ada juga yang suruh pasang Apesal.com macamana dari segi trafik penyumbang kepada blog juga?
biasa2 je ni
apesal.com memang banyak menyumbang trafik. tapi make sure entri yg kita publish ke apesal.com adalah entri evergreen, baru chances org nak klik banner ke blog kita tu tinggi. cubalah
mantap gila kot.. haish.. mcm manalah blog saya nak best mcm blog bro ni.. blog pun dh usia 2 tahun..
ini pun jauh lagi teruk kalau nak dibandingkan ngan rakan2 blogger lain huhu
terbaikla amirez.com. mintak tips skit.hehe
cikgu den´s last [type] ..Instaforex- 1000 USD Completed
eheh..bak sini pengerasnya dulu baru boleh turun ilmu
Amirez´s last [type] ..Sekilas Raja Lawak Musim ke-5 Minggu ke-9
wah well done la bro…makin hari mkin mantap
siTokei´s last [type] ..dapatkan diskaun terbaik dari exabytesmy
kerdil sangat nak dibandingkan ngan orang lain…
tidak la terlalu kerdil mana pon ….:)
siTokei´s last [type] ..dapatkan diskaun terbaik dari exabytesmy
thanks bro atas pujian
Amirez´s last [type] ..Sekilas Raja Lawak Musim ke-5 Minggu ke-9
{ 2 trackbacks }