Subway Baru Kazakhstan yang Canggih dan Bersih

Kalau sebut Kazakhstan, apa yang terlintas dalam kepala saya ialah satu negara yang kurang membangun dan masyarakatnya hidup berpegang kuat kepada budaya nenek moyang mereka. Itu berdasarkan dokumentari yang saya pernah tengok dalam Majalah 3 tak berapa lama dulu.

Tapi bila tengok gambar-gambar subway baru di Kazakhstan ni, segala tanggapan saya mula berubah. Kazakhstan bukanlah negara yang secara keseluruhannya masih lagi kekal dengan budaya tradisi. Serta-merta saya teringat cerita rakan baik saya semasa kami di Mina tahun lepas yang sistem pengesan jenayah di Kazakhstan boleh dikatakan antara yang tercanggih di dunia. Bayangkan, hanya beberapa minit selepas jenayah dilakukan penjenayah tersebut sudah pun dikesan dan sedia untuk ditangkap. Kalaulah Malaysia pun ada sistem canggih macam tu insyaAllah negara kita betul-betul boleh diisytiharkan sebagai negara yang paling selamat di Asia Tenggara.

Sebelum saya kongsikan sedikit info berkaitan dengan subway baru di Kazakhstan ni jom layankan dulu gambar-gambar subway yang bersih berkilat ni:

Subway Baru Kazakhstan 1

Subway Metro Baru Kazakhstan

Subway Kazakhstan

Metro Baru Kazakhstan

Metro Kazakhstan

Kesemua tren dilengkapi dengan penyaman udara dan juga kamera pengawasan.

Terdapat dua kaedah untuk menaiki metro, sama ada menggunakan kad pintar pelbagai yang valid dalam 90 hari seperti dalam gambar kat atas ni ataupun menggunakan token yang hanya valid dalam sehari seperti dalam gambar kat bawah. Sama macam kat Malaysia, boleh guna token ataupun Smart Tag.

Hari Sabtu adalah hari token. Setiap hari Sabtu pengguna metro boleh bawa token yang sudah tamat tempoh lakunya untuk diprogramkan semula secara percuma.

Daripada maklumat kawan saya, subway ni baru dibuka di Almaty iaitu ibu negara lama Kazakhstan. Ia kepunyaan kerajaan di bawah syarikat Almaty Metro dan kalau siap sepenuhnya subway ni akan merangkumi beberapa stesen dalam lingkungan 45 kilometer dalam Bandar Almaty ni.

Projek subway ni sebenarnya dah lama terbengkalai sejak perpecahan Soviet Union sekitar tahun 1990-an. Metro ni dibuka dengan rasminya pada hari kemerdekaan Kazakhstan 1 Disember tahun lepas selepas 23 tahun dari perpecahan Soviet.

Tadi saya cuba google maps nak tengok sekitar kawasan Almaty ni. Menariknya, susunan bangunannya sangatlah teratur. Mungkin Almaty ni adalah bandar terancang sepenuhnya.

Lokasi Almaty Kazakhstan

Sumber: English Russia

P/s: Mengambil gambar di Subway ni adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran pihak pengurusannya.

«
»

This Post Has 28 Comments

  1. arrizz says:

    waa kagum2..tambah kagum dengan sistem pengesan penjenayah tue..gila canggih, haha..
    Entri Terbaru arrizz » Video – I am a Nurse

  2. titan says:

    comel la awek tuu..
    Entri Terbaru titan » Bukan aku tak suka kena kiss..

  3. bersihnya..tp kenapa x leh amik gmbr ek…musykil2
    Entri Terbaru JebengOtai™ » Pak Abu Gembira

  4. Din says:

    udara bersih… subway pun bersih…hohoho

  5. nurqider says:

    aku pi beijing 3 tahun lepas,rasa kagum dengan subway kat sana..begitu juga dgn MRT kat shenzhen dengan hongkong,rasa mesra tourist gila2 walaupun cakap pakai isyarat tangan hahah…cuma tak sempat naik tren laju dia ja..

    balik malaysia,asik bengang dengan ktm ja,baru2 ni baru ktm upgrade tren dia,dari 3 koc ke 6 koc,ada koc perempuan dan tren dia mmg lebih kurang mcm beijing subway punya..

    honetsly, kalau rakyat malaysia boleh buang sifat pengotor dan sikap suka bertolak sebelum masuk tren,memang worth la malaysia ada tren dan stesen canggih macam tu,tapi kalau sikap pun hampeh,canggih la macam mana pun sistem,jadi tak berguna ja,membazir..oh ya rakyat malaysia memang suka membazir juga,kebanyakannya…
    Entri Terbaru nurqider » Adik Si Kembar

  6. Kemajuan dah meningkat…emm mcm kita pulak yg dah ketinggalan,
    Entri Terbaru Kamal Mustafa » Video – UFO Di Ruang Udara Korea Selatan.

  7. ohcikgu says:

    gambar google map tu memang lawa habis la.
    Entri Terbaru ohcikgu » Robot Power Rangers Malaysia – Metrobot

  8. yas says:

    Cantik dan cun jugak subway disini yekk…harap2 dpt tgk mesia buat subway jugak satu hari nanti….
    Entri Terbaru yas » Pertabalan Agong Yang Ke 14-Sultan Kedah,Tuanku Abdul Halim

  9. akubiomed says:

    Wah canggih betul. Lantai macam ada air.
    Entri Terbaru akubiomed » Wordless Wednesday – #Apa yang penting kerjasama

  10. budakserius says:

    Yang pakai coin tu sma kat Malaysia.HEHE
    Entri Terbaru budakserius » Sula Bandar Raya Paling Ganas Di Dunia

  11. tehr says:

    Cantik dan besih berkilat
    Tiba2 je teringin nak melawat ke sana

  12. segalabenda says:

    sapa sangka kazakstan dah begitu maju…malaysia bagaimana pulak
    Entri Terbaru segalabenda » Berhibur sambil beramal

  13. hatiputera says:

    lawa dan cantiknya gambar tu,,,,
    Entri Terbaru hatiputera » PANAS!!! SRI WANI SAH PEREMPUAN

Leave A Reply





CommentLuv badge