Balik dari bercuti di Kuala Terangganu minggu lepas terlintas nak singgah Tasik Kenyir kejap tapi hajat tu tak kesampaian sebab hari pun dah lewat petang. Salah satu tujuan saya nak ke sana nak tengok sendiri dengan mata saya betul ke tak wujudnya satu makhluk aneh yang dipanggil Sulur Bidar yang dikatakan pernah ditemui di Tasik Kenyir dan Tasik Chini.

Sulur Bidar ni adalah makhluk berbentuk seperti permaidani putih dan mempunyai kaki yang banyak seperti ulat gonggok di sekeliling badannya. Sulur Bidar sangat ditakuti orang dulu-dulu kerana ia menyerang manusia yang menghampiri permukaan air dengan cara menggulungkan mangsa kemudian menarik mangsa masuk ke dasar tasik sebelum memotong badan mangsa tersebut.
Kisah Sulur Bidar ni terdapat dalam pelbagai versi. Ada yang mengatakan ia sejenis ular laut. Ada juga yang mengatakan ia adalah makhluk halus yang mendiami tasik dan kawasan air berpusar.
Berdasarkan pengalaman seorang pemukat di Tasik Banding, kedatangan Sulur Bidar dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba di atas permukaan air bersama dengan dedaun di atasnya. Peliknya, daun-daun tersebut jika diambil langsung tak menunjukkan tanda-tanda basah. Seolah-olah ada sesuatu yang mengeringkannya. Jika ini berlaku, kita disarankan untuk melaungkan azan sekuat yang mungkin untuk menghindarkan diri daripada makhluk ini.
Kebenaran tentang Sulur Bidar tak dapat dipastikan secara saintifik. Tetapi ada yang mendakwa pernah terserempak dengan Sulur Bidar ni yang biasa dijumpai oleh pemancing dan pemukat.
Terima kasih kpd yg respon. Kita tgh asyik memancing (sungai) toleh kiri toleh kanan atas bawah…mana ikan ni? Tetiba satu kelompok atau hamparan daun kering…saya ulangi daun kering, timbul dari tgh sungai menghampiri port kita. Ada yg kata pasir timbul tgh sungai. Mcm pasir jerlus, kalau terpijak, tenggelam terus…lantas maut. Kat sini Jerantut, Kg. Lada dah ada kes org mati kena Sulur Bidar. Benda ni mcm mintak nyawa la. Dah kita ambik ikan dia, takan takda “pengerasnya” kot. Kpd senior2 kita yg byk pengalaman tu, harap dpt beri pendapat anda mengenai benda ni. Adakah wujud perkara ini atau tidak. Sama2 kita tmbh pengetahuan dan waspada. TQ.
- Daripada Tomanpengsan
memang benar aper yg dikata…ambe ade sorang ayah angkat di kenyir nung, boatman disana..banyak dceritakan kpd ambe pasal misteri kenyir ning..tp satu jer yg dia payah nak cerita..pasal SULUR BIDAR…last trip amber hujung mei baru ning…diceritakan segal2nya…depan matanya sendiri..5 thn lepas..lokasi d kuala tembat..sedang ayah angkat ambe ning merawai ikan…tetiba tnampak olehnya satu ‘canvas’ yg besar terapung..terus dia & kawannya memecut speed bot ke sana..tetiba dia pusing bot secara mgejut…’canvas’ tu hidup..terapung2 dgn kepala terjonggol cam cari sesuatu…ayah angkat amber ning jenis hati kering…bukan nak lari pong…kepala makhluk tu cam kepala kura2/labi2…besar..macam ular sawa terjonggol lagaknya…tetiba makhluk ning..melayang2 turun ke dasar tasik..langsung hilang dr pmukaan…caranya hilang..seolah2 kita buang pinggan plastik dlm air…meliuk2 sblm hilang dr pandangan….tp lepas pd peristiwa tu..lama gak dia tak pegi situ…wallhulam..
Sumber: I LUV Islam
Daripada maklumat yang diperolehi dari Lubuk.net, berikut adalah sedikit penerangan tentang Sulur Bidar:
SULUR BIDAR adalah makhluk yang boleh memanjang sehingga 20 kaki dan berbentuk empat segi. Makan dengan cara menggulung dan memerah sehingga daun yang basah di dalam air pun boleh dinyalakan jika dibakar. Apa saja yang sesuai pasti menjadi mangsanya. Dan dasar Tasik Kenyir yang luas itu adalah sarangnya. Kewujudannya masih menjadi misteri. Yang penting, ia juga makhluk Tuhan.
Misteri Sulur Bidar pernah dimuatkan dalam Komik Lanun sekitar tahun 90-an dulu.
Kisah Sulur Bidar ni jarang kita dengar tetapi ianya agak terkenal di kalangan pemancing. Ianya dianggap sebagai makhluk urban legend bagi pemancing tegar. Bukan hanya di tasik, malah pernah dijumpai di kawasan sungai juga. Wallahua’lam.
“Air yang tenang jangan disangka tiada Sulur Bidar”
macam-macam cerita sekarang ni yek. hehe..
Entri Terbaru titan » Dah balik dahhh..
sulur bidar? 1st time dgr wlpn ciktom org ganu..huhu
Entri Terbaru cik tom » Contest Teka Jumlah Duit
ciktom org gannu rupanya. sulur bidar ni cuma pemancing tegar je yg kenal
macam tu cerita rupanya
aku memang tak tahu apa2 sebelum ni
lagi pun aku memang kurang biasa dengan kawasan air
Entri Terbaru tehr » Bonus Sebulan Setengah Gaji
sama la cikgu…first time gak dgar ni..
Entri Terbaru Jebeng Otai™ » JebengOtai.com : Impian Dan Perlaksanaan
samalah kita. tau cerita ni pun kebetulan ada yg bukak cerita kat forum. sulur bidar ni orang yg tak minat memancing biasanya tak tau sangat
kalo ada gmbr sulur bidar lg best. mcm loch ness, walaupun di ragui, tp still ada gmbr.
Entri Terbaru aswadz » Masa = Kasih Sayang
setakat ni takde gambar real pasal sulur bidar. yang ada pun seakan2 sama macam gambar kecik dalam entri ni, macam tulah lebih kurang bentuknya menurut kata orang yg pernah jumpa
cantik tasik ni, mesti banyak ikan dalam tu hehe
Entri Terbaru donnyien » Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2013
cantik gambar tasik tu
Entri Terbaru wazy » Bertukar Kepada 4G Dan Nikmati Ganjaran Dari P1
ambik dari google
lupa lak nak letak kredit
Kisah entri ini macam kisah misteri Loch Ness. Cantik gambar tasik yang berwarna biru.
Entri Terbaru akubiomed » Tip memilih pasangan cara old style
dah lama tak dengar cerita pasal loch ness…
[...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Sulur Bidar Makhluk Misteri di Tasik Kenyir | Amirez (dot) com. [...]