Surat Cinta ke-7
Hari ni badan rasa penat, otak pun sama penat. Mungkin kerana semalam sehari suntuk appointment dengan klien, dari Putrajaya Presint 16 ke 11, kemudian ke Presint 14. Selesai di Presint 14 terus ke Rawang pukul 1:30 tengah hari, waktu yang pasti akan sesak di Pandan Indah. Pukul 5 petang baru sempat pijak ofis.
1:10 petang, waktu rehat. Aku keluar ofis untuk lunch. Nak masuk kereta, ternampak sekeping kertas terselit pada wiper kiri. Kertas itu aku ambil dengan cepatnya, sebab aku tahu dari awal² lagi ia adalah surat yang sama dikirimkan. Ia adalah surat cinta yang ke-7 aku terima dalam 3 bulan ini. Haih, rimas jugak dibuatnya.
Surat cinta itu kuambil, kuteliti tarikhnya. “Pukul 10:05? Aisey, lupa nak turun pukul 10 tadi.” Pap! Dahi dihinggap tapak tangan bersaiz 9. Mula² masuk ofis lagi aku dah set dalam kepala nak turun bayar parking pukul 10. Selalunya time² camtulah pengirim surat cinta misteri yang dibenci tu datang. Bulan ni kerap sungguh dia datang, sampaikan ramai orang naik muak, rimas dan serabut bila hari² kena bayar parking. Bukan masalah nak bayar parking, masalah tempat bayar parking tu terlalulah jauh. Dalam satu blok cuma ada 2 je yang aku nampak. Blok bangunan bukan kecik kau tau. Itu pasal aku tak hiraukan lagi dah bila surat saman menempel kat cermin kereta. Bos aku pun suruh biarkan je. Dia dari tahun lepas lagi dah kena tapi bukan ada tindakan pun sampai sekarang haha. Harap² betullah takde tindakan diambil.
Kalau Majlis Perbandaran **** pasang meter parking untuk setiap petak parking kereta, hari² aku bayar pun tak jadi hal. Ini tak, jauhnya boleh buat keluar peluh jugak. Kalau terlewat datang ofis, takde maknanya nak fikir bayar parking lagi dah. Ramai orang bagi nasihat berguna kat aku suruh abaikan je surat saman tu haha. Baik punya nasihat. Nasihat itu yang aku suka hahaha.
Tapi tak best jugak kalau dah kena. Walaupun aku tak pergi bayar, baru sekali bayar daripada 8 saman yang aku dapat, tapi kadang² timbul rasa bersalah. Dah duduk tempat dia kenalah bayar. Cumanya tak berapa patutlah buat meter parking tu jauh benor, dah tu mahal pulak. Ada sen minimum lagi syarat nak bayar parking. Cadang² nak beli basikal, kurang² boleh jugak eksesais pagi, sihat tubuh badan. Pueh hati!
Macam ni hari² saman pun takpe
*Update 23/1/2009: hari ni mesin parking rosak. 50 sen kena telan. siot!!
11 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






abg ni tade ong tol..asyik kene saman je..hehehe
[Reply]
masa aku belajar kat uitm shah alam..saman jerk dah boleh byr duit sewa umah aku..kekeke..tak larat aku nak gaduh ngan pak guard dah..
catzer´s last blog post..Rahsia Website Flipping Part 1
[Reply]
hm abg..kupon utk sebulan tue mmg dh strict utk kete tertentu je ke? lau x..share jelah dgn sape2
nurulanis\´s last blog post..~ Berpindah Rumah ~
[Reply]
X boley bayar online ker bro..alamak..kalau cam ni memang susah la..kalau selalu ader kat site naper tak ambik jer season parking..rasernya lagi murah kot..
[Reply]
surat cinta dr pak gad ito pnh dpt x..
hihihi
[Reply]
first time aku kena saman aku xbayar..
then dapat surat tindakan…
kt bp laa wehh…
huhuhuh!!!
[Reply]
3 tahun sudah aku pun kena saman kat bp.
tp xde tindakan pape pun hehe
[Reply]
tak kuasa nak bercinta dgn pak guard ito haha.
kalau mak guard boleh tahan juge
[Reply]
rasanya MB** tu xde lg sistem byr online.
nak beli kupon utk sebulan bleh je..xlah mahal mana. cuma aku bukan selalu ada kat ofis, kdg2 2 minggu outstation. rugi la pulak huhu
[Reply]
rasanyalah kot. nati abg tny kwn
[Reply]
byk tu. kyg mkn saman je diorg haha
[Reply]