Aug 6, 2009

Syurga Cinta Kurang Berkesan

  • Share
  • Share

syurgacinta Syurga Cinta Kurang Berkesan

Baru semalam berkesempatan menonton Syurga Cinta di panggung buatan sendiri kat rumah. Nak juga tahu adakah filem arahan Ahmad Idham terbitan David Teoh ni betul² sama dengan filem Kiamat Sudah Dekat atau tidak seperti yang dikatakan Ahmad Idham tidak meniru mana² filem lain. Kita mulakan dengan intro cerita.

Jujur, intro filem ni agak menarik. Bukan kerana gadis² seksi yang ditonjolkan di club, tapi istilah² yang digunakan oleh tiga sekawan iaitu Irham, Alex dan Zainal. Contohnya, ‘nasi lemak 50 sen’ bagi gadis Melayu manakala ’1 pound’ bagi gadis mat saleh. Dulu tak faham juga. Bila tengok filem Cinta Kolesterol kalau tak silap baru faham ‘nasi lemak 30 sen’ yang dimaksudkan oleh Chef Wan dalam filem tersebut eheh. Ada juga istilah lain tapi lupa dah.

Cuma tak berapa bestnya lagak ‘mat saleh’ Irham nampak seperti agak dibuat². Stop di situ.

Setuju juga dengan pendapat Ustaz Hasrizal di blognya Saifulislam.com. Dari segi olahan skrip patut diperbaiki. Kajian masyarakat kita yang jauh menyimpang dengan agama juga perlu dikaji dengan lebih dalam oleh pengarah. Kalau dilihat filem ni, boleh dikatakan tidak berapa nak hidup jalan ceritanya. Tapi saya suka part di mana Irham menunjukkan penyesalannya secara menyeluruh apabila hendak meneguk segelas arak di meja. Dia tersentak dan tersedar daripada dosa yang bakal dilakukannya apabila secara spontan membaca bismillah sebelum minum. Lakonannya memang hidup ketika itu. Rasanya mungkin itulah satu²nya part yang dikatakan oleh penonton² sebelum ini yang membawa kesan kepada mereka. Yang lain semuanya masih lagi ‘drama Melayu’.

Tiru Kiamat Sudah Dekat

Seboleh²nya saya nak sangkal yang filem ini meniru Kiamat Sudah Dekat bagai dikata pengarahnya dahulu. Tapi apa nak buat, dari segi mesej dan cara memang sama. Yang membezakan hanyalah dialek. Poster pun nak sama. Tang mana yang nak samanya?

  1. Irham telah lama menetap di luar negara sehingga dia lupa akan budaya Melayu dan juga cara hidup Islam.
  2. Irham dicabar oleh rakan²nya untuk menambat hati seorang gadis bertudung.
  3. Ikmal sebagai pembimbing Irham untuk menunjukkan cara hidup seorang Islam.
  4. Ibu bapa Irham yang mengatakan telah banyak amal yang dilakukan seperti bersedekah dan mengambil anak angkat. Katanya pasti dapat masuk syurga.
  5. Irham mengaji al-Quran dengan datuk cikgu Syuhadah.

Banyak lagi sebenarnya. Seperti idea dicedok bulat². Tapi mungkin ianya secara kebetulan sama. Siapa yang tahu, kan?

Saya kurang selesa dengan gelagat watak Ikmal yang terlalu over. Kalaulah nak disamakan dengan watak Saprol dalam Kiamat Sudah Dekat pun janganlah over sangat. Watak Saprol dilihat lebih matang dalam keadaan bersahaja walaupun dia masih budak sekolah rendah. Berbanding dengan watak Ikmal yang jelas kelihatan seperti dibuat². Hairan juga macam mana adik Hadziq boleh dinobatkan sebagai pelakon kanak² terbaik? Menggaru kepala saya dibuatnya.

Dari segi mesej yang hendak disampaikan, rasanya kurang berkesan. Mesejnya kurang jelas terutamanya babak di mana Irham meluahkan penyesalannya kepada seorang pak imam. Penyesalannya bagus, tapi cara pak imam menyedarkannya kurang berkesan. Berbelit² seperti yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal. Masalah skrip lagi mungkin.

Secara keseluruhan saya rasa pihak penerbit perlu lebih banyak mengkaji tingkah laku seorang yang benar² telah lama tinggalkan cara hidup seorang Muslim. Kalau nak dibandingkan dengan filem Kiamat Sudah Dekat ianya lebih berkesan. Terutamanya babak di mana Fendi bermunajat di jeti.

pixel Syurga Cinta Kurang Berkesan

6 Comments

  • SAYA SUKA WATAK ADIK HADZIQ DI DALAM CERITA SYURGA CINTA SEBAB DIA SEORANG YANG BERBAKAT,HENSEM DAN CUTE.SAYA INGIN DIA TERUSKAN KEJAYA DIA INI SEPERTI UNCLE AZNIL

    [Reply]

    Amirez Reply:

    dia mmg berbakat besar..

    [Reply]

  • tertarik part imam nasihat Irham seperti diceritakan,oleh sebab tak tengok lagi, so tak brani komen..

    pnjam cd adi..bila bleh bg wei?sabtu ni aku takde kat malaysia…
    .-= qider @ fie yang comei´s last blog ..My Wedding (Part 1) =-.

    [Reply]

  • that cikgu syuhada damn cute kan???hehehe

    [Reply]

  • cute jugak :)
    gadis dressing mcm dia mmg comel

    [Reply]

  • takde kat malaysia? p mana fie weh? honeymoon ka eheh.
    cd aku xdelah fie..kwn aku punya. x berbaloi rasanya kalau aku nak beli

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks