Panduan Pengurusan Kewangan

Syurga Cinta Tiru Kiamat Sudah Dekat

Syurga Cinta vs Kiamat Sudah Dekat

Rindu betul nak update blog ni. Dah bersawang nampaknya. Apa nak buat, tempat aku pergi baru² ni coverage untuk Celcom Broadband tak berapa kuat. Maxis Broadband? Lagi la tak dapat kat area kampung huhu. Bila la agaknya Malaysia ni nak berkembang tahap keluasan penggunaan Internet ye?

2 hari lepas sempat aku tengok sikit Filem at TV9 ke apa nama rancangan tu yang dihoskan oleh Raja Farah yang cute. Adalah sikit preview pasal filem yang baru ditayangkan kat pawagam kita ni, Syurga Cinta. David Teo selaku penerbit filem ni, dan semestinya Ahmad Idham selaku pengarahnya. Diorang berdua ni memang kamceng hasilkan filem. Aku suka dengan idea David Teo tapi agak memualkan dengan lakonan arahan Ahmad Idham.

Kita letak tepi dulu ye pasal David Teo yang suka buat cerita berunsur Islamik sejak Syukur 21. Aku bukan nak bangkitkan isu kenapa orang Cina yang buat cerita Islamik. Takut tersalah tafsir, aku sendiri cari binasa.

Apa aku nak tekankan ialah, kenapa filem Syurga Cinta ni seakan² filem Kiamat Sudah Dekat dari Indonesia? Dari segi watak memang sama. Jalan cerita pun rasanya lebih kurang je. Tak boleh ke kita hasilkan satu filem yang betul² original daripada hasil penerbit Malaysia? Dan lagi satu, filem komedi romantik Malaysia ni tak berapa nampak realnya. Nampak sangat dibuat². Pelakon kita kurang potensi atau pengarah yang kurang pandai mengarah?

Entah kenapa kalau Ahmad Idham yang jadi directornya, mesti tajuk filem atau drama tu berbunyi agak kejiwangan. Contohnya Syurga Cinta ni. Muak dah aku dengan perkataan cinta ni. Nak bangkitkan rasa romantik la kot agaknya. Rasanya lebih baik guna tajuk yang agak hype macam Kiamat Sudah Dekat tu. Bunyi macam takut, tapi ceritanya penuh dengan lawak dan pengajaran. Romantis takdelah sangat. Syurga Cinta ni mesti jiwang. Entah, aku tak teringin nak tengok.

Satu lagi buat pengarah filem Malaysia, ubahlah teknik penggambaran dan scene. Jadikannya lebih menarik. Cuba tengok filem arahan Yasmin Ahmad, kan jauh beza tu. Tak pun drama Ghost kat TV8, tak jemu nak menonton. Paling tak pun filem² Afdlin Shauki, lain dari segi penggambaran mahupun skrip. Banyak sangat filem dan drama Melayu yang aku rasa sangatlah rendah kualitinya. Mungkin masih terikut² dengan teknik lama. Zaman berubah, begitu juga manusia.

Maaflah kalau aku dicop sebagai pengkutuk filem tempatan. Pengarah dan penerbit kita sendiri yang buatkan aku jadi begini. Rasanya ramai rakyat Malaysia yang mahukan kelainan dari segi dialog, teknik penggambaran dan jalan cerita. Korang macam mana?

Related Posts with Thumbnails

29 comments so far

  1. Fatin
    #1

    ..

  2. Amirez
    #2

    erk..tak sampai hati lak nak cop sbg spam huhu

  3. Qider
    #3

    aku adalah antara malaysian yang lagi suka tgk cerita hollywood..bukan sbb adegan 18sx deme tu, tp skrip,jalan cerita,seni photography memang puas hati..

    cth,sebelum aku tgk Titanic,aku nyampah gile (yelah, boot girl mana layan ceta jiwang ahaks),tapi sekali aku tgk (dgn ayah aku lak tu),terkedu,rasa nak tgk berkali2..skrip dia best gile, tu belum ceta bab lain (effects etc) lagi..

    cth lagi, percubaan pertama aku try layan ceta jiwang melayu, iaitu Sepi. besh tahap tak hengat, sbb,
    1-skrip besh
    2-teknik fotografi menarik
    3-berlainan dan tak stereotype macam filem2 melayu yg lain..

    so,jgn bising kalau malaysian tak layan ceta keluaran negara sendiri.kenapa dulu ceta P.Ramlee semua kaum tgk?haaa…pikirla sendiri,kata nak jadi warganegara minda kelas pertama..

    adi,aku sure2 takkan bazirkan duit pegi tgk ceta ni..baik layan Doraemon.. ;-p

    Qiders last blog post..The Movie : Terminator Salvation

  4. Amirez
    #4

    ye..aku pun setuju ngan hg. dulu aku paling tak suka titanic..itu pun sbb tak tgk. bila dh start tgk..tak kelip mata jadinya.

    aku rasa fenomena perfileman dan pendramaan malaysia akan berubah. tgklah, banyak pengarah baru tampil dengan kelainan skang ni. aku yakin industri drama n filem melayu akan berkuali sepenuhnya dlm 5 tahun akan dtg :)

  5. misteri
    #5

    Sory, sy tak kenal u. But, tadi jln2 terjumpa plak board ni. Nak komen sket….ok

    Setuju, mmg btulpun SC tiru KSD. Tapi, skrip tak sama. Naskahnya baik, cuma pengarahan Ahmad Idham tu ada skit hambar. Tambah lagi amik Heliza sbg heroin, nmpak kaku sket (byk juga) So, nak tau jugak sapa yg tulis skrip.

    FYI, mentaliti indonesian sdh lebih kedepan dari kita (kat M’sia). Nmpak jer diorang cam mundur sket, sebenarnya tidak. Contoh terbaik, mengapa lagu2 indon boleh mendpt tempat dikalangan kita? Sbb mereka menampilkan sesuatu yg berbeza, simple but nice.

    Sy peminat filem M’sia. Kalau ada cerita baru mesti nak tengok. Tapi kami (me & my hubby) memilih pengarahnya dulu. Ada beberapa yg kami dah reject spt, Yusuf Haslam, Prof.Razak & Raja Azmi. Sy pun cam u jg minat Yasmin Ahmad & now Kabir Bathiar. Kalau naskah SC diberikan pd salah satu pengarah ni mesti akan jadi lebih baik & emosi.

    Wbmnapun, sokonglah industri filem kita. Skang sy dah minat toton Theatre plak. Lagi syokkk…puas hati.

    Daaa… thks for give me chance. Tak ske takpe.

    misteris last blog post..Misteri Cinta

  6. misteri
    #6

    Oppss.. 1 more. sblm u criter kat blog u, sy dah canang kat blog sy dulu story ni. Jemput lah ke blog sy.
    BTW, thks if u willing to joint.

    misteris last blog post..Misteri Cinta

  7. boboiz
    #7

    kedua2 cerita boboiz tak tgk lagik…biasa lah malaysia nie, kenderaan pon diaorang bleh tiru negara luar..inikan pula filem..huhu

    boboizs last blog post..BeRdEnGKUr

  8. humbleandmodest
    #8

    aku tunggu sistem telekomunikasi internet kt malaysia ni berubah…
    upgrade ke tahap yang terbaik…

    bab cerita2 malaysia aku langsung tak ambil kisah.
    sebab aku ada banyak pilihan lain kalau drama @ movie melayu tidak dikeluarkan @ mendukacitakan.

    tapi kalau perkhidmatan internet makin teruk???
    aku pindah keluar malaysia…

    huhuhuhu….

    humbleandmodests last blog post..bab 15: tolong aku angkat mayat bumi ke tanah perkuburan

  9. topo
    #9

    aku tak tengok lagi cerita ni.. tapi lepas dengar member aku cerita aku dapat rasakan yg citer ni mmg sama dengan kiamat sudah dekat.. hohooh

    topos last blog post..dapatkan trafik dengan memahami pelawat anda…

  10. Amirez
    #10

    kalau aku tak sibuk dgn keje harian..
    mau naik gila jadinya dengan tahap internet malaysia skang ni huhu

  11. Amirez
    #11

    komen yg bagus puan misteri :)
    sy pun skang ni dh mula dgn filem arahan khabir bathiar. sy pun tak suka dgn cerita2 yusuf haslam, prof razak n raja azmi. nampaknya pemikiran n pandangan kita sama.

    thx for coming here puan misteri

  12. Amir Hamzah
    #12

    kalo filem yg yusof haslam n family direct mmg aku dari dulu tak suka..script dgn jalan cerita sama jer sejak dari dulu..skang ni da nk kuar filem bohsia pulak tp aku rasa mcm filem2 sblm ni jgk. takde kualiti.

  13. Amirez
    #13

    malaysia masih di tahap membangun.
    hrp2 5 tahun nanti akan ada satu perubahan besar buat malaysia dlm arena perfileman melayu. chee wah. skema betul ayat haha

  14. Amirez
    #14

    hoho..kalau camtu aku x jadilah nak p tgk eheh

  15. Amirez
    #15

    bohsia..aku dgr tak best. adegan ranjang dlm filem tu je kot yg best haha. gurau2 :P

    filem arahan faizal yusof pun sama..hambar. boleh terima ke kalau kita katakan dia pengarah baru, jadi takpelah filem2 dia kualiti agak rendah?

  16. brad
    #16

    tengok filem tamil lagi bez!

  17. nurulanis
    #17

    hmm tengok cover die pn lebih kurang je ..

  18. Kreuger
    #18

    aku rasenye tak mo komen panjang pasal syurga cinta. xceli aku tak mo tengok, tapi dah nak kene temankan si dia, so aku gagahkan hati jugak.

    citer ni bagi aku:-

    1. Penghayatan bagus – sebab ade since yang aku rase touch. Bukan pasal jiwang karat ek.. please~

    2. Penerapan nilai Islam dalam bercinta – walaupon aku rase jelak, tapi itu adalah kebenaran yang perlu diterima oleh pasangan yang bercinta.

    3. Agak lucu – sampai aku tak jadi nak tidok dalam panggung sebab peel mamat si kecik dalam citer tuh… tah ape kenama aku lupe. Cukup klakar.

    4. Kata-kata hikmah – Yup kate-kate hikmah tentang cinta. Cinta terbahagi kepada 3…. nak tau? kene p tengok le. Itu bagi aku penerapan nilai murni yang cukup beharga.

    5. Cukup le tuh.. aku bukan nak promote.. tapi aku hargai citer macam ni.. walaupon dari segi dasarnya aku tak minat. Tapi ianya lebih kepada cinta kerohanian.

    Azman Ishak®

    Kreugers last blog post..Broadband Oh Broadband

  19. Amirez
    #19

    a’a ek. lebih kurang je

    Amirezs last blog post..Syurga Cinta Tiru Kiamat Sudah Dekat

  20. Amirez
    #20

    tamil brad? hoho

    Amirezs last blog post..Syurga Cinta Tiru Kiamat Sudah Dekat

  21. Amirez
    #21

    azman..komen yg bagus.
    dari segi cerita mungkin ianya bagus.
    cuma dari segi idea..aku rasa sikit plagiat.
    apa2 pun cite2 mcm ni perlu diperbanyakkan lagi

    Amirezs last blog post..Syurga Cinta Tiru Kiamat Sudah Dekat

  22. misteri
    #22

    Hi Amirez… thks sudi lawat blog akak. Actualy my name is Niena. OK, byk jugak yg komen spot story u ni. So, when u will write again? Maybe next story jangan pandang belakang congkak (my son just say it… hehehe) or maybe terminator / transformer (my son call it ‘tenstomer’)

    misteris last blog post..Misteri Cinta

  23. Amirez
    #23

    owh..kak niena..sori silap nama eheh.
    insyaAllah lps ni sy wat review psl terminator ngan tenstomer lak :P

  24. farhada
    #24

    ye la korang..tgk citer porno la lagi best..hahaha..susah2 sgt..

  25. Amirez
    #25

    mcm dah biasa je haha..kantoi :P

  26. putex
    #26

    kalau kita slalu tengok kelemahan orang lain…mmg sume 2 negatif….
    kalau awak pandai sangat nak mengata cuba awak imagine filem awak n cube jd pangarah atau penerbit…..
    awak ingt senang ke….
    kte mmg x dpt nk puaskan hati semua orang…
    awak nie mcm belagak pandai….
    dye dah jd pengarah and jadi penerbit da cukup hebat berbanding kita yang tak tahu apa-apa nie..yang kita cuma tahu pandang negatif semua sudut….. MANUSIA ITU TAK SEMPURNA…………………………………………………………ASSALAMUALAIKUM

  27. Amirez
    #27

    takde kritikan…takde penambahbaikan.
    itu tujuan sy buat entri ni.

    sy tak compare dia dgn diri sy yg takde basic buat filem.
    sy compare dia dgn pengarah2 baru yg wujud skang
    yg lebih menarik dan lain drp yg lain.
    bukan ke penonton yg beri nilai kpd sesuatu drama atau filem?
    sy bg pendapat mengikut kehendak seorang penonton.

    sekian :)

  28. indah
    #28

    salam. minta maaf la tgh meng-google tiba2 terjumpa blog ni. erm no comment pasal kata2 awk tu. tp cerita ni mmg bagus. sgt meruntun hati. mungkin dr segi idea tu ada tiruan tp lakonan agak berbeza. mula2 sy pun tak nak tgk cerita ni. bg saya mungkin cerita cikai je. tapi disebabkan adik saya nak sgt tgk, so sy pon ikot je la. saya terkejut sbb cerita ni mmg klekar+banyak nilai murni disamping rasa sayu di hat. rasanya dah bergelen air mata tumpah time tgk filem ni. bkn sbb sedih bab cinta je, tp sedih tgk bila bab irham insaf, nak teguk arak pun baca bismillah. last2 tak jd. semua tu membangkitkan rasa sayu di hati. so kepada sesiapa yg belum lagi berpeluang menonton filem ni. atau anda yg mungkin macam saya, tak nak tengok filem ni, cuba la menonton dlu dan bg pendapat anda kemudian. ini bukan satu entertainment semata2 tp juga satu pengisian buat kita..mungkin dr segi perfileman kita tak semaju negara luar tapi lihatlah dr sudut positif. macam kreuger cakap, pd mulanya saya pun tak berminat tp bila dah tgk, cerita ini bg saya ada bg 'sesuatu' pada kita..

  29. amirez
    #29

    salam cik indah.
    mungkin filem ni memang bagus dr segi nilai.
    tp dlm entri sy di atas bukan komen tentang cerita..
    sy tekankan tentang konsep yg dibawa seakan² filem kiamat sudah dekat.
    insyaAllah kalau berkesempatan..sy akan tgk cerita ni nanti
    dan akan beri komen dari sudut jalan cerita dan nilai :)

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>