T-Blogger Dah Sampai
Setelah sekian lama menanti akhirnya T-Blogger daripada cik Saffawati ni sampai juga ke pintu pejabat. Sebab dah lama menunggu, mesti rasa teruja nak lihat kan macam mana rupanya bila di depan mata dan macam mana rasanya bila dipakai. Tang² keje ofis belum siap lagi aku dah snap gambar ni dulu haha.
Tengok dari jauh nampak lawa dan unik. Ada logo WordPress, Blogger, Twitter dan Facebook. Tengok dekat pun lawa jugak. Sebagai seorang blogger (bloggerkah aku?) baju ni memang patut ada dalam almari sebagai satu identiti.
Tapi ada tiga perkara yang buat aku terkilan. Pertama, aku takde almari huhu. Ayat kat atas tu bukan untuk akulah kiranya haha. Kedua, aku tempah short sleeve tapi cik Saffa kita tersilap bagi long sleeve lak. Masalahnya pada url www.amirez.com yang dah dicetak kat belakang baju. Sepertimana yang diberitahu awal² dulu size baju ni agak luar biasa sikit besarnya. Kalau size M tu macam size L baju standard dah. Jadi masa nak tempah dulu terfikir juga nak size M ke L. Ikutkan size dada aku yang makin bidang ni (haha..iyolah) sepatutnya pakai L. Tapi takut besar bagai dikata, takut bahu nampak jatuh nanti…maka size M jadi pilihan. Tapi ada satu masalah…
Bila try pakai…alamak…agak ketat. Lengan panjang baju tu pun singkat. Tapi terima kasih juga kepada Saffa atas kesilapan lengan baju tu. Kalaulah dia hantar baju lengan pendek, semestinya nampak sangat² jakun aku dibuatnya haha. Sekurang²nya boleh lipat lengan panjang tu, takdelah nampak pelik sangat. Labuh baju kira ok-ok paras zip. Nampaknya aku kena padankan dengan jeans cap Dapper daripada dipakai dengan Levi’s. Levi’s beli dari Pengkalan Kubor cap Siam ni entah kenapa tertonjol lak tang tu. Takut orang silap paham lak haha. Malulah i.
Kedua, font size url belakang baju ni macam besar. Kalau kecik sikit rasanya lebih comel dengan menggunakan font regular berbanding bold. Satu lagi, kedudukan url tu agak senget tapi tak ketara sangat.
Kain baju tu pula rasanya agak keras dan kasar. Setahu aku dengan harga yang ditawarkan boleh dapat kain yang lebih lembut dan selesa. Tapi kena pandai carilah. Bukan senang nak cari kain yang selesa dipakai dengan harga yang lebih murah. Mungkin baju ni akan jadi lembut sikit lepas basuh, mungkinlah hehe.
Apa² pun aku berbangga dengan adanya baju ini. Macam dapat hadiah daripada cik Saffa lak eheh. Thanks Saffa!!









November 8th, 2009 at 3:06 am
suke jepun ek???
tgk 1 litre of tears x???
November 8th, 2009 at 3:45 pm
jepun? kenapa tiba2 cakap camtu hehe.
nihon wa hontou ni suki desu
baru habis tgk drama attack no. 1.
baru nak donlod 1 litre of tears.
best ek cite tu nadjaa?
November 18th, 2009 at 5:03 pm
aku beli baju ubuntu…
xdek kualiti langsung beb..
huhuhuhu…
November 18th, 2009 at 6:12 pm
oo ye ke. igtkan lagi best pakai
November 18th, 2009 at 6:24 pm
indah khabar dari rupa…
cantik dalam gambar..
November 20th, 2009 at 9:22 am
susah gak kalau nak beli dr internet neh.
kena pegang, tengok n rasa sendiri baru puas hati nak beli.
bro..ko punya url x lengkap..stereotai.topotato.com.
mana hilangnya ‘p’ hehe