Ustaz Asri Rabbani Meninggal Dunia
Hati ini tersentak bila mendapat berita Ustaz Asri telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital Pantai setelah jatuh pengsan ketika memberi ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, RTM sekitar 10:30 pagi tadi. Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia dalam usia 40 tahun, sepuluh hari selepas hari lahirnya.
Tak pasti program ‘Syahadah’ tu program berbentuk apa. Mengikut pada bunyi seperti satu program keagamaan yang baik. Lihatlah, orang yang baik amalnya, sikapnya dan tingkah lakunya akan meninggal mengikut persekitaran yang baik juga. Diceritakan seorang sahabat yang pernah bekerja dengan syarikat Rabbani, Ustaz Asri adalah seorang yang pemurah dan tidak berkira. Apa akan jadi dengan kumpulan nasyid Rabbani selepas ini agaknya?
Dah lama rasanya ingin berjumpa dengan Ustaz Asri. Selalu juga main badminton dengan beberapa orang anggota kumpulan nasyid Rabbani dan Che Amran Raihan tapi Ustaz Asri tak pernah main badminton kata mereka. Nampaknya peluang untuk berjumpa dah tiada buat selamanya. Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia disebabkan sakit jantung. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah buat allahyarham.
Info selanjutnya:
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...






