
Hidup sebagai seorang blogger ni banyak juga senangnya hehe. Pagi-pagi tak perlu risau bangun lewat. Nak pergi kerja pun tak payah nak berasak-asak dengan kenderaan lain. Pergi dengan kereta boleh gak layan HotFM AM Krew pagi-pagi. Taklah rasa boring sangat. Tapi kalau pergi dengan motor, orang lain makan nasik lemak, kita makan asap kereta. Kulit muka pun boleh terjejas hari-hari kena karbon monoksida. Baik jadi blogger, tempat kerja beberapa langkah je dari bilik tidur eheh.
Seorang blogger yang berdisiplin mestilah mempunyai rutin yang sihat. Ambik contoh diri aku sendiri sebagai seorang blogger yang menuju kejayaan, chee wah. Bukan nak membangga diri. Sekadar contoh ye kawan-kawan, contoh!
Seawal 7:30 pagi aku dah mula aktiviti blogging aku ni. Kalau orang lain suka blogging kat rumah dengan pakai seluar pendek berbaju pagoda, aku lebih suka luangkan masa kat McDonalds dengan berpakaian kemas. Order pancakes dengan secawan kopi panas ataupun burger McMuffin satu dah cukup untuk breakfast. Makan sambil layan lagu best kat McD memang seronok. WiFi pun free, duduklah kat situ sampai petang pun takde hal punya. Port kerja…kerja ye, bukan melepak hehe…mesti meja yang dekat dengan suis. Mana boleh tahan bateri laptop sampai 6 jam. Jadi suis tu sangat sangat penting untuk blogger macam aku dan kamu. Best tak kerja camni? Hehe.
Baca lagi…
Fuh! Satu pengalaman yang sungguh mentenatkan otak.
Petang semalam tengah sedap² upgrade plugin untuk blog ni tiba² jadi blank lepas refresh. Gelabah tu ada la sikit. Ingat pihak webhosting tengah ada problem. Pastu aku try taip amirez.com kat address bar. Eh, ada pulak! Sah bukan masalah dengan pihak webhosting iaitu NetKL Network. Gelabah mula melanda jiwa raga.
Gelabah² pun kerja mesti dibereskan. Dapat tugas adhoc burn 107 keping CD untuk diserahkan kepada client. 107 keping tu bro! Kalau 10 tak heran. Kerja mem’burn’ dimulakan guna dua PC dengan satu laptop. Start dari pukul 5:15 petang, selesai pukul 8:13 malam. Rasa macam kilang cetak rompak la pulak eheh.
Balik rumah try access blog ni sekali lagi. BLANK!! Apa ke heynye?? Puas check dengan FTP, tak selesai² jugak. Aku tidur, bangun pagi godek² lagi kat ofis. Tapi lepas siap kerja la eheh.
Tanya pakcik Google kenapa jadi macam ni. Pakcik Google kata mungkin plugin ada yang tak compatible lagi dengan WordPress 2.8. Baru teringat pasal plugin² baru yang aku upgrade semalam. Cubaan satu per satu plugin aku delete dengan menggunakan FTP. Akhirnya, blog aku kembali hoho. Rupanya plugin wp-useronline buat hal.
Rasa macam baru setup blog pulak. Sebab tu aku dengan segera menyalin kulit blog ini dengan satu theme yang aku jumpa minggu lepas. Proses godek menggodek kod php dilakukan sejak petang semalam. Jadi inilah hasilnya serba sedikit. Kalau kamu mendapati ada ralat, sila beritahu aku dengan segera ye.
Ok. Kerja ofis dah selesai. Dah nak habis waktu kerja. Sat lagi nak pergi lepas gian main badminton. Empat bulan juga tak main. Badan dah sengal² dah. Patutlah tak berapa sihat, jarang bersukan rupanya. Mulai esok aku away selama 3 hari. InsyaAllah hari Isnin akan ada post baru. Jumpa lagi.
Dah seminggu tak update blog ni selain entri kontot 2 hari lepas. Bagi yang selalu ikut perkembangan entri di blog yang makin jauh menyimpang dari landasan asal ni mesti tau ke mana aku pergi selama seminggu lepas.
Dalam awal seminggu lepas, ada cerita pendek yang nak aku kongsikan dengan korang. Nantilah aku cerita lepas aku ‘bercuti’ dari blogging 5 hari start Jumaat ni. Kena pergi Johor pulak untuk 3 hari kat Kukup Golf Resort, Pontian. Habis kat sana terus ke Dahimah Guess House pulok di Gannu Kite untuk 2 hari. Berjalan je koje. Kata bos dah beli Serena sebijik, second-hand je tapi ok lagi. Oraitlah kalau Serena. Takkan nak bawak Vanette buruk pergi Johor. Sampai kat Pontian tengok² ekzos tertinggal kat tol Sungai Besi haha. Naza Ria silver masuk workshop kena tukar enjin. Habis RM 15k dengar kata, gile ah ding dong. Naza Ria hitam buat masa ni masih dalam kondisi yang baik, cuma banyak anak lipas merayau².
Owh, menyimpang pulak aku. Ok. Balik dari Putrajaya Khamis lepas aku terus balik kampung kat Kelantan naik bas Transnational. Berpusing² otak aku, punya laju driver tu bawak. Bertolak pukul 9:30 malam dari Greenwood, pukul 4:30 pagi dah sampai Machang. Machang ke Ketereh pulak taklah jauh, dekat jah lebih kurang 15 minit kalau takde kereta menyesakkan jalan. Sampai rumah dalam pukul 5 pagi, terus tidur kat sofa ruang tamu. Uiks, menyimpang lagi. Ok mari kita ke topik sebetulnya.
Baca lagi…
Recent Comments