Browsing articles tagged with "celcom - Amirez (dot) com"
Dec 1, 2009

Awek Celcom Call…

Sekejap tadi aku terima penggilan daripada awek Celcom. Tak tergoda pun dengan suaranya, kasar semacam je hehe. Mungkin sebab dah lewat petang kot. Apa hal dia call petang² ni kan? Dia nak promote tentang web aplikasi online Celcom ni sebenarnya. Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini.

Pada mulanya malas nak layan sebab ingatkan nak promote plan ntahapahapantah macam yang TM selalu buat tu. Tapi sebab dah boring duk kat ofis sorang², malas nak balik rumah lagi. Elok juga borak² dengan awek Celcom tu kejap hehe.

celcom Awek Celcom Call...

Katanya pengguna Celcom postpaid boleh bayar bil secara direct melalui web yang dah dibangunkan mungkin agak lama dah. Mungkin sebab pihak Celcom tengok aku selalu bayar bil melalui Maybank2u, jadi dia bagitaulah yang kita boleh bayar terus ke web diorang. Kalau guna Maybank2u makan masa 3 hari baru bil tu sampai ke Celcom. Maka dengan itu dia pun bagitaulah url web tersebut… www.postpaid.celcom.my. Free je katanya.

Timbul rasa pelik juga dengan url tu. Ada yang tak kena. Lalu aku minta dia ulang sekali lagi, url yang sama juga dia bagi. Ok takpe. Aku cakap terima kasih kat dia lepas tu perbualan mesra kami berhenti di situ.

Kebetulan dah depan komputer, terus taip url yang diberi.

“Oops! This link appears to be broken.” kata pakcik Google.

Search kat Internet, rupanya link yang betul adalah https://onlinepostpaid.celcom.com.my www.celcom.com.my/onlinecustomerservice. Macam mana dia boleh tertinggal ‘online’ tu pulak. Pekerja baru agaknya. Dengan konfiden lak tu dia sebut alamat ke web tu haha.

So secara ringkasnya buat yang masih belum tau tentang hal ni, ada baiknya jugak kita daftarkan diri di https://onlinepostpaid.celcom.com.my www.celcom.com.my/onlinecustomerservice/ untuk memudahkan pembayaran secara online sama ada melalui FPX ataupun kad kredit. Boleh check maklumat lengkap tentang akaun kita kat situ. Nak tukar alamat bil pun senang. Tak perlu lagi call customer service sambil dengar lagu hehe.

Kebetulan, akaun Maybank2u aku dah disuspend sebab banyak kali masukkan password yang salah. Tapi masalahnya, bukan aku yang masukkan huhu…

Uncategorized
Apr 20, 2009

Mencari Pengganti

Panas betul hari ini. Berlari kejap kat tempat parking kereta dah lenjun singlet baru beli aku ni. Gara² bos nak tukar keretalah ni tengahari tadi. Tiga hari aku pinjam Naza Ria dia bawa family round² KL, dia ambik DAR BMW 1.0 aku pergi Perak. Susah nak jumpa bos yang baek macam tu, sanggup berkorban demi staf. Dengar kata program kat Perak agak kelam-kabut tanpa aku di sana haha. Baru terasa betapa pentingnya aku di setiap program eheh. Sesi mengembangkan lubang hidung.

Sebenarnya emosi aku berapi² tadi. Tapi skang dah agak cool lepas solat Zohor dalam bilik aircond. Selalunya aku tak buka aircond tu, sebab bukan hal kerja. Takut dituduh salahguna hak pejabat pula walaupun pada hakikatnya bos benarkan buka aircond dalam bilik tu untuk solat. Hari ini terpaksa juga buka. Peluh menitik-nitik ke lantai, masinnya dah cukup rasa untuk buat gulai gamaknya haha.

Padanlah bumi makin panas. Bila rasa je panas, buka aircond. Aircond ni fungsinya menyedut udara panas dari dalam kawasan tertutup ke luar. Itu sebabnya kita rasa sejuk kat dalam. Siapa yang belajar Termodinamik tau macam mana aircond ni berfungsi. Bayangkan, satu ofis ada paling kurang pun dua aircond. Satu blok ada 20 ofis. Dah 40 aircond yang keluarkan udara panas ke bumi. Itu sekadar teori aku, faktor kepada pemanasan global yang kita alami skang ni.

Rasa panas aku hari ini bukan disebabkan bahangnya encik matahari. Hati aku panazzz bila handphone aku dicuri semalam huhu. Mungkin silap aku juga, handphone tu tercicir jatuh dalam AeroBus dari LCCT ke KL Sentral. AeroBus ni warna kuning. Yang merah itu SkyBus. Kalau korang jumpa, itu handphone akulah agaknya huhu.

Kat Malaysia ni kalau korang tertinggal barang kat mana² tak payah berpenat-lelah patah balik tempat tu nak ambik. Confirm lesap. Sedangkan kereta depan balai polis pun boleh kena curi, inikan pula handphone korang yang canggih manggih itu. Lagi canggih lagi kecik tubuh badannya. Lagi kecik lagi tinggilah risiko untuk disapu huhu. Beringat²lah selalu.

Aku perasan poket aku kosong bila dah naik ke KL Sentral. Patah balik kat bas tanya tiga orang konduktor India diorang cakap takde. Salah sorang tu buat² cari dengan rajinnya. Entah betul ke tak, mungkin dia yang ambik. Tapi tak nak tuduh orang melulu, lalu aku berlalu pergi tanpa handphone kesayangan aku itu huhu. Beli guna duit simpanan sendiri tu dekat setahun. RM30 sebulan simpan waktu belajar dulu.

Tengah menggagau cari pengganti. Siapa² nak hadiahkan aku handphone tu sangat² aku alu-alukan. Tengah sengkek skang ni, mau simpan duit untuk kawen.

Cadangan korang, model handphone apa yang bagus? Below RM400 ah. Aku masih ketandusan wang huhu.

p/s: nak pergi Celcom Center ambik sim card baru.

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks